Demi Masa

Wednesday, 4 February 2015

#398 A380

assalamualaikum.
pada suatu petang yang dingin suam2 suku cuaca acah2 nak hujan tapi tak begitu hujan,
saya dan kawan saya gigih pegi ke KLIA.
nuuuuuuunnnn di hujung runway.
nak bawak kawan saya pi tengok ketobang katanyaaaa...

pada suatu ketika yang dulu,
di zaman2 saya ada kawan baik yang boleh berkongsi minat yang sama,
kami rajin pegi klia.
zaman tu tak la boleh tengok sedekat ni.
tapi berbekalkan kamera besar gabak dan lens yang maha jauh zoom nya,
kami enjoy menikmati suasana begitu.
menunggu kapal terbang mendarat, dan mengenali jenis2 kapal yang mendarat.
oh ada list yer kapal mana mendarat dulu kapal apa yang datang, dan ntah apa2 lagi list yang ada.
fuhhhhh..
kenangan itew.
manis

tapi itu dulu.
sekarang tidak lagi.

dan semalam,
setelah beberapa lama (tak lama sangat pon),
saya datang membawa kawan yang baru.
(gambar mereka sengaja saya tamau tayang)
haha...


setelah menunggu agak lama,
dan saya dah putus asa sebab mungkin bukan rezeki nak amek gambar dengan a380 sedekat ni,
nyaris2 masuk kereta dan balik,
tapi saya kata, tunggu yang last ni, tak dak jugak jom lah balik.
sekali yang datang a380!
saya adalah mengelejat macam apa ja lagi dah.

dan saya paksa depa amek pic saya!
dan tadak sapa amek pic depa.
muahaaaa.. kejamnya daku.

next time depa ajak datang lagi.
ok.
boleh aja. asalkan kena dengan masa.

eh nak bagitau tu je sebenarnya.

;)