Demi Masa

Sunday, 30 August 2015

#404 Beijing - Tianjin - Beijing Episod 4

assalamualaikum.
rentetan dari episod lepas,
harini saya nak menayang pulak apa yang saya makan sepanjang berada kat sana.
dari klia, tianjin, beijing, dan balik ke kl.
makanan2 ni termasuk la sekali yang sendiri punya makan dan jugak makanan yang ditaja sepenuhnya.
hehe.

gambar2 yang saya tayang ni, cuma sebahagian yang saya sempat ambik.
yang tak sempat ambik tu lagi banyak.
saya segan sangat nak ambik gambar makan2 ni.
sebab orang kata nampak jakun sangat.
tapi, kalau dah orang jenis suka ambik gambar, pedulik apa kan.
gasakkan aje.
cuma, hehe, berpada2 lah. takkan lauk meja seberang nak bangun ambik gambar semata2 kan.
bawak2 ler kawal diri sendiri.


ni yang saya makan masa dalam flight nak ke Beijing.
steam rice dengan chicken apa ntah.
boleh laaa rasa dia. nak kata sedap sangat pon tidak, tak sedap pon tidak.
asal boleh telan, dan perut kenyang, sudahlah.

sandwich ni, diberi dalam sejam sebelom landing kot kalau tak silap.
ye saya dapat dua, orang lain dapat 1.
hehe..
tapi saya makan 1 jer. sebab, tak sedap. huhuhu. mungkin sebab sejuk kot.
oh, lagi 1 saya simpan, kononnya nak makan kat epot. tapi, ntah tertinggal kat mana.
cari balik tak jumpak.

sesampai di Tianjin, saya sangat lapar. sebab kali terakhir makan adalah sandwich di atas sana.
dah la makan 1 jer, tu lah yang last makan. lepas tu tak makan2 sampai la ke pagi sampai la ke Tianjin.
masuk je bilik hotel, benda yang paling senang, buat megi.
campur telur rebus seludupan, dan jugak sambal ikan bilis kering, yang supervisor saya bawak.
eh sedap tau.


dinner pertama masa kat Tianjin.
ni kedai muslim. nama kedai ni "Mu Si Lim"
lokasinya betul2 sebelah station keretapi Zhongshanmen. (kalau ada yang nak pi la)
makanan dia sedap jugak, dua kali kami datang ke kedai ni.
eh, dua ka tiga ntah. lupa.
ikan boleh pilih dalam akuarium kalau nak makan ikan.
ada 1 menu, lada hijau besar gila. sedap rasanya.
lada hijau semata2. makan dengan sos apa ntah.
pelik2 orang China ni makan.

ini pon masa makan kat Mu Si Lim.
sedap udang ni.
tapi susah nak dimakan dengan chopstik.
gasak la saya guna tangan.
melayu sangat kanQ!

macam yang saya bagitau dalam episod yang lepas,
ni la makanan pertama saya makan masa kat Freescale Tianjin.

yang ni pon makanan dari kantin Freescale jugak
makanan memang tak berkuah.
kita2 yang biasa makan bergulai kari gaul2 dengan tangan ni,
susah nak biasakan diri.

dan jugak yang ini, dibeli dari kedai muslim bawah hotel saya.
portion yang banyak, dan tak habis makan sebab berminyak tahap swimming pool.


ini mee tarik dari kedai bawah hotel jugak.
saya tengok dengan mata sendiri dorang buat mee ni.
kagum.
tapi tak boleh nak kata tak sedap, sebab ni mungkin resepi turun temurun dari nenek moyang,
tapi kuahnya tak rasa macam sup.
hehe.

hehe.
yang ni kan, paling kelakar, dan geli barangkali.
masakan ni macam kari, tapi bukan kari.
atasnya ada ketulan2 daging ayam, dan kentang.
bawahnya ada mee yang lebar2 dan tebal.
rasa tak begitu sedap, sebab kekuatan bau dan rasa kayu manis begitu memotong selera.
yang paling hilang selera, ada kepala ayam sekali dimasukkan dalam tu.
errrr, agak geli.

ini daging kambing goreng. yang ni saya  puji.
sebab sedap.

yang ni masa makan beramai2 dengan team dari Freescale, dan company saya.
mula2 sampai pinggan ni, 
semua orang ingat ia adalah nasik lemak.
bersinar2 mata, dengan harapan yang menggunung.
tapi bukanlah nasik lemak yer. bungkus jer macam.

yang sebenarnya, bungkusan nasik lemak tu tadi hanyalah kacang tanah.
hehe

jangan tanya ini ikan apa.
saya tak reti nama2 ikan ni.
cumanya, rasa ikan ni sedap dimakan dengan sos yang dalam mangkuk kecik tepi pinggan ikan ni.
tak tau ikan ni di masak ataupun dikukus, atau mentah.
makan jer la.

saya tak paham apa yang orang suka makan makanan cold dish macam ni.
saya rasa macam cedok koktel.
dalam mangkuk yang besar ni, ada makanan2 laut,
dihiasi daun ketumbar yang baunya bauat saya tak tahan, dan tak boleh makan.
saya benci daun ketumbar! haha.

yang ni sotong. tak tau masak apa ni. pelik sangat.

yang ni kambing.
saya tak makan kambing. kuis2 sikit2 jer la nak merasa.
sedap.
tapi saya makan sikit.

pencuci mulut.
yang depan buah tomato kecik tu, macam tembikai,
tapi warna oren.
dan rasa dia sangat2 manis. isi dia tak sehalus tembikai merah, agak kasar sikit.

yang ni pulak, menu2 sarapan pagi yang saya makan kat U Hotel.
2 minggu, menu yang paling banyak saya makan adalah telur, dan roti.
dan saya syak 2 benda ni yang menyebabkan berat badan saya naik.
telur bukan sebijik dua ye saya makan untuk brekpes.
hehe








nampak, semua berasaskan telur kan.
hehe
ada jer makanan lain.
kalau ikutkan hati, saya nak je try semua makanan tu.
sebab saya rasa semua tu tak dak berunsurkan babi pom.
tapi, bila ada yang memberi hujah2 sipi2 telinga ni,
dah jadi was2. geram betol saya.

yang ni adalah makan2 besar jamuan balas dari pihak Freescale kepada company saya.
makan tengahari kan restaurant muslim lah.
itu yang atas tu macam pencuci  mulut kot.
rasa macam ubi, tapi ada rasa macam keladi.
ntah la. rasa memang sedap.

ini campuran ayam dan daging.
organ2 dalaman pon dimasukkan sekali cuma disusun berasingan.
saya ambik ayam jer. daging tak mau makan,
hehe.

dalam gambar ni, dari kiri ada sotong goreng cili kering,
sebelahnya daging kambing yang dihiasi fries
sebelahnya lagi ada ikan besar tak tau apa masak dan apa jenis ikan pon tak reti
belakang2 tu ada la makanan2 lain yang saya pon tak ingat dah.

tapi yang nampak ada warna warni denga  oren merah pepel tu,
itu bahan2 untuk makan Peking Duck.
saya tak sempat nak ambik gambar sebab terlalu jauh.
cara makan dia, lebih kurang macam makan popia.
masukkan semua bahan, daging itik, sayur2, gulung, sapu sikit sos, dan makan dengan 1 suapan.
haaaaa gitew.

untuk kulit itik tu pulak, sedapnya dimakan dengan gula.
ambik kulit, cicah2 dalam bekas gula, ikut sesedap hati la,
dan kerus masukkan dalam mulut.
gitewwwwwhhhhh

kuih atas ni, special sikit.
katanya cuma boleh dapat kat Tianjin ke atau resepi asalnya dari Tianjin, saya tak ingat.
nama dia, "donkey rolling on the ground"
luaran kuih ni macam tepong gomak, berhabuk.
rasa sangat sedap.
yang merah2 tu rasa macam kacang merah, tapi bukan kacang merah.

inilah boss besar untuk projek yang kami buat.
masa ni dia tengah syiok bercerita pasal sejarah Tianjin zaman dulukala.
zaman2 dinasti.
bagus dia ni, banyak ilmu.
dan baik.

acah2 khusyu' dan tawado' sangat mendengar cerita.
walaupun...


dia jugak sempat bagi cadangan aktiviti apa yang sesuai dibuat masa di Beijing.
cadangan dia jugak la suruh pergi ke Mutianyu Greatwall, dan bukanke Badaling Greatwall.
sebab Mutianyu tak ramai pelancong asing berbanding Badaling.

saya jugak sempat merasa makan ais batu campur versi Tianjin

macam2 adaaaaaaa....
tapi semua manis sangat.

hehehe, seksi kan tukang buat ABC ni.
pitam mak nak heyyyyyyy....
saya tutup mata jer la telan ABC tu. anggap tadak apa2 yang berlaku

rasa nak tegur suruh pakai baju,
tapi takut jadi gaduh la pulak kan.

yang ni saya makan masa kat Beijing sebelum pergi ke airport.
yang pergi semua melayu, kat kedai ni pulak tak dak menu bergambar.
punya susah nak mintak nasik goreng telur.
akhirnya dapat jugak la makan nasik goreng telur.
"chao fan ji dan"

sayur ni hasil daripada gambar2 sayur yang pernah kami makan sebelum2 ni.
tunjuk gambar, dia angguk.
ada la tu.
heheh.

kat beijing jugak saya jumpak satu2nya tulisan bahasa Malaysia.
mamee kari berapi!!
yang ni saya beli kat kedai yang menyerupai 7Eleven


dan yang terakhir sekali,
saya makan nasik lemak berlaukkan sambal udang dalam kapal terbang.
nasiknya berderai, rasa kurang lemak.
tapi saya dapat makan dua, sebab anak boss saya tak mau makan.
haha.
eh saya lapar sangat tau.
nasik ni dihidangkan sejam setengah sebelum mendarat.
dan saya tak makan apa2 selain "chao fan ji dan" yang saya makan sebelum ke airport.
tu pon jam 5 petang.
dan saya berlapar sampai jam 6.30 pagi.
hehehe...


*****bersambung*****


5 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Delete
  2. assalamualaikum ...jalan2 singgah ke sini...:)

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. Beraneka makanan yang adakalanya tak pernah diketahui minda ini...Hehee

    ReplyDelete