Demi Masa

Wednesday, 26 August 2015

#402 Beijing - Tianjin - Beijing Episod 2

assalamualaikum.

apa kabar semua..
harini saya nak tunjuk sikit kawansan sekital hotel yang saya duduk masa kat Tianjin itu hari.
saya ada masa sikit nak jalan2 katanya.
sebelom memulakan tugas kat sana,
jadi, ambik sikit masa nak pusing2 tengok kawasan keliling.
walaupun sorang2 tiada berteman.
gittew.

jual tepi jalan jer, lebih kurang macam yong tau foo.
tapi yong tau foo cara depa la.
tak berani makan walaupun hati meronta2 nak coba.


sekolah ni tepi bilik saya jer.
memandangkan masa saya pi tu time cuti sekolah,
tak la dapat tengok student depa macam mana,
dan tak dengar bunyi loceng menandakan waktu rehat @ balik.

Tianjin sangat teruk dengan jerebu.
sepanjang kat Tianjin, sehari jer dapat tengok hari yang bersih tanpa jerebu.
lagi 13 hari, penuh dengan asap.

sungai ni nampak macam cantik masa mula2 lalu.
bila saya datang balik dengan jalan kaki, tak lawa langsung.
haha

kat sana, tak payah pakai topi keledar pon.
jarang nak jumpak motor2 besar macam kat malaysia.
semua jenis basikal elektrik atau motor elektrik.
nak kurangkan pencemaran agaknya, walaupun.

sungai yang sama, cuma dari arah yang laik pulak

apek ni pandang saya macam saya ni penjenayah.
mungkin pelik tengok saya usung kamera sana sini gamaknya

mamat ni, nyaris2 nak melanggar saya masa saya nak melintas jalan.
bawak laju bukan main, macam dah takdak hari esok.

semoga kanak2 yang belajar kat tadika ni tak membesar menjadi "boya"
hehe


dua pasangan yang kat depan tu tengah bergaduh.
acara kemuncak saya tengok perempuan tu baling kasut kat laki bermotor tu.

katanya buah delima. betul ke?
banyak ditanam di tepi2 jalan sebagai penyeri.
rasanya kalau nak makan boleh petik jer kot.

saya tak tau ini aktiviti apa,
tapi kertas besar tu adalah gambar, dan nyonya ni coba melekatkan manik2 kat atas gambar tu mengikut warna yang asal.

kedai cina muslim yang satu2 nya berdekatan dengan hotel,
err... bawah hotel sebenarnya. bilik saya atas kedai tu. hehe

depa pelik tengok saya bila saya masuk kedai tu.
dan depa mahir buat mee tarik jugak. sedap!

nasik goreng cina.
banyak sangat nasik goreng ni. harganya 10 yuan.
berbaloi sangat, cumanya minyak boleh buat berenang.
huhuhu...

*****bersambung*****

6 comments:

  1. Buah 'demila' tu sama ke dengan buah delima? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. alamak,,, tertypo di situ... delima mak.. hehehe :D

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Jom pi Guillin, baru boleh sedut udara tak tercemar

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      baru gugel image guilin..
      chantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...... gunung ganang....

      Delete
  3. aku paling suka gambar yang ke-12, posisi couple yang bergaduh tu betul2 kat hujung perspektifnya. deep tu... hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... gambar tu terkabur sikit kat pasangan tu.....

      Delete