Demi Masa

Tuesday, 25 August 2015

#401 Beijing - Tianjin - Beijing Episod 1

Assalamualaikum...

uhuks uhuksss...
lama kan saya tak bersiaran..
hehe
camni lah...
beberapa minggu yang lepas, awal bulan la,
saya dengan orang2 kompeni saya bertugar di luar negara.
ceeewaahhhhhh.
keje oversea gitooohhhhh

untuk kali pertamanya, saya ke luar negara dengan rombongan kompeni.
huhu.
saya ke kilang Freescale Semiconductor, cawangan Tianjin.

supervisor saya kata, saya bertuah.
sebab jodoh dengan Freescale, panjang.
once upon a time, saya adalah pekerja Freescale Semiconductor Malaysia.
lepas saya bercerai talak 1 dengan Freescale,
saya dapat kerja dengan kompeni sekarang, konsultan untuk energy.
kebetulannya berprojek usahasama dengan Freescale.
jadi konsultan gitew.
selesai projek kat Freescale Malaysia,
dapat pulak projek kat Freescale China.
merasa dok Tianjin 2 minggu.
nampak?



bertolak dari KLIA jam 6 petang,
penerbangan berjalan dengan lancar,
walaupun cuaca agak tak begitu baik.
sampai kat lapangan terbang beijing, dah lebih kurang 12.10 tengah malam.
tapi dari landasan nak ke terminal, kemain jauh berpusing2.
lepas kutip beg segala, saya melepak kat Terminal 3 tu sampai la ke pagi.
sebab saya kena naik bas ke Tianjin pulak.



saya naik bas yang paling awal lah kan.
basnya tak besar la. lebih kurang macam van mini, tapi bentuk bas.
perjalanan ke Tianjin lebih kurang dalam 3 jam setengah.
kalau naik bullet train, cuma 45 minit sahajor.
kenapa tak naik bullet train?
sebab saya disuruh bos2 saya yang dah sampai sehari sebelum, untuk naik bas sahaja.
kalau saya tau, tak kuasa nak naik bas. saya rela tunggu lama sikit naik train sahaja.
sebab dalam bas, ruang sangat sempit, bayangkan, 3 jam setengah kaki tersepit.
oh, tiket bas ke Tianjin dari Terminal 3 harganya adalah 80yuan.

sesampai di Tianjin,
saya amek teksi untuk ke hotel.
20 minit macam tu la untuk sampai ke hotel.
hotel yang saya duduk tu, sangat selesa.
Tianjin U Hotel namanya,
tak pasti berapa bintang, tapi cantik, dan selesa.
lebih dari memadai, jadilah, sebab saya tak keluar satu sen pon.
haha.





saya dapat bilik berkongsi dengan supervisor saya,
ok lah, tak la mengharap bilik sorang 1 pon.
dari segi bilik dan bilik mandi, sangat tiptop.
luas, bersih, dan lengkap.
dan kami sukakan pekerja front desk yang gambar di atas tu.
Gina nama dia. eh, Gina ka Tina ntah, gitu la lebih kurang.
banyak membantu kami sepanjang 2 minggu kat hotel tu.
antara ramai2 front desk asst yang ada, dia yang english agak bagus.
yang lain pun ok, cuma susah nak berkomunikasi jer la.

ok lah, nanti saya sambung lagi.
panjang2 sangat orang bosan baca.
hehe...


*****bersambung*****

8 comments:

  1. Alahai...rindu nak ke Beijing lagi...awal tahun depan la kot...ttahun ni nak explore Lombok plak selain cuti-cuti Malaysia je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok2 lombok nampak macam best sangat kan.. dah ada angan2 nak ke lombok.. ongkosnya aja masih belom tersedia.. jom pusing2 malayssia.... hehe

      Delete
  2. bertuah badan...semuanya ditanggung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rejeki kak. kalau kata nak pergi sendiri, entahkan bila taun baru merasa. syukur lah... heheh

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    fuhhhhhh durian runtuh di tianjin gitewwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam... sebut pasal runtuh, bagaikan runtuh nya langit bila Tianjin meletup itu hari.. huhuhu

      Delete
  4. Untung dapat peluang bertugas di luar negara. Menimba pengalaman. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer lah mak.. pengalaman berharga sangat kerja kat sana dengan orang2 sana. macam2 ragam. walaupun cuma 2 minggu... hehe

      Delete