Demi Masa

Monday, 17 November 2014

#393 Passport Keselamatan

Ehem ehemmmm....
Saya baru balik daripada Bangi.
Ada kursus dengan NIOSH.
Sebenarnya, pemergianku itew adalah secara keterpaksaan dan ketidakrelaan.
Tapi sebabkan kompeni dah bayarkan,
Pergi jer lah.

Bukan tak rela pasai apa pon,
Cumanya, jauh tau sebenarnya dari rumah saya nak ke NIOSH Bangi tu.
Kena ada kat sana pulak sebelum 8 pagi katanya.
Tak ke kena bertolak awal dari rumah..
Sakit bontot merempit naik motor pulak lagi.

Sebelum bermulanya sesi,
Awal2 lagi dah diberi ujian, untuk menguji sejauh mana kefahaman peserta2 ni tentang keselamatan di tempat kerja.
Rasanya, saya lulus cemerlang, sebab soalan mudah2.
Tapi keputusan penilaian awal tu, tak diambil kira.
Bak kata penceramah tu, "Kau excellent kat penilaian awal ada aku kesah? Yang penting keputusan ujian sebenar!"
Gituh.

Setelah bertungkus luimus berhempas pulas memerah otak untuk menghadam segala apa yang dibebelkan oleh penceamah tu,
Tibalah masanya untuk Ujian-Yang-Sebenar.
Saya akui, saya nebes. Risau kalau gagal.
Sebab kalau gagal, kena mengulang.
Guna duit sendiri la tapi.
-.-"

Masa saya tengah jawab,
Saya diselubungi perasaan kesian pada sesetengah orang yang bukan rakyat Malaya, tetapi pekerja asing. (Bangla, Nepal, Vietnam, Kemboja)
Depa ni boleh paham la kot apa yang penceramah dok gebang, tapi adakah mereka boleh baca soalan2 yang tertulis dalam buku soalan?
Jawapannya, Tidak!
Kesian tau.
Bayar mahal2, lepas tu tak boleh jawab sebab tak paham, lepas tu mungkin gagal, kena mengulang lagi, bayar lagi.
Kaya NIOSH!

Lepas saya habis jawab dan hantar kertas soalan, saya curi2 tolong kawan sebelah.
Lepas tu, warga asing kat depan-belakang-tepi pon dok la tanya2,
Saya nak tolong, tapi pemerhati dah warning kat saya, sebab dia nampak saya bagitau jawapan kat bangla depan saya.
Terus saya angkat beg dan keluar.
Kalau tak, naya jawapan saya dibatalkan serta-merta.

Semoga "mereka-mereka" itu dapat lah markah lulus minimum.
Kesian.
Betul2 kesian.

Kesian tu kesian jugak kan,
Semoga saya pon lulus jua lah hendaknya.
Lagi 3 hari baru boleh tau keputusan.
Fuh!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.