Demi Masa

Friday, 5 September 2014

#389 Melepaskan Kerinduan

assalamualaikum.
ya hampunnnn,
lama sudah saya tinggalkan blog ni tanpa diberi perhatian.
bukannya apa,
dah sebulan lebih saya tak boleh nak bukak website blogger nih.
katanya email saya tak sah gituh.
sampai hati!

apa yang nak dilepaskan kerinduan sangat nih?
saya rindu lah kat uols2 semua....
yang selama ini saya cuma kenal di dunia blog.
ada lah beberapa orang yang saya curi2 jugak baca sekejap blognya tapi tak boleh nak menulis komen.

dan saya juga rindu nak menulis cerita2 merapu dan meroyan lagi.
macam dolu2.
banyaknya luahan hati dan dedikasi yang nak saya ceritakan.
bayangkan la berapa lama pendam kan.
kalau sekali keluar gamaknya memang terburai semua cerita.

sebenarnya, bebaru ni, saya ada pergi tengok wayang.
cerita puteri gunung ledang.
woihhhhh, lama oooo cerita ni.
rindu sangat2.
dahulunya ditayang pada tahun 2004, masa tu hidup masih dibawah jagaan amma dan appa.
jadi peluang nak tengok wayang zaman tu amatlah kurang.
yang dashatnya, taiping nan hado lah panggung wayang time tu.
haha.

jadinya, saya ambik peluang kali ni untuk tengok cerita ni di skrin besar @ panggung.
dikatakan tayangan ini sempena sambutan seploh tahun cerita ini diterbitkan, 2004-2014, dan sempena hari kebangsaan kerana tayangan ini dulu juga dibuat semasa hari merdeka.
filem ini bukan dibuat semula tau. cuma diperbaiki dari aspek warna, dan audio.
memang lawa lah kiranya gambar filem ni jadinya.
tapi tayangannya tak lama. cuma 3 hari sahaja.
dan tiket tak dijual kat kaunter gsc.
kena beli online kekdahnya.
dan saya beli tiket ni 2 minggu awal sebab takut habis.


filem ni dulunya pernah menjadi kenangan buat saya.
kerana watak hang tuah dan gusti puteri itu sendiri memainkan peranan penting untuk kesah cinta saya satu ketika dulu.
hadoihhhhhhh,
macam bahagia bila dikenang, tapi hakikatnya, pahit bila dipikirkan pengakhiran kesahnya.


kalau agak nampak, cari la mana saya dalam kedua2 gambar di atas
hehe.

selepas habis sesi tayangan, dapat lah kiranya penonton2 semua bergambar bersama dengan gusti puteri ataupun tiara jacquelina.
sayangnya henpon saya amatlah cikai yang mana kamera saya tidak sesuai untuk ambil gambar di ruangan gelap.
teringin jugak saya nak berselfie berdua-duaan dengan tiara.
sebab tengok ramai yang buat macam tu. 
walaupun penganjur dah cakap cuma ada 10 minit saja untuk sesi bergambar,tapi ramai yang macam tak pedulik dan terus menerus berselfie dan makan masa orang lain untuk turut bergambar sama.

oh ya, saya jugak ada beli tiket untuk tengok teater muzikal p ramlee yang akan dipersembahkan pada oktober nanti.
sebabkan saya ni asnaf, saya beli tiket yang agak murah sajor.
haha.
asalkan dapat tengok, kira jadilah tu.
tapi kalau ada yang nak sponsor tiket mahal, ya saya juga sudi jadi peneman
camtuuuuuuuu.
hahahah.....