Demi Masa

Wednesday, 2 July 2014

#388 Rezeki Ramadhan

Rentetan dari entri yang lepas,
Saya telah pon buat ujian darah di klinik berhampiran (isnin).
Dari hasil ujian darah, saya disyakki dijangkiti denggi.
Dan saya diarahkan ke sepital dengan kadar segera.

Pagi sehari selepasnya(semalam), barulah saya ke unit kecemasan sepital sungai buloh.
Darah diambil untuk ujian sekali lagi.
Dan saya tatau kenapa, lepas dapat keputusan doktor2 situ tengok saya semacam.
Saspen sangat!
Saya disuruh ke zon kuning untuk dimasukkan air.
Tangan saya dipasang branula kiri dan kanan.

Lepas masuk 3 botol air,
Dalam 4 petang baru saya ditolak masuk ke wad.
Saya dah tak ingat berapa kali darah diambik sepanjang hari tu.
Rasa macam banyak sangat.

Dalam wad, baru saya tau saya dah kehilangan 8 kg.
8 kg yer!!
Terkujat iols.
Doctor suruh saya minom air banyak2, tapi sebab saya posa, saya biarkan jer air tu tak berusik.
Sampai la nurse marah.
Kedegilan saya berakhir lepas waktu berbuka.
Memang banyak air saya minom.
Dan sesekali buang air kecil,
Mencecah 600-700ml yg keluar.
Ye, saya kena ukur air kencing yang keluar.
Memang banyak yg keluar, sebab dah berbotol2 air masuk dalam badan.

Pagi tadi, selepas doktor2 buat round,
Doktor rasa saya macam dah ok.
Katanya saya dh boleh balik.
Sebab semua macam dah normal.
Walaupun kiraan platelet masih agak rendah.
Saya diberi MC sampai minggu depan.
Tak dibenarkan buat kerja2 berat yang boleh mendatangkan kecederaan.
Tapi, cukup seminggu, saya kena pergi buat ujian darah balik,
Untuk pastikan jumlah platelet berada pada tahap yang normal,
Kalau tak, saya kena masuk wad semula.
Gitulah katanya.

Semoga segalanya berakhir di sini.
Tamo lagi dah masuk wad.
Serik, dan ngeri.

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.