Demi Masa

Sunday, 29 June 2014

#387 Selamat Berpuasa

Haliuuu....
Apa khabarmu disanaaa....

Macamana hari pertama puasa?
Ok ke ko?
Kalau saya, KO.
Betul!

Hari khamis lepas,
Sebelum saya balik rumah, terasa badan sengal2 sangat.
1 badan pulak tu.
Lepas balik rumah, terus tertido.

Hari jumaat, saya pegi klinik.
Badan dah panas sangat,
Mata pedih2,
Sakit2 badan makin teruk.
Muntah berkali2.
Saya tanya doktor tu, ada tanda2 denggi tak.
Katanya kena tunggu 4 hari baru boleh cek.
Camtu mehhhhh?
Dibaginya ubat demam, antibiotik, dengan tahan sakit.

Sabtu, sehari sebelum puasa,
Saya berselubung dalam selimut sepanjang hari.
Sejak jumaat tu, saya tak sentuh nasik langsung.
Bau nasik buat saya muntah.

Dannnnnnnn harini,
Acara kemuncak la kan.
Sahur tadi saya sentuh sikit nasik.
Konon nk bagi tenaga la kan.
Nak posa nihhh katakan.
100+ tu rasanya sebotol setengah jugak saya teguk. Melampau kan.
Sepanjang hari melepek atas katil.
Nak bangun pon pening2 lalat.
Dan mungkin sebab terlalu banyak minom air,
Sepanjang hari saya berulang alik pegi jamban.
Tanpa henti.

Sebelum berbuka,
Saya pi la turun sat kat bawah rumah ni nak beli bubur lambok kononnya.
Tapi tadak pulak.
Beli la nasik dengan ayam kicap.
Sementara nak tunggu membayar tu,
Bau nasik sekali lagi menggugat emosi.
Menahan saya tamo muntah kat situ.
Sikit lagi nak tumbang.
Lepas bayar, kelam kabut balik rumah.
Mujur tak terburai.
**kalau saya pergi bazar, harus pitam terus kat situ rasanya dah**

2 minit sebelom berbuka,
Berkocak2 isi perut nk keluar.
Elok bunyi azan,
Saya terus muntah.
Sebanyak2nya.
Tuhan jer la tahu azabnya masa tu.

Haaa, gitu lah cara saya bukak posa.
Orang lain makan kurma, kuih, air oren,
Saya?
Muntah uols.

Dugaan sangat ramadhan kali ni.
Banyak dosa agaknya,
Kifarah kata orang.

Apa2 pon, selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kawan2 blogger yang budiman.
Semoga ibadah kali ini lebih baik berbanding tahun sebelum.

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.