Demi Masa

Tuesday, 27 May 2014

#386 Penang

Errrr, hai awak semua...
Lama kan saya tak update blog.
Kemalasan sungguh.

Oh ya, umum mengetahui saya baru balik dari Penang.
Menjalankan urusan rasmi seri paduka baginda yang hanya 1% dan selebihnya lagi 99% adalah dikhaskan untuk berjimba.
Saya dapat pi penang tu pon sebenarnya sebab nasib ja ponnnn.....
Kalau kata keluar duit sendiri untuk tiket pegi balik, rasanya tak pi kot.




Selama sehari setengah saya kat sana, saya ditemani oleh kawan yang saya kenal dari geng2 facebook bakal2 atc yang saya join.
Walaupun saya kecundang, alhamdulillah, saya masih belum bercerai dengan bekas kawan2 seperjuangan di suatu ketika itew.

Sesampainya saya di PIA, dan selesainya urusan rasmi seri paduka baginda di situ,
Terus saya dibawak ke street art.
Ya, saya jakun.
Sungguh!
Dok la selama ni jeles sakan dengan orang yang pi situ.
Akhirnya merasa la jugak bergambar sakan.
Gigih, walaupun merayap di kala tengah hari rembang.
Gelap gulita jadi kulit. Keh keh keh...



















Lepas menggelapkan diri,
Kami singgah Teragon, sejukkan diri barang sejam dua.
Ni nak cerita, kami pi la makan kat Bens dalam Teragon tu.
Saya makan spageti aglio olio.
Tapi, rasa macam makan spageti semata2.
Tadak lauk barang seketul pun.
Yang ada, bawang putih dengan cabai kering dua keping yang dibuat tanduk.
Saya rasa terhina makan benda tu saja.
Dan saya mintak sos cili untuk dibuat perasa (kuah).
Kalau ikutkan hati, nak ja saya uat onar kat restoran tu.
Tapi sebab nak jaga muka kawan saya (sebab dia yg cadangkan, katanya sedap) saya pendamkan sajor.






Lepas dah sejuk badan,
Kawan saya bawak pi Spice Garden.
Tapinya, harga masuk kemain mahal.
Kata kawan saya dulu dia masuk RM14 camtu la.
Sebab kuchiwa, saya pi la makan laksa + mee udang kat depan spice garden tu.
Not bad. Serious, not bad.
Walaupun saya berhajat nak pi makan mee udang kat Sg Dua, tapi jadi la kat situ pon.
Asal merasa mee udang kat penang. Jadilah.
















Lepas makan,
Fefeeling dok tepi pantai main2 air gitu.
Ada bot yang offer bawak pusing2,
Tapi kena bayar RM80 yuols.
Abam bot tu suruh cari orang 8 orang kalau nak bayar RM10 sorang.
Tapi, macam tadak ja yang nak naik.
Penyudahnya kami dok ja situ sampai matahari terbenam.

Puas tengok matahari terbenam,
Kami pi la jalan2 kat night market dekat2 situ jugak.
Semua pon jual benda yang sama ja pon.
So tadak apa la yang saya nak beli.
Sebab dah beli sikit souvenirs kat street art.

Dan acara kemuncaknya,
Saya dibawak pi hard rock cafe.
Saya jakun lagi.
Sungguh.
Mana pernah oi pi hard rock cafe sebelom2 ni.
Merasa la makan makanan yang mahal kat situ, sambil dengar lagu nyanyian live band.











Jam 1 pagi,
Saya balik hotel.
Mandi. Dan tidor.
Penat sangat dan sakit paha sebeb berjalan ja kerjanya sepanjang hari.
Sendiri mau ingat la kannn....

Ahad pagi2 sebelom balik saya dibawak pi beli jeruk.
Ya la, nanti orang2 yang tau saya pi penang kata apa pulak, tak bawak balik jeruk kan.
Benda feveret sangat orang dok order.
Tak la banyak saya beli. Setiap jenis tu ada la saya beli dalam 250 gram.
Tak boleh beli banyak2.
Berat bag nanti nak gendong. Huhu.
Anyway, ini abam yang jual jeruk sangat baik.
Masa saya ambik gambar, dia suruh saya edit lawa2 lepas tu hantaq kat dia.
Nak buat iklan katanya. (Hat ni tatau perli ka bersungguh ka)
-.-'








Dan sebelom waktu2 darurat untuk check in,
Saya sempat lagi dibawak pi makan durian kat anjung apa ntah nama tempat tu.
Atas bukit sangat.
Oh ya, yang makan durian ni abam ipar kawan saya tu yang belanja.
Rasa terharu sungguh.
Saya baru tau sebenarnya ada durian aiskrim, dan jugak durian kacang hijau.
Terkujat ai tau bila tau cenggitu. Huhuhu









Dan berakhirlah sudah kesah saya kat Penang.
Panjang kan.. Hehhehee

Akhir kata,
"Bagi pihak Kapten, dan anak2 kapal,
Terima kasih kerana terbang bersama Malindo Air.
Semoga bertemu lagi dalam penerbangan yang akan datang.
Selamat berhari minggu, dan terima kasih."



Ni kira lepas geram tau sebab lama tak hapdet.
Tunggu update untuk bulan depan lah pulak.
Hihihi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.