Demi Masa

Tuesday, 29 April 2014

#384 Keputusan Yang Dinanti

Bila saya bangun tidor pagi tadi,
Saya check banyak mesej masuk dari group whatsapp.
Salah satunya, result PAC untuk PPKTU saya yang saya pegi hari tu dah pun keluar.

Kelam kabut saya bukak website spa.
Tapi tak boleh nak check.
Dan saya bergegas terus pegi opis.

Sampai opis, saya on pc.
Masuk website spa.
Klik sana klik sini,
Dan ini lah hasilnya.



Saya terkilan. Betul.
Saya menyesal. Tak.
Sebab haritu saya dah buat sehabis baik.
Cuma nasib saya dapat ahli kumpulan yang salah.

Dan saya menagis sekejap dalam toilet.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 18 April 2014

#383 Cerita Tertunggak

Gitew tajuknya kan,
Ala-ala macam bil tertunggak kononnya.
Tapi, memang tertunggak pun cerita yang bakal dikompangkan ini.
Dah lama nak tulis, tapi penyakit M itu sungguh menebal sangat sekarang ni.

Ok camnilah kesahnya.
Setelah kontrak pelacuran saya di putrajaya itu hari ditamatkan serta merta tanpa notis,
Saya dihantar pulak ke Bukit Aman.
Tempat abam-abam dan hakak-hakak pulis.
Bekerjalah saya kembali seperti sediakala.
Panjat sana panjat sini, naik atas turun bawah,
Mujurlah masih kerja dalam bangunan dan ada ekon.

Pada suatu hari uols,
Tatkala burung-burung berkicauan,
Alkesahnya saya buat kerja kat basemen parking kereta.
Masa itulah banyak sungguh saya tengok salahlaku abam-abam/hakak-hakak pulis yang katanya sungguhlah berdisiplin. Gitewh!
Ada yang bawak kereta menongkah arus, laju pulak lagi, tengok lencana, macam status pegawai-pegawai, bukan prebet.
Ada jugak yang ingkar perintah larangan parking. Terang-terangan larangan dilarang meletak kenderaan, tapi hakikat, penuh dengan motor.
Dah kalau depa sendiri tak ikot peraturan, hurmmmm,
Ai angkat tangan jer lah uols.

Tu belum lagi cerita pasal merokok di tempat yang dilarang sekeras-kerasnya merokok, bilik AHU.
Nak dijadikan story, ada lah sorang bapak hayam besar bukak cerita kata opis depa berbau, bila check kadar kualiti udara, sangatlah tinggi.
Maknanya udara dalam opis tu udara kotor/tak sihat.
Saya senyum jer lah kat depa. Tak cakap apa-apa.
Padahal saya tau dah puncanya. Sebab dalam bilik AHU level depa tu, banyak puntung rokok, dan sisa makanan.
(Oh yer, ada jugak bapak-bapak hayam besar yang isap rokok dalam opis yer)
So, udara kotor dari AHU, dan hasil "berasap dalam opis" yang ada itulah yang pusing-pusing keluar dan masuk semula dalam opis depa.
Yang kat pantry lain pulak cerita.
Pengotoq mintak hampun!

Ni saya ada lagi beberapa minggu nak habiskan keje kat Bukit Aman tu.
Lagi cepat siap, lagi bagus.
Barulah aman rasanya.

Haaaaa... Itulah cerita yang tertunggak selama seminggu yang lepas.
Sekian dulu dari saya.
Hehehehe....

Esok sabtu, lusa ahad,
Selamat bercuti bagi yang bercuti,
Selamat bekerja buat yang masih bekerja,
Dan selamat belajar kepada yang pergi ke kelas (macam saya)...

;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 1 April 2014

#382 Pelacuran Kelas Teknikal

Ish ishhhh cepat sungguh masa berlalu.
Pejam celik, dah pun masuk bulan 4.
Tak terasa.
Tapi, sungguh terasa lambat kalau menunggu gaji kan. Hiksss.

Sekarang ni, saya bizi.
Saya dah dikerahkan tenaga oleh boss besar ke Putrajaya hari-hari.
Malam pulak lagi. Nyampah!
Dah macam pelacur. Oooopssss.

Tapi betul uolss.
Saya baru dapat tahu ( baru sedar sebenarnya ), yang boss besar saya telahpun "menjual" saya kat kompeni lain.
Lebih kurang macam saya ni dipinjam oleh kompeni lain, dan kompeni saya dapat bayaran ikut khidmat yang saya buat.
Dan bayaran yang saya dapat, adalah sangat tak setimpal ( lepas saya dapat tau berapa kompeni saya dibayar ).
Memula, saya rasa setimpal la, tapi lepas dapat tahu berapa kompeni dibayar kerana "menjual" saya, fuuuuhhhhh!
Ga-alip-mim-punk!!
Celah gigi sangat.
Dengan kerenah bapak hayam besar kat PMO sana lagi yang ntah hapa2 perangai,
Grrrr.

Lepas tu kan uolss,
Saya ada la komplen, yang saya penat keje malam, susah nak study sebab siang2, saya sorang2 study, nak tanya kawan2, semua bizi keje, tadak sapa nak layan, so saya nak la keje siang balik.
Tapi boss suruh saya bersabar dulu. Nak cari orang ganti katanya..
Ok lah.
Semalam, opismet bagitau saya, boss saya cakap apa tau,
"Belajar tu kehendak dia, nasib la. Bab keje kena keje, belajar tu hal lain"
Waaahhhh. My blood go upstair sangat lepas tu tau.

Takpe... Takpe...
Tunggu la, nanti bebila dia suruh saya keje sabtu/ahad, jaga depa.
Saya bagi balik jawapan macam tu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.