Demi Masa

Sunday, 23 March 2014

#381 Live Dari Taiping

Laporan live dari Taiping Bandar Warisan.

Harini saya gigih.
Gigih naik bas seawal pagi untuk balik ke Taiping.
Kawan baik saya naik pelamin harini.
Hajat saya memang nak tengok dia berbaju pengantin dengan pasangan dia.
Depa dua ni saya kenal dari zaman sekolah menengah lagi.
8 taun depa bercinta, akhirnya bernikah jugak.
Percintaan yang saya kagumi, sebab kesabaran depa.

Dan ada yang pertikaikan,
Pasaipa saya gigih,
Kalau kenduri adik beradik, saya tak segigih ni.
Opkos lah,
Saya ada kawan, dan saya hargai kawan serta persahabatan.
Bukan lah saya tak hargai sedara mara,
Tapi yang pastinya,
Di saat suka duka lara pedih dan tersungkurnya saya,
Kawan-kawan saya ni lah yang tak henti2 bagi dorongan,
Sentiasa di belakang saya walau apa jua keadaan.

Berbalik pada kenduri kawan saya,
Saya sampai lambat, dekat pukol 3.
Orang dah tadak,
Maka saya dan beberapa kawan lagi dapat keberuntungan, sebab lauk pauk semua kami dapat.
Hehe.
Cuma, saya tak sempat tengok kawan saya berbaju pengantin,
Dan saya terlupa nak bergambar dengan dia.

Sekarang saya tengah tunggu bas nak balik ke keyhell.
Saya bajet nak balik pukol 6 petang.
Sebab nak elak kena naik teksi, sebab kalau lewat dari taiping, haruslah lewat sampai ke keyhell ni.
Paham2 lah kan, midnight charge bukanlah murah.
Tiket saya jam 9 malam.
Sampai 1 pagi.
Tak leh kata apa.
Janji saya sampai keyhell sudah lah.

Sekian,
Amin A. R melaporkan,
Taiping Bandar Warisan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 11 March 2014

#380 PrayForMH370

Bukanlah saya mencoba untuk mencari publisiti dengan bertajukkan sedemikian,
Tapi,
Atas dasar kemanusiaan,
Saya jua bersimpati dengan apa yang menimpa pesawat itu.
Banyak yang seolah-olah tak sabar untuk menemui bangkai pesawat,
Tapi saya masih berharap kesemua penumpang ditemui dengan selamat.
Dalam ramai-ramai,
Terselitlah 3 orang manusia yang saya kenali namanya,
Walaupun tiadalah mereka mengenali siapa saya,
Saya pernah sekali bekerja bersama mereka di bawah 1 bumbung kilang,
Dan saya pernah bekerja di bawah naungan mereka,
Semoga mereka semua selamat,
Itu sahaja yang saya mintak.
#prayformh370
:'(


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.