Demi Masa

Monday, 24 February 2014

#379 Update

semalam, saya pon hadhir la program assessment center yang dijalankan di sepang itew.
yang seronoknya sebab tak pergi sorang-sorang.
ada geng.
pergi sekali carpool 6 orang.
sebelom ni dah buat group kat fb, dan ada group whatsapp lagi, untuk diskas apa yang patut.
dari tak kenal, jadi kenal,
lepas dah kenal, banyak yang dah rapat.

semalam ada 3 sesi yang kena tempuhi.
sesi 1, blind color test.
yang ni saya lulus dengan cemerlangnya. saya rasa la.
ujian lebih kurang macam nak amek lesen je pon.
lepas habis ujian buta warna,
saya dengan partner saya terus pi ke bilik sesi 2.
masa sesi 2, kami yang paling awal, maka kami yang masuk dulu.
lama prosesnya, ada la dalam 25 minit-30 minit.
saya dengan partner diberi text.
text 1 adalah roleplay antara air traffic controller dengan pilot.
text ke 2, article berkenaan sukhoi dan apa ntah lagi 1.
lepas habis baca, ada la sesi soal jawab.
tapi soalannya tadak kaitan dengan text yang kami baca.
soalan pelik-pelik, ada yang saya berani jawab, ada yang saya cakap tatau.
tak guna menipu kalau tatau kan, baik jujur bagitau.
habis sesi 2, dah pukul 9.40am.
sesi seterusnya pulak berlangsung jam 2 petang.
lama oi menunggu.

lepas pukul 2 petang, semua candidates pon masuk dewan,
pembahagian kumpulan untuk sesi 3 dilakukan,
dan saya dapat group yang kedua.
dan masa sesi 3 ini lah, saya nyaris2 meletop.
bukan meletop kena bom, tapi hati meletop.
kumpulan saya dapat soalan "less work or more work, which one you enjoy" gitulah lebih kurang.
masa perbincangan, ahli kumpulan saya memandai-mandai nak buat pasal advantage/disadvantage,
yang mana langsung x memenuhi kehendak soalan.
saya siap bacakan balik soalan dan tanya depa, "do you understand?"
lepastu depa memandai pulak bahagi dua, 4 orang buat pasal less work, lagi 4 orang buat pasal more work,
pon tak menepati kehendak soalan,
saya cakap kat depa, why la uols nak divide, soalan dah cakap "which one", pilih la satu ja.
tapi ada depa nak dengar cakap saya?
takkkkkkkkkkkk!
degil. tetap nak divide.
ok la saya turutkan jugak, kang kata saya tak boleh bekerjasama dalam kumpulan, tak pasal markah saya kurang.
masa bincang tu pulak, depa bantai cakap melayu, yang mana dah dilarang sejak azali untuk sesi 2 ini.
hangin la saya, depa ni nak mengurangkan markah ka apa.
saya gigih jugak cakap english walaupun tunggang langgang, tak mau kurang markah,
pastu baru la terkedek2 memasing cakap english.
lepas dah diskas segala, tiba tang presentation.
ok semua pon cakap point masing2,
2 orang yang macam degil ni, nak jadi dominan dalam presentation,
depa ja nak banyak cakap, macam orang lain tak reti nak bercakap.
last sekali, panel tanya, so u pilih mana, less or more?
dah, tak boleh jawab,
macam mana nak jawab, dah hangpa buat dua-dua.
4 orang cakap pasal less, 4 orang cakap pasal more, jadi apa keputusannya?
teros panel cakap kami tak paham soalan.

keluar dari bilik discussion, saya teros blah, tadak nak salam ka apa. saya marah betol tau.
saya pi kat kereta, bagitau kat kawan-kawan saya,
rupanya ada sorang pon dapat nasib yang sama macam saya,
tapi saya rasa dia masih bernasib baik lagi sebab peluang dia nak bercakap banyak.
saya ni, dah la tadak peluang nak cakap banyak time present, banyak cakap kat discussion ja, tu pon sebab bangkang dengan apa yang depa nak buat.
betule buat saya kuchiwa.

tapi apa pon, saya dah buat yang terbaik.
kalau saya tak lulus pon, rasanya tadak penyesalan.
saya dah kawan2 yang lain dah usaha. tinggal tawakal ja lagi.
ada rejeki adalah.
bak kata kawan saya, "rejeki never sent to wrong adress" katanya.

Thursday, 20 February 2014

#378 34-36-38-?

Beberapa hari lagi,
Saya nak pi ujian penilaian bagi jawatan PPKTU A29 kat Malaysian Aviation Academy (MaVa) kat Sepang sinun.
Ini adalah 2nd stage daripada 3 stages yang perlu dilalui sebelom layak menjalani latihan PPKTU di MaVa.
Untuk layak ke 3rd stage, saya perlu lulus dengan jayanya 2nd stage ini.

Dihebahkan, tatacara pemakaian haruslah macam gomen servant.
Berbaju putih, berseluar slack, bertali leher, dan lagi bagus kalau pakai blazer sekali.
Saya ni, dah berkurun tak pakai seluar slack.
Dah lupa, bila kali terakhir beli seluar jenis gitu.
Nak tak nak, gigih la saya ni pi cari seluar slack.
Adalah 4-5 kedai saya masuk,
Tapi ada yang tak berkenan di hati, ada yang tadak saiz, ada yang berjalur-jalur.
Tak puas hati, saya pi Jusco kat One Utama.
Mujur lah jumpak yang berkenan di hati.
Dan dengan harga yang berpatutan.
Almaklumlah, saya dah sengkek sebab banyak habis bayar yuran mengaji itu hari.

Suatu ketika dulu kan uols,
Saya pernah pakai seluar saiznya 34,
2taun lepas tu, naik jadi 36,
Tak lama lepas tu, bertambah lagi jadi 38.
Dan sekarang, tamo cakaplah berapa.
Sakit hati sendiri.
Saya kompius,
Senang hati sangat ka saya ni sampai membesar dengan begitu cepat?
Nak kata makan banyak, dah habis bercatu jugak tu makan.

Dan sekarang, bila dah bermasaelah nak mencari seluar, apa maknanya tuh?????


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 8 February 2014

#377 Scandalism

Beberapa hari yang lepas,
Ada sorang wanita talipon saya.
Saya ngam-ngam tengah baru bangun tido,
Talipon pon berdering.
Nombor yang tak dikenali terpampang di skrin.
Saya jawab.

Wanita itu rupanya membuat cobaan mengorek rahsia kegiatan skandal swominya di opis dan luar opis daripada saya.
Saya pulak, dah la tengah mamai,
Ditujah pulak dengan soalan-soalan provok sedemikian rupa,
Rasa was-was apa nak dijawab jadinya.
Saya cakap jer lah apa yang saya tahu.

1 hari, ledakan pon berlaku.
Gaduh besar ke tidak, tiadalah saya tahu.
Tapi yang pasti, saya rasa bersalah.
Saya risau apa yang saya ceritakan menjadi punca perbalahan.

Tetiba, boss pon panggil saya masuk ke biliknya,
Dia tanya saya apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir antara saya, si polan, dan bini sipolan, serta kononnya skandal si polan.
Boss dah dengar cerita rupanya. (Sebab boss pon terbabit menjadi dalang sama, grrrrrrr)
Saya ceritakan apa yang jadi.
Tup-tup boss saya cakap,
"Jangan masuk campur, atau buat cerita"
Gulpppppp.

Telan air liur saya dibuatnya.
Saya buat cerita?
Maaf, saya tak buat cerita.
Dan bukan niat saya pon nak masuk campur hal rumah tangga orang,
Sama ada nak meroboh, mahupun memperbaiki,
Sikit saya tak dak niat nak join sekaki.
Bagi saya, apa orang sekeliling saya nak buat, buatlah.
Asalkan jangan babitkan saya kalau timbul masaalah.
Kalau saya nak buat cerita pon, sangatlah boleh.
Tapi saya nak jaga periuk nasik saya.
Sebab si polan itu, superior saya jugak.
Nasib saya masih di tangan beliau.
Jadi apa guna saya nak merisikokan diri membuat onar dengan si polan?
Hakikatnya, saya masih cover si polan dengan tak menceritakan sedetail-detailnya pada bini si polan.

Selepas pada hari itu,
Hati saya sungguh tak tenteram.
Saya diselubungi rasa bersalah.
Saya dah pon mintak mahap,
Saya kata, kalau saya tersilap cakap, itu di luar bidang kuasa saya. (Sapa suruh x warning awal2 jangan layan kalau bini dia call)

Akhir kata, ini last saya akan jawab panggilan bini-bini ataupun suami-suami orang untuk buat interview tak rasmi.
Pengajaran ini akan saya jadikan pedoman.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.