Demi Masa

Friday, 31 January 2014

#376 What Say You

1 kumpulan manusia, berdiskusi bersama2.
10 orang manusia dengan terbuka dan rela hati berkongsi segala ilmu yang ada.
Asalkan boleh digunapakai, sama-samalah mereka memberi idea, mahupun pendapat.
Datang sorang makhluk,
Membuat cobaan psiko pada beberapa ahli kumpulan.
"Takkan nak cerita semuanya"
Terus semua pun macam senyap.

Apalah motipnya makhluk nan satu itu membuat cobaan sedemikian rupa?
Ilmu,
Perlu kah kedekut?
Tak nak kongsi ilmu, dok dendiam.
Jangan menyampuk, mahupun mencelah.
Tak de salahnya nak berjaya sama-sama.
Adatlah, akan ada yang terbaik,
Akan ada nombor 1,
Dan akan ada yang nombor 10.

Semoga ilmu yang dia simpan itu, yang dia tak nak kongsikan itu, tidak akan menggagalkan beliau sendiri.

Apa kata anda?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 28 January 2014

#375 Rasmi

secara rasminya,
selepas tarikh 25 Januari 2014,
saya adalah seorang mahasiswa di UTM.
errrrr,
UTM Space sebenarnya.
tapi masih UTM lah kan.



jangka masa pengajian saya adalah 6 tahun.
demi masa depan, 6 tahun itulah perjuangan saya.

:)

***gambar di kad pelajar saya, adalah setaraf dengan gambar di ic. maknanya, tak lawa lah kan?


Wednesday, 22 January 2014

#374 Tawaran Itew........... ( Siri 2 )

Saat entri ini diterbitkan,
Masih berbaki 2 hari untuk saya buat keputusan untuk pergi mendaftar atau tidak.
Banyak sangat kekangan yang saya rasa seolah-olah tidak merestui.
Saya masih mencari 2 orang penjamin kewangan,
untuk menjamin bahawasanya saya tidak akan berhutang dengan pihak UTM Space.

Bila saya tunjuk surat perjanjian tu,
Semua pakat-pakat tak jadi menjamin.
Yer lah. Bab duit kan.
Tertulis pulak dalam perjanjian tu,
"Akan membayar hutang yg ditanggung mahasiswa terhadap universiti dan kos mahkamah sekiranya mahasiswa meninggalkan universiti"
Dan
"Bersedia membayar gantirugi atau denda yang dikehendaki oleh UTM"
Kejam sungguh syarat!

Saya tak salahkan orang kalau tak nak menjamin saya.
Sebab kalau saya pon, pikir 1000 kali untuk menjamin orang.

Jadinya, bertawakal lah saya mencari,
Tanya orang tu, tanya orang ni.
Teballah sekejap muka saya.

2 hari lagi.....

2 hari..

Hurmm


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 21 January 2014

#373 Tawaran Itew...........

2 minggu yang lepas,
UTMSpace ada talipon saya,
Nak update pasal permohonan saya untuk part time degree, yang telah ditangguhkan sebab semester lepas tak cukup student.
Saya ditanya, masih berminat tak.
Gila tak nak kan!
Sebabkan saya nak, pihak utmspace cakap boleh check keputusan pada 15Januari.
Ok.

15 Januari, saya semaklah dengan penuh pengharapan.
Permohonan saya tak wujud!
Saya talipon la balik orang UTMSpace sana.
Katanya, untuk course yang saya pilih tu, dekan belom buat keputusan.
Saya disuruh tunggu lagi.
Amboih.

Harini, saya talipon lagi UTMSpace.
Kata cik puan yang jawab panggilan saya tu, saya ditawarkan.
Tapi, bila saya semak kat website, permohonan tak wujud.
Apakah?
Nak main-mainkan perasaan saya ker ni?
Saya talipon lagi,
Dan saya di pass dan di pass ke 2 orang berlainan.
Akhirnya, dapat la kat sorang encik apa ntah nama dia, dia akan update balik dalam system dan saya boleh semak dalam masa 5 minit.


Selepas 5 minit,
Dah boleh akses.
Ok hepi la sekejap.
Tapi bila tengok tarikh pendaftarannya 25 Januari, terkedu kejap.
Eh, tak lagi 5 hari kot!
Mana sempat nak sediakan semua dokumen.
Nak cop sana, cop sini,
Ehhhhhhh, mana saya ada masa!!
Dah la mendaftar kat UTM JB pulak lagi.

Ni yang tak syiok ni.
Baru nak fefeelings impian jadi kenyataan,
Tetibahhhhh, macam nak ranap menyembah bumi.

Matilaahhhhhh



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 10 January 2014

#372 Perjalanan Yang Baru Bermula

itu hari kan saya ada pergi ke exam PPKTU,
dah sebulan berlalu.
sepanjang bulan, hati tak tenteram.
terpikir-pikir, termasukkah diriku ini dalam kalangan yang terpilih?
luluskah saya?

awal tahun baru haritu,
ada orang dalam group yang saya join (group candidates PPKTU A29 & A41 lah nie) kata,
result akan keluar, sama ada jumaat, atau sabtu.
keyakinan saya berkata, jumaat.
sebab sabtu, orang kerajaan kan cuti.

harini,
sepanjang hari,
tangan saya asyik klik website spa untuk check keputusannya.
dah petang-petang,
dekat-dekat waktu nak balik,
barulah keputusannya disiarkan.


alhamdulillah,
saya terpilih untuk ke peringkat kedua.
yang mana,
peringkat kedua ni lebih menyeksakan dari peringkat pertama.
ada lah risik-risik pada candidates yang dah pergi ke peringkat kedua bebaru ni (untuk jawatan pegawai),
katanya, dia dapat panel yang agak pelik-pelik.
susah sungguh! katanya.

tapi,
sesusah mana,
nak tak nak, marilah kita tempuhi.

sekarang saya cuma menunggu tarikh untuk hadhir ke peringkat kedua.

semoga perjalanan saya ini, dipermudahkan.

insyaallah.

:)


Wednesday, 8 January 2014

#371 Nasik Goreng Penyamaran


kerabu + pataya = ___________


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 4 January 2014

#370 Ini Kalilah!

Sana sini orang bercerita pasal azam taun baru.
Kita yang membaca ni, macam seronok la tengok memasing macam mencapai azam yang dinyatakan mereka pada taun lepas.
Mesti la terlaksana kan.
Kalau tak, motif lah sangat nak berazam yang baru lagi.
Yer dak?

Azam saya pulak,
Kalau yang sebelom-sebelom ni,
Rasanya tak tercapai kot.
Cuma, azam taun lepas,
Alhamdulillah tercapai.
Tu pun secara kebetulan.
Jadi tak dak lah apa sangat nak dibanggakan untuk dikompang.

Jadi taun ni, saya cuma nak nyatakan,
Saya takkan biarkan impian saya tergendala lagi,
Disebabkan memikirkan kepentingan orang lain.
Itulah matlamat saya,
Dan saya menuju ke arah itu.

Semoa tuhan merahmati impian saya, ini kalilah.

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.