Demi Masa

Tuesday, 30 December 2014

#396 Update

dua hari lepas, saya telah bermusafir ke utara.
bukit merah.
ada kenduri kawan sekelas saya masa di politeknik dulu.
alhamdulillah tahun 2014, ramai kawan2 seperjuangan saya dulu telah pun mendirikan mesjid.
semoga mahligai yang dibina utuh seutuh2nya tanpa porak peranda.

kepemergian saya ke sana dipenuhi suka dan duka.
tapi tak mau saya nurkilankan kesah duka ittew.
mungkin di lain kali saya ceritakan.
hehe.


agak lama rasanya tak saya jejak kaki ke taiping.
alang2 dah sampai bukit merah,
saya ajak kawan2 singgah kejap kat taiping.
cuci mata kat taman tasik...
ambik gambar barang sekeping dua,
almaklumlah, nek berjumpa susah, sesekali bersua muka,
apa lah salahnya bergambar sama2 kan.








selesai bergambar, langit pun mulai mendung.
dalam pada nak balik tu, boleh pulak tersasul kata nak makan yong tau foo.
singgah la pulak kat belakang balai bomba taiping tu.
dalam hujan2 pun kan.
lama saya tak melahap yong tau foo taiping ni.
betul2 menyimpan dendam sangat nak makan.
alhamdulillah, sampai hajat.




jalan sudah, makan pun sudah, maka balik lah saya ke kl semula.
saya balik naik bas dari ipoh,
tapi tiket saya terlepas disebabkan kejadian malang yang menimpa.
tak pa lah.
harini hari kita yang kena.
rezeki.
bersangka baiklah dengan ujian Allah.

:)

#oh ya, selamat tahun baru buat kawan2 semua... semoga sinar baru menjelma untuk tahun depan. :D

Friday, 19 December 2014

#395 Vaseline

assalamualaikum...
nak cerita ni,
orang finance kat opis saya,
sangat menggeruni tiap kali saya mengisi borang claim seperti di bawah ini.
 




jika dilihat, sikit jer tu yang saya claim.
tapi bagi finance, macam ancaman besorrrrrrrrrrr sangat.
padahal ada ja staff lain yang claim beratus2 kilometer lagi, tak pulak dia komplen.

haritu saya hantar borang claim ni.
disebabkan ada tertulis vaseline disitu,
bermulalah soal jawab.
orang finance tu tak percaya yang saya beli vaseline tu untuk kegunaan kompeni.
mati2 dia tak nak bayar.
walaupun saya cakap beli vaseline tu atas arahan bos BESAR saya.

sudahnya saya cakap,
tak nak bayar sudah, saya halalkan jer la.
malas nak bising2.
lepas tu, agaknya dia tanya la kot kat boss,
terus dia mintak balik borang claim saya.

tau pun nak bayar.
kedekut sangat, dan takut sangat macam saya ni nak mengabehkan duit kompeni.
cis sangat tau.

 

Friday, 12 December 2014

#394 Marilah Kiter Menderme Dare

assalamualaikum, dan selamat pagi.

semalam, pada waktu sebegini,
saya dan beberapa orang dari team ProjekAkhirat3.0 telah pon sebulat suara,
untuk pergi secara berjemaah ke Pusat Darah Negara,
demi menyumbangkan darah kepada yang memerlukan.

hajat saya sebenarnya cuma nak cek jenis darah je.
hihihi...
saya sebenarnya dah tau saya darah jenis B.
cuma nak tau sama ada +ve atau -ve.
sesampai kat kaunter saya pon tanya kat nurse tuh,
boleh ke nak cek darah sahaja?
katanya tak boleh.
musti derma, baru boleh cek jenis darah.
ok la ok laaaaa... saya derma la.

seperkara yang musti saya beritahu,
saya takut bila mengenangkan derma darah.
sebab sebelum2 ni, hati dah nekad, tapi bila sampai tak jadi.
sebab takut tengok jarumnya.
sementelah begitu lali diambil darah di lengan semenjak dua menjak ni,
saya rasa macam dah bersedia kali ni.
so, teruja lah kan.


lepas dah isi borang, dah cek jenis darah,
saya menunggu la untuk di interview.
pergh, interview!

masa saya di interview tu kan,
nurse tu tanya dah makan ke belom, sihat ke tidak, 
ada pernah masuk ward ke tidak.
saya cakap pernah, sebab denggi.
disebabkan saya cakap saya pernah kena denggi itu lah,
dia kata saya tak boleh derma.
setidak2nya kena tunggu 6 bulan lepas dirawat denggi,
dan saya baru 5 bulan.
terus pada kad saya ditulis, "BATAL".
oh kuciwa!


kawan saya cakap, kenapa cakap ada pernah kena denggi,
cakap jer lah tak pernah..
saya silap cakap katanya.

kawan saya lagi sorang pulak menyampuk,
tuhan tak bagi saya dermakan darah yang tak elok pada orang lain la tu,
sebab tu lidah saya tersasul sebut pernah.
betul la jugak kan.
kang darah yang tercemar, dimasukkan dalam badan orang lain,
itu menganiaya namanya.

dan mungkin jugak sebab hajat awal saya nak tau jenis darah jer,
menjadi penyebab saya tak boleh derma.
nawaitu.

insyaallah, bulan depan, saya akan kembali ke Pusat Darah Negara,
demi menyumbangkan sepaket darah.

kalau ada yang nak join, silalah beritahu.
kita teman 1 sama lain.
muahaha...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 17 November 2014

#393 Passport Keselamatan

Ehem ehemmmm....
Saya baru balik daripada Bangi.
Ada kursus dengan NIOSH.
Sebenarnya, pemergianku itew adalah secara keterpaksaan dan ketidakrelaan.
Tapi sebabkan kompeni dah bayarkan,
Pergi jer lah.

Bukan tak rela pasai apa pon,
Cumanya, jauh tau sebenarnya dari rumah saya nak ke NIOSH Bangi tu.
Kena ada kat sana pulak sebelum 8 pagi katanya.
Tak ke kena bertolak awal dari rumah..
Sakit bontot merempit naik motor pulak lagi.

Sebelum bermulanya sesi,
Awal2 lagi dah diberi ujian, untuk menguji sejauh mana kefahaman peserta2 ni tentang keselamatan di tempat kerja.
Rasanya, saya lulus cemerlang, sebab soalan mudah2.
Tapi keputusan penilaian awal tu, tak diambil kira.
Bak kata penceramah tu, "Kau excellent kat penilaian awal ada aku kesah? Yang penting keputusan ujian sebenar!"
Gituh.

Setelah bertungkus luimus berhempas pulas memerah otak untuk menghadam segala apa yang dibebelkan oleh penceamah tu,
Tibalah masanya untuk Ujian-Yang-Sebenar.
Saya akui, saya nebes. Risau kalau gagal.
Sebab kalau gagal, kena mengulang.
Guna duit sendiri la tapi.
-.-"

Masa saya tengah jawab,
Saya diselubungi perasaan kesian pada sesetengah orang yang bukan rakyat Malaya, tetapi pekerja asing. (Bangla, Nepal, Vietnam, Kemboja)
Depa ni boleh paham la kot apa yang penceramah dok gebang, tapi adakah mereka boleh baca soalan2 yang tertulis dalam buku soalan?
Jawapannya, Tidak!
Kesian tau.
Bayar mahal2, lepas tu tak boleh jawab sebab tak paham, lepas tu mungkin gagal, kena mengulang lagi, bayar lagi.
Kaya NIOSH!

Lepas saya habis jawab dan hantar kertas soalan, saya curi2 tolong kawan sebelah.
Lepas tu, warga asing kat depan-belakang-tepi pon dok la tanya2,
Saya nak tolong, tapi pemerhati dah warning kat saya, sebab dia nampak saya bagitau jawapan kat bangla depan saya.
Terus saya angkat beg dan keluar.
Kalau tak, naya jawapan saya dibatalkan serta-merta.

Semoga "mereka-mereka" itu dapat lah markah lulus minimum.
Kesian.
Betul2 kesian.

Kesian tu kesian jugak kan,
Semoga saya pon lulus jua lah hendaknya.
Lagi 3 hari baru boleh tau keputusan.
Fuh!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 6 October 2014

#392 Udang Di Sebalik Kueyteow

Ada orang datang kat saya,
Bertanya khabar, dan sebagainya.
Lepas tu dia tanya,
Betul ka saya dengan sekian2 orang bermasam muka, tak bertegur sapa, dan yada yada yadaa...
Dengan melulunya terus menasihatkan saya,
Seolah2 saya ni terok sangat.

Sesudah tarbiah diberikan kat saya,
Giliran saya lah pulak mentarbiah beliau.
Saya tanya, takat tu ja ka ceritanya?
Dia kata, begitulah setakat yang dia dengar.
Saya bancuh lah balik kan.
Kenapa sebelum sekolahkan saya,
Tak nak tanya dulu kat saya apa cerita sebenarnya yang berlaku di sebalik kueyteow yang penuh udang ittew.

Yang menjadikan my blood go upstairs lebih2 lagi adalah si pengadu tu.
Amboi punya nak mengadu meraih simpati,
Tapi tak diceritakan sebetul2nya.
Cerita salah saya, buruknya saya, tapi cerita yang dia buat kat saya tak pulak dikompangkan.
Tak aci lah kan.
Berat sebelah.
Sama jugak dengan yang menerima aduan tu.
Tak tau cerita penuh, baru tengok trailer, dah melompat kepada kesimpulan.

Sementelah keburukan saya diceritakan kat orang tengah yang konon tetiba nak jadi jambatan penyelamat,
Maka tak salahlah saya membukak cerita yang tak baik jua tentang dirinya,
Supaya segalanya jelas, dan tiada cerita tersembunyi.

Dan saya mintak dengan orang tengah tu,
Kalau kata nak sampaikan balik apa yang saya ceritakan kat dia,
Tolong ceritakan sepenuhnya.
Bukan separuh jalan.

Secara tiba2nya,
Manusia jambatan itew katanya jadi serba salah.
Sebab serbu tak semena-mena.
Saya cakap, udah telat!
Jadikanlah pengajaran.

Yang penting,
Saya berpegang teguh pada kata2 Coco Chanel,
"I don't care what you think about me. I don't think about you, at all"
Oh ya, I do think sebenarnya.
Saya terpikir,
Macam mana la dia boleh dia terpikir nak mengompangkan cerita yang dia dan saya saja yang tau,
Yang hanya menjerumus kepada memalukan diri beliau sendiri.

Kesian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 5 October 2014

#391 Korban

Kalau yang punya fb, mungkin dah tau cerita ini.
Pada yang belum tahu,
Begini ceritanya.

Lepas saya balik dari solat raya,
Terus saya start enjin moto, dan pergi ke rumah mak sedara di kelang.
Adalah dalam lagi 3-4 km nak sampai,
Tiba di 1 selekoh,
Tayar motor saya pecah,
Dan keseimbangan telah lari, hinggakan saya termasuk ke lorong bertentangan,
Dan nyaris melanggar/dilanggar sebijik kereta.
Mujur kereta tu cepat2 mengelak.
Allah jer yang tau betapa menggeletarnya saya masa tu,
Membayangkan nyawa melayang di hari raya korban.

Pelan2 saya tolak motor ke tepi jalan,
Dan terus menolak motor dengan harapan jumpaklah bengkel.
Saya berhenti tanya kat 1 guard,
Katanya jauhhhhhhhhhh.
Dah la jauh, entah bukak entahkan tidak.
Redha saya menolak lagi.
Saya talipon mak sedara tanya kot2 ada bengkel kat kawasan rumah dia.
Katanya ada, tapi sebab raya, dia pon tak pasti bukak ke tidak.
Saya disuruh tunggu tepi jalan,
Mak sedara dengan pak sedara dengan pantasnya datang kat saya naik kereta.

Katanya, ada 1 bengkel yang bukak.
Pak sedara cuba pam tayar motor.
Tapi, angin yang masuk sama dengan angin yang keluar.
Saya cakap nak tolak,
Pak sedara cakap biar dia naik bawak pelan2.
Sebab saya berat. Dia ringan.
Saya disuruh naik kereta dengan mak sedara.
Serba salah saya.

Sampai kat bengkel, lepas tayar dibukak,
Tudiaaaahhhhh.
Baik punya besi/batu/apa saja namanya tertusuk tembus kat tiub motor.
Tayar saya pon berlubang agak besar.
Tokey bengkel cadangkan tukar tayar sekali.
Saya cakap tayar tu baru lagi. Bulan 7 yang lepas tukar.
Saya suruh tukar tiub jer.
Nanti2 lak tukar tayar tu.

Sampai saat cerita ini ditulis,
Saya masih lagi agak terkejut,
Yang nyawa masih panjang.....

Apa2 pon,
Selamat hari raya aidil adha buat anda semua.

:)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 3 October 2014

#390 Tidur Yang Perlu Diganti

Minggu lepas kan,
Saya telah pon pergi ke penang pada khamis malam jumaat, secara tergesa-gesa, atas urusan tertentu.
Saya sampai pudu sentral 9 mlm.
Masa saya tanya tiket bas ke penang tu, ada tiket yang 10.40pm, ada yang 11.30pm.
Tapi ada 1 mamat panggil saya, tanya nak pi mana,
Butterworth kata saya.
Terus dia tarik pi kaunter bas dia.
Saya tanya bas seat 2-1 atau 2-2.
2-1 kata dia.
Kata dia lagi, jalan 9.30pm.
Dia bohongi saya. Sebab bila naik bas, seat 2-2.
Bas lak jalan 10.10 pm.
Lepas bas dah jalan, saya ingat terus ke butterworth.
Boleh pulak singgah kat terminal jalan duta sampai 11 malam.
Amboi hangatnya hati ni.
Sepanjang jalan saya tidor.
Sedar2 dah kat hentian taiping.
Ada la orang jual2 makanan. Saya pulak memang tengah sangat lapar.
Sebab balik keje terus kemas barang nk ke butterworth ni kan, tak sempat nak makan.
Tapi malangnya, dlm beg duit betul2 ada rm100 sekeping.
2 pagi pulak lagi kan, mana ada kedai nak terima duit RM100.
Saya sampai pergi kat kedai tu cakap camni,
"Kak, saya nak beli tapi saya ada 100 sekeping, boleh tak?"
Ada dia bagi saya beli? Tak yer.
2-3 kedai saya pergi, tetap hampa.
Sedih, saya naik balik bas, minom air mineral yg saya beli masa kat pudu sentral.
Sesampainya saya kat butterworth jam 3.30 pagi, saya mintak kawan yg ambik saya tu bawak ke kedai makan dulu sebelum ke tempat lain,
Sebab saya dh tahap kebuloq sangat2 dah... Adeyhhhhhhh.......
Saya kat penang pon tak lama,
Seharian kat penang,
Malamnya jam 10pm saya dah kena balik keyhell.
Sebab sabtu saya ada kelas awal.
Saya balik naik keretapi.
Senandung Langkawi ; Butterworth-Sentral Kuala Lumpur.
Saya beli tiket tempat tidur.
Selama ni saya ingat keretapi adalah sejuk.
Sebab pengalaman naik turun keretapi zaman belajar dulu, beli tiket tempat duduk, memang sejuk tahap membeku.
Rupanya, tempat tidornya adalah sangat hangat.
Bukak tirai, baru ada rasa sejuk.
Tapi, macam tak manis sangat tidor nak bukak tirai.
Redho lah saya dari jam 11 malam sampai 5.40 pagi tidor dalam keadaan berpeluh2.
**Tidor adalah tidak lena langsung, dan sentiasa terjaga**
Sampai kl sentral, saya tunggu subuh, lepas tu terus ke pudu sentral untuk ambil motor, dan balik ke rumah.
Sampai rumah, sempatlah saya lena balik barang sejam dua,
Bangun, mandi, dan terus ke kelas.
Dalam kelas, sungguh saya terasa penat.
Tak boleh nak fokus sangat apa yang lecturer ajar kat depan.
Habis kelas, saya masih belom boleh balik.
Sebab nak siapkan assignment untuk dihantar keesokan harinya.
Gigih saya tahan mata sampai 12 malam siapkan assignment.
Siap je, saya terus ajak kawan balik.

Jam 7 pagi hari ahad, saya bangun macam biasa, dan bersiap pergi ke kelas.
Saya masih penat, dan mengantuk.
Sampai 4 petang kelas saya baru habis.
Acara kemuncak,
Saya sampai rumah jam 6 petang, dan terus tidor sampai ke 8 pagi hari isnin.
Ayoyoooooo.
Puas la hati kan?
Hehheehehe

Tu jer nak bagitau
:p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












Friday, 5 September 2014

#389 Melepaskan Kerinduan

assalamualaikum.
ya hampunnnn,
lama sudah saya tinggalkan blog ni tanpa diberi perhatian.
bukannya apa,
dah sebulan lebih saya tak boleh nak bukak website blogger nih.
katanya email saya tak sah gituh.
sampai hati!

apa yang nak dilepaskan kerinduan sangat nih?
saya rindu lah kat uols2 semua....
yang selama ini saya cuma kenal di dunia blog.
ada lah beberapa orang yang saya curi2 jugak baca sekejap blognya tapi tak boleh nak menulis komen.

dan saya juga rindu nak menulis cerita2 merapu dan meroyan lagi.
macam dolu2.
banyaknya luahan hati dan dedikasi yang nak saya ceritakan.
bayangkan la berapa lama pendam kan.
kalau sekali keluar gamaknya memang terburai semua cerita.

sebenarnya, bebaru ni, saya ada pergi tengok wayang.
cerita puteri gunung ledang.
woihhhhh, lama oooo cerita ni.
rindu sangat2.
dahulunya ditayang pada tahun 2004, masa tu hidup masih dibawah jagaan amma dan appa.
jadi peluang nak tengok wayang zaman tu amatlah kurang.
yang dashatnya, taiping nan hado lah panggung wayang time tu.
haha.

jadinya, saya ambik peluang kali ni untuk tengok cerita ni di skrin besar @ panggung.
dikatakan tayangan ini sempena sambutan seploh tahun cerita ini diterbitkan, 2004-2014, dan sempena hari kebangsaan kerana tayangan ini dulu juga dibuat semasa hari merdeka.
filem ini bukan dibuat semula tau. cuma diperbaiki dari aspek warna, dan audio.
memang lawa lah kiranya gambar filem ni jadinya.
tapi tayangannya tak lama. cuma 3 hari sahaja.
dan tiket tak dijual kat kaunter gsc.
kena beli online kekdahnya.
dan saya beli tiket ni 2 minggu awal sebab takut habis.


filem ni dulunya pernah menjadi kenangan buat saya.
kerana watak hang tuah dan gusti puteri itu sendiri memainkan peranan penting untuk kesah cinta saya satu ketika dulu.
hadoihhhhhhh,
macam bahagia bila dikenang, tapi hakikatnya, pahit bila dipikirkan pengakhiran kesahnya.


kalau agak nampak, cari la mana saya dalam kedua2 gambar di atas
hehe.

selepas habis sesi tayangan, dapat lah kiranya penonton2 semua bergambar bersama dengan gusti puteri ataupun tiara jacquelina.
sayangnya henpon saya amatlah cikai yang mana kamera saya tidak sesuai untuk ambil gambar di ruangan gelap.
teringin jugak saya nak berselfie berdua-duaan dengan tiara.
sebab tengok ramai yang buat macam tu. 
walaupun penganjur dah cakap cuma ada 10 minit saja untuk sesi bergambar,tapi ramai yang macam tak pedulik dan terus menerus berselfie dan makan masa orang lain untuk turut bergambar sama.

oh ya, saya jugak ada beli tiket untuk tengok teater muzikal p ramlee yang akan dipersembahkan pada oktober nanti.
sebabkan saya ni asnaf, saya beli tiket yang agak murah sajor.
haha.
asalkan dapat tengok, kira jadilah tu.
tapi kalau ada yang nak sponsor tiket mahal, ya saya juga sudi jadi peneman
camtuuuuuuuu.
hahahah.....


Wednesday, 2 July 2014

#388 Rezeki Ramadhan

Rentetan dari entri yang lepas,
Saya telah pon buat ujian darah di klinik berhampiran (isnin).
Dari hasil ujian darah, saya disyakki dijangkiti denggi.
Dan saya diarahkan ke sepital dengan kadar segera.

Pagi sehari selepasnya(semalam), barulah saya ke unit kecemasan sepital sungai buloh.
Darah diambil untuk ujian sekali lagi.
Dan saya tatau kenapa, lepas dapat keputusan doktor2 situ tengok saya semacam.
Saspen sangat!
Saya disuruh ke zon kuning untuk dimasukkan air.
Tangan saya dipasang branula kiri dan kanan.

Lepas masuk 3 botol air,
Dalam 4 petang baru saya ditolak masuk ke wad.
Saya dah tak ingat berapa kali darah diambik sepanjang hari tu.
Rasa macam banyak sangat.

Dalam wad, baru saya tau saya dah kehilangan 8 kg.
8 kg yer!!
Terkujat iols.
Doctor suruh saya minom air banyak2, tapi sebab saya posa, saya biarkan jer air tu tak berusik.
Sampai la nurse marah.
Kedegilan saya berakhir lepas waktu berbuka.
Memang banyak air saya minom.
Dan sesekali buang air kecil,
Mencecah 600-700ml yg keluar.
Ye, saya kena ukur air kencing yang keluar.
Memang banyak yg keluar, sebab dah berbotol2 air masuk dalam badan.

Pagi tadi, selepas doktor2 buat round,
Doktor rasa saya macam dah ok.
Katanya saya dh boleh balik.
Sebab semua macam dah normal.
Walaupun kiraan platelet masih agak rendah.
Saya diberi MC sampai minggu depan.
Tak dibenarkan buat kerja2 berat yang boleh mendatangkan kecederaan.
Tapi, cukup seminggu, saya kena pergi buat ujian darah balik,
Untuk pastikan jumlah platelet berada pada tahap yang normal,
Kalau tak, saya kena masuk wad semula.
Gitulah katanya.

Semoga segalanya berakhir di sini.
Tamo lagi dah masuk wad.
Serik, dan ngeri.

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 29 June 2014

#387 Selamat Berpuasa

Haliuuu....
Apa khabarmu disanaaa....

Macamana hari pertama puasa?
Ok ke ko?
Kalau saya, KO.
Betul!

Hari khamis lepas,
Sebelum saya balik rumah, terasa badan sengal2 sangat.
1 badan pulak tu.
Lepas balik rumah, terus tertido.

Hari jumaat, saya pegi klinik.
Badan dah panas sangat,
Mata pedih2,
Sakit2 badan makin teruk.
Muntah berkali2.
Saya tanya doktor tu, ada tanda2 denggi tak.
Katanya kena tunggu 4 hari baru boleh cek.
Camtu mehhhhh?
Dibaginya ubat demam, antibiotik, dengan tahan sakit.

Sabtu, sehari sebelum puasa,
Saya berselubung dalam selimut sepanjang hari.
Sejak jumaat tu, saya tak sentuh nasik langsung.
Bau nasik buat saya muntah.

Dannnnnnnn harini,
Acara kemuncak la kan.
Sahur tadi saya sentuh sikit nasik.
Konon nk bagi tenaga la kan.
Nak posa nihhh katakan.
100+ tu rasanya sebotol setengah jugak saya teguk. Melampau kan.
Sepanjang hari melepek atas katil.
Nak bangun pon pening2 lalat.
Dan mungkin sebab terlalu banyak minom air,
Sepanjang hari saya berulang alik pegi jamban.
Tanpa henti.

Sebelum berbuka,
Saya pi la turun sat kat bawah rumah ni nak beli bubur lambok kononnya.
Tapi tadak pulak.
Beli la nasik dengan ayam kicap.
Sementara nak tunggu membayar tu,
Bau nasik sekali lagi menggugat emosi.
Menahan saya tamo muntah kat situ.
Sikit lagi nak tumbang.
Lepas bayar, kelam kabut balik rumah.
Mujur tak terburai.
**kalau saya pergi bazar, harus pitam terus kat situ rasanya dah**

2 minit sebelom berbuka,
Berkocak2 isi perut nk keluar.
Elok bunyi azan,
Saya terus muntah.
Sebanyak2nya.
Tuhan jer la tahu azabnya masa tu.

Haaa, gitu lah cara saya bukak posa.
Orang lain makan kurma, kuih, air oren,
Saya?
Muntah uols.

Dugaan sangat ramadhan kali ni.
Banyak dosa agaknya,
Kifarah kata orang.

Apa2 pon, selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kawan2 blogger yang budiman.
Semoga ibadah kali ini lebih baik berbanding tahun sebelum.

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 27 May 2014

#386 Penang

Errrr, hai awak semua...
Lama kan saya tak update blog.
Kemalasan sungguh.

Oh ya, umum mengetahui saya baru balik dari Penang.
Menjalankan urusan rasmi seri paduka baginda yang hanya 1% dan selebihnya lagi 99% adalah dikhaskan untuk berjimba.
Saya dapat pi penang tu pon sebenarnya sebab nasib ja ponnnn.....
Kalau kata keluar duit sendiri untuk tiket pegi balik, rasanya tak pi kot.




Selama sehari setengah saya kat sana, saya ditemani oleh kawan yang saya kenal dari geng2 facebook bakal2 atc yang saya join.
Walaupun saya kecundang, alhamdulillah, saya masih belum bercerai dengan bekas kawan2 seperjuangan di suatu ketika itew.

Sesampainya saya di PIA, dan selesainya urusan rasmi seri paduka baginda di situ,
Terus saya dibawak ke street art.
Ya, saya jakun.
Sungguh!
Dok la selama ni jeles sakan dengan orang yang pi situ.
Akhirnya merasa la jugak bergambar sakan.
Gigih, walaupun merayap di kala tengah hari rembang.
Gelap gulita jadi kulit. Keh keh keh...



















Lepas menggelapkan diri,
Kami singgah Teragon, sejukkan diri barang sejam dua.
Ni nak cerita, kami pi la makan kat Bens dalam Teragon tu.
Saya makan spageti aglio olio.
Tapi, rasa macam makan spageti semata2.
Tadak lauk barang seketul pun.
Yang ada, bawang putih dengan cabai kering dua keping yang dibuat tanduk.
Saya rasa terhina makan benda tu saja.
Dan saya mintak sos cili untuk dibuat perasa (kuah).
Kalau ikutkan hati, nak ja saya uat onar kat restoran tu.
Tapi sebab nak jaga muka kawan saya (sebab dia yg cadangkan, katanya sedap) saya pendamkan sajor.






Lepas dah sejuk badan,
Kawan saya bawak pi Spice Garden.
Tapinya, harga masuk kemain mahal.
Kata kawan saya dulu dia masuk RM14 camtu la.
Sebab kuchiwa, saya pi la makan laksa + mee udang kat depan spice garden tu.
Not bad. Serious, not bad.
Walaupun saya berhajat nak pi makan mee udang kat Sg Dua, tapi jadi la kat situ pon.
Asal merasa mee udang kat penang. Jadilah.
















Lepas makan,
Fefeeling dok tepi pantai main2 air gitu.
Ada bot yang offer bawak pusing2,
Tapi kena bayar RM80 yuols.
Abam bot tu suruh cari orang 8 orang kalau nak bayar RM10 sorang.
Tapi, macam tadak ja yang nak naik.
Penyudahnya kami dok ja situ sampai matahari terbenam.

Puas tengok matahari terbenam,
Kami pi la jalan2 kat night market dekat2 situ jugak.
Semua pon jual benda yang sama ja pon.
So tadak apa la yang saya nak beli.
Sebab dah beli sikit souvenirs kat street art.

Dan acara kemuncaknya,
Saya dibawak pi hard rock cafe.
Saya jakun lagi.
Sungguh.
Mana pernah oi pi hard rock cafe sebelom2 ni.
Merasa la makan makanan yang mahal kat situ, sambil dengar lagu nyanyian live band.











Jam 1 pagi,
Saya balik hotel.
Mandi. Dan tidor.
Penat sangat dan sakit paha sebeb berjalan ja kerjanya sepanjang hari.
Sendiri mau ingat la kannn....

Ahad pagi2 sebelom balik saya dibawak pi beli jeruk.
Ya la, nanti orang2 yang tau saya pi penang kata apa pulak, tak bawak balik jeruk kan.
Benda feveret sangat orang dok order.
Tak la banyak saya beli. Setiap jenis tu ada la saya beli dalam 250 gram.
Tak boleh beli banyak2.
Berat bag nanti nak gendong. Huhu.
Anyway, ini abam yang jual jeruk sangat baik.
Masa saya ambik gambar, dia suruh saya edit lawa2 lepas tu hantaq kat dia.
Nak buat iklan katanya. (Hat ni tatau perli ka bersungguh ka)
-.-'








Dan sebelom waktu2 darurat untuk check in,
Saya sempat lagi dibawak pi makan durian kat anjung apa ntah nama tempat tu.
Atas bukit sangat.
Oh ya, yang makan durian ni abam ipar kawan saya tu yang belanja.
Rasa terharu sungguh.
Saya baru tau sebenarnya ada durian aiskrim, dan jugak durian kacang hijau.
Terkujat ai tau bila tau cenggitu. Huhuhu









Dan berakhirlah sudah kesah saya kat Penang.
Panjang kan.. Hehhehee

Akhir kata,
"Bagi pihak Kapten, dan anak2 kapal,
Terima kasih kerana terbang bersama Malindo Air.
Semoga bertemu lagi dalam penerbangan yang akan datang.
Selamat berhari minggu, dan terima kasih."



Ni kira lepas geram tau sebab lama tak hapdet.
Tunggu update untuk bulan depan lah pulak.
Hihihi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.