Demi Masa

Monday, 30 December 2013

#369 Ujikaji Molten Lava Cake

Last week, boleh dikatakan sepanjang minggu dok kat opis tak keluar ke mana-mana site. Rasa agak bahagia lah kan time tu. Terus fefeeling makan gaji buta dok mengadap MasterChef All Star la, MasterChef Junior US la, macam-macam lagi lah.

Dan sebab terlalu asyik tengok MasterChef Junior US, terjebak pulak saya membuat molten lava cake. Betul uolss, saya teruja gila tengok bebudak US yang umornya 8 taun (kalau tak silap) buat kek coklat lava. Terasa kemaluan sangat sebab kita yang dewasa ni pon tak pernah terlintas nak belajar atau try buat.

Berbekalkan resepi yang disalin dari video chef Gordon Ramsay (mampu kau, berguru dengan Chef Gordon Ramsay) saya terus cari bahan nak membuatnya. Mujur lah, bahan yang nak guna tu, tak susah mana nak cari.

Dengan menggunakan hanya 6 bahan, merasa saya dapat 6 ketul molten lava chocolate cake. Agak ragu-ragu sebab masa memasaknya adalah singkat, dan suhu yang dicadangkan agak tinggi., jadi takut tergaring, atau hangit. Tapi, memang nak jadi rezeki, semuanya berhasil menjadi kek yang sangat sedap.





Ini baru dikatakan eksperimen. Disebabkan saya dah tau cara buat, insyaallah next time, saya akan buat banyak sikit untuk diagihkan pada pelanggan setia saya. Hihi. Pelanggan la sangat. Memang opismet dan rakan-rakan sekeliling saya lah pon yang selalu saya paksa cuba segala kek yang saya buat.

Oh ya, disebabkan minggu lepas banyak masa yang terbuang di opis gara-gara makan gaji buta, harini awal-awal pagi lagi, dah ada tugas mengejut yang telah bos saya kerahkan saya buat. Yer lah, dia bos, dia bayar gaji saya, maka setiap arahannya, perlulah dituruti.

Luahan mengenai perkara ini, akan disambung.

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 23 December 2013

#368 Pulut Kuningmu Itttttewwww

Tahukah anda?

Semalam, di kala malam bulan mengambang, terdengarlah saya ketukan halus di pintu bilik saya. Ku sangkakan bunyi tu hanya mainan mimpi, tapi makin lama makin kuat bunyinya.

Bila saya bukak pintu, terdengar suara kakak saya cakap, "kat dapur ada pulut kuning!"

APA DIAAAAAAA?????

PULUT KUNINGGGGGGG?????


Terus meloncat saya ke dapur dengan riang rianya. Saya cedok sesenduk pulut kuning ke dalam pinggan, cedok sikit kari ayam terus bersimpuh depan tv.

Tapi kannnnnnnnnn, secubit saya makan, saya rasa, errrrr, pelik. Saya suap lagi, errrr, ada bau. Saya suap lagi, sah BASI!!!!!

Sentap selera saya.

Saya ni tak nak la menuduh, tapi, kalau nak bersedeqah jariah, biarlah benda yang elok. Tidak la saya mempertikaikan keikhlasan si tukang bagi tu pulak kan. Alhamdulillah. Semoga rezeqinya dimurahkan sebab bagi orang makan. Cumanya, ada eloknya kalau nak bagi kat orang sesuatu, terutamanya makanan, rasa lah dulu. Kot-kot lah dah basi atau dah tak elok.

Tapi disebabkan kari ayam dia sedap, saya makan jugak bagi habis. Makan dengan nasik la tapi. Pulut tu, ku hauk dalam tong sampah!

MUAHAHAAAA....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 18 December 2013

#367 Merah Baldu

amboi lama rasanya tak menulis.
almaklumlah, terlalu bizi sungguh sekarang ni.
tapi kalau ditanya, bizi buat apa?
sumpah! tak boleh nak jawab.

kalau hari bekerja tu, memang tak banyak masa sangat nak online pun.
kalaupun ada masa, ada jer benda lain yang nak dibuat.
kekadang, idea dah ada, tup tup,
dapat arahan buat itu, buat ini.
dah tergendala.

oh, alasang-alasang-alasang!

gituh.

sabtu lepas, saya ada buat kek.
red velvet lagi.
itu jer lah pong kek yang pandai saya buat.
cuba suruh buat kek yang lain,
tak maunya saya.
tapi kali ni, kek eksperimen.
cuba untuk kukus pulak.



alhamdulillah,
percubaan pertama mengukus kek berjaya.
walaupun mulanya masih teragak-agak.
kalau dilihat pada gambarajah di bawah,
kek yang 1 tu agak merekah.
sebab silap saya sendiri.
tak pernah kukus kek la katanya kan.
kek tak dan nak masak sepenuhnya,
dah gatal tangan nak bukak.
masa bukak tu hepi la kan,
tengok gebu naiknya.
tapi kat tengah tak masak.
tutup balik, sambung kukus.
30 minit lepas tu, bila dah masak,
tu diahhhh.
baguih punya dok merekah kat situ.
mujur bukak 1 jer penutup.


tapi merekah2 pun, pedulik la kan.
not for sale kekdahnya.
tutup dengan creamcheese
sapa pon tak perasan keburukanmu ittew.
kiranya macam tempek concealer kat muka berkerutu la.
gituh.


orang kata, luaran tak penting.
yang penting dalaman.
luar chanteq, dalaman tak chanteq tiadalah gunanya jua.
maka dengan itu,
tidaklah saya pedulik dengan hiasan2 di atas kek.
saya memang tak reti nak menghias.
tapi, kalau ada yang sudi ajar, amatlah saya hargai.


saya ada la bawak sebekas ke tempat kerja.
dan 2 bekas saya hantar jugak ke tempat kerja lama.
2 bekas bagi kat kawan saya sebagai bekalan ke luar negara,
sedekah makan2 kat kawan2.
alhamdulillah, ada yang makan.
ada yang puji.
takdak yang keji.
ada yang mintak resepi,
ada yang mintak nak beli.
dan tinggal lagi sebekas saya simpan untuk hadiah kepada kakak saya sempena harijadinya esok.

oh ya,
ada orang suruh saya buat bisnes,
jual kek.
tapi, saya bukan nak meniaga pun.
sekadar seronok bagi orang makan.
lagi pun, saya mana reti meniaga.
nak kata kek yang saya buat sedap,
testimoni barulah berapa kerat sangat yang rasa.
tak nak la nanti orang kata,
"baru orang puji sedap, terus fefeeling nak berbisnes"
yes, saya pernah cakap kat orang ayat tu.
malu lah saya kalau mendapat balik kat diri sendiri.
hihiihi.

maka dengan itu, elak-elakkan lah. :)


*** gambar di atas adalah ehsan dari kamera kawan saya

Thursday, 5 December 2013

#366 Fenanggal

Itu hari kan, sabtu haritu, saya pergi la tengok citer fenanggal kat gsc. Yor lah, dah lama tak tengok citer melayu kat fanggung sejak bikers kental dulu. Eh yeke? Ker ade? Ntah dah tak ingatlah.

Citernye ala-ala jer lah, nak kata gemfak tu, idak la jugak. Cumanya boleh la fuji sikit-sikit banding citer hantu yang hujung-hujung cuma mimfi tu.

Seram ker citernye? Eh tak la seram mana. Rasanya, dalam banyak-banyak babak dalam citer tu, ada 1 jer babak yang membuatkan 1 fanggung menjerit. Yang fomfuan, kemain kuat lagi tau jeritnya. Yang jantan, ade fulak terjerit keluar suara feremfuan. Salah tune katanya. Muahaha...

Tafi rasanya, banyak fulak saya dengar bunyi gelak ketawa dari fenonton yang lain. Eh memang lawak lah. Bukan saje-saje gelak. Tak tau la sama ada lawak tu memang disengajakan, atau cuma fenonton yang komfius sama ada seram ke lawak ker.

Yang faling lawak, bila watak murni lakonan ummi nazira berbisik fanggil syed yusuf lakonan azri iskandar yang berbunyi agak ghairah. Bunyinya cam gini lah, " yyyussofffffff"... Dan boleh fulak 1 fanggung sebut "taiyooobbbbbbbb". Pom! 1 fanggung gelak. Boleh? Ko agak? Tak ke rasa nak guling-guling atas kerusi tu? Citer seram mendenye kalo dah gitu?

Cuma yang tak best nya lah, ending citer ni macam tak syiok. Tergantung. Tetiba watak fasha senduk tu habis macam tu jer di 3/4 cerita. Tak tau afa jadi kat dia di fenghujung. Yang fasti, fenanggal si murni tu mati la.

**huruf P sengaja digantikan dengan huruf F sebagai mengejek sebutan ala2 arab lakonan azri iskandar, fasha senduk, seripah aini, zul arifin, dan sekutu-sekutu watak ahlul bait dalam cerita ni.
**over tau sebutan melayu kearaban dorang tuh!!

Ada kawan ajak pergi tengok sebab katanya dia rasa takut nak tengok sorang. Saya kata, kalau tengok sorang tengah-tengah malam buta pon, takkan seram punya. Haha. Nak suruh tengok lagi sekali, janganlah harap. Tiket free pon rasa tak hingin.

Eh, uols nak tau tak? Kan dolu saya ada kutuk-kutuk citer bikers kental yang lahanat lakonan zizan tuh, tetiba kannnnnnnnn, bebaru ni, ada pulak cik/encik anon mempertahankan citer tu tau. Saya syak kan, mesti orang produksi tu sendiri kot. Muahaha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.