Demi Masa

Friday, 22 November 2013

#365 Penantian 2 Tahun

sebelom balik keje tadi, check email kejap kat yahoo...
rupanya ada email dari spa.
dipanggil untuk pergi peperiksaan.
jawatannya Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.
jawatan ni kan, dah mohon dari tahun 2011.
tak sangka pulak hujung tahun 2013, baru panggil.
agaknya, taun lepas tak ada pengambilan kot?
mungkin.



tapi, bersyukurlah.
walaupun baru sekadar panggilan peperiksaan,
mungkin ada harapan untuk ke peringkat sepenuhnya.
sebenarnya, memang antara minat aku pon.
aku suka kapal terbang!
aku suka tengok kapal terbang take off, landing, dan yang sewaktu dengannya.




saya harap, semuanya akan berjalan dengan lancar.
2 minggu jer lagi nak bersiap siaga..
ada rezeki, alhamdulillah.
tak berjaya pon,
tak per lah kan..
ini kan pengalaman!
baru lah boleh bercerita kat orang, yang kita pon dah pernah gi exam kerja gomen!
gituh.

;)

**doakan saya yer. :)



Saturday, 16 November 2013

#363 "Pick Me Up"

2 atau 3 hari lepas, ada kawan mintak tolong buatkan untuk dia tiramisu. Sebab katanya, teringin benoooorrrr dia nak makan. Walaupun dia tahu saya tak pernah wat tiramisu, tapi gedix jugak nak. Kebetulan pulak, hari selasa itu hari, sorang ex-kolig saya pon sambut birthday dia dengan kek tiramisu, yang mana, membuatkan saya rasa nak jugak makan benda yang sama (sebab saya tak dapat makan). Yer lah, sindrom tak nak kalah, memanglah dah sebati dalam diri saya ni tanpa saya sedari. Hikssss!

Maka saya pon, tanpa rasa segan silu, mintak tolong makcik youtube tunjukkan resepi nak membuat tiramisu ni. Tak cukup makcik youtube, pakcik google pon saya kerahkan jugak tenaganya supaya tunjukkan saya jalan kebenaran membuat tiramisu ittew tanpa melalui jalan yang bengkang bengkok. Nak jalan mudah la kiranya. Mudah, dan sedap kekdahnya.

Selepas menghabiskan setengah hari menelaah dengan makcik youtube dan pakcik google, saya pon bersetuju dengan resepi dari makcik youtube, memilih untuk buat tiramisu ikut cara italian. Gituuuuhhh! Italian katanya. Resepi tiramisu yang saya jumpak dalam google, semuanya guna whipped cream (resepi orang melayu, dan semuanya samaaaaaaaa jer, baik resepi, mahupun sukatan) berbanding resepi italian yang guna telur putih dan telur kuning, dan aku lak malas nak membeli whipped cream tu sebab mahal. Aku kena amalkan konsep "mudah dan sedap" khennnn. Cukup la 1 bahan yang bernama mascarpone cheese tu yang harganya, memang mintak ampun mahalnya.

Harini dengan penuh pengharapan, saya pon buat la tiramisu itu tadi. Dan, memang tak susah mana pon nak membuatnya. Antara rajin dengan malas jer sebab, nak membuat tu mungkin tak de masalah, tapi nak mengemas lepas buat tu jer yang macam masalah besar sangat.

Sekarang ni tengah sejukkan dalam peti ais untuk semalaman. Esok pagi, baru saya hantar kat kawan saya tu sebekas. Entah macam mana la rupanya lepas dipotong. Dan apa la rasanya nanti. Yer lah kan, walaupun tiramisu yang saya tolong buat ni secara sodakatul jariah, tapi nak la bila orang makan tu rasa puas hati yer dak?

Macam takot jer, macam seram jer, macam gelabahhhhhh jer!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 10 November 2013

#362 Kawan Saya....... (Sambungan)

Sambungan dari cerita kawan saya yang eksiden itu hari, saya dan beberapa rakan dah pun pergi melawat beliau semalam, walaupun perancangannya nak pergi melawat tu hari jumaat.

Jumaat lepas, ada kawan yang lain dah pergi nak melawat, tapi masa tu tak leh nak tengok, sebab kawan saya yang eksiden tu dikatakan tengah dibedah. Kitaorang yang dengar "tengah dibedah" ni, agak risau gak la, tertanya-tanya gak, bedah otak ker. Sebabnya, mula-mula dapat tahu, dia ada kat wad neurologi. Tapi, rasa lega bila dapat tahu, yang kena bedah tu, buku lali jer, dan dah diambil alih oleh team ortho bukan lagi team neuro. Maknanya, kepala kawan saya tu, alhamdulillah masih sihat.

Dan lebih leganya, sebab keadaan kawan saya tu tak der la patah riuk sampai masuk besi ker apa kan. Cuma luka-luka di dahi, hidung, dan bibir jer yang agak membuatkan kawan saya kelihatan sedikit ngeri.

Tapi kan, saya rasa kesian sungguh dengan kawan saya tu. Bibir kawan saya tu, kena jahit di bahagian dalam, atas dan bawah. Masa cakap, mulut pun tak berapa nak boleh bukak. Tapi, hospital boleh bagi SEBIJIK epal untuk dia makan. Agak-agak la kan, mampu ker tak kawan saya tu nak kokak sebijik epal ittew???? Harus la tak kan. Bagi la buah yang lembut sikit, macam pisang ker, tembikai ker, betik ker kan.

Lebih kejam, kami yang datang melawat ni, bawakkan pulak dia buah tangan sepelastik buah oren!

Pommmmm!!!!!!!

Matileh, menambah asid pada luka kaedahnya uolsss!!

Hihihi...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 8 November 2013

#361 Kawan Saya.......

Salah sorang ex-kolig saya eksiden siang tadi. Kat federal highway, laluan motorsikal. Saya dapat tahu pon tengahari. Agak terkejut penerimaan saya dengan berita tu. Sebab paginya, kami beramai-ramai bergurau senda dalam group whatsapp.

Dalam pada menunggu update di group whatsapp dari kawan-kawan yang menyusul ke PPUM, tetiba terbaca ayat, "harap bersabar, panjatkan doa untuk *****, al fatihah". Aiyohh. Berderau darah dibuatnya.

Dan, saya masih tak tau macamana keadaan kawan saya tu sehingga sekarang. Dengar cerita, macam teruk. Kata kawan saya yang merupakan saksi kejadian, masa eksiden tu, darah dah keluar dari mulut dan hidung, dahi pon berdarah. Ada kemungkinan terhentak kat kepala. Ok seriau. Dan cerita-cerita lain yang agak sebak bila memikirkannya balik.

Petang sok, saya dan beberapa orang kawan yang lain nak pergi melawat. Harap tak dak apa yang serious sangat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 1 November 2013

#360 Chawan Mu Ittewww

Cawan ni kan, dah 3 hari dibiar tak berbasuh. Dalam 3 hari ni, ada yang nak tolong basuh? Haghammmmm! Baik jantan, baik betina, dalam opis ni, buat-buat tak nampak jer.

Cawan-cawan ni pulak, angkara kakak BIG Boss saya yang datang melawat 3 hari lepas. Lepas minom, yakin jer letak tepi sinki, dan mengharap ada tukang cuci tolong basohkan.

Ewah ewah ewahhhhhhh.

Adakah membasoh cawan mu itew termasok dalam "menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa ke masa"?

Banyak dia punya cengkadakkkk khennn. Dasar OKU sangat. Cawan pon susah nak basuh ker. Berak yang kotor boleh basuh bontot sendiri dengan jari, cawan tak boleh basoh?

Hujung-hujung, haku jugekkkkk yang menyinsing lengan baju memdobi sinki tu. Sebab harini dah jumaat, kalau harini tak basoh, sampai rabu depan pon terbiar jer la cawan tu kat sinki. Opis cuti sabtu-selasa la katakan.

Owh tak sabarnya nak bercuti panjang!

:D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.