Demi Masa

Friday, 25 October 2013

#359 Pagi Jumaat

Harini kan, masa nak gi keje tadi, tengok ke arah langit, nampak macam cerah. Tapi bila lihat di kejauhan, ada nampak mendung-mendung sikit. Makanya, saya pon pakai la baju hujan siap-siap. Nak sediakan payung, naik motor kan. Kejadah pegang payung sambil bawak motor yer dak?

Bila turun bawah rumah menuju ke motor, ada sorang lelaki memberi pandangan, "matahari terpacak ko pakai baju hujan dah kenapa?". Ya, soalan telepati kaedahnya. Melihatkan renungan penuh persoalan itu, saya pon jawab secara telepati lah jua, "sebab saya tak nak basah, semoga kau ditimpa hujan". Gittew.

Dalam perjalanan menuju ke opis, hujan ala-ala segan nak mencurah-curah ke bumi. Rintik-rintik jer la tapi mampu jugak membasahkan. Saya singgah kejap kat tol sunway punya stesen minyak. Sekali raba-raba bontot, wallet tak bawak weyhhhh! Kalau lah ada road block, matilah. Kelam kabut saya balik rumah. Saya tak sanggup nak bawat motor tanpa lesen, dan kad pengenalan. Duit takde masalah, boleh dipinjam. Tapi kad pengenalan dan lesen, tak boleh dipinjam. Lagi pulak, saya perlukan kad pengenalan untuk masuk ke tempat-tempat tertentu untuk buat kerja-kerja saya. Dan lagi pulak, tiap-tiap petang memang ada roadblock kat laluan motor tepi tol sunway tu.

Gara-gara wallet itu, saya sampai opis lambat. 9.30 baru sampai opis. Untuk rekod, saya adalah staff pertama yang sampai setiap pagi sebelum staff-staff yang lain sampai. Tapi kan, walaupun saya sampai opis awal, tak de gunanya. Sebab si tukang pegang kunci opis adalah selalu kelewatan. Jadi sekali sekala sampai opis lambat, apalah salahnya kan.

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 24 October 2013

#358 Sakit Pulak Hati Kiter Nieyyyy

Siang tadi kan, ada buat kerja kat Putrajaya. Tapi, sebelum sampai ke site, singgah kejap kat Prime Minister Office. Katanya nak collect cheque. Semalam, encik engineer ada suruh aku dengan kolig pergi collect. Tapi kan, pagi tadi, encik engineer dengan kolig aku jer yang gi amek cheque tu. Aku? Ditinggalkannya dalam kereta. Kuwanghaja.
Fyi, aku ni kemain dari rumah dah bersiap bagai konon nak bergambar sakan la dalam PMO tu. Pakai dah smart habis lah kiranya. Hujung-hujung, jadi gini. Aku pon, hanginlah kan. Terasa dipermainkan!
Aku bukanlah hangin sangat sebab tak dapat masuk. Tapi sebabkan "alasan" yang dia bagi tu. Katanya rambut aku panjang, so tak leh masuk dalam PMO. Chilaka! Aku check kat tatacara masuk bangunan PMO tu, sepatah haram tak sentuh bab rambut. Lagilah aku hangin.
Lepas dorang keluar dari bangunan PMO, my kolig pon membuat cobaan menayang gambar dia berposing sakan dalam tu. Sungguh lah menyimbah petrol kat lori terbakar khen? Aku cakap kat encik engineer, kat tatacara pemakaian tu takde pon tulis pasal rambut. Sekali dia pusing pulak cerita. Katanya, big boss yang bagi arahan camtu kat dia. Katanya lagi, "sendiri mau ingat lah".
Ini encik engineer, sebelum-sebelum ni memang dah banyak kali tegur pasal rambut mayang menguraiku ini. Tapi, ada aku dengar cakap dia? Tak! Yang bekerja, adalah tangan, kaki dan otak aku. Ape kaitan dengan rambut? Imej? Aku ikat rambut kot. Dan banyak kali jugak dia sebut "boss suruh" kat aku. Tapi, kenapa boss sendiri tak cakap kat aku, walaupun hari-hari selisih dengan aku dalam opis yang sekangkang semut tu? Dan memang aku dah nekad dalam hati. Selagi tak dengar dari mulut big boss aku tuh, aku takkan kerat rambut. Degil kan aku?
So, ayat sendiri mau ingatlah tu memang bermaksudkan "tu la aku suruh kerat tak nak sekarang padan muka tak boleh masuk dalam PMO".
Nampak tak permainan dia?
Dan berkaitan dengan ayat "boss suruh" tu, disebabkan encik engineer adalah seorang yang suka bercakap besar lagi suka mengada-adakan cerita, sumpah aku tak percaya kata-kata beliau mengenai "boss suruh". Phui.
**encik engineer tak lain dan tak bukan adalah superior saya yang sewel itu****

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Thursday, 17 October 2013

#357 Superior Saya, Adakalanya Sewel

Superior saya ada 1 habit. Bukan 1 lah, banyak habis dia sebenarnya. Tapi, salah 1 nya adalah, suka mencabar. Sikit-sikit, "saya cabar awak".

Satu ketika, masa mengular di KLCC itu hari, beliau pernah cabar saya. Katanya, kalau saya berani, pergi lah ambik gambar dengan mana-mana minah saleh yang berkeliaran di situ. Tapi, saya buat tak tau jer. Perlu ker kan? Saya pulak, bukanlah jenis yang suka sahut cabaran sebegitu. Bila saya buat tak tahu, habis saya dibahannya kata tak lelaki lah, tak gentle lah, penakut lah. Eh, nak kata apa, kata lah. Ade saya kesah? Tidak.

Lainlah kalau dia cabar saya untuk selesaikan soalan matematik dalam masa 5 minit ker, terjemahkan lukisan skematik ker, baru lah mencabar. Ini cabar amek gambar? Langsung tak berkembang otak.

Bagi saya, orang yang macam superior saya ni, dia sukakan kepuasan. Dia suka kalau ada orang yang sanggup puaskan nafsunya. Bila ada orang sahut cabaran begoknya, dia rasa, oh, budak ni mengikut kata. Oh, budak ni ada konfiden level yang tinggi sebab BERANI! Puih.

Tapi saya, gasaklah dia nak kata apa. Saya tak perlu lakukan benda-benda bodoh gitu, semata nak puaskan hatinya. Ni samalah jua dengan set-set yang suka menilai pakaian orang. Apa yang kita pakai pun, ada jer lah yang tak kena. Jenis saya, asal selesa, itulah saya pakai, walaupun tak begitu bergaya. Kenapa saya perlu bergaya sakan, semata-mata nak puaskan mata awak yang sakit tengok saya pakai seluar besar, dan berselipar?

Siang tadi, masa di bangunan kastam putrajaya, sementara menunggu orang maintenance bangunan tu datang, superior saya sekali lagi membuat cobaan mencabar saya dan kolig saya. Katanya, "cuba pergi kat makcik tu, mintak dia seringgit, saya nak tengok mampu tak kamu yakinkan makcik tu." Macam biasa, kata-kata/arahan itu memang lah masuk telinga kanan dan berambus ikut telinga kiri. Terus saya pura-pura nak beli air. Malas nak melayan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 16 October 2013

#356 Manisnya Gula Ittew

Setiap hari bekerja, perkara pertama yang dilakukan apabila melangkah masuk ke opis, adalah membancuh air. Nescafe dan Milo, adalah pilihan. Memandangkan tak perlu beli, jimat banyak di situ.


Bila bancuh air, kadar gula yang dimasukkan tak menentu. Ada hari, lebih. Ada hari, kurang. Macam hari ni, entah mana yang tak kena, terlebih banyak masukkan gula dalam bekas air tuh. Manisnya, sangat-sangat. Kebiasaannya, tak penuh pun bancuh. Tapi harini, terpaksa penuhkan. Sebab nak bagi rasa tawar sedikit.

Tapi kan, kalau diminum habis air tu, banyak mana gula yang dimasukkan tadi, tetaplah banyak itu jua yang masuk dalam badan. Ada bezakah? Sama kan? Tapi dah itu cara yang diajar oleh orang tua dulu-dulu, memang itulah yang menjadi ikutan.

Kan?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 7 October 2013

#355 Pelaris VS Sedap Semulajadi

Harini aku tak makan lunch. Malas nak keluar jauh-jauh untuk beli makanan. Tapi, seberang jalan kat opis aku ni ada jual cekodok, goreng pisang, kopok lekor, dan jugak air oren.



Untuk pengetahuan, cekodok makcik ni jual, super sedap! Tak tipu. Aku rasa, tak pernah tak habis cekodok dia jual. Ada 1 hari, aku nak beli, kata makcik tu, ada orang dah tempah semua cekodok yang ada. Boleh gitu?

Dan sebagai orang melayu, semestinya dalam pikiran aku, "mesti hebat pelaris makcik ni."

:D

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 6 October 2013

#354 Hikayat Seorang Yang Kedekut


Hati aku sedikit tak tenteram untuk 2 hari ni. Duduk tak kena, baring tak kena, serba serbi tak kena. Tengahari tadi, aku bawak lah motor melilau entah ke mana-mana konon nak cari ketenangan bagai. Cheh! Hujung-hujung, pergi Paradigm Mall, lepak kat Popular.

Macam biasa, bila lepak kat kedai buku, memang tak pernah mengecewakan aku. Hati beransur tenang, bila menyelak-nyelak helaian buku yang ada. Siap bersila sambil membaca. Orang kedekut macam aku, memang jarang beli buku. Sebab terus baca kat situ. Teruk kan? Muahahha.

Lagi teruk, curi-curi amek gambar resepi kek coklat! Haishhh!!!!! Almaklumlah, nak beli 1 buku, mahal kemain.

:p









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 5 October 2013

#353 Luahan Hati Yang Tak Terluah Di Hari Jumaat

1) Aku cukup tak suka bekerja dengan orang yang merokok. Sungguh. Depa ni, pikirkan diri sendiri. Time depa nak merokok, sentiasa ada masa. Kalau orang lain nak curi masa sikit, pandai sungguh cakap, "Cepat, cepat! Dah lambat ni!".

2) Sungguhpun kau dah ajar aku segala benda, adalah amat tak perlu untuk canangkan kat satu donia, "Untung kamu saya ada ajar. Saya dulu, belajar sendiri jer!" Lebih-lebih lagi, cakap depan orang, client, atau sesiapa pun. Cakap kuat-kuat pulak tu. Motif kau cakap gitu depan orang? Seolah-olahnya, aku dah berhutang nyawa sangat dengan ilmu yang dah kau turunkan kat aku tu. Cukup bagitau sekali, tak payah nak ulang-ulang. Yang dengar, rasa muak. Tahu?

3) Nak bergurau, silakan. Tapi, main sorok-sorok harta benda orang amatlah tak sesuai untuk diguraukan. Lebih-lebih lagi yang disorokkan tu, iPhone 4s. iphone yer, bukan nokia three three ten! Kau dah mainkan perasaan orang dengan kegelisahan sebab kehilangan henpon. Masa kau sorokkan, sebarang calar tak dak. Tapi bila dah pulangkan, sampai calaq balaq skrin tu, kau dah kenapa!? Lepas tu pulak, tak dak rasa nak cakap "sorry" sekalipun kan? Siap bongkak suruh tukar skrin protector, bill hantar rumah. Hey! Duit bukan segalanya lah!

4) Kau nak mengular curi tulang, silakanlah. Tapi, jangan lah babitkan masa orang lain. Ye, aku tak kesah, sebab bila kau curi tulang, aku boleh relax. Tapinya, kau dah menyusahkan aku dengan ambik masa aku. Aku sepatutnya balik jam 6 petang. Tapi sebab game judi kau tak habis-habis, 6 petang baru nak gerak balik opis. Walaupun jarak sarang perjudian kau kali ni dengan opis cuma ambik masa 10 minit nak sampai, tapi tetap masa aku dah terbuang. Nak berjudi, tolong jangan angkut aku sekali plis. Drop jer aku kat opis, pastu nak menjahanam ke mana, pi lah. Tak dak sapa dok larang!



***Maaf la kerana membaca royanan aku ni. Aku tak boleh nak luahkan pada orang yang terbabit. Makanya, tulis kat sini jer lah yang aku mampu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 3 October 2013

#352 Cerita Semalam, Loyanya Tak Habis Lagi


Semalam, masa lunch, aku dengan kolig pergi makan kat 1 kedai mamak di celah-celah lorong di kawasan Segi College, KL.

Bila masuk kedai, nampak ada jual mee rebus. Katanya, since 1940. Kami pun makan la mee rebus sorang sepinggan.

Dipendekkan cerita, lepas makan, pekerja kedai tu kutip pinggan aku, celup dalam baldi, lap pinggan, mee rebus diletak dalam pinggan, dan dihantar ke meja lain.

Aku tak nampak tapi kolig aku yang nampak.

Errrrr

Kembang tekak bila pikirkan balik.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.