Demi Masa

Saturday, 28 September 2013

#351 Marah Nyamuk, Rumah Aku Bakar!

Harini, buat kek coklat. Dah teringin lama jugak. Cumanya nak membuat, tak berapa nak rajin. Ni semua sebab sorang kawan aku dok kompang sakan dia dok buat kek coklat untuk hasben dia berulang-ulang kali, dan katanya hasbennya saaaaangatlah suka kek yang dia buat. Elehhhh, yeke buat sendiri tu khennn.... *mood hati busuk**

Jadi, disebabkan aku ni kadangkala ada "sindrom taknak kalah", gigih la buat jugak kek coklat, walaupun tak la berapa nak coklatnya. Asal nampak coklat sudeyh. Aku ubahsuai jer dari resepi red velvet yang aku dok buat selalu tu. Hehe. Mujur lah menjadi. Risau jugak kot jadi lain kan.

Masa kek tengah bakar tu, aku dok laaa berbalas mesej dengan sorang kawan yang ingat aku ni kaya raya. Di penghujungnya, aku jugak yang sakit hati sendiri. Bukan sakit hati jer, mendidih lagi. Kita tak mampu nak menolong, kita jugak lah yang dikatanya tak boleh nak tolong kawan. Watdefish!

Bila hati dah mendidih tu, segala kerja pon jadilah caca marba. Itu tak kena ini tak kena. Penyudahnya, kek aku jugak jadi mangsa. Aku main taram jer sapu buttercream kat kek aku. Habis sapu, terus tuang ganache coklat yang tak dan nak sejuk lagi atas kek. Rasa berdosanya aku kat kek tu sebab sapu krim masa kek tu masih panas, dan terus tuang coklat cair yang agak panas atas krim. Rosak weyhhhh kek aku!

Aku menyalahkan kawan aku tu 100% sebab rosakkan kek aku! Bencilah!

**tapi rasa kek masih sedap, yang pastinya :D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#350 Merasa!

Lepas balik dari site di Putrajaya semalam, aku dengan Incik Site Supervisa dan sorang kolig singgah kejap di opis TNB di Jalan Kelang Lama sana. Bayar bill katanya Masa parking tu, mata aku ternampak pada gerai cendol + rojak. Aku pon dengan hepinya jerit, "cendoooollllll, jom!". Padahal baru lepas makan nasik. Dasar perut banyak compartment kan. Lepas order cendol sorang 1, rojak pula datang menyusul. Ok la 1 pinggan kongsi 3 orang. Lepas hajat. Burppp alhamdulillah.

Lepas Incik Site Supervisa bayar, aku dengan rasa gembira ucapkanlah terima kasih sebab belanja. Yer lah, dengar katanya susah benau nak dapat belanja dari Incik Site Supervisa yang 1 nih. Lepas kasihku diterima, dia kata, "Ini bukan saya bayar, ini duit Incik Injiniyar, semalam punya."

**Sehari sebelum, 4 petang**
Incik Injiniyar, dan Incik Site Supervisa curi tulang pi main snooker. Main "lucky" kata mereka, yang mana ia merupakan spesis perjudian. Di sepanjang permainan, Incik Injiniyar banyak kena pow dengan Incik Siter Supervisa. Incik Site Supervisa sangat gumbira, sebab menang duit maaaaanyak.






Merasa termakan duit hasil perjudian. Mampooo??? Matilehhhhhhh


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 23 September 2013

#348 Kegeramanku Keseramanku

Semenjak kembali bergelumang dalam kancah kesesakan jalan raya di LPD, pergi dan pulang kerjaku sentiasa diiringi perasan geram, dan seram.

Geramnya aku, sebab ;
-Kereta tukar laluan kiri/kanan tanpa memberi isyarat. Silap haribulan, ada jugak yang kena rempuh dengan aku. Mata dah la rabun. Sangat sakit hati ok. Dah tau jem, tak boleh eh ikut jer laluan tu. Nak kata lepas ubah laluan tu jadi cepat jalannya, tak la jugak!

Seramnya aku pulak, sebab ;
-Bila aku bawak slow di celah-celah kereta, motor belakang hon berkali-kali menandakan suruh bawak laju sikit. Hey, 50km/j tu dah dikira laju lah, kalau bawak moto di celah kereta time sesak. Lagi sakit hati. Kalau lah ada pemandu kereta yang berperangai lahanat menukar laluan sesuka hati, kalau nasib tak baik, aku yang langgar dulu lah, bukan dorang kan. Choiyyy!

Kadang-kadang terpikir, apa perlukah aku menuruti kehendak mereka yang di belakang dengan bawak "laju sedikit" di waktu-waktu jalan jem, dan di celah-celah kereta yang banyak? Pernah sekali, ada 1 motor bersaiz bagak, dok kat belakang, berkali-kali mengaum, tapi aku wat kering jer lah. Tak kuasa nak korbankan masa depan aku demi kepuasan orang lain. Semua orang pon nak sampai rumah/pejabat dengan selamat kan.

Kawan aku pernah bagi cadangan, kalau ada moto yang hon kecoh suruh bawak laju, berenti jer kat celah-celah tu, bagi dia jalan dulu. Lepas tu ikut dia dari belakang sambil hon tanpa henti. Boleh?

Hahahah!

**pemandu warga emas, kemain jahat sekali perangai di atas jalan raya, kerana mereka rasa perlu diberi muka atas lesen, "warga emas". Chittt!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 21 September 2013

#347 Seharian Sabtu : Oh English!


Harini, aku menghadiri 1 majlis yang menghimpunkan beberapa makcik-makcik, dan hakak-hakak dari sekitar selangor bagi mengikuti kursus bahasa inggeris secara percuma anjuran Rotary KL Diraja Malaysia, dengan kerjasama dari Social Care Foundation & REDtone International Berhad. Kenapa aku boleh terjebak dalam program ini, janganlah ditanya.

Program ini katanya bakal bermula pada 12 Oktober 2013, dimana hanya 20-25 tempat sahaja ditawarkan untuk diisi oleh mereka yang layak, dan yang boleh memberi 100% komitmen untuk berjaya dalam menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.

Kursus ini akan berlangsung selama 6 bulan (150 jam) dan kelasnya akan diadakan pada setiap hari Sabtu selama 6 jam bermula dari 9 pagi, dan berakhir jam 4.30 petang. Wang pengangkutan akan diberi sebanyak RM10 setiap seorang, bagi meringankan beban mereka yang datang dari jauh seperti, Tanjung Karang. Selain itu, ganjaran yang bakal menanti peserta yang tak ponteng kelas selama 6 bulan tersebut, adalah wang tunai sebanyak RM500 kepada 10 orang. Bagi yang ponteng 1 kelas sahaja sepanjang 6 bulan itu, masih mendapat ganjaran sebanyak RM350 untuk 5 orang, dan sekiranya 2 hari ponteng, juga mendapat ganjaran sebanyak RM200 untuk 5 orang. Kherlasss kan? Ponteng pon dapat duit. Sapa nak bagi?

Selain dari ganjaran dari segi kehadiran, masih ada lagi ganjaran-ganjaran lain yang menanti, seperti ganjaran untuk sikap sepanjang proses pembelajaran, dan tahap keberjayaan penguasaan bahasa inggeris selepas tamatnya kursus. Semua ganjarannya berupa wang tunai yer, takde hamper-hamper atau bagi harta karun punya. Fuiyohh!

Selain dari belajar bahasa inggeris, 50 jam dari 100 jam pembelajaran bakal diperuntukkan untuk kelas komputer kepada semua peserta. Dengar katanya pulakk, sekiranya ada peserta yang terpaksa bawak anak, mereka mungkin akan cuba untuk mendapatkan dana untuk proses pembelajaran anak-anak peserta supaya boleh belajar bahasa inggeris juga. Oh ya, sebenarnya, yang datang ke kursus ini adalah makcik-makcik dan hakak-hakak yang kebanyakannya suri rumah, peniaga kecik-kecilan, dan sebilangan kecil adalah kerani pejabat. Sebab tu ada yang terpaksa membawa anak sekali.

Kenapa aku ceritakan semua ni? Sebabnya, aku nak memuji mereka-mereka yang terlibat dalam program yang mulia lagi suci murni ini. Aku nampak keikhlasan mereka untuk membantu golongan-golongan seperti wanita yang hadir untuk kursus tersebut. Kata salah seorang penaung program tersebut, Dato' Wei, program ini bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dengan adanya asas bahasa inggeris sebagai bekalan.

Ketila sesi pengenalan diri, setiap peserta dikehendaki secara jujurnya memberitahu tahap penguasaan bahasa inggeris masing-masing, sama ada tahap "tadika" ataupun "darjah 1". Kalau tak silap aku, ada 5-6 orang yang di tahap "tadika" di mana, tahap penguasaan adalah lemah, ataupun tak tahu langsung. Tapi, yang bagusnya, mereka tak malu nak belajar walaupun umur kelihatannya agak berusia. Bravo! Aku senyum jer tengok gelagat dorang sepanjang sesi pengenalan tu berjalan.

Selepas selesai sesi pengenalan diri, mengisi dan penyerahan borang pendaftaran, Dato' Wei tanya, sama ada aku nak join sekali belajar. Memandangkan kerjaan aku memungkinkan aku bekerja di hari sabtu, terpaksa lah aku katakan tidak. Lagi pulak, bukan ke program tu hanya untuk golongan wanita, dan ibu tunggal. Tapi kata Dato' Wei itu, aku akan kerugian kalau tak join, sebab ianya percuma, dan pulak, tak salah untuk aku join walaupun aku sorang jer lelaki dalam kumpulan tu nanti.


Aku, senyum jer.... :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







Friday, 20 September 2013

#346 Kerja Kerja Jugak, Curi Tulang Tu Kena Jugak, Camtuh!


Siang tadi, disebabkan kerjaan di sebuah bangunan berhampiran KLCC sana, yang sepatutnya disiapkan pada jam 3 petang dipercepatkan pada jam 12 tengahari, maka aku dengan beberapa rakan sekerja yan lain sempat la menghabiskan masa berpeleseran di sekitar KLCC sebelum dan sesudah solat jumaat.

Habis tawaf bahagian dalaman KLCC, beralih pulak ke taman di belakang KLCC yang baru ku tahu kewujudannya. **matilehh kampong sangat!**

Disebabkan kejakunan tahap orang ulu tak pernah datang KLCC, haruslah berperangai seakan-akan pelancong, snap sana, snap sini, pusing keliling taman sampai melecet-melecet kaki aku ni ha disebabkan tak pakai stokin.

**kelam kabut capai stokin sebelum ke opis, bila nak pakai stokin kat opis sekali tengok sebelah corak lain, sebelah lagi corak lain. Sebab malu, terus tak pakai stokin**




Sampai pukul 4 jugaklah melilau kat KLCC sana, barulah gerak balik ke opis. Kata Encik Injiniyar, cerita berpeleseran di KLCC jangan sampai Encik Boss tahu, habis di situ sahaja. Takut lettew Encik Boss tahu staff dia curi tulang. 

Muahahaha.








Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 17 September 2013

#344 3D2N Lembah Pangsun

Cuti sempena Hari Malaysia haritu, aku dengan beberapa orang kawan pergi keluar dari bandaraya Keyhell untuk bercamping. Lokasi yang dipilih adalah Lembah Pangsun, Hulu Langat. Sebelum kami berangkat, aku ada jugak tengok-tengok kat google pasal Lembah Pangsun ni. Ternyata, apa yang pakcik google tunjukkan adalah pelsu belaka. Rupa-rupanya, bukan kat Nur Lembah Pangsun Eco Resort jer yang ada kat situ lah!

Mengikut perancangan awal, untuk tarikh tersebut kami sepatutnya berangkat ke Pulau Perhentian. Tapi, disebabkan lambat booking disamping peracangan yang agak mengejut, banyak chalet yang dah disapu terlebih awal. Kempunanlah hajatku nak menyelam di dasar air sambil melihat Whale Shark kekdahnya. Takde rezki. Takpe lah. Next time plan lagi sekali.

Ni, aku cerita mengikut gambar jer lah yer. Nak cerita detail sangat dari hari pertama sampai akhir, macam tak tau nak karang apa.



Khemah yang di sebelah kanan itu sepatutnya adalah khemah yang patut aku diami bersama seorang lagi kawan aku. Tapi disebabkan hari pertama tu hujan agak lebat, khemah tu dah dimasuki air, dan basah. Terpaksa dijemur dan tak kering. Oleh kerana itu, aku terpaksa tidor di dalam pondok yang disewa. Sejuk okay, tidor open air kekdahnya. Tak pulak teringat nak bawak selimut. Bawak sweater jer. Tu pun dah basah ditimpa hujan. Malang sungguh tak berbau kan.



Disebabkan hari pertama dah hujan, tak merasa la kami ni nak mandi sungai. Aku sempat la masuk sungai tu sekejap. Tu pun sebab nak seberangi sungai untuk mencari kayu api. Kalau kata lambat cari kayu api, alamatnya takdak kayu la nak membakar ayam di malam pertama itu. Terpaksa makan megi jer lah kan.



Malam pertama, kami bakar ayam, sosej dengan bebola ketam. Nasik yang dimasak jugak agak banyak untuk malam pertama, sebab ingatkan mungkin masing-masing kelaparan. Tapi, bila masuk waktu makan malam, masing-masing cuma makan dua senduk jer. Lepas tu ratah ayam, sojej dengan bebola ketam. Bila tengok balik, ada lagi setengah periuk nasik yang tak habis. Jadinya, nasik outstanding ni dibawak ke hari esoknya untuk dimakan waktu lunch. Mujur tak basi.


Disebabkan tiada entertainment lain selain lagu dari henpon sendiri (sebab tak tapat siaran radio), kami menghabiskan waktu malam dengan bermain susunan bongkah kayu itu. Entah apa la nama rasminya, tidak lah aku ketahui. Main sampai lebam yer, bila dah tinggi, roboh, susun balik, roboh lagi, susun lagi, roboh, dan seterusnya, sampai semua orang dah bosan.


Hari kedua, air sungai dah kembali jernih selepas berhujanan sepanjang malam. Hajat di hati bangun pagi nak terus berendam dalam air. Tapi disebabkan kena sediakan sarapan dulu, maka hasrat itu ditangguhkan. Lepas bebebrapa orang yang lain keluar pergi pasar menjala ikan, aku terjun dulu dalam sungai untuk melepaskan gian. Seingat aku, kali terakhir aku mandi sungai adalah pada hujung tahun 2010 dimana ketika itu, hari terakhir aku dengan housemate aku bertapa di Tanjung Malim selama 3 tahun.



Bila masa untuk makan tengahari, sesi bakar membakar bermula lagi. Untuk lunch, makan ikan bakar jer. No more ayam gituh. Errr, janganlah ditanya apa nama ikan yang besar itu. Sumpah aku tak ingat walaupun haritu dah diberitahu. Apa yang aku tahu tentang ikan itu, rasanya sedap. Tu jer. Heheh. Ikan bakar, pekena dengan air asam, pherghhhh. Heaven. Cuma nasik jer tak panas, sebab nasik semalam. Huhuhu. Kalau nasik tu panas, lagi terangkat kot!



Lepas makan tengahari, 3 orang kawan aku bawak jala dengan senapang ikan untuk memburu katanya. Lepas dorang pergi, aku pon baring-baring. Tau-tau jer dah terlena. Kawan aku balik dari memburu ikan pun aku tak sedar. Sedar-sedar jer, semua orang dah berendam dalam air. Cis! Sampai hati tak kejutkan aku. Lepas dorang naik ke pondok, dorang tunjuk hasil tangkapan yang aku rasa, “alaaahhhhh, tu jer????”. Ikan yang kecik dengan seekor udang. Dorang goreng jer. Tapi aku tak rasa nak makan pun. Eh aku ada rasa ikan tu sikit, tapi sedap. Takde rasa. Ngengade kan. :D



Di waktu petangnya, ada la buat aktiviti riadah sikit. Main badminton. Dorang ada beli bola sebijik. Tapi disebabkan kaki aku ni terlebih bangkunya, layan jer lah badminton pon. Asal berpeluh sudah, gittew kan. Dah puas main. Aku terjun lah sungai nak sejukkan badan. Berendam sampai dah nak dekat maghrib, baru naik.


Makan malam di hari kedua, kembali makan ayam, dan sosej. Sebenarnya makan malam bermula agak lambat sedikit. Sebab 2 orang dah keluar sekejap. Tapi tak sekejap mana, memang lama sangat. Sampaikan ku dengan yang lain dah syak dorang pergi tengok bola Malaysia lawan Myanmar. Lepas sejam lebih, baru dorang balik dan membawa sebekas ayam KFC. Okay, aku agak terkejut jugak kenapa ada ayam KFC? Tak cukup ke bekalan ayam yang ada? Rupanya, salah seorang dari weols ni nak bersedeqah katanya. Ok lah, syukur Alhamdulillah lah. **Gambar ayam KFC tak sempat ambik**



Pagi hari ketiga, bersarapan dengan sandwich sardin. Tugas aku pagi tu cuma sapu sardin kat roti, dan potong roti, tu jer. Aku berharap la hari terakhir tu kot nak makan nasik lemak ke roti canai ke apa ke kan. Tapi, dah nama camping buat cara camping jer lah. Makan stok apa yang ada bagi habis. Nak tanya, ada pernah korang jumpak orang makan roti sardin cicah nescafe? Pernah? Tak? Haha. Kawan aku buat yer! Lepas makan roti, beriadah sekejap. Main badminton lagi. Sebab kalau nak berendam dalam air sungai, time berpeluh tu lah yang paling heaven. Orang kata lah. Bagi aku sama jer. Hehehe.


Lepas habis mandi, aku dengan 2 kawan yang lain kena balik awal atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Aku dengan sorang lagi kawan cuma menumpang jer, so terpaksa lah ikut balik sama. Ada sedikit rasa bersalah sebab tak dapat tolong yang lain kemas-kemaskan kawasan camping tu. Time nak balik tu, 2 orang jejaka yang bukan lagi teruna (dah kawen) dalam gambar di atas sedang memasak megi goreng. Tak sempat nak merasa. Huhuhu.



Tamatlah sudah cerita aku di Lembah Pangsun sana. Memang aku rasa enjoy sangat-sangat la camping ni. Terasa macam kembali ke alam kampong yang dah lama sangat aku tinggalkan. Lepas ni katanya ada lagi program yang bakal menyusul. Insyaallah kalau kena dengan tarikh dan masa, aku nak join lagi. :)


Wednesday, 11 September 2013

#343 MATTA Fair - Dari Kelana Jaya Ke PWTC

Jumaat lepas, balik dari kerja, aku dengan ex-kolig bergegas ke PWTC... Ada MATTA Fair katanya. Gigih la kami ni berasak-asak nak masuk dalam Dewan Tun Razak tu. Dan yang paling siot nya, kena bayar RM4 ok kalau nak menyeberangi sungai ke dewan besar ittew. Sungguh lah pandai cari duit depa tu tau. Nak tak nak, kena la bayar "tol" tu. Kalau tak bayar, bukankah menjadi 1 kepenatan dalam siri jelajah "Dari Kelana Jaya Ke PWTC" ini. Tapi kalau tak menyeberangi jambatan ke seberang sungai tu pon ok jer, cumanya, boleh tengok promosi pelancongan domestik jer lah.


Ekcerli, tujuan utama nak pegi matta fair ni, adalah untuk survey harga-harga pakej untuk percutian bersama rakan-rakan yang tak boleh didedahkan lokasinya. Gittew. Bajet ada paparazzi nak ngekor lah kan. Walau!
Memandangkan aku ni pertama kali datang ke matta fair tu, jakun lah sikit kan. Semua pamphlet yang dorang bagi aku ambik, yang dorang tak bagi aku mintak. Bila dikumpulkan, walauweyyy, setebal thesis phd yang ntah sapa punya. Bila belek-belek balik, kebanyakan promosi adalah pakej ke Korea, Jepun, dan China.




Ada 1 pamphlet tu, memang betul-betul tulisan cina sepenuh-penuhnya. Pandai lah sangat aku membaca tulisan cina khennn.


Tapi ada 1 pakej yang aku rasa betul-betul ralat. Bukan lah ralat apa sangat, harga pakejnya murah. Pergi Beijing uolss. RM208 untuk 5hari 4 malam. Ada 2 orang dah boleh jalan. Cuma kena tambah untuk tipping RM75, upah agensi RM30, visa RM80 ++ dan tiket kapal terbang jer. Tapi tu lah, geng nya nan hado! Takkan nak pi sorang-sorang. Dalam malaysia ok la travel sorang-sorang. Tapi kalau dah ke luar negara tu, nak la jugak berteman kan. Ada la jugak tukang amek gambar sekurang-kurangnya.


Berbalik kepada plan asalnya pergi ke matta fair tu, apa yang aku boleh cakap, tak payah nak bayar RM4 untuk seberang sungai tu pon takpe. Sebabnya lokasi percutian kami tu domestik jer. Yang dewan seberang sungei ittew semuanya penerbangan international. Tapi dah alang-alang masuk, kasi jelajah lah sampai habis, sambil mengutip kertas-kertas yang tak perlu. Sempat la daftarkan diri untuk lucky draw. Dengan harapan, huntong sabut timbul khen. Dapat la seketul free gift keychain bertahtakan kompas.




Pusing punya pusing, elok time kami patah balik ke dewan pelancongan domestik, kebanyakan kaunter pon dah tutop. Ada la yang bukak, tapi tak banyak. Dan booth untuk lokasi percutian pilihan itu pun memang banyak tutop. Jadinya, aku kutip-kutip jer la kertas dan pamphlet yang dorang tinggalkan atas kaunter. Sekali tengok, alahai, takde la murah mana. Baik la beli tiket, terbang, dan gamble jer lepas sampai sana. Pandai-pandai nak hidup kata orang.


~aku tipu orang-orang kat matta fair tu kata aku ni student, dan study kat UM! Alasan untuk "saya balik dulu bincang-bincang, nanti saya datang balik yer, kitaorang dok UM jer..." Muahahaha.... ~


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Sunday, 8 September 2013

#342 Setelah Sebulan Berlalu

Ehemmmm..

Selepas dah berbaik-baik dan boleh bercakap seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku selama sebulan ni, semalam weols berkeluaran membeli belah barangan dapur di Giant Kelana Jaya. Memang dah dijangka pun, saat diri ini diperlukan untuk mengeluarkan duit secara berjemaah untuk membeli barang keperluan, barulah ditegur dan disapa semula. Kalau tidak, haghaaammmmm.

Tapi disebabkan aku selalu diajar untuk bersangka baik, makanya aku cuba untuk membuang jarum yang patah di dalam hatiku ini. Demi tidak mengeruhkan keadaan lah kononnya.

Berbalik kepada membeli belah barangan dapur, semalam rasanya paling banyak aku keluarkan duit nak membayar barangan-barangan yang biasa dibeli. Walaupun ada beberapa barangan yang agak murah dari biasa, macam dinamo contohnya, 4KG harganya dalam RM19.00++ berbanding harga biasa RM27.00++. Tapi, harga softlan pulak yang harganya macam tinggi sikit. Ambik punya ambik, sekali time nak bayar, macam nak luruh gak la gigi ni tengok total nya. Kalau korang boleh agak la, cuba teka berapa harga barang-barang dalam gambar tu? Sapa dapat jawab betul, sila belanja diri sendiri. Hehe.






Balik dari giant tu, entah apa yang merasuk, boleh pulak bersama-sama berganding bahu membuat kek marble.






:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 7 September 2013

#341 Gendang Gendut Tali Kecapi

Sepanjang minggu, iyaitu isnin-jumaat, aku begitu bizi tahap melampau. Banyak sangat benda yang perlu dibuat, dan perlu diselesaikan. Agak besar tanggungjawabnya. Dengan akses internet yang sangat terhad, agak menyukarkan untuk aku melawat blog-blog yang selalu dikunjungi. Rasa serba salah, bila orang berkomen di blog kita, tapi kita pulak tak buat lawatan balas. Maafkan lah saya yer. Semua ini di luar kawalan. Gitew.

Harini, aku cuti. Lega rasanya bila boleh bersenang lenang di rumah, baring-baring, relaxkan otot, pheww... Nyaman! Kalau boleh rasa nak pi massage pon ada. Sebab kaki ni rasa lengoh sangat. Nak urut sendiri? Heheh, hentikanlah. 5 minit jer urut pastu tak kuasa dah nak teruskan.

Bila-bila cuti, benda yang seronok dibuat, adalah makan. Asal apa ada kat dapur tu, semua boleh dibuat kudapan. Tapi, bila dah habis bahan kudapan tu, mula la otak ni aktif memikir apa lagi nak di makan. Laju jer teringat nak makan beriyani. Sebabnya haritu, aku agak kempunan nak makan beriyani kat open house kawan aku. Berjelejeh air liur sebab tak dapat makan. Mana tak nya, seingat aku, nasik beriyani antara yang tersedap aku pernah makan, memang kat rumah dia. Tapi tu lah, disebabkan aku dah kata "I do" untuk jadi penjaga hotel minggu lepas, maka kuchiwa lah dirikiew innieeeee.....

Jadinya apa lah lagi kan, aku masak lah sendiri nasik beriyani. Disebabkan nak makan express, masak pon gunalah cara express. Takde makna nak giling rempah bagai. Asal boleh jadi briyani, sudahlah. Bab nasik tu takdak la masaalah sangat. Lauk dan kuahnya tu, ambik masa sikit nak buat keputusan. Eh, jangan ingat nak masak ni senang ye. Banyak yang perlu dipikir. Apa nak dimasak, lauk apa, side dishnya apa pulak, air pulak nak buat air apa, semuanya kena diambil kira. Walaupun express. Tapi sebab dah lapar sangat, benda tu semua tolak tepi. Yang mana perlu sahaja diambil kira. Akhir kata, aku masak jer kurma ayam campur dengan telur rebus. Asalnya nak wat kurma telur jer. Tapi, bila potong-potong ayam yang nak dimasukkan dalam nasik tu, rasa macam banyak lak. Tu yang bakinya masukkan dalam kurma telur tu. Jadilah kan. Sendirik makan. Bukan buat open houseeeeee.

Sejam setengah masak, setel. Dah boleh makan. Perut dah kenyang. Hati pon senang. Eh nak tidor pulak lah. Haha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 1 September 2013

#340 Hubungan Baik Membawa Bahagia

1 September.

Ahad.

Aku bekerja.

Di mana?

Media Hotel.


Eh, katanya takkan berpaling lagi?

Hahahaha. Begini kesahnya.

Harini adalah hari paling bermakna dalam hidup bekas majikan aku sebab harini anak jantan mereka telah pun berkahwin dengan kekasih pooojaan hatinya. Majlis anak pertama, haruslah eksaited kan. Makanya, semua staff hotel dikerah hadhir ke Kuala Lumpur Convention Center untuk memeriahkan majlis ( read : bekerja). Dan disebabkan itu, aku dijemput (read : dikambing hitamkan) untuk menjaga kaunter reception hotel. Sedeyh hokay. Ku sangka kan dijemput ke majlis perkahwinan, rupa-rupanya....... Iskkk. Sebak nak sebut. Jaga hotel uolsss. Dah lah sorang-sorang. 12 JAM pulak tu!


Tapi, there's rainbow after the rain lah kan, kerja ku berbayar. Sebenornya, aku tak tau pun berapa aku akan dibayar. Tak pulak aku tanya berapa. Masa ditanya soalan, "Sudikah dikau menjadi penjaga hotelku" haritu, terus aku jawab "I do" tanpa berpikir. Haaaa... Nampak tak betapa baiknya aku? :p

Nasib baik, aku masih ingat camne nak uruskan hotel ni. Walaupun dah lama ku tinggalkan.

Errr... Abaikan tajuk entri ni yang aku rasa tak de kaitan langsung (-.-")

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.