Demi Masa

Wednesday, 28 August 2013

#339 Chennai Express

Malam semalam, dalam kebosanan di opis, menjelajah ke segenap pelusuk Youtube adalah benda yang berbaloi kadang-kadang untuk dibuat. Sedang asyik dok klik sana klik sini, sambil pasang lagu Ziana Zain kuat-kuat, terkliklah pada 1 trailer yang begitu menarik.

Chennai Express.



Stop kejap lagu Kemelut Di Muara Kasih, fokus pada trailer Chennai Express. Boleh tahan. Ada perasan cerita ni masa pi tengok RIPD sebelum raya aritu. Tapi tak tau lak cerita tu ada SRK!

Jadinya, ku carilah di website-yang-selalu-mencopek-wayang-dari-panggung cerita ittew. Mujur pulak dijumpai. Tapi, biasalah. Gambar panggung. Nan hadolah clear mana. Tapi masih boleh ditonton lah. Yang penting, tadak subtitle hokayyyy! Terpaksa fefeeling seolah-olah diri ini lahir dengan memahami bahasa hindi+tamil. (T_T)

Bagi sesiapa yang minat dengan cerita hindi, nak-nak lagi obses dengan SRK, meh nak cerita sikit, apa yang berlaku dalam cerita ni. Err, sinopsis boleh lah cari sendiri, tapi yang aku nak cerita ni, hanyalah babak yang menarik bagi aku. (Mengikut kefahaman aku lah, sebab tadak sarikata.) (-.-")

1) Babak ketika Rahul cuba menarik Meena yang berlari-larian nak naik keretapi sebab dikejar orang jahat. Terdengar lah lagu "tukedeka kowi jana sanammmmm", disusuli dengan larian gerak perlahan Meena. Lepas Meena ditarik naik dalam keretapi, Rahul nampak pulak ada lelaki yang berlari-larian jugak. Rahul pun tarik lelaki tu, dan seterusnya sampai cukup 4 lelaki si Rahul ni tarik. Rupa-rupanya, lelaki yang si Rahul ni tarik, adalah penjahat yang kejar si Meena tu tadi.






2) Selepas membuat cobaan melarikan diri dalam keadaan mabok dari keluarga si Meena yang gangster mafia, Rahul ditolong oleh seorang polis, dan polis itu telah meletakkan Rahul dalam sebuah tongkang sama ada dari Sri Lanka ataupun menghala ke Sri Lanka. Bila Rahul tersedar, dia berada di tengah lautan, dan telah dihantar semula menemui polis yang menolongnya oleh polis marin yang menahannya di perairan antarabangsa. Tapi, rupanya Rahul dihantar ke rumah keluarga Meena semula oleh polis marin itu. Kantoi!



3) Selepas melarikan Meena untuk menyelamatkan diri, Rahul dan Meena sampai ke 1 perkampungan. Meena mengaku yang mereka suami isteri yang baru berkahwin dan perlukan perlindungan. Rahul dan Meena diberi 1 rumah untuk tidur. Malam tu, Meena bermimpi, seolah-olah dirasuk dengan bertukar-tukar suara. Agak kelakar sampai Rahul kena tendang.



4) Bakal-suami-tak-jadi Meena, menjejak Rahul dengan Meena di perkampungan itu. Dalam sesi nak menyelamatkan diri, terselitlah adegan nyanyi-nyanyi dan tari menari bagai. Orang kampung yang baik hati, siap tolong kepung bakal-suami-tak-jadi Meena dan konco-konconya, supaya Rahul dan Meena dalam menyelamatkan diri.




5) Rahul akhirnya berjaya menyemadikan abu atoknya itu di tempat apa ntah namanya. Dan membawak Meena balik ke kampung Meena untuk meluahkan perasaan cintanya pada ayah Meena. Dan di sinilah yang menariknya. 20 minit terakhir baru disajikan dengan adegan gaduh-gaduh yang sangatlah hindustan! Dan seperti mana yang kita tahu, hero mana lah boleh mati. Dan di akhirnya, biasalah, happy ever after gittew...



Amacam? Ada rasa nak tengok cerita ni? Silakanlah pergi ke panggung wayang berdekatan, sebab pasti ada sarikata untuk memudahkan pemahaman. kalau rasa sanggup layan cerita ni tanpa sarikata, silalah klik di sini.

~~gigih kan aku prinscreen siap crop bagai? nampak tk betapa tak de kerjanya aku semalam? hehehe.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







Tuesday, 27 August 2013

#338 Pergi

Dugaan selepas raya ini, begitu memporak-perandakan emosi aku. Dengan sakit hati yang tiada kesudahan, dapat pulak berita yang merobek hati, berita yang menyayukan jiwa, dan ada yang menyayat hati. Bila semua emosi ini diadukkan secara tidak terkawal, aku dah boleh isi borang untuk masuk ke rumah bahagia. Ermm, kat mana best? Tampoi ke Tanjung Rambutan best?

Baru-baru ni, aku terima berita perginya seorang abang dari dunia ini menuju je alam baru yang dipanggil alam barzakh. Serem bunyinya. Yer kawan-kawan, perginya beliau dalam keadaan yang sungguh serem dan menyayat hati. Tak perlulah dikesahkan cara pemergiannya. Biarlah ia menjadi sesuatu yang tersimpan kemas. Oh ya, beliau bukanlah abang kandung mahupun abang tiri, tapi dalam persahabatan, dia seorang abang buat aku. Yang terbaik! Tapi disebabkan terbatas dengan jarak 450 km, tak dapatlah aku menziarahinya buat kali terakhir. Hanya doa dititipkan dari jauh.

Selepas perginya dia, ada suara-suara di group whatsapp yang masih terkejut dan bersedih dengan berita kematiannya. Beberapa kawan yang pernah menziarahinya bukak cerita. Katanya, beliau dok cakap nak berpindah ke tempat lain, tapi tak diberitahu ke mana. Rupanya, dia dah tahu yang dia akan pergi ke alam orang mati. Oh jahatnya bunyi.

Aruah mak dan aruah abah dulu pun, pernah cakap benda yang seakan-akan sama. Aruah mak dulu, (ni jiran la yang cerita, aku tak dengar dengan telinga aku sendiri) pun pernah cakap nak pindah dari rumah lama di kampung. Katanya nak pindah ke tempat yang lebih tenang. Tak lama lepas tu, mak pun meninggal. Aruah abah pulak bagitau (yang ni aruah abah ada sms, dan boss abah pun cerita benda sama) lepas raya dia nak pergi bercuti lama-lama. Tenangkan pikiran. Dan memang betul, raya ke empat tahun lepas, abah pun meninggal.

Jadi betullah, bila kita akan meninggalkan dunia ini, kita akan dapat merasai bila kita akan pergi?

Ini begitu menggusarkan aku. Kadang-kadang, bila orang merajuk, tak payah oranglah, aku sendiri pun, selalu cakap, "tak per lah, nanti aku pergi jauh-jauh", tanpa disedari. Itu memang ayat biasa kan kita dengar. Katakan lah, bila orang berkata sedemikian, dan kita pulak tak ambik kesah, agaknya menyesalkah bila ditakdirkan dia betul-betul pergi, tanpa sempat kita pujuk orang tu?

Berbalik kepada abang aku tu tadi, cara kami bergurau memang kasar. Kalau berjumpa tu, bukan bagi salam tapi saling keji mengeji dan mencerca satu sama lain. Bahasa yang digunakan jangan lah dibayangkan betapa kesatnya. Tapi masing-masing tak berkecil hati, sebab itu cara kami berkasih sayang katanya. Oh, dia jugak salah seorang kekasih haram saya (jangan salah sangka, lelaki dan lelaki kan haram berkasih sayang, makanya gelaran kekasih haram diwujudkan, tapi lelaki dan perempuan bukan muhrim juga haram bekasih sayang selagi belum berkahwin bukan? Dah kahwin baru jadi kekasih halal).

Di kali terakhir perbualan kami, yang entah bila tarikhnya, dia pernah cakap, sok ni aku dah tak dak baru hang nak mai jumpak aku kot. Dan dalam nada gurauan kasar, aku cakap, "pegi mampos la wat ayat sedeyh....". Dan bila dipikirkan semula, menyesal tak terkata bila cakap macam tu kat dia. Dan sekarang, dia betul-betul dah pergi, dan aku tak boleh pun nak jumpak dia buat kali terakhir.

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman, Al- Fatihah.

~dah beberapa hari asyik pasang lagu Aizat, Pergi........



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 23 August 2013

#337 Ego Saya, Kebal!

Bebaru ni, err semenjak raya lah senang cerita, aku dah tak bertegur sapa dengan seseorang, atau dua. Bukanlah sebab nak menyombong atau kekwat, tapi semuanya didorong oleh perasaan marah, dan geram. Kadangkala benci. Aku ni bukan jenis yang suka bergaduh dengan orang, sebab aku tak suka nak bermasam muka, lebih-lebih lagi untuk jangka masa yang lama. Hidup biar ceria kata orang.

Tapi, aku ada ego yang tersendiri. Ego yang boleh dipecahkan, dan ego tak terpecah. Ada sesetengah perkara, aku boleh abaikan perasaan marah tu sebabnya benda tak penting, jangan disimpan jarum yang patah di dalam hati. Dan bila dipujuk, maka pecah lah ego itu. Tapi, kalau dah sampai tetiba kita tegur tak bercakap, mesej tak berbalas, call tak diangkat, agaknya apa masaalah dia? Terus terang aku cakap, kalau aku yakin aku tak bersalah, aku takkan mengaku kalah. Tak nak bertegur? Ok, jangan cakap langsung. Aku lalu depan dia pun, maaf sebelah mata aku tak pandang. Malah, mendengar namanya pun aku tidak lagi sudi, apatah lagi melihat wajahnya. Dan takkan sekali-kali akan aku pergi di depannya, menghulur tangan sambil berkata, "kalau aku ada buat salah, aku mintak mahap". Sorry, itu bukan aku. Itu, ego tak terpecah.

Tidak akan sekali-kali aku mengaku salah, atas kesalahan yang tidak aku ketahui. Bagitau apa salah aku, maka dengan rendah diri, aku akan mintak maaf sejujur-jujurnya dan ikhlas.

Sesetengah orang memang suka, kalau orang buat salah kat dia, dipendam tak berkata apa, sampai kita pulak terpikir-pikir tak lena tidur malam, mencari punca di manakah silapnya kita. Hinggakan sampai 1 tahap, kita dah yakin tiada silapnya kita, tapi masih lagi dibelenggu soalan, apa salahnya aku ni?

Dan yang paling menyampahnya sekali, aku ni yang patut lebih berkecik hati dan tersinggung dengan beliau. Tapi, tak sempat nak melancarkan protes, dia dulu yang buat serangan emosi. Mengundang carutan lah namanya tu.

Jadinya sekarang ni, aku cuba untuk fokuskan kehidupan tanpa kehadiran orang-orang yang sebegitu. Oh yes, aku berjaya lakukannya, tapi untuk sesetengah waktu, hati jadi sakit bila setiap kali bukak BBM, wajahnya terpacul di dalam contact list BBM ku ittew. Rasanya, aku patut buang dia dari contact list itew. Musti. Wajib! Tapi lagi, bila mengenangkan orang itew adalah tak lain dan tak bukan adik beradik sendiri, urghhhhhhhhhhhh.

Sabar lah hati. Walau disakiti macam mana pun, mohon bersabar lagi.

~~Err, yes, air dicincang memang tak akan putus, tapi, air tu kalau dibekukan, boleh berkecai-kecai jadinya dengan sekali hentakan. Harap maklong!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 20 August 2013

#335 Jagalah Hati

Aku penat. Sangat penat.

Bukan penat berlari, tapi penatnya berlakon.

Hidup dikelilingi orang yang jenis drama king dan drama queen, aku jugak perlu buat-buat drama swasta yang tak perlu.

Dalam menjaga hati semua orang, adakalanya hati sendiri pun terabai. Sikit-sikit, seringkali berkata pada diri, eh, apa pulak nanti dia kata.

Kalau ada 10 hati untuk dijaga, aku perlu masuk dalam 10 karektor yang berbeza. Banyak yang perlu dikorbankan. Perlu berpura-pura sedih, berpura-pura gembira, pura-pura tertekan sama, dan jugak berpura-pura marah. Sungguh plastik rasanya diriku ini kadang-kadang. Kalau kata tersilap masuk karektor, mampos! Dah dituduhnya kita tak ikhlas.

Letih lah.

Dan hati ini pulak, dalam 10 tu, hanya sorang jer yang tahu nak membalas budi kita menjaga hati mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 18 August 2013

#334 Raya Ke 10

Semalam, lepas balik keje jam 10 pagi, aku terus pergi ke Klang, rumah mak sedara aku. Owh, kepergiannya aku ke sana bukanlah untuk berjimba-jimba, atau menggoyang kaki mahupun bersenang-lenang, tapi menjadi waiter rumah terbuka sebenarnya. Err, setiap tahun pun begitulah rutinnya, memang muka ni pun yang dipanggil. Huhu. Mengenangkan jasa baik yang sentiasa dihulurkan, aku ni meringankan la badan ni sekejap, membantu yang mana boleh.
Walaupun tak semua kerja aku buat, tapi terasa sungguh penatnya aku sepanjang hari semalam. Penat angkut barangnya, penat ke hulu ke hilir nya lagi, penat makan jangan cakap lah, selagi ada makanan, makan makan makan. Err, makan sikit-sikit jer la, bukan la sebumbun pinggan. So, tugas aku dengan maid mak sedara aku semalam, memang banyak duduk dapur jer lah. Kejap-kejap panaskan rendang, kejap lagi rebus nasik himpit, rebus spegeti, potong lemang, potong agar-agar, potong nasik himpit, dan yang paling best, potong buah. Owh, betapa aku menyukai kerjaan potong buah. Sambil potong, sambil ngap! Phewww, nikmat! Mula-mula potong chantek-chantel belaka lah semuanya, dah hujung-hujung, ada besar, ada kecik, gasak! Yang penting, potong. Gituh.
Habis bertungkus-lumus berpeluh sana sini, dalam pukul 6.30 petang tu, aku dah angkat kaki balik rumah. Tak kuasa lah nak menunggu sampai ke malam. Bukan lah tak boleh. Boleh je kalau balik malam. Tapi, mata aku ni idok ler terang mana bila malam-malam ni. Nak nak pulak jalan tak berlampu. Haishhhh. Seriauuuu dibuatnya. Mujurlah depa pon paham. Tapi, sebelom balik tu, apa lagi, dah nama rumah terbuka sedara mara, tak reti-reti nak bungkus tapau bawak balik? Hahaha! Dasar melayu memang begitu lah kan. Tak melayu kalau tak tapau. Merasa aku hangkut segala rendang, laksa, bihun sup, nasik himpit, lemang, agar-agar, kuah kacang, dan lontong bagai. Haha, naik motor jer pun. Tapi fefeeling naik kereta hangkut makanan banyak-banyak. Mujur tak tercicir di tengah jalan.
Balik rumah, tak mandi tak apa, landing atas katil. Sedar-sedar, 8.30 pagi. Pitaaaammmmmmmmmm!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Friday, 16 August 2013

#333 Rayaku BerTragedi

Amboi tajuk, kemain bunyi macam dashat sangat peristiwanya.

Tapi sungguh uols, memang rayaku ini sangat bertragedi. 

Itu hari kan aku ada cerita yang nak berkonvoi raya dengan kawan-kawan sekelas aku. Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas bergaduh, merajuk, memujuk dan yang sewaktu dengannya, terlaksanalah jua apa yang dirancang. Raya ketiga tu aku dah turun ke Ipoh dan kawan aku dari Penang ambik aku kat stesen bas Aman Jaya, dan kami bergerak ke Sitiawan beraya di rumah pertama.

Di pagi raya keempat tu, kami bertolak ke Teluk Intan pulak untuk beraya kat rumah-rumah kawan yang ada di sekitar Teluk Intan sana. habis beraya, berkonvoi lah pulak 2 kereta ke Ipoh. tapi dalam perjalanan, kat kawasan Kg.Gajah sana, berlakulah tragedi yang sungguh unsangkarable. Kereta yang aku naik dengan 3 kawan yang lain, dengan lajunya merempuh bontot kereta kawan aku yang kat depan. Waja rempuh Caldina you.




Tengok lah betapa remuknya waja itu setelah mencium bontot caldina dengan rakus sekali. Caldina tu, elehhhhhh sikit jer calarnya. Aku yang masa tu tengah lelapkan mata, terus terjaga sebab teperosok sikit oleh kerana brek yang mengejut itu. dan disebabkan kejadian yang tak disangka ini, kami pun merasa beraya kat Balai Polis Kg Gajah selama 5 jam. 5 jam okay, bukan calang-calang lambatnya menunggu polis sana buat kerja. Kesian kawan aku tu, muka sedih sungguh-sungguh bila kereta kesayangannya itu remuk sebegitu rupa. Kami-kami yang menumpang ni, apatah lagi tumpang simpati bersama. Menurut asalnya, kawan aku tu nak upah tow truck bawak kereta tu balik ke Penang. Tapi nak dicaj nya RM 780, sape sanggup? sudahnya, hantar kat workshop kawasan situ jer lah, nanti dorang datang balik lepas raya untuk uruskan.


Habis selesai kat balai polis tu, dalam kesedihan, sesi beraya tetap diteruskan. Mujur kawan-kawan yang di Teluk Intan tu ada yang berkereta. Terus pergi beraya ke rumah-rumah yang ada di Batu Gajah, dan seterusnya di sekitar Ipoh.


Pukul 11.45 malam, baru habis kami beraya, balik lah masing-masing ke tempat asal. Insyaallah, ada masa akan ketemu lagi.

Dan aku, terpaksa naik bas dari Ipoh ke KL jam 1 pagi. Sampai KL elok jam 6 pagi, sebab jalan boleh tahan jugak sesak di sesetengah tempat.

Penat, sangat penat. Sampai ke harini, tak hilang penat nya tu. Huuhuhu.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 6 August 2013

#332 Ramadhan 28



Lagi 2 hari, menyambutlah kita 1 Syawal, yang begitu dinanti-nantikan. Betapa syahdunya bila Ramadhan melangkah pergi, sedangkan tidaklah kita ketahui, apa masih adakah peluang kita bertemu dengannya di tahun yang akan datang.

Di kesempatan ini, saya dengan rendah diri, tanpa rasa bongkak, riyak, mahupun takbur, ingin memohon seribu keampunan, kepada sahabat-sahabat blogger semuanya. Andai kata ada tulisan-tulisan saya yang mengguris hati, tersentuh di jiwa, dan tersesak di dada, diharap jangan disimpan di dalam hati. Saya hanyalah manusia yang penuh dengan kekurangan. Ampunilah diriku ini.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira bersama keluarga terchenta.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 4 August 2013

#331 Ramadhan 26

Ehem ehem ehem...

Beberapa hari tak berbelog ni rasa macam serba tak kena pulak. Almaklumlah, sepanjang minggu kerja siang, nak online pun jadi serba salah. Mana tak nya, dah ada mata yang memerhati, dan cakap-cakap belakang katanya yang aku ni kerja dok main game tak nak buat kerja 1 apa pun. Amboi amboi amboiii. Yang komplen tu macam lah buat kerja sangat sepanjang hari dari masuk opis 9 pagi sampai 4.30 petang. Munafik, bak kata orang indonesia.

Harini, sabtu. Aku dah pun start cuti raya, sampai lah 13hb nanti. Lama cutinya, dan setiap hari aku dah ada perancangan agar setiap hari diisi dengan perkara yang bermanfaat. Gituh. Dah kata cuti, mesti lah perkara utama yang perlu dilakukan, mengasapkan dapur. Hihi. Lama weyh tak berasap. Harini aku saje try buat kek. Nak test oven baru lah katakan.

Kek red velvet ni, kali terakhir aku buat adalah 4 taun lepas. Tu pun, buat kat rumah kawan aku. Errr, bukan aku buat sepenuhnya la. Tolong menolong la kiranya. So, resepi tu jugak lah yang aku gunakan untuk hasilkan kek red velvet versi aku ni. Kek nya tak berapa nak red, tapi velvetnya ada, huhu. Warna koko telah mempengaruhi warna merah dengan jayanya. Jadi merahnya cuma nampak dikittttt aja kok. So, next time, aku akan tambahkan kuantiti pewarna merah agar red nya itu, menyala-nyala. Baru boleh claim red velvet cake yer dak.

Ilham nak membuat kek ni bukan apa, haritu ternampak dalam twitter paknil dah jual kek sekarang. Kek red velvet hockay, dan di perjenamakan dengan nama, CakeWhat! Curlassss gitu. Kekwat sangat namanya. Oleh kerana paknil dah amek jenama CakeWhat!, aku nak namakan kek aku ni sebagai, "Kekdahnya". Boleh? Hahaha.

Kek di atas masih di tahap latihan sebenarnya. Bila dah mahir, insyaallah, nak try meniaga kek pulak. Jual online. Mana lah tahu, kot-kot laku. :D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.