Demi Masa

Wednesday, 31 July 2013

#330 Ramadhan 22

Dua hari lepas, ada bos-bos kecik dalam opis ni edarkan sampul duit raya cap cimbenk. Tapi, masa yang diedarkan tu, aku berada di tempat yang lain untuk seketika. Bila masuk balik ke tempat duduk aku, tengok partner dapat 1 pack sampul duit raya. Aku tanya dia, mana dapat. Katanya, kak *** bagi. Wah, untong lah, tapi mana aku punya. Ko takde tadi, tu dia tak bagi, kata partnerku ittew. Aeshhhh.. Voley pulek gittew??? (T_T)

Tapi mujurlah, bila nak turun ke opis tingkat 3 dari opis tingkat 4, ada sorang bos kecik ni bagi 2 pek sampul kat aku. Hahaha, merasa dapat 2 pek. Partner dapat 1 jer. Kih kih.


Berkat kesabaran katanya.

Hajat di hati nak order sampul duit raya dari 1 kelab ni. Kelab Anak Jati Perak Darul Ridzuan namanya. Tapi, aku terlambat order pulak, sekali tengok websitenya, tarikh order dah tutup. Sedih la. Tu la bahananya, bila tangguh-tangguh.



Tapi, sampul bukan memainkan peranan yang penting pun, sebab yang penting isinya.

:D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 30 July 2013

#329 Ramadhan 21



Kuih ni masa dibeli, nampak sungguh sedap. Aku ambik seketul, hakak tu kata amel la 3 dik... Hakak bagi 3 singgit jer, katanya. Ok lah, aku angkat la 3 ketul. Boleh share dengan partner.

Sejam lepas berbuka, aku pun bukak pelastik kuih tu. Aku bagi partner seketul. Lepas sekali kunyah, terasa kemasaman kuih dan kelapa parut tu.

Alahai, baaaaaasi.

Kecik hati aku. Tergamak hakak tu nganjengkan pembeli. Semoga dia cepat kaya, dan cepat naik haji


Monday, 29 July 2013

#328 Ramadhan 20

Sekali sekala, bila belek-belek kat statistik tu, boleh buat kita tersenyum. Lebih-lebih lagi bahagian keyword tu. Ya hampun. Ntah hape-hape kadang tu yang keluar. Beberapa minggu ni, banyak sungguh keyword pasal candy crush unlimited life ni. Eh, sebelum ni mana pernah aku bagitau camne nak dapatkan nyawa tanpa sempadan tu. Kan?

Apa lah uols-uols yang nak nyawa unlimited ni. Tak mencabar langsung. Nak kerja mudahhhh jer. Ni lah orang kita, kat sekolah, time exam nak soalan bocor sokmo. Semua nak disuap jalan mudah Sampai terbawak-bawak ke alam nyata. Camni lah jadinya. Sampai candy crush pon nak jalan mudah jugak.

Tapi, dah orang mencari, kesian bila pulang dengan perasaan hampa dan kecewa dak? Tak per lah. Meh iols nak berkongsi-kongsi sikit. Yer, apa ilmu pengetahuan yang kita ada, haruslah dikongsi bersama dan dimanfaatkan untuk kesejahteraan sejagat. Jangan jadi macam kerajaan, bagi bonus kat penjawat awam jer, rakyat awam haghammm dia nak kongsi. Eh, matilah tak habis-habis nak carut kerajaan. Hahaha!

Berbalik kepada nyawa tanpa sempadan candy crush ni, sebenarnya tak la unlimited mana. Tetap 5 nyawa jugak, tapi dengan sedikit ubahsuai pada tetapannya, insyaallah nyawa tu boleh diganti dengan cepatnya. Dan tetapan ini hanya boleh digunapakai pada henpon, ipad, ataupun tab sahaja yer. Yang dalam fesbuk, maap banyak-banyak. Tak daya awak nak nolong.


Macam ni yer, bila mana nyawa kita dah habis, yakni tinggal kosong, sila lah pergi ke tetapan di henpon/tab/ipad masing-masing.


Di tetapan itu, sila cari tetapan untuk tarikh dan masa. 



Tukarkan tarikh menjadi awal sehari. Contoh, harini tarikh 29hb, sila ubah ke 30hb.Dan sila pastikan juga "Automatic date & time" itu di off kan terlebih dahulu.



Lepas selesai tukar tarikh, masuk semula ke candy crush, dan anda akan nampak nyawa anda sudah menjadi 5. 


Tapi, sebelum anda mula bermain dengan nyawa yang baru, ini sangat penting. Sila tukar semula dari tarikh yang baru itu menjadi tarikh yang asal. Harus diingat, setiap perkara ada buruk dan baiknya. Dan sisi buruk bagi teknik ini, kalau anda tak tukar balik tarikh itu menjadi tarikh yang asal, perkara sebegini mungkin anda akan alami.


Sanggup kau tunggu 2000 minit? Mampooooo? Kalau tak mampu, jangan lupa tukar semula.
Untuk menukar tarikh dengan cepat, sila gunakan shortcut button yang ada pada gadjet masing-masing ya. Sebabnya, kadangkala, teknik ini tak menjadi, sebab bila anda tukar semula tarikh baru menjadi tarikh yang asal, ada kemungkinan nyawa anda yang baru menjadi 5 itu akan berubah menjadi kosong semula. Jadi, kepantasan adalah perlu, dan di situlah gunanya aplikasi shortcut itu.

Camne nak guna shortcut? Perlu ker aku cerita? Guna smartphone tak tau camne nak shortcut-shortcut? Tekanlah button "home" itu lama-lama, maka keluarlah aplikasi terdahulu yang kita gunakan seperti di bawah ini. Ngerti? Bagus. :)


Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama beramal dengannya. Tak perlulah lagi nak mintak-mintak nyawa dengan orang. Sebab, kadang-kadang orang marah. Mereka tak suka kita ni meminta-minta. Lebih sakit hati, katanya dorang tak main game bodoh-bodoh ni. Wah, nak kata kita bodoh sama la tu yer dak. Sampai hati.


Credit untuk blog cik epal.



Sunday, 28 July 2013

#327 Ramadhan 19

Aku sedang menghitung hari.

Hari ni dah Ahad.

Esok Senayan.

Selasa, Rabu, Khamis, dan Jumaat.

Sabtunya, aku dah start bercuti raya.

Weeeeeeeeehuuu..

Tak sabar nak menunggu hari Sabtu.

Sebabnya macam-macam dalam kepala hotak aku ni berfikir.

Nak buat itu, nak buat ini. Tapi, entahkan jadi, entahkan tidak.

Harapnya, jadi lah!

Hihihihihi

Tak sabooooooooooooorrrrrrrrrr lah.

:D

Saturday, 27 July 2013

#326 Ramadhan 18

Tinggal tak berapa lama jer lagi dah kita akan menyambut 1 syawal pulak. Masing-masing mesti dah ada plan nak beraya kat mana kan. Aku, raya pertama dengan kedua raya kat rumah ni jer lah. Cuma raya ke 3 dengan raya ke 4 jer MUNGKIN ada program.

Di group whatsapp aku, yang mana keanggotaannya terdiri dari rakan sekelas di politeknik dulu, kononnya nak berkonvoi raya ke 4 nanti ke setiap rumah yang sempat. Bermula dari kawasan ipoh, kampar, dan di teluk intan. Itulah rancangannya yang dah diatur sejak dari awal ramadhan.

Tiba-tiba, datang sorang makhluk, menyampuk bagi cadangan, ramai-ramai kumpul kat 1 tempat, macam bukit merah / teluk batik, stay 1 malam dan buat bbq. Itu 1 hal la, dia nak suruh pulak sorang kawan aku ni (yang dulunya pernah janji nak sponsor chalet kalau ada reunion tu) sponsor. Katanya, janji tetap janji, tak boleh dicapati. Memandangkan dia dah bagi cadangan, aku suruh la dia uruskan. Tak nak pulak, katanya dia tak dak jiwa kepimpinan. Plus, dia tak de contact number si kawan yang nak disuruh sponsor tu. Ayoooo, alasan sangat! Bagi cadangan pandai.

Kami-kami yang dah rancang benda ni dari awal, rasa macam tak setuju la. Ini raya, orang datang dari jauh, nak merasa makanan-makanan raya. Tak berbaloi ok datang bawak kereta jauh-jauh semata nak bbq. Lagi pulak, tak kan semua orang boleh ikut stay 1 malam kat sana, lebih-lebih lagi yang perempuan. Tapi, si kawan sekoq ni tak paham bahasa. Dia dok gaduh sebab taun lepas, rumah dia yang last sekali dikunjungi, tu pun dah malam. Dia nak jugak suruh stay kat mana-mana chalet dan ber bbq.

Di pengakhiran, dia kata, "ikut suka kome la". Jelasnya, dia dah merajuk.

Jadinya, persidangan meja bulat maya kami ni, berlaku lah sedikit pertelingkahan lagi sentap menyentap. Ayoyoo... Susah lah macam ni. Member yang lain pulak jenis tak nak melawan langsung. Ini menggusarkan bila ada campur tangan sebegini. Sebab kemungkinan besar, ada yang TAK kan join. Mungkin aku lah tu. Haha!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 26 July 2013

#325 Ramadhan 17 2.0

Tajuk siap ada "2.0" lagi. Hehe.

Rumah kami dah ada oven dengan steamer. **jakun**

Pasni jangan marah naa kalau dok keluaq entri kek ja pulak.

Hahaha :p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#324 Ramadhan 17

Semalam hari emosi bagi aku, walaupun sekejap jer. Yer, aku telah menaikkan 1 status di fb berkenaan bonus penjawat awam, entri di blog juga, dan aku telah menyerang fb kawan-kawan aku yang kerja dengan gomen. Kawan-kawan rapat la, yang lain tu tak berani nak usik. Kang silap2 putus sahabat.
Selepas naiknya status di fb itu, kawan-kawan aku pun memberi status balas di wall masing-masing. Aku paham la ia merujuk kat aku jugak walaupun ayatnya begitu umum. Ada yang kata, yang tak dapat ni tak bersyukur. Ada yang kata, rezeki masing-masing, dan ada yang kata, jangan JAKI! Tu diah. Jaki dikatanya kita.
Apa yang kawan-kawan aku tak tahu adalah, ia merupakan 1 pemerlian dari aku kepada mereka. Secara halus. Ada yang paham tapi buat tak paham, ada yang paham tapi lagi menegakkan benang basah, dan ada yang tak paham sampai ke sudah. Kenapa aku perli. Haruslah aku perli. Sebabnya, masa sebelum PRU 13 dulu, mereka-mereka inilah yang dashat sekali berkompang pasal duit rakyat yang kerajaan guna untuk buat benda-benda tak berpaedah. Kata mereka, duit itu kalau diberi bantuan kepada rakyat adalah lebih bagus. Oh, mereka ni pembangkang yer. Sekarang ni, bila kerajaan dah bagi bonus, naik gaji segala, mereka inilah jua yang bersorak sakan. Masaalahnya, duit siapakah itu? Bukankah duit rakyat yang dikompang-kompang dulu? Mana perginya, "lebih baik buat bantu rakyat"? Hipokrit semata-mata.
Orang dah mendapat, boleh lah kata rezeki masing-masing. Boleh lah suruh yang tak dapat bersyukur dengan rezeki yang ada. Cuba kalau tak dapat, mereka-mereka itu lah yang akan mengutuk dan menghina kerajaan sebab tak bagi bonus kepada mereka. Dan yang paling penting, akan timbul lah lagi isu "duit rakyat".
Tapi, siapalah aku kan untuk bercerita pasal hal ni. Yer lah, aku kan tak mengundi. **kata kawan aku**
Apa-apa jer lah. Tapi, kawan-kawan aku yang sebelum masuk kerja dengan gomen tu, pun pernah lalui perasaan gini. Geram bila penjawat awam dapat lebih. Tapi, sekarang ramai yang dah lupa diri. Siap tuduh kita ni dengki dan busuk hati lagi. Kata mereka, apa sangatlah RM500 tu untuk didengkikan / dicemburukan. Yer, apa lah sangat bagi mereka RM500, tapi banyak sangat bagi mereka yang bergaji rendah / minimum. Kesian aku kat orang-orang yang meneruskan kelangsungan hidup berbekalkan gaji minimum RM900. Alangkah bagusnya kalau kerajaan jugak bagi sedikit habuan kepada golongan ini, bukan kepada penjawat awam semata-mata.
Barulah boleh canang, RAKYAT didahulukan.
Tak gheeeetooooooo?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Thursday, 25 July 2013

#323 Ramadhan 16

Boleh tak kalau aku nak cakap,

Kerajaan bagi bonus kat penjawat awam tu, tak guna duit rakyat ker? Banyak la chantteq kan, orang gomek asyik dapat duit sesaje. Ni kami-kami yang swasta ni, tak memberi sumbangan kah dalam memacu ekonomi negara?

Tak nak bagi banyak, sikit pun jadi lah. Tak lah kami ni berkecik hati. Apa? Swasta dapat bonus lagi banyak? Ada yang dapat sampai 5-6 bulan gaji? Ye memang ada. Tapi tu company besar-besar cik abang hakak gomen sekalian. Company-company kecik serta lap kaki macam yang aku keje ni, jangan kata sebulan gaji, separuh gaji pon, nan hado! Paling busuk pun dapat lah seratuih hinggit. Itu ponnnnnn kalau boleh nak bagi limaploh hengget jer. Tu pun, kalau nak bagi! Kalau tak bagi? Nganga jer lah, korek tabung sana sini buat belanja raya. Gituh.

So, kepada pendemonstrasi-pendemonstrasi jalanan sekalian, tak nak kah berdemo menuntut keadilan, kerna kerajaan bayar bonus kepada penjawat awam guna duit rakyat? Kan ker kita ni bayar cukaaaaaaiiiiiiii jua. Tak gittew?

Matilah entri unsur menghasut kekdahnye!! Haha :D



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 24 July 2013

#322 Ramadhan 15

Beberapa bulan lepas, aku ada baca 1 novel. Tajuknya "Gelak Tergolek". Kalau ada sesiapa yang pernah baca novel tu, tau lah jalan ceritanya macam mana. Betapa bodoh ke tidak lelaki bernama Rahman ittew.

1 hari, Rahman diajak bapak mertuanya ke surau. Si Rahman ni pulak, tak pernah pergi surau seumur hidup. Bila dah masuk waktu maghrib, pak mertua Rahman ni pun suruh dia azankan, sebab tok bilal tak sampai lagi. Mati-mati Rahman tolak, tapi pak mertuanya tu tetap paksa. Dalam keadaan rela paksa, Rahman pun laungkanlah azan maghrib.

Di suatu tempat yang lain pulak, seorang apek sedang menutup kedainya sebab dah malam. Dalam pada nak menutup kedai, telinga apek tu menangkap 1 bunyi yang amaaaaaaaaaaaaaaaat sedap. Bunyi tu pernah mewarnai hidup apek tu 30 taun yang lalu. "Ini macam sudah bagut" kata apek tu. Lalu segeralah apek itu memanggil isterinya dan mengajak isterinya itu menonton wayang gambar cina. Merempit lah apek tu dengan bininya naik motor kapcai mencari-cari arah bunyi tu. Sesampainya di depan surau, bunyi nyanyian opera cina tu pun tamat.

Apek : Mana itu tempat wayang gambar
Jemaah 1 : Wayang gambar? Tak tahulah pulak saya.
Apek : Saya ada dengar itu wayang dekat-dekat sini.
Jemaah 1 : Siapa cakap?
Apek : Talak ada siapa cakap. Tapi saya dengar itu nyanyi wayang cina, maaaanyak kuat
Imam : Wayang gambar?
Jemaah 2 : Mungkin bunyi Rahman azan tadi agaknya **bisik pada imam**
Imam : Oh ya baru aku perasan, memang betul bunyinya macam lagu opera cina. **bisik pada Jemaah 1**
Imam : Bukanlah tauke, itu bunyi orang azan sembahyang maghrib.
Apek : Ya ka asan, dia punya nyanyi sama macam cina punya wayang gambar.
**semua orang ketawa**
Apek : Wa sulah kena tipu woooo... Muahahahaha....

Lepas apek tu blah, imam panggil Rahman dan bisik kat telinga Rahman, "Nanti lain kali, azan tu tak payah lah berlagu lebih-lebih sangat. Buat biasa-biasa sudahlah ye".

**TammaT**

Sementara itu, aku pulak di rumah, setiap kali aku dengar azan dari surau bawah rumah ni, mengelejat kaki dan tangan aku nak bagi novel Gelak Tergolek ni kat Tok Bilal tu. Dia punya lenggok, ya hampuuuuuuunnnnnnnnnnnnnn.

Biasa-biasa sudah. Yang mendengar pun rasa sedap di telinga. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 23 July 2013

#321 Ramadhan 14

Lah, dah 14 hari rupanya puasa. Tinggal lagi 2 minggu jer dah nak raya. Dah boleh mula pikir pasal persediaan raya la kiranya ni kan. Eh, duit raya dah boleh start tukar kah di bank?

Malam semalam, sebelum masuk kerja, aku singgah 7eleven nak beli gula. Yer lah, nak nunggu kompeni bagi subsidi gula tu umpamanya macam nak mintak emas seratus gram gituh. Nak tak nak, beli lah sendiri. Tak lalu dah dok minom ayaq teh masa soq tanpa gula. Berak taik keras nanti. Err, opps.


Aku beli gula yang atas ni lah. Bentuk cube lagi. harga pun tak lah mahal sangat, RM 2.05 jer. Tapi masa nak bayar, lepas di scan, harga sebenar rupanya adalah RM 2.85. Tu diah, tetiba jadi mahal. Berbekalkan pengalaman bekerja di 7eleven di suatu masa yang lampau, harga yang perlu dibayar oleh customer jika kes sebegini, haruslah yang terendah. Bukan termahal. Tapi, si budak cashier lagi berbangsa asing ni, suruh aku bayar harga RM 2.85 tu. Katanya shift siang tak tukar price tag kat rak gula tu. Tuan-tuan dan puan-puan, jika staff 7eleven tak tukar price tag, adakah itu masaalah kita? Tidak sama sekali bukan? Aku bagitau budak tu, aku nak bayar harga yang murah, kalau boss dia bising, esok lusa soh boss dia tahan aku. Yer lah, aku regular customer kot kat 7e tu. Tak susah nak cari aku. Aku letak RM 2.10, amek gula tu tanpa pelastik, catwalk meninggalkan 7e tu dengan bergaya. Ini musti ya, baru nampak kelas. Haha!

So, budak tu dah short RM 0.75 semalam. Sama ada dia kena bayar balik, atau potong dari elaun. Kesian. Tapi, gasak lah kan, salah kolig dia lah tak tukar price tag. Macam susah sangat pulak nak tukar price tag tu. Sebab bukannya kena tukar kat setiap item. Tukar kat rak tu jer okay, tak susah kot! Padahal, kerja dorang sekarang ni jauh lebih mudah banding zaman aku. Dolu, kalau kata ada penukaran harga, memang aku menyampah. Sebab nak kena cabut sticker harga lama, tempek dengan harga baru. Double sticker diharamkan yer, walaupun aku tetap buat macam tu kalau dah banyak sangat. Memang selalu sangat la 7e buat penukaran harga. Yang selalunya air kotak la. Bulan ni RM 1.10, bulan depan dah RM 1.20. Bulan seterusnya turun balik RM 1.10. Begitulah jua dengan produk yang lain.

sumber google : cuma kena tukar yang dalam kurungan merah itu sahaja, tu pun malas

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, dan cik-cik jugak lah, kalau lah terjadi perkara sebegini pada anda, jangan bayar harga yang mahal ye. Pastikan anda bayar dengan harga yang murah. Tak kira lah kat 7eleven ke, 99speedmart ke, mahupun giant atau tesco atau carrefour. Sama jugak kaedahnya, kalau kat barang kita nak beli tu harga RM 3.00, bila scan, harganya RM 2.80, sila bayar RM 2.80 SAHAJA. Jangan untungkan mereka. Sebab, kadang-kadang, taktiknya sebegini, bila price tag di produk RM 3.00, dan lepas scan jadi RM 2.80, dan anda pulak bayar RM 3.00, lebihan 20 sen itu akan cashier tu simpan. Kalau lah kata dia curi topap Maxis RM 5.00, dengan lebihan-lebihan itu lah dia boleh cover balik.

Bijak kan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Friday, 19 July 2013

#320 Ramadhan 10

Sebagai seorang pekerja yang baik, aku jugak akan melaksanakan tanggungjawab mengisi borang cuti untuk raya. Merujuk gambar di bawah, adalah dengan ini aku mengesahkan bahawasanya aku telah mengambil cuti raya selama 4 hari di mana cuti tersebut akan ditolak dari cuti tahunan yang masih bersisa 12 hari.

 

 Tapi.......................

 Sila rujuk jadual di bawah

Warna merah menunjukkan itu memang hari cuti aku. Itu dah memang tetap. Tadak sapa boleh ubah.

Warna kuning menunjukkan Public Holiday. Juga tetap.

Warna hijau adalah cuti yang aku pohon. (kalau diluluskan)

Dan 7hb tu pulak, dengar katanya memang company akan bagi cuti.

Jadi, kalau dihitung, aku bercuti raya selama 11 hari uolssssss!!!!!

Meriah ke tidaaaakk?

Cuti lama-lama nak pi balik mana tatau?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 17 July 2013

#319 Ramadhan 8

Nak bagitau, harini makan Kari Laksa Nyonya

Tu jer

Kbai

:p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 16 July 2013

#318 Ramadhan 7

Sedar-tak-sedar, genap seminggu sudah kita berpuasa di bulan ramadhan.. Di hari yang ke tujuh ini, mood nak makan sedap-sedap dah berlalu la agaknya. Orang kata, bulan puasa sesuwei untuk mengurangkan berat badan. Tapi rasanya, orang yang betul-betul nekad jer yang mampu turunkan berat mereka dengan jayanya. Kalau setakat niat ala-ala jer kata nak diet segala, memang sampai ke hujung ramadhan pun, tak menjadi dietnya.

Harini, menu berbuka sungguh lah ringkas. Sup cendawan dengan ikan kering dicicah sambal belacan je. Bukan tak nak masak yang best sikit, nak tu nak la, tapi mood memasak tu dah tak de. Eh, nak masak pun kena ikut mood lah. Kalau mood tu baik, baru lah boleh masak dengan penuh kasih sayang, makanan pun jadi sedap. Kalau masak dengan kepala serabut, siap dengan hempas-hempas periuk belanga bagai, jangan kata makanan nak sedap, silap-silap masin makanan tu dibuatnya sebab garam main campak tak agak-agak.

Sebut pasal ikan masin, tetiba jadi teringat ikan masin kat taiping sana. Itu hari balik taiping, tak sempat nak singgah memborong untuk dibuat stok. Bulan puasa ni, nak-nak lagi time sahur, bau ikan masin pon dah boleh bukak selera makan kita. Walaupun cuma makan dengan nasik panas dan kicap. Kan? Tapi tu lah, ikan masin kat keyhell ni, macam tak berapa nak umphhh gittew. Masinnya macam tak sedap mana. Baik ikan masin, baik telur masin, sama jer tak sedapnya. Agaknya lidah aku ni terlalu taiping kot sampai tak syiok nak pekena ikan masin kawasan lain. Hihihi. Ni yang buat nak beli tiket balik taiping ni. Balik hari pun sanggup rasanya.

Bunyi macam gigih sangat kan nak balik hari. Tapi betul uols, iolss sanggup. Sebab selain murah, produknya begitu berkualiti tinggi tanpa keraguan. Walaupun ikutkan tambah tolak harga tambang nak balik tu boleh beli lebih kat sini, tapi aku rasa berbaloi-baloi dengan hasil borongan kat kedai tu. Ni nak bagitau, aku belum pernah lagi jumpak mana-mana udang kering kat kawasan sini sebaik udang kering kat taiping, lebih-lebih lagi kat batu kurau. Kan Encik Zakirasli? Udang keringnya sangat lawa, tak macam kat sini. Kecut! Tak sedap pulak tu.

Itu hari ada la kawan aku nak datang keyhell ni. Ku suarakan lah hajat nak mengirim, tapi yer lah, orang jantan berketak-ketak kan, mana lah reti nak memilih ikan kedera masin. Kang kita suruh beli ikan kedera, dibantai ikan talang dibaginya kat aku. Nak suruh si perempuan yang belikan pulak, semuanya nak control gadis ayu naik bas, takut ada bau ikan masin terlekat katanya. Kelas kau mariah!

Nampak gayanya, kena balik sendiri lah kan. Hurmmm


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 15 July 2013

#317 Ramadhan 6

Aku masih lagi bercuti dari kerja sejak sabtu yang lalu. Ish, kalau disuruh kerja tu, rasa macam tak sabarrrrr nak cuti. Nah, dah dicampaknya cuti 4 hari setengah kat aku, rasa bosan tak terkata pulak dok kat umah ni. Memang aku tergolek dog jer la sepanjang hari, sambil ngadap candy crush.

Petang tadi, aku keluar kejap hantar barang -barang pesanan dari sorang kawan. Jumpak tepi jalan jer, sebab bulan posa kan. Kalau tak posa, paling-paling busuk pon nak la mengopi kat starbuck sambil bercerita yer dak. Di tepian jalan itu, sempat la kawan ni bertanya, "Nak beli bunga api tak? Tak mahal, RM35 JERRRRR". Hishhhh.

Benda-benda gini seronok la diborong kalau ada kampung untuk dibawak balik segala barang seludup lagi terlarang tu yer dak. Aku ni kampung ponnn tak dak. Kalau aku beli, dia nak aku main bunga api tu kat mana gamaknya? Cucuh kat tepi tingkap kot? Merasa la malam raya kena ikat gari pi tidoq balai. Haishhh... Simpaaaaaanggggggggg.

Kali terakhir aku beli bunga api dan bergumbira di malam raya, rasanya taun 2008 kot. Lepas tu, raya bagaikan dah tak bermakna.

Eh baru posa 6 hari dah cerita nak raya. Hihi.

:p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 14 July 2013

#316 Ramadhan 5

Sementara menunggu nak masak lauk berbuka, ada masa lagi ni nak hapdet blog. Kang dah malam terlupa apa nak ditulis. Hihi. Eh betul tau, aku ni kalau tangguh-tangguh benda yang terlintas di pikiran, alamatnya aku lupa la di penghujungnya.

Ermm, semalam kan kata nak buat laksa harini. Tapi nasib tak baik sebab bahan tak cukup. Ni gara-gara bangun lambat la ni. Almaklumlah, kalau nak membeli barang wat laksa ni, harus pepagi buta kedai baru bukak pintu dah kena beli. Kalau lambat, alamatnya tinggal habuk.

Jadinya harini kita masak yang biasa-biasa sudeyh. Tengok dalam peti stok daging mentah dok ada lagi. Apa lagi, wat masak black paper jer lah. Cepat dan mudah. Lebih cepat lagi bila guna serbuk maggi sahaja kan. Perghhh, dasar pemalas gitu.

Ni nak cerita sikit la pasal perencah maggi ni. Dekat dengan rumah aku ni, ada 1 pasaraya yang tak besar mana pun. Namanya Jaya Grocer. Mesti pernah dengar kan? Aku memang selalu beli perencah maggi ni kat situ. Sebab situ jer ada jual. Kedai bawah rumah aku ni haghammm ada benda gini. Tak kira lah black paper ke, masak merah ke, atau briyani., harganya dalam RM2.70 gitu lah dan tak pernah berubah saban tahun. Memandangkan harganya tak pernah berubah, aku pun tak amek port sangat la. Pastu kalau pergi ke Carefour ke Giant ke, aku tak pernah check pulak harga benda alah ni.


Tadi, masa aku pi Tesco kat Paradigm Mall, alangkah terkejut beruknya aku kat gondola perencah-perencah ni. Harganya RM0.70 uoooolllssssssssssss. Tak ke hangin jadinya bila tengok harga gini? Bandingkan dengan kat Jaya Grocer tu, RM2.00 okay depa untong. Kuwajaq sungguh. Ini sungguh menimbulkan syak wasangka, pasai pa harga ni jauh sangat beza. Ada sesiapa yang sudi memberikan penjelasan lagi pencerahan? Ada? Ada?



Dalam dok kutip perencah maggi tu, nampak ada 1 paket yang bersinar-sinar dan memanggil-manggil untuk aku pergi ke arahnya. Kuah Satay cap Brahim's itu begitu menggoda. Ni product company Encik Kumbang Remy la ni. Hihi. Sebab dah lama tak makan nasik impit + kuah satay, ku rembat la 1. Nak test jer sedap ker idak. Kalau sedap boleh beli lagi. Kalau tidak, Remy, sila jawab. Hehehe. Kuah satay ni hanya perlu rebus sekejap je dalam air panas, dah boleh hidang dengan nasik impit. Kan mudah? Kalau ada benda yang memudahkan kita, kenapa perlu bersusah payah kan. Heheh. Padahal pemalas!

Ok lah. Nak sambung ber klung klang kat dapur dah ni. Tadaaaa. ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Saturday, 13 July 2013

#315 Ramadhan 4

Alhamdulillah, harini dah 4 hari berpuasa.

Puasa hari ni aku agak keletihan sebenarnya. Penat sangat sebabnya, 4 jam aku dok bersilat sakan kat dapur start dari pukul 3 sampai pukul 7. Masak apa la sangat tu kan sampai 4 jam segala.

Hehe, harini aku buat popia. Mana tak nya sampai 4 jam. Start dari nak mengupas bawang lah, meracik sengkuang lah, carrot lah. Penyagat tak dak, kena la buat cara old school. Dah siap bahan inti, part yang paling lama adalah nak menggulung popia tu. Sampai sakit belakang ni ha. Alhamdulillah dapat la dalam 40 ketul. Sungguh konsep redha jer sebab buat tengah dok posa. Tak boleh merasa la katakan. Kalau kata tak sedap la inti tu, memang rugi habis lah. Padahal boleh jer buat waktu malam. Tapi nak membuat waktu malam ni, malasnya lain macam. Hihi.




Dah siap gulung popia, beronggeng pulak nak menggulai lauk berbuka. Hajatnya nak makan sambal udang petai, tapi harini nasib tak berapa baik, 2-3 kedai aku pergi pun tak dak jual petai. Kat pasaraya pun habis. Ape la ramai benor nak makan petai ni sampai semua tempat habis?? Hish. Sudahnya, sambal udang tempoyak jer la jadi lauk berbuka. Sayur pun aku cukai sikit dari bahan inti popia tu iaitu carrot dan taugeh. Cuma tambah tauhu jer. Punya la malas nak cari sayur lain.

Aku buat popia tu sebagai bekalan aku minggu depan sebenarnya. Sebab aku kerja malam minggu depan, so boleh la makan popia untuk sahur. Ni pun aku dok pikir nak buat karipap lak untuk simpan buat bekalan. Takkan nak makan popia jer yer dak.




Esok, hajatnya nak melaksa pulak. Hehe. Tapi, tengok nasib jugak lah. Kalau cukup bahannya esok, jadi lah gamaknya. Kalau bahan pon rongak, kansel jer lah laksa tu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 12 July 2013

#314 Ramadhan 2

Semalam, sorang technician begitu bermurah hati membelanja aku dengan partner makan beger mekdi sebagai menu berbuka puasa bersama.. Alhamdulillah. Semoga murah rezekinya, kerana menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa walaupun partner aku tu tak puasa ( sebab dia non-muslim ). Aku pulak, beli la murtabak 2 keping sebagai makanan tambahan, takut tak kenyang makan beger jer. Alhamdulillah, kenyang sangat.

Bulan puasa ni, jadual kerja aku dah berubah. Masuk kerja 11 pagi, balik kerja 11 malam. Dan begitulah sebaliknya. Semua dah setuju dengan pertukaran ni, apa nak dikata. Bagi aku, pertukaran 11-11 ni cuma menguntungkan staff kerja malam. Sebabnya, dorang sempat pergi sembahyang terawih. Orang yang kerja siang? Melepassss. Jadual kerja aku sepanjang bulan ni, cuma ada seminggu jer kerja malam. Lagi 3 minggu, aku kerja siang.. Alangkah tak seronoknya.

Masa balik kerja semalam, aku rasa aku dah buat 1 jenayah kecik. Ini semua gara-gara pemandu kereta yang tak berperikemanusiaan. 1 kereta ni dah parking betul-betul kat lorong masuk untuk parking motor. Dah halang laluan 1 hal la, siap tarik henbrek lak tu. Kalau dia tak tarik henbrek boleh jugak la tolak ke depan/belakang sikit. Nak tak nak aku tetap kena masuk jugak parking, takkan aku nak parking semborono jer kan. Aku pun selit-selit la asal boleh. Time tu aku rasa motor aku memang dah bergesel dengan kereta tu. Bukan kereta dia jer, kereta sebelah dia pun jadi mangsa keadaan jugak. Mesti ada calar sikit. Tapi nak wat camne, nasib la kan. Sapa suruh blok jalan orang. Bak kata penasihat 10% aku, kalau orang tak dak timbang rasa pada kita, jadi kenapa kita harus bertimbang rasa padanya? Dok? Hish, tak boleh pakai sungguh nasihat sebegitu. Hihi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 11 July 2013

#313 Ramadhan 1

kemain seronok aku tengok orang sambut 1st ramadhan. ada yang mintak cuti dan balik kampung semata-mata nak berbuka dengan family, ada yang balik rumah awal sebab anaknya pertama kali berpuasa dan nak masak makanan sedap-sedap untuk anak, ada yang tak puasa, dan ada jugak yang berbuka dalam opis (aku lah tu).

tapi aku semalam, dengan tak sempat bersahurnya, perut dah lapar, ditambah perisa dengan perangai-perangai technician yang tak semenggah, betul-betul boleh buat aku batal puasa. yer lah, dah 6.30 petang tapi kerja tak siap lagi. masaalahnya di sini, selagi tak siap kerjaan mereka itu, selagi itulah kerja aku pun tak habis. tapi nekad jugak aku lari pi bazar ramadan beli makanan. kalau ditunggu, alamatnya tak berlauk la berbuka.

semalam aku berbuka dengan nasik lemak kukus. tak sedap. ayam rempahnya itu aku sungguh terperdaya dengan saiznya sebab isi tak banyak, tapi lemak yang lebih. ish, nyesal aku beli. itulah jadinya bila membeli di gerai yang takde orang. tapi dah itu rezeki yang tuhan bagi, al-redho sajorlah kan. komplen lebih-lebih kang, dikatanya tak bersyukur pulak.

tak sabar nak tunggu sabtu dan ahad ni. sebab aku cuti. yeay! harus aku masak yang sedap-sedap. harus! musti!


Tuesday, 9 July 2013

#312 Semalam 23, Harini 24

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya, masih lagi aku bernyawa di hari ini.
12 tengah malam semalam, dengan resminya, umur aku dah pun melangkah ke nombor 24. Baru lah boleh aku mengaku berumur 24 tahun, sebab sebelum ni, kalau orang tanya umur, aku masih mengaku umur 23. Hehe. Itulah taktiknya untuk kekal muda sebelum usia. Gituh.



Lewat petang di opis, aku perasan opismet-opismet aku dok sok sek berwhatsapp bagai antara mereka seolah-olah merancang sesuatu. Dan sebagai birthday boy, mesti la aku akan perasan yang harijadi aku bakal disambut oleh mereka. Perasan sungguh aku! Haha. Perasaan itu makin kuat bila tiba-tiba sdua orang dari mereka keluar opis dan diberikan duit sambil cakap slow-slow, tak macam selalu, melalak dan menjerit. Owh perasan lagi!

Dalam pada dua orang tu keluar, sempat la otak ni berpikir ligat, kalau betul, perlukah aku feeling-feeling sebak lalu menitiskan air mata kegembiraan? Atau perlukah aku tersipu-sipu malu sambil ucap tengkiu kat para-para opismetku ini? Or ferlukah aku pura-pura terkejut lalu menjerit "ow em jiiiiiiii"? Haha! Matileh perasan!

Lepas setengah jam gitu, opismet yang keluar tu pun balik. Dengar la kat pantri bunyi-bunyi plastik bagai. Dalam hati kata, mesti bawak balik makanan tuh. Ya hampun, perasan tak sudah-sudah.

Pastu, tetiba ada orang nyanyi, "happy birthday to youuuuuuuuuu, happy birthday to yoooouuuuuuuuuu, happy birthday to aminnnn, happy birthday to yoooouuuuuuuu".. **muncung harus panjang jer uolsss**


Dengan gaya gerak perlahan, aku pun palingkanlah kepala ke belakang sambil mengerlipkan mata dua kali, lalu tersenyum menunjukkan gigi sambil pekop mulot manja gittew. Drama kan aku? Haha!

Lihatlah diriku ini, dikerja kan dek bebudak kat bawah tu. Tradisi katanya. Setiap orang yang sambut birthday di opis ini harus memakai rambut pelsu itu, dan sayap rama-rama di belakang serta cermin mata tak berapa badut tu. Haha.




Anyway, syukur alhamdulillah masih ada orang yang sudi menyambut hari jadi diriku ini. Aku bertuah sebenarnya mempunyai kolig-kolig seperti mereka walaupun kadangkala membuatkan hatiku begitu geram. Semoga Allah merahmati mereka jua hendaknya.

Dan rakan-rakan yang mengucapkan selamat dan mendoakan diriku ini di fb, terima kasih banyak-banyak atas doanya. Semoga tuhan juga merahmati anda semua, insyaallah.

Akhir kata, I'm not getting older, I'm just becoming a classic.. Gittew :D

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Sunday, 7 July 2013

#311 Papoy Minion @ McDonald's

Aku tengok kat instagram semalam, ada orang dengan vangga dan riak nya (sapa tak tau) telah mengupload 1 gambar minion. Ape ke benda minion tu? Errr, itu menatang dalam citer despicable me tu lah. Yang kuning-kuning tuuuuuuu. Senang citer, ni kat bawah ni haaa. Katanya benda ni dapat free sebab makan mekdi.


Bila aku tengok, wahhhhh tomeyyyyynye. Meloncat-loncat aku nak pi mekdi. Tapi, memandangkan mekdi cuma bagi toys sebegini untuk set Happy Meal sajor, aku pikir 2 kali, nak ke tidak. Jawapannya, NAK JUGAK! Hahaha. Terus aku keluar kejap cari mekdi semata-mata untuk mainan yang tak seberapa tu.

Sesampainya aku kat kaunter, dengan perasaan hati kering, aku order 1 set Happy Meal. Hakak kaunter tu awal-awal dah bagitau kata, "tapi toys baru tak de lagi dek, toys lama bleyh?". Haih, camna boleh tak dak lagi nih. Tak efisen sungguh. Terus aku kansel Happy Meal, aku order Beger Samurai. Tapi sempat la aku tanya hakak tu bila ada toys yang baru. Katanya khamis next week. Eleh, padahal stok dah ada. Cakap jer la nak habiskan stok lama. Bajet aku tak tau la kot modus operandi dorang. Takat bagi alasan cenggitu, lebih-lebih aku jer lahhh.

Dengan penuh rasa kecewa, ku kunyah jugak la samurai begerku ittew. Kunyah kunyah kunyah sampai habis. Kuchiwa la sangat kan. Keh keh keh.


Jadi, kepada sesiapa yang nak join aku kumpul mainan-mainan kecik ni, jom kita ramai-ramai serbu mekdi terdekat dan order Happy Meal. Persetankan pandangan serong orang sekeliling bila mendengar mahupun melihat kita yang kertu-kertu ni order set kanak-kanak. Lantak lah kan. Kita bayar, tak mintak sekeping pun duit dia. Tak gitu?



Promosi ini hanya bertahan sehingga hujung bulan Julai 2013 sahaja. Siapa bernasib baik dapat kumpulkan semua, cuma 1 jer aku nak cakap.

UNTONGLARHHHHHHHHHHHH.

Hehheheeh :p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 6 July 2013

#310 BBM

Sebagai pengguna buah beri hitam berbentuk empat segi, aplikasi yang bernama BBM itu merupakah salah 1 agen perhubungan antara aku dengan kawan-kawan seangkatan (pengguna blackberry lah jugak) selain whatsapp. Aku sangat menyukainya walaupun kadangkala BBM itu mengundang carut marut bila mana mesej yang dihantar tak sampai-sampai. Tapinya, senarai kawan BBM aku idok ler mencecah ratus-ratus, puluh-puluh pun tidak. Berbelas jah.

Kawan aku, yang baru menceburi dalam dunia blackberry, berkali-kali mengwhatsapp aku menyuruh aku add BBM dia. Tapi aku wat tak layan jer la. Dari hari ke minggu ke bulan, masih aku tak add, lantas dia pun tanpa segan silu membuat serangan di fb, di mana dia telah memerli aku kerana mengabaikan permintaan BBMnya ittew. Aku tak kesah sangat kalau dia nak perli melalui pm atau status aku, tapi dia memerli aku kat tempat yang terang-terangan lagi disuluh spotlight iaitu di group yang kami join. Tak cukup kat group, dibantai pulak perli kat status kawan-kawan yang aku sedang mengomen. Haih, kepochi sungguh! Lama uolsss diperlinya aku, melarat berminggu-minggu panjangnya. Sentap hati mak nak dengan pemerliannya ittew. Yes, kalau kata niat dia memerli tu untuk bagi aku rasa macam mana dia sakit-hati-sebab-aku-tak-add-dia, sungguh dia berjaya menyakitkan hati aku.

Ada kawan yang agak perhatian kepada permasaalahan ini mencadangkan kat aku, add jer lah dia tu, habis cerita. Aku cakap, no! Takkan habisnya cerita kat situ jer. Lepas add, kalau aku tak balas pulak BBMnya itu, dia perli pulak tak layan lah, sombong lah, jadi apa gunanya? Lagi pulak, seingat aku, kat sekolah dulu, kami tak pulak bertegur mesra, kat fb pun tak bertegur tara mana, whatsapp pun sekadar menyebarkan ayat "barangsiapa yada yada yada" lagi la menjadi penguat untuk tidak ditambah orang itu dalam contact list BBM aku.

Lalu secara berhemahnya, dengan niat tipu sunat aku pun pm lah dia kata walaupun aku guna blackberry, tapi aku tak aktifkan BIS (blackberry internet service), jadinya BBM tak boleh guna. Dia tak percaya, katanya kenapa whatsapp sampai jer kalau dia hantar mesej. Wah, siap pertikai tuh! Aku bagitau lagi, kan ke whatsapp tu guna wifi pon mesej boleh dihantar. Pok pek pok pek, dia tetap tak percaya, katanya aku ni tak sudi add dia lah, itulah, inilah. Hey, nak je aku cakap, "mampoih pi kat hang lahhhhh", tapi aku kan sopan orangnya, aku cuma cakap, terpulanglah, kbai. Lepas tu, dia terus senyap, tak dak dah perli merli segala. Dia dah paham la kot erti lirik, usah dirayu pada yang tak sudi, gamaknya

See, sebab BBM jer pun kan. Tak paham aku. Kalau dia ada nak cakap apa-apa, call jer lah. Tak nak habis duit, sms. Nak free? Whatsapp kan ada. Tak pun, pm jer kat pesbuk. Sama jer kot fungsinya dengan BBM. So kenapa begitu beriya-iya dengan BBM?

Haih, tu baru BBM, tak cerita lagi bab wechat. Masa mula-mula wechat dok naik, aku pon tak ketinggalan la download aplikasi tu. Tak sampai seminggu, aku dah buang wechat tu. Ish, tak minat lah. La ni, aku tengok ramai dok pakat-pakai promote ID wechat memasing kat pesbuk. Tak cukup update kat status, hantar pm kawan-kawan. Ayatnya lebih kurang je semua, "sesiapa ada wechat, add la saya *%"^&*#".
Gatal jer tangan aku nak tanya dia, add untuk apa? Untuk tambah koleksi? Gituh? Kang tanya, sentap pulak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Tuesday, 2 July 2013

#309 Briyani-Briyani-Bri-Bri-Briyani

Tajuk nak macam bunyi gwiyomi katanya.

Macam lama tak menayang makanan kan? Heheeh.

Harini dan esok, aku masih bercuti walaupun ada ura-ura yang menunjukkan aku bakal dikerah bekerja malam ini atau esok? Tapi tak kesah. Kalau panggil, pergilah aku kerja. Kalau tidak, kita enjoooooyyyyyyyyyyy.

Tekak dan perut harini mengadu teringin nak makan briyani katanya. Dari ahad haritu lagi dah rasa nak buat, tapi ahad tu ada plan mengejut yang tak menjadi dan kelaut, ku tangguhkan jugak. Dan harini, terlaksana lah jua.

Jemputlah tengok yer. Resepi? Hihihi, malu nak cakap, tapi aku ikot sejibik-sejibik resepi kat belakang rempah briyani maggi tu. Eh, terpecah pulak rahsia. Ooooppssss :p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 1 July 2013

#308 Isnin Dan Julai

Isnin

1 Julai 2013

Hari baru, dan bulan baru.

Aku mengharap, semuanya baik-baik sahaja.

Tapi kan,

Ada orang bad mood dengan aku, sebab email yang dihantar kat aku tak sampai.

Bad mood dengan aku sebab email yang tak sampai kat aku?

Salah aku kah?

Aku kah?

Manyak chantekkkk?