Demi Masa

Sunday, 30 June 2013

#307 White House Down! Despicable Me! Ohsemmmmmmmm!

Semenjak rasa tertipu dengan cerita BIKERS KENTAL yang dot dot dot itu, seakan akan sungguh insaf untuk aku nak menonton cerita melayu lagi di panggung. Yer, aku dah nekad. No more cerita melayu, melainkan cerita itu aku rasa perlu ditonton.

Semalam aku bersama 2 kawan keluar beronggeng kat paradigm mall. Matlamat utamanya adalah untuk menonton world war z. Tapi, disebabkan kekangan waktu, cerita world war z itu terus terkeluar dari carta untuk ditonton, dan digantikan dengan cerita white house down. Dan secara mengejutnya pulak ada cerita despicable me 2 yang setau aku sepatutnya ditayang 4hb julai. Tak kesahlah, pastinya semalam kami menonton 2 cerita. Dan yang lebih penting, ianya ditanggung beres. Free la kiranya.

Aku tak pandai buat rumusan, sebab masa kat sekolah dulu aku tak minat projek nilam. Jadi tiadalah rumusan/ringkasan cerita yang aku boleh karangkan. Cuma yang korang boleh dapat dari aku, cerita white house down tu adalah sangat best! Sebenarnya cerita dia biasa jer, pasal rampasan kuasa nak jadi presiden US. Tapi, jalan cerita dia tu menarik. Kelakar pun ada, saspen pon ada. So sepanjang movie tu, takde la part yang akan buat kita rasa boring. Bintang? Aku kasi 4.5/5.

Despicable Me? Tolonglah korang, sah-sah akan ketawa selalu bila tengok movie ni ok. Terhibur gila dengan gelagat minion-minion itu, sangat comel. Lebih-lebih lagi time ending cerita tu, terpesona dengan nyanyian minion tu okay, lagu I Swear gitu. Cerita ni, 5 bintang aku bagi. Haaaaa, nampak tak betapa bestnya sampai dapat 5 bintang? Hahaha.

Lepas habis sesi menonton, masing-masing pun memang rasa puas hati lah. Takde kekesalan barang sedikit pun.

So, tunggu apa lagi? Pergilah menonton uolsssssssssssssssss!

Tapi, kalau nak tengok, tolong jangan tengok sebab aku kata best ye, kang kalau tetiba tak kena dengan selera, tak pasal aku pulak dicarut dan disalahkan. Hehe.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 28 June 2013

#306 Di Hari Lahirnya

Hari ni hari lahir kakak aku yang sulung. Dan sebagai adik yang bukan jenis meluahkan kasih sayang secara lisannya, ni jer lah cara aku.

Semalam aku beli jer sepotong kek, pastu jam 12 malam, aku letak dalam fridge, dengan harapan, kalau dia terbangun tengah malam/pagi, dia nampak la kek yang seco'ot ni kat dalam fridge.

Kehadapan alongku,
Kalau along ada terbaca / membaca blog ini secara sembunyi-sembunyi / terang-terangan, ketahuilah, adikmu ini tetap menyanyangi dirimu seadanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#305 Membunuh Diri, Terlibatkah Aku?

Harini, aku tolong membelikan sekotak rokok Dunhill perisa janin kepada kawan aku. Aku ni, bab rokok memang berkira. Kalau orang sms/whatsapp je suruh beli, jangan harap aku nak beli. Tapi sebabkan kawanku ini dah baik hati menumpangkan aku ke opis untuk amek cheque gaji dan belanja aku makan brekpes, makananya takde alasan la aku nak tolak permintaannya untuk membelikan sekotak rokok.

Bila dah terbeli tu, terpikir sejenak.

Andai kata kawanku itu mati disebabkan merokok, adakah aku terlibat sama mengongsi saham dalam acara membunuh diri secara perlahan ini?

Setazah aku dulu pernah cakap, merokok itu sama macam mendadah dan mengarak, kerana memudaratkan kesihatan. Jadi, kalau dah tau benda tu boleh membawa maut, tapi tetap jugak nak isap, tetiba lak kalau mati disebabkan merokok ( contoh : sakit kanker paru-paru ), ianya boleh juga dianggap sebagai membunuh diri.

Jadi, adakah aku terlibat dalam pembunuhan ini?????


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 27 June 2013

#304 Tahyulnya Air

Semalam sebelum terlena, aku rasa sangat dahaga. Tapi disebabkan badan yang letih, aku abaikan jer la perasaan dahaga tu. Selalunya aku akan letak sebotol air masak dalam bilik untuk minum andai kata malas keluar bilik nak minum. Tapi, botol yang dalam bilik ni lupa pulak nak refill.

Dalam pada nak lena tu, teringat pulak kakak aku pernah cakap masa aku bebudak dulu. Kalau rasa dahaga sebelum tidur, baik minum air. Sebab nanti masa kita tidur, roh kita merayau-rayau cari air. Buatnya roh kita termasuk dalam tempayan, lepas tu ada orang tutup pulak tempayan tu, roh kita tak boleh balik. Maknanya apa tu? Mati la kan?

Choiyyyyy!!!!! Terus aku bangun pi minom air tau.

Walaupun cerita tu adalah sangat tahyul yang boleh membawa kepada kesesatan, tapi percayalah, cerita tu sangat menghantui hidup aku ni. Bukan la nak kata aku ni percaya sangat, tapi bila aku teringat cerita ni, aku selalu sematkan dalam hati, "Alah, minum jer lah. Tak rugi pun. Buatnya betul, tak pasal je mati kempunan air."

Hihihi.. Ntah mana la kakak aku tu dapat cerita camni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 26 June 2013

#303 M.O.T.I.P ?????


terlalu banyak senda gurauan tentang jerebu ni kan.

ada yang kelakar,
ada yang semi-kelakar,
ada yang sendu,
ada yang kabur-kabur untuk difahami,
ada jugak yang kuwajaq.

yang bawah ni nak kategorikan sebagai apa ye?
habaq mai?





Tuesday, 25 June 2013

#302 Dari Kerana Mata Lah Sangat



makanan di atas adalah makanan tengahari aku.
namanya nasik goreng kampung.
harganya rm5.00.
untuk mendapatkan makanan ini, aku perlu menunggu selama setengah jam.

selepas 30 minit,
nyaris-nyaris aku nak batalkan pesanan,
cashier tu datang kat aku dengan alasan makanan tu dah lama atas kaunter tapi staff dia lupa nak hantar.
boleh gitu?

kedai melayu.
sangat melayu.
aku order nasik goreng ni sebab lauk-pauk dah licin.
asalnya aku tak nak beli apa-apa pun,
tapi staff dia dengan muka manisnya cakap,
"goreng-goreng pun ada"

owhhhhh.. aku tergoda, aku tergoda terkuchiwa


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 24 June 2013

#301 Cerita Tak Sedap Hati Memang Tak Sedap

holaaaa.... senayan datang lagi. harini tak begitu monday blues memandangkan kolig-kolig aku semuanya belum balik dari bali. mujur aku tak add dorang dalam fb. kalau tak, harus aku makan hati tengok gambor percutian dorang kan.

memandangkan takde orang kat opis, aku rasa macam nak wat keje dari rumah jer. tak payah susah-susah datang opis. tapi, rumah aku tu, line tenetnya amatlah tenat. risau kot-kot signal tak berapa kuat, susah pulak aku nak wat kerja. jadi, ku redahi jua lah jerebu itu, datanglah jugak ke opis ni ha.

haritu kan aku ada cakap ada 1 perasaan tak sedap hati bila kolig-kolig besau tak dak dalam opis. dan  memang betol uolsss.. sangat benar sangkaan ku itu. sesuatu telah pun terjadi. yang pertamanya, salah satu customer company lori yang tak-la-begitu-besar telahpun memaki hamun aku sebab bos-bos besau dan para technician otai ni ke luar negara dan tak dak sapa nak pi opis dia untuk repair device yang tak berfungsi dengan baik. pung pang pung pang berdas-das aku dicarutnya. sabar jer aku, sebab dia kan customer. tak boleh la aku nak balas balik. kalau jiran aku, jangan harap aku nak diam. dah puas dia maki hamun, aku pun cakap, "macam ni lah encik, saya cuma staff bawahan jer, nanti saya sampaikan bila dorang balik dari obersi". pastu, dia jawab apa tau, "kalau u orang tarak datang ini monday, aku cari company lain!". ptuih, ada aku heran? gaji aku tetap jalan. tapi cerita tu tak habis kat situ jer, harini dorang call lagi maki-maki aku. nak kata apa? bos aku harini baru balik malaya, marah aku berkilo-kilo pon, tetap takde sapa nak pergi.

malam semalam, yes, server adalah down. 12.30 malam camtu, kolig aku yang keje malam call aku. tapi aku tak perasan, sedar-sedar tengok ada miskol. tengah mamai ni, aku dah ingat 12.30 tengahari. adesss... kelam kabut aku bangun nak amek towel pi mandi. tapi tengok jam balik, 12.30 AM yer, AM! bukan PM! bilik aku tu, malam-malam memang macam siang walaupun tutup lampu sebab cahaya lampu dari luar adalah sangat terang. so, adalah kelakar bila 12.30 malam aku sangkakan 12.30 tengahari. bila kolig aku tu call lagi sekali, dia cakap dia tak boleh log in dalam system, lalu ku terangkanlah apa yang patut dilakukan step by step, dan setengah jam pastu, tetap tak boleh. aku cakap kat dia, ko tidorlah sampai esok pagi. kalau ade customer compalin tak leh log in, bagitau jer la system down. pastu aku pun tidor balik sampai ke pagi. pagi ni, sampai opis dia cakap system dah ok. lega. tak payah aku susah payah pagi ni. haih!

pagi ni pulak, masuk-masuk keje, banyak sangat complain itu dan ini. tak menang tangan nak melayan. sebagai seorang pekerja yang tak la begitu baru, ada sesetengah benda yang aku masih kurang mengerti. sebabnya orang yang bertanggungjawab tak pernah nak jelaskan kat aku pasal sesetengah perkara. jadi, bukannya salah aku kalau aku tersalah atau tak dapat bagi maklumat yang betul pada customer. eh, bukan aku tak pernah tanya dia, tapi dah orang tu pun jelaskan ala kadar, jadi pengetahuan aku pun ala kadar la. kalau nak marah aku, tak guna jugak sebab bukan salah aku sejak dari mulanya.

so, esok dorang akan start masuk opis. merasa dorang pulak menjawab dengan customer masing-masing. owhhh dah seronok bercuti, tinggalkan segunung beban dan masalah kat aku, kalau berani nak komplen lagi aku tak buat kerja, memang cari nahas.

haihhh!


Sunday, 23 June 2013

#300 Ada Aku Kesah? Ye, Kesah Sangat

SEBAGAI AMARAN, JANGAN BACA ENTRI INI JIKA ANDA SEDANG MENGUNYAH MAKANAN.

aku ada banyak benda nak ditulis, tapi benda-benda yang aku nak tulis tu lebih kepada unsur-unsur menganyam ketupat. dah tulis panjang-panjang, padam balik, tulis lagi, padam lagi. walaupun aku rasa macam selamat untuk ditulis dalam blog, tapi aku khuatir ada kawan-kawan yang dapat menjejak blog rahsiaku ini. buatnya dia sampaikan cerita umpatanku itu, kan ke boleh meruntuhkan silaturahim sesama sahabat.

tapi nak jugak la cerita pasal beberapa kawan aku ni. sekarang ni sangat banyak kawan-kawan aku yang meniaga online. bercambah like mushroom after rain kata omputeh. ada yang jual ubat kurus sampai sentap bila mangsa tak layan, ada yang jual kain baju, ada yang jual kasut, ada yang jual bedak-bedak myanmar, ada yang jual ubat tumbesaran lelaki, dan tak ketinggalan jugak yang menjual pencuci alat sulit wanita.

1 perkara yang aku perasan dengan kawan-kawan aku ni, mereka akan memaksa sahabat-sahabat handai supaya mengelike page-page bisnes mereka. sebagai contoh, di bawah ini.


selagi kita tak like, selagi itulah dia akan hantar mesej berkali-kali kat pesbuk kita ni. ok lah, like lah like lah, support kawan-kawan kan. kang kata tak nak majukan ekonomi orang melayu pulak.

selepas sesi ajak like mengelike selesai, wall kita akan diganggu depan pelbagai iklan dari page ini. bukan setakat page yang kita like tu je, dengan fb tuan kedai pon turut sama mempromot barang-barang jualan mereka. so kita akan dapat lihat 2 post yang sama, tapi dari page yang berbeza. kalau dulu, dorang akan update makan apa, pergi mana, buat apa, atau keluar dengan sapa. tapi sekarang tidak lagi. sepanjang hari mereka terpaksa gigih membuat promosi supaya ada yang akan tersangkut lalu membeli.

dan yang penting, bahasa panggilan mereka jugak akan berubah. panggilan "yang", "darling" atau "dear" akan digunakan. dengan kawan-kawan pun dah tak de nak ber aku ko segala ye.


tapi itu semua tak la begitu mengganggu. sebab aku boleh abaikan jer. tapi aku paling nyampah sekali dengan 2-3 orang si tukang jual jamu kecut kemut segala ni. yang ni paling aku tak boleh nak terima. sebab dorang tanpa segan silu akan menayang sesuatu yang keluar dari bahagian sulit wanita. oh tak perlu la aku bagitau ape kan. masaalahnya, dia tunjuk untuk tayangan umum okay. bayangkan kalau kau tengah makan sambil ngadap fb, boleh tersembur tau! sebagai contoh salah satu nya, gambar kat bawah ni lah.

harap korang dah baca amaran yang kat atas tu ye.




kan? tayangan umum okay! semua orang boleh baca dan tengok. punya la nak promote sampai macam tu sekali depa ni dok tayang. aku rasa macam nak je tegur dorang ni, hentikanlah dok menayang benda-benda gini. mengganggu sangat! tapi dah siap-siap depa tayang ayat macam kat bawah ni, apa la layaknya aku nak menegur?

kan? jihad tau!

tapi, paling penting, testimoni harus mantopppppppppppp. gituh!


semoga bisnes mereka bertambah maju lah hendaknya.


Friday, 21 June 2013

#299 Suatu Masa Di Grik

itu hari ade terbaca kat blog kak kamsiah cerita pasal misteri tasik banding.
pastu baca pulak entri encik D-08 (matileh tak tau nama, hihi) pasal taman negeri royal belom.
tak semena-mena, layangan ke zaman silam kembali.. lalu aku korek-korek la arkib negara mencari gambar yang boleh ditayang. :D

July 2010

beberapa orang rakan sekelas merancang nak ke rumah seorang kawan di grik. agak mengejut sebenarnya. sebab kami yakin, perancangan awal tak berakhir dengan sempurna. bila ad-hoc punya plan, amatlah chantek sekali perjalanannya. bila semua dah setuju, maka bergeraklah 2 kereta ke grik. perjalanan dari tanjung malim ke grik agak mengambil masa lebih kurang 5 jam. dah lewat malam baru kami sampai di kg air ganda, grik.

hari kedua kat sana kan, kami pon jalan-jalan la kat sekirar bandaraya grik tu. kelas kan bandaraya katanya. heheh. siangnya kami jalan-jalan kat pasar pagi di pekan grik. tak de la yang menarik, cuma seronok menjamu mata di tempat orang. sempat la beli cenderamata untuk diri sendiri berupa ubat gigi, berus gigi, dan tuala. yang penting, beli kat grik kan!

petangnya pulak lajak ke tasik banding. memang ini tempat tujuan asal nak pergi grik pon. agak lama jugak kami lepak kat tasik banding tu. 












sempat la makan-makan apa yang ada kat gerai tepi-tepi tasik tu. dekat maghrib baru balik. masa balik tu pun, agak seram-seram jugak. yer lah, situ kan hutan. kot-kot la ada yang menumpang macam cerita kak kamsiah tu. 

menurut cakap-cakap orang, kat kawasan tu banyak gajah. sampaikan classmates aku yang asal dari grik tension bila orang sebut pasal gajah. memang kena bahan la classmate aku tu dulu. tapi, sepanjang-panjang perjalanan tu, jangan kata gajah, bau gajah malah taik gajah pon aku tak nampak, walaupun banyak signboard tunjuk ilustrasi gajah. mungkin time aku lalu tu gajah-gajah sedang bercuti kot. kih kih kih.


on the way balik, sempat singgah bukit chandan amek gambor dulu

 datang rumah orang sempat buat kek cekelat sebijik. heheh



--tammat--


H ada dalam cerita ini, begitu jugak F.
:D 


Thursday, 20 June 2013

#298 Cerita Tak Sedap Hati

aku adalah sangat bizi beberapa hari ni. ni semua sebab rakan-rakan kolig yang amatlah eksaited nak pergi company trip ke bali. untung la dapat pi bali sampai 4 hari. semua pakat amek cuti awal kemain. penyudahnya, kerja lah aku keseorangan. jadi, kerja rakan sejawatan dah setampuk kat aku, datang pulak lagi kerja tambahan dari "orang atasan", sungguh la membuatkan aku rasa tertekan.

semalam, aku telah ditipu oleh google map. seorang technician mintak aku guide dia ke somban sana. jadi dia bagi la alamat kat aku. aku ni kan bukannya orang nismilan, jadi google map yang selalunya boleh diharap telah menghanjengkan aku dengan jayanya. bila aku taip alamat kat google,lokasi tempat itu adalah seperti gambar di bawah.


tapi, lokasi yang sebetulnya pulak adalah seperti di bawah. agaknya dah dekat kot dengan rumah pak ngah Al-Lavendari.


disebabkan kesesatan yang dibawa oleh google map, beliau agak kelewatan sampai kat tempat yang sepatutnya. berpusing-pusing la technician tu mencari-cari jalan masuk ke jabatan kebajikan masyarakat negeri sembilan tu, tak jumpak-jumpak. alih-alih dah macam tak kuasa aku nak melayan, aku suruh je dia call orang company tu. akhirnya baru lah kembali ke jalan yang bonar. jalan kolo pilah yooooo.

sementara itu, di opis, orang berjawatan atas sedikit dari aku pulak dok kerah buat itu buat ini. eh aku tak la kesah sangat, sebab kerja tu aku boleh buat. bukan tak boleh. cumanya, dorang tu dah tau aku ni sorang-sorang wat keje, tak de ke rasa simpati nak buat kerja sendiri? susahkah? kenapa mesti mengharapkan aku yang sorang ni buat semua tu? orang call dia, semua alih ke aku. sikit-sikit suruh team aku yang uruskan. ni aku sorang, tak menang tangan nak angkat talipon. kejam sungguh!

memandangkan aku akan kerja sorang-sorang sampai ke hari isnin nanti, aku terasa macam ada sesuatu yang buruk akan terjadi. mungkin server akan down, atau mungkin jugak akan ada macam-macam masalah lain yang timbul sepanjang peninggalan mereka nanti. sebabnya menurut lagenda, memang pernah terjadi "sesuatu" di opis semasa dorang bercuti naik cruise di phuket 2 tahun yang lepas.

haiyaaaa.......

manyak talak sedap hati woooo..


Wednesday, 19 June 2013

#297 Sebelum Dan Selepas









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 17 June 2013

#296 Tetap Nak Isytihar Monday Blues

Walaupun sabtu dan ahad haritu aku tak cuti pun, tapi harini tetaplah boleh dikatakan Monday Blues!

Malehnya nak mengadap opismet yang tutttttttttttttttt ittew........



Aku kena kerja siang start hari jumaat minggu lepas, sampai la rabu minggu depan.

13 hari.

Lama kan?

Nyampah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 16 June 2013

#295 Happy Abah's Day

Tahun-tahun sebelum ni, kalaupun aku tak talipon, aku akan sms pada dia, "selamat hari bapa".

Kini tiada lagi......



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 15 June 2013

#294 Ajakan Menguruskan Badan


Eh eh dah hari Sabtu rupanya. Rasa macam baru jer lagi hari Sabtu. Kan?
Harini aku kerja pagi lagi. Macam minggu lepas jugak. Kalau minggu lepas aku buat asam pedas tempoyak meatball, minggu ni aku masak sambal udang pulak. Turun kedai awal pagi tadi nampak ada udang yang agak besar la sikit berbanding biasa. Nampak macam selera lak nengoknya, apa lagi, angkuttttttttttttttt. Pastu ada pulak cendawan, angkuuuuutttttttt jugak. Jadinya, menu sepanjang hari ni, nasik putih, telur dadar, sambal udang, dan sup cendawan. Ok lah tu. Minggu lepas, aku boleh makan 2 kali tau dengan bekal yang aku bawak tu. Hehe.


Aku masak untuk bekal pergi kerja ni kalau aku kerja pagi di hari Sabtu dan Ahad je. Kalau aku kerja pagi dari Isnin sampai Jumaat tu, aku memang tak bawak la bekal. Sebab aku jarang nak makan tengahari. Dalam pukul 6.30 petang camtu baru aku beli makanan.

Kalau kerja malam, memang aku tak makan langsung la. Sebab kerja malam rasa lapar tu kurang. Kiranya aku makan sekali sehari jer kalau kerja malam. Pagi sebelum aku balik kerja tu aku beli sarapan. Balik kerja jam 10 pagi, lepak-lepak, mengelamun, pastu tidor. Bangun petang, relax-relax, pukul 9 malam pergi kerja. Tapi, walaupun makan kurang, badan mentennnnn tak kecut-kecut. Haih!

Ada orang tanya, tak nak kuruskan badan ke? Macam dolu-dolu? Dan soalan tu kebanyakannya, kebanyakannya lah akan disusuli dengan cadangan-cadangan ubat itu, ubat ini, susu itu, jus ini, dan segala saknika yang pelik-pelik lagi. Eh dulu, aku kurus tau. Tapi entah kenapa selera makan di zaman remaja itu agak tak terkawal hingga membesar bagaikan johan gitu. Alih-alih berat dah 98kg.

So, bekas rakan zaman sekolah rendah, yang kali terakhir bertentang muka dan badan adalah pada tahun 2001, telah menjalankan perniagaan internet. Salah 1 produknya adalah alpha lipid. Dia asyik dok offer kat aku. Ok lah dia dulu agak gems, sekarang dah kurus. Katanya berkat alpha lipid tu lah. Gunakan diri sebagai testimoni kekdahnya. Aku dah cakap kat dia, sorry la, benda tu mahal, ai tak mampooo you. Tapi yer lah, orang meniaga, agenda pujuk memujuk harus ada dalam sesi mempromote. "Aku bukan apa, nak tolong kawan-kawan langsingkan badan" katanya. Penyudahnya, aku cakap kat dia, bagi aku try 1 tin tu free dulu. Kalau ada kesan, aku beli.

Pom! Terus aku dicercanya kata, "tak reti nak tolong ekonomi melayu". Oh dia tak cakap depan aku. Tapi aku dengar dari mulut orang. Tipu orang tu, tipu lah aku. Apa masaalah dia? Tak pahamkah dia yang permintaan aku tu sekadar helah untuk hentikan perbualan? Mengenangkan dia tu kawan jer lah tak ku cerca dia. Kalau operator syarikat insuran/rhb/aeon, harus kena tarbiah orang tu dengan aku.

So sekarang, kawan tu dah sentap la dengan aku. Boleh gitu? Sentap sebab orang tak beli produk dia. Macam ni nak maju? Haiyooooo.... Boleh jalan dahhhhh!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Friday, 14 June 2013

#293 Apa Kata Anda Pula?

Sebelum apa-apa, ini amaran, gambar di bawah mungkin menyakitkan hati ramai pihak. Sebarang kegelian mahupun sakit hati, adalah di bawah tanggungjawap anda sendiri.



*********************************



Apa kata anda tentang gambar ini?



Gambar ini dipetik dari page di bawah ini.



Aku takde masalah dengan komen seperti di bawah ini.


Tapi masalahnya, dengan komen seperti ini,


ini,
 

ini,
 

ini,
 

dan ini.
 

Dan komen tersebut dilontarkan dalam page yang diberi nama PanduanIslam.com.
Dimanakah keislamannya? Di manakah panduannya?

Sebagai admin page tersebut, adalah menjadi kewajipannya untuk menapis komen-komen yang berunsurkan maki hamun, dan carut marut yang tak pernah pun Islam ajar.

Jadi, apa pula komen anda?

********************************

Nak bising apa? Itu kan makanan mereka?
Ada yang marah kata tak kesian ke siat kulit kucing?
Masa kita siat kulit lembu/kambing/kerbau/ayam/arnab/rusa atau apa-apa binatang berkulit,
ada rasa kesian ke?
Tak kan?
Sebab itu makanan kita.
Sama jugak lah macam depa ni pun.
 

Jadi apa nak kecoh-kecoh?


Wednesday, 12 June 2013

#292 Bila Ditanya

kawan aku, dari penang bertanyakan aku soalan seperti di bawah ini.


dan aku, sebagai bekas penduduk taiping yang durhaka, berasa amatlah sukar untuk menjawab pertanyaan itu.

apa yang menarik di taiping tu yer? selain taman tasik, zoo, dan bukit larut? adakah ferlu aku cadangkan dia pergi ke taiping jaya, berkat, perpustakaan, atau muzium? owh semestinya tidak sama sekali.


cendol bismillah? ada ka? haha. aku tak ingat apa nama kedai cendol tu, tapi yang pasti, kedai tu dekat dengan restoran bismillah. hihi. tapi yang tak menahannya, family kawan aku ni jual yong tau foo kat penang sana, awat la aku buleh pi suruh depa makan yong tau foo kat balai bomba tu? sah sah depa pon muak dengan yong tau foo.

tapi..... yang ni adalah highly recommended,


kesedapan popia basah kat situ, aku masih teringat-ingat. tak boleh lupa oooooo...

aku jugak suruh dia pi jalan-jalan kat belah-belah matang sana. merasa masuk paya bakau. hehe. eh chantek hape kan. tak lupa jugak burmese pool untuk bermandi manda. dan jugak suruh dia merasa naik itik kayuh kat taman tasik tu. hehe.

adakah aku menjawab soalannya dengan baik? kalau korang yang dapat jawapan ni dari aku, adakah korang berpuas hati?


~~~~ekcerli, beriya aku suruh orang naik bukit larut, tapi aku ni tak pernah pun naik sampai ke puncak bukit larut tu.. aku hanya bermain di kaki-kaki bukit sajor. hihi. malu kan jadi orang taiping tak pernah naik bukit larut. haih! **pekop muka**


Tuesday, 11 June 2013

#291 Bongek Namo Eh


tadi, masa aku tengah dok monitor pergerakan 1 kenderaan ni kan,

ia melalui 1 kawasan yang buat aku ketawa




aku baru tahu wujudnya tempat yang bernama sedemikian.
hihihi


selalunya kawan-kawan aku sebut bongek ni merujuk kepada bongok.

rupa-rupanya.....



:D


Sunday, 9 June 2013

#290 Mari Melaksa Edisi Nasib Baik

Semalam kan aku buat asam pedas buat bekal pergi kerja. Jadinya daun kesum tu ada lagi balance. Banyak la jugak. Kakak aku cakap, boleh la buat laksa. Lama tak melaksa kan? Lamakah? Rasanya bulan 3 itu hari ada buat dah laksa.

Tapi tak kesah la berapa lama pun, sebab kalau buat tetap makan jugak. Tak pernahnya buat tapi tak makan. Jadinya aku cakap, buatlah. Tapi sorry, I takleh tolong, I kan keje.

Lepas maghrib semalam, kakak aku hantar bbm. Katanya kuah laksa dah siap. Dalam hati aku dah hooreyyy lah kan, syiok pikir balik keje nanti dapat makan laksa. Lepas tu 1 lagi bbm sampai, katanya laksa kat kedai bawah takdak jual. Haih, dah tau tak jual, yang masak jugak kuah tu kenapa lah kan. Tapi tu tak pe la lagi. Balik keje, aku cari la mana-mana kedai runcit yang bukak lagi. 3 kedai aku pergi, semua tak dak stok laksa. Ni apa kes ni?Penyudah balik rumah dengan hampa. Terperuk la kuah laksa tu dalam periuk semalaman. Dalam hati kata, tak pa lah, esok balik kerja singgah tesco beli laksa.

Harini, seharian aku keje, tak teringat pulak nak tanya khabar berita laksa tu. Dah dekat nak sampai rumah baru teringat pasal laksa tak beli lagi. Nak patah balik pi tesco memang tak la sebab dah jauh. Sampai rumah, tengok kat dapur, laksa dah ada. Kuah laksa pon dah tinggal setengah. Legaaaaa. Kesian kakak aku. Mesti dia menapak jalan kaki pi pasaraya yang jauh sikit je dari rumah aku tu. Hehe. Semoga banyak pahala dia jalan kaki demi memberi makan pada adik-adiknya. Hik hik hik.

Jadinya, apa lagi? Makan laaaaaaa uolssss.......... :D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 8 June 2013

#289 Cerita Pagi Sabtu

Selamat pagi buat yang membaca pagi ni, selamat tengahari yang membaca tengahari nanti, dan selamat malam buat yang baca malam nanti. Yang baca esok, selamat membaca je la ye sebab yang pasni semua dah selamat gitu.

Hari ni aku kerja pagi. Semalam aku tidor awal, belom jam 9 malam lagi rasanya dah jauh berlayar pi amerika sana. Sedar-sedar, jam baru pukul 3 pagi. Merasa terkebil-kebil mata dalam kegelapan. Sesusah subuh, aku dah beronggeng kat dapur. Sambil dengar lagu Pussycat Dolls. Kluang klang klung klang menggoreng memasak. Nak bawak bekal pergi kerja katanya. Almaklum lah, kawasan kerja aku tu kan harga makanan super high class. Tak main la makan rege 4-5 ringgit ni. Khennn?

Pagi ni aku masak yang mudah-mudah dan cepat siap. Goreng ikan, goreng telur dadar, masak nasik, dan asam pedas tempoyak meatball+timun. Asalnya nak buat asam pedas tempoyak timun je. Tapi meatball tu ada lagi balance. Apa lagi, aku campakkan la dalam asam pedas tu. Dah jadi asam pedas tempoyak meatball. Rasa sedap la jugak. Hihi, puji sendiri. Yer lah, sendiri makan, sendiri la puji. Yer dak ;)

Owh, hari ni kawan aku kawen. Tapi kendurinya nunnnnn jauh di Taiping sana. Beriya sungguh aku dijemputnya. Tapi apakan daya, demi mencari sesuap nasik la katakan, kena kerja. Ku doakan jer la jodohnya berkekalan. Dan harap dia setia dengan isterinya itu. Bukan la berprasangka buruk, tapi mengetahui kegiatan bujang kawanku itu, rasa kesian kat isterinya itu. Hik hik.

Pada sesiapa yang nak pi makan kenduri tu, kenanglah daku dalam suapanmu ye. Sebab aku teringin sungguh nak makan lauk kenduri macam gulai kawah, daging kurma cicah air asam, dan ayam masak merah. Lauk kenduri ni, perasaannya lain dengan yang kita masak makan kat rumah. Iskkk.

Dah la. Nak cerita tu jer. :D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 7 June 2013

#288 Minyak, Dinamo, Softlan, dan Durian

Awat aku letak tajuk cam tu tak tau?

Petang semalam kan, aku pergi shopping kat Carefour Tropicana City Mall. Alang-alang nak mencari minyak masak ni, beli jer lah barang-barang dapur sekali. Almaklum lah, tanpa minyak, tak bergoreng la meatball aku semalam tu. Heheh.

Tapi kan, 1 perkara yang aku tak suka membeli barang dapur di awal bulan adalah disebabkan harganya. Sebab, memang selalu sangat bila tengah-tengah bulan, harga barang macam dinamo dengan softlan tu terus turun harga. Macam semalam dinamo aku beli RM 21.60. Itu dah kira diskaun sebab harga kat giant RM 27.80. Tapi di pertengahan bulan nanti akan jumpak dinamo dengan harga RM 19.++. Tak ke sakit hati? Pandai kan dorang punya strategi. Awal bulan harga agak tinggi sikit, sebab ramai yang membeli time ni. Tengah-tengah bulan sok, dah tak berapa ramai, depa turunkan balik harga. Lepas ni nak kena ubah strategi shopping pertengahan bulan pulak.

Memandangkan barang bulan lepas masih ada lagi, jadi bulan ni takde la banyak sangat barang yang nak dibeli. Tapi bila bayar, harga tetap lebih kurang macam bulan-bulan yang lepas. Barang rasanya 15 items je, dah dekat RM 150 ++. Haih!

Lepas bayar kat kaunter tu, nampak pulak ada orang jual durian. Bau sangat sedap. Menusuk kalbu gitu. Macam gambar kat atas sinun, 1 bekas tu harganya RM 15 je. Kalau beli 2 bekas, dapat percuma 1 lagi bekas. Aku pon apa lagi, hangkut la 3 bekas kan.

Balik rumah, tak tunggu banyak, durian tu aku lahap dulu. Ya ampunn, nikmat gila. Sangat sedap tau. Lemak, manis, mangkaq! Hehe. Yang mangkaq tu ada seketul dua ja. Yang lain sedap. Ini serious!

Jadi, pada anda-anda yang masih teringin nak makan durian, pi la serbu tropicana city mall yer, insyaallah masih ada. Berbaloi bayar RM 30 untuk 3 bekas durian tu. :D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 6 June 2013

#287 Tiada Minyak, Tiada Meatball Ye!

Harini tetiba feeling nak makan meatball ala-ala kat Ikea katanya. Tapi nak ke Ikea tu, memang la sangat rajin kan. So, apa lagi? Buat jer lah sendiri. ;)

Meatball tu, dah dekat 2 bulan beli. Ye, beli saja, tapi tak tau nak masak apa. Terperuk dalam fridge. Aku pon musykil, pasai pa yang pi beli tak tau.

Balik keje pagi tadi, terus singgah kedai, beli apa-apa yang patut untuk buat kuah tu. Sampai rumah, letak beg, terus sinsing lengan baju mengopek bawang, potong kentang, rebus kentang, cincang tomato, tumbuk lada hitam segala lah. Gedebuk gedebak dah siap kuah.

Sekali nak goreng kentang dengan meatball tu, aku cari minyak tadak. Haih? Mana pi? Rupanya dah habis. Kedai bawah rumah ni pulak semua tadak jual minyak. Kang aku tanya lebih-lebih, tragedi dengan pakcik kerek tu berulang lak lagi. Ingat tak pasal pakcik kedai tu? Ala, pakcik yang berani mati cakap kat aku "tengok takde minyak kat situ kan, takde la!" tu. Eh, tapi kan, pakcik tu dah lama aku tak nampak kat kedai tu. Bini dia je jaga. Sudah padam kah itu pakcik? Hehehe. Choiyy: p

So, sebab malas nak bersiap dan start motor, kita simpan la dulu semua dalam fridge balik. Petang nanti kot rajin, aku pi la beli minyak kat pasaraya yang terdekat. Kot tadak minyak jugak, alamat kempunan la aku.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 4 June 2013

#285 Bikers Kental Yang Merosakkan Mood Fast And Furious 6

Tak nak cerita banyak-banyak. Sikit jer. Ahad itu hari,, aku dengan kakak aku pi tengok wayang. Bermarathon katanya. Tengok 2 cerita sekali harung. Bikers Kental sama itu cerita Fast and Furious.

1st movie yang aku tengok Bikers Kental. Ok, nak habaq pi kat hangpa semua na, menurut sumber, katanya cerita ni besssssssttttttttttttt. Lawak katanya. Tapi, nan hado!

Cerita tu, kalau nak tau, babak lawaknya tu tak banyak pon. Lawak-lawak jenis zizan je melebih. Bagi orang macam aku yang meluat dengan zizan ni, aku boleh cakap, POYO JE SEMUA NI! Meluat, tapi kenapa tengok? Sebab kita rakyat malaysia ni kan dikerah support cerita melayu. Tapi kalau dah macam tu gaya ceritanya, kalau boleh mintak balik duit, memang aku mintak balik.

Apa yang menyakitkan hati sangat tu? Macam ni, aku cerita sikit eh, si zizan aka Bidin Al Zaifar ni ikot konvoi geng motor besau ke Krabi sana. Sampai kat Thailand, dorang berenti makan. Si Bidin ni dah jatuh hati pulak kat pelayan kedai makan tu yang diberi nama "Saya Suka Porn" (awat depa boh nama camni tak tau) tu. Hati dah terpaut, apa pun sanggup buat lah kiranya. Gigih ni si zizan buat plan nak tangguhkan perjalanan dorang ke Krabi semata-mata nak ngorat perempuan tu dengan potong kabel clutch motor dia. Tak cukup potong clutch motor sendiri, esoknya diupah pulak orang kerat rantai motor (jenis belting) kawan dia. Pendajalan terakhir dengan cubaan menyorokkan motor Awie dan bagitau motor Awie dah dicuri, Malangnya, Zul Ariffin dah ternampak kegiatan terkutuk zizan tu. Ya, kantoi disitu. Terus konvoi yang lain tinggalkan Zizan kat situ. Sampai situ je aku tengok, lepas tu terus aku keluar sambil menyumpah cerita tu dalam hati. Ptuih!

Dalam hati aku sepanjang tengok cerita ni, dok kata, "jahatnya dia ni, dah la pergi konvoi pon guna duit khairat, lepas tu tak habeh-habeh cakap besar, buat kerja jahat lagi dajal kawan-kawan sebab pentingkan diri sendiri, dah kantoi buat muka kesian. Grhhhhhhhh. Ni jalan cerita menyakitkan hati tau dak! Sapa la penulis skrip cerita nih.

Lepas keluar, aku masuk pulak layan cerita Fast and Furious 6. Ketahuilah anda-anda sekalian, cerita ni, super-ohsem yang amat sangat. Cerita MELAYU tu, jauh kalah tau. Tapi tu lah, mood aku ni dah kelaut sebab cerita MELAYU tu, terus tak leh nak feeling habis-habisan untuk layan citer Fast and Furious. Mengantuk sebenarnya, tapi ku gagahkan jugak diri bukak mata. tapi masih boleh menikmati la keseluruhan cerita tu. Memang thumbs up lah!

Jadi kepada anda-anda yang ada pasang hajat nak tengok/langgan Bikers Kental tu, ku nasihatkan, JANGAN lah. Kalau rasa nak pergi tengok jugak silakan, tapi jangan menaruh harapan sangat. Bagi aku, RUGI.


::::Saya Suka Porn = Saiya Sukhaporn


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 1 June 2013

#284 Cerita Pembukaan Pertengahan Tahun : Siri Bercakap Dengan Abang Pocong

Tu diahhh tajuk memang nak lawan Tamar Jalis kan. Hehe.

Pagi tadi, waktu sesudah subuh di opis aku yang sunyi itu, turn aku melelapkan diri selepas partner keje malam aku taram tidor dari 12 malam sampai 5 pagi. Voley gittew? Sakan tau. Tapi sayangnya tidur aku terganggu dek gangguan yang maha seram. Tak sampai sejam pon lenanya.

Masa aku tidur tu, aku bermimpikan diriku berada di opis dan sedang tidur di atas sofa yang sama. Tiba-tiba, jeng jeng jenggggggg... Aku dihimpit oleh seekor makhluk berbalut kain putih yang rupanya saling tak tumpah macam cerita amukan pocong yang main kat slot seram di tv3 taun lepas. Bezanya, makhluk ni tangannya terkeluar lalu mencekik aku dengan rakusnya tanpa belas kasihan.

Aku pun meronta-ronta memohon simpati jangan diapa-apakan aku. Yer la, adakah aku telah mengganggunya sehingga diperlakukan sebegitu rupa? Mengenalinya malah jauh sekali. Jadi atas alasan apa untuk aku dicekik sebegitu sekali. Tapi makhluk tu makin galak gelak dengan suara jantan yang besar.Ciss!

Lalu aku pun cekik dia jugak, berguling-guling aku dengan makhluk tu bertungkus lumus mencekik leher. Ingat aku nak mengaku kalah yer! Dushummmm! 1 tumbukan aku kasi kat muka makhluk tu. Vah vah vahhh! Hindustan sangat kan. Hehehe.

Takde la aksi tumbuk dan berguling tu. Hehe. Tipu jer. Bila aku dah dicekik gitu, aku jadi tak cukup nafas. Dengan akal yang waras lagi rasional, ku laungkan Allahuakbar berulang-ulang kali. Ala-ala penyokong pas selalu bertakbir tu. Ooops. Mula-mula suara masih tersekat-sekat, tapi lama-lama jelas sekali perkataan Allahuakbar yang aku laungkan tu, sampai la benda tu hilang.

Lepas tu aku tersedar. Partner keje malam ku itu telah mengejutkan aku sebab aku mengigau dan meracau katanya. Muka dan badan aku berpeluh-peluh dah time tu. Menggeletar pun ada. Ini kali kedua aku mimpi benda yang sama, dan di tempat yang sama. Bulan lepas masa aku kerja malam sorang-sorang pun aku ada mimpi macam ni jugak.

Aku tanya kawan aku, selaku kitab tafsir mimpi bergerak. Jawapan dia, sungguh-sungguh la buat aku terkesima sebentar. Aku dah didampingi jin katanya. Choiy! Kata kawan aku tu lagi, mimpi memang mainan tidur, tapi ada jugak tanda-tanda gangguan jin berdasarkan mimpi yang kita lalui.

Err.. Tetiba rasa seremmm pulekk. Meremang. Haih!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.