Demi Masa

Friday, 31 May 2013

#283 Jodoh Bukan Di Tangan Kau

Tetiba nak sambung cerita pasal jodoh lagi. Eheh.

Kita semua tahu kan, jodoh tu dah ditentukan tuhan. Bagi kita-kita yang bujang ni, kalau kata orang tanya kita, dah ade calon ke belum? Jawab je, dahhhh, cuma belum jumpak. Kan ke jodoh dah ditulis di luh mahfuz. Gittew kan.

Tapi ada sesetengah orang rasa jodoh itu dalam tangannya. Kalau orang yang dia suka tu menolak, pommm! Dibomohnya orang tu nak bagi suka punya pasal. Ni banyaknya orang laki la yang gigih wat keje sialan lagi tak bermoral ni. Yang perempuan pun ada, tapi kebanyakannya yang dah kawen la. Tamo bagi laki lari katanya kan. Betol dak? Ngaku jer ler punnnn...

Aku pon ada jugak 3-4 kerat kawan-kawan yang bangsa suka bomoh membomoh ni. Dan dalam 3-4 kerat tu ada pulak sorang yang memang bomoh, yakni ada "ilmu" kata orang. Sorang kawan aku ni, K (bukan nama sebenar), pernah satu ketika dulu, ditolak chentanya sepertimana yang H lalui. Disebabkan jatuhnya air muka jantan si K ni yang ditolak mentah-mentah, dalam diam K dah menghembuskan ayat-ayat jampi pada wanita itu. Hasilnya sungguh mujarab uols, kawen kekal sampai sekarang, anak pon dah 2 orang. Kherlasss kan?

Sebelom depa kawen dulu, aku ada pernah tanya dengan K, tak rasa bersalah ker? Katanya, takkkkk, bangga lagi ada. Kerek tak kerek jawapan dia?

Bagi aku, XX + XY yang nak kawen, haruslah ada rasa cinta terhadap pasangannya. Dalam kes K, bagi aku ianya chenta sebelah tangan. K dapatkan isterinya dengan cara membomoh, bukan dengan sifat-sifat kelakian serta kegentlemannya itu. Apa nak dibanggakan? Orang lain boleh bercerita, "kami kenal-kenal dulu, dan rapat, lama-lama cinta berputik di hati kami berdua, dan kami rasa ini memang jodoh kami....". Tapi K, adakah dia akan bercerita, "my wife tolak chenta ai, lalu ai bomohkan dia lalu kami berkahwen dan berjaya dapat 2 anak". Takkkk uols! Harus la cerita pelsu yang dikompang kat orang, padahal, kami-kami kawan si K ni memang tahu wife K dah dibomoh oleh K.

Errr, nak citer sikit, biasanya, dalam pembomohan jodoh ini, adalah penting untuk mempunyai gambar yang penuh 1 badan, baru mujarab! K, bukan pernah berkasih sayang dengan wifenya (sebelum kawen) seperti mana H dan F, jadi adalah mustahil K untuk ada gambar wife dia. Jadi apa dia buat? Terima kasih pada kecanggihan teknologi yang dibangunkan mark zuckerberg tu, dengan beberapa klik, senang hati K dapat gambar penuh wifenya itu.

Jadi aku selalu ingatkan kawan-kawan perempuan aku, hati-hati dengan gambar yang mereka siarkan kat mana-mana laman sosial yang mereka daftarkan diri. Lebih-lebih lagi FB lah kan. Kalau rasa diri tu ada mematahkan hati seseorang, dan orang tu korang rasa ada potensi untuk menggunakan gambar anda ke jalan terkutuk, ambil la langkah berjaga-jaga. Kita tak tahu hati orang ni macam mana kan. Ada yang boleh bertindak jauh dari jangkaan kita. Eh, kalau nak tahu, kawan aku pernah kena santau tahap maksimum ye sebab dia maki sorang jantan dalam 1 group di FB. Agaknya jantan tu dah sakit hati sangat la kot dengan kebiadapan kawan aku ni terus disantaunya. Aku pun tak tau kesah sepenuhnya, tapi, kawan aku tu pun mulut memang jenis kuwajaq, so tak heran la. (Boleh cakap gini? Hehe)

Kakak aku dulu pun pernah la jugak kena bomoh dek bekas kekasihnya itu. Aku pernah tulis ceritanya kat sini.

Jadi, begitulah ceritanya. Iktibarnya, pikir-pikirkanlah sendiri. Untuk sang lelaki, tawanlah hati wanita dengan keupayaan anda sendiri, jangan ambil langkah mudah dengan membomohkan anak orang. Harini kita wat camtu, sok ni, anak-anak kita entahkan dapat nasib yang sama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







Tuesday, 28 May 2013

#282 Dilema Agen Pencari Jodoh Tak Bertauliah

kan dulu aku cerita pasal kawan aku yang nak ke Umrah bulan 3 itu hari? alhamdulillah, dia balik pon dengan riang rianya di awal april lalu walau hati masih terluka katanya, sampai sekarang.

sebelum dia (ku namakan H je la ye) ke Umrah, dia mintak aku pujuk bekas kekasihnya (ku namakan F je la ye) untuk pulang ke pangkuannya setelah F itu ditinggalkan terkontang-kanting menaruh harapan. sebab aku kenal jugak F itu (kami semua ni 1 kelas), maka ok la aku tolong la. kesian la kat H ni. (time kau tinggalkan F tu idok pulak nak bercontact-contact dengan aku. nyampah taw!)

sambil-sambil tu, sempat la aku tarbiahkan H sedas dua. dan aku suruh H berdoa banyak-banyak kat depan kaabah dan jabal rahmah sana kot-kot terbukak la hati F itew padanya kembali. sepanjang H kat mekah sana dia dok bagitau la kat aku ni hari-hari dia dok terbayang muka F itu di mana-mana. sampai terbawak-bawak ke mimpi. dan itulah dijadikan alasannya yang jodohnya bersama F itu masih kuat.

sementara itu di tanah malaya, aku ni jalankan la misi penyelamat kekdahnya. slow-slow aku pujuk-pujuk F tu. segala macam apa yang disuruh bagitau dek H ni aku sampaikan. mula-mula nampak macam jarum tu nak terkena dah. dan hujungnya F tu pulak suruh si H ni wat istikharah dulu, jangan berdasarkan mimpi jer. bila aku bagitau kat si H ni, tau dia cakap ape?

"ni mekah amin oi, takkan setan nak masuk dalam mimpi akuuuuuuuuuu"

kan? boleh jawab gitu? aku tanya, dah buat istikharah? katanya dah, wallahualam buat ke tidak. bersangka baik jer la dia buat. sebab dia dok beriya cakap dah istikharah segala, aku cakap kat F yang H ni dah buat istikharah segala di mekah sana, terima la, kesian dia, dah tak sayang dia ke? 2 hari F diam. lepas 2 hari F cakap dia nak buat istikharah dulu. lepas tu baru dia bagitau keputusannya.

tak berapa jam lepas F kata nak istikharah, F bagitau aku yang mereka ni tak berjodoh, dan mintak H "jangan ganggu hakak lagi", katanya. wah! serba salah aku jadinya nak bagitau H jawapan F itu tau. hujung-hujung aku bagitau jugak la. kebenaran kadangkala memang pahit untuk ditelan kan. dan kita kena la berpijak di bumi nyata, tak semua yang kita nak boleh dapat. lebih-lebih lagi jodoh pertemuan  di tangan tuhan. terima lah dengan hati terbuka tanpa ragu-ragu. lepas tu H jawab "OK" je, dan terus senyap sampai dia jejak kaki kat tanah malaya ni baru la mesej bagitau dia dah sampai. (ingat taknak bertegur dah)

semalam, jam 2 pagi, H mesej aku, kata rindu sungguh-sungguh dengan F. pujuk la pujuk la pujuk la F balik kat dia, katanya. alahai, apa lagi yang boleh aku buat? dua-dua kawan aku. nak diluah mati H, ditelan mati F, dikunyah dua-dua mati. how?

serba salah aku tau, ni la susahnya jadi orang tengah, camne aku boleh terjebak dalam kancah percintaan mereka ini? aku boleh pujuk F, bukan tak boleh. tapi kalau aku lebih-lebih kang tak pasal-pasal la aku ni berputus sahabat dengan F. tak nak la camtu kan. hey aku dengan F kawan baik tau, walau tak rapat. aku ni dah tak tau nak cakap apa dengan si H ni. umur dah besar panjang, lebih tua dari aku, tapi masih la tak nak terima hakikat dan kenyataan.

kalau dah jodoh memang tak kan kemana. tengok UAI, "jodoh di tangan tuhan" la tu. kan? merasa beristeri 3 :)



Saturday, 25 May 2013

#281 Apa Lagi Yang Tertinggal Untukku?

Semalam aku bermesej-mesejan dengan sorang kawan baik yang sungguh-sungguh lama aku tak jumpak sejak menetap kat negeri selangor ni. Ada la dah 3 taun lebih tak jumpak.

Dalam dok sembang-sembang tu, aku ditanya 1 soalan yang agak syentap jugak la.

"Dah tak nak balik dok taiping dah ke?", tanyanya.

Hurmmmm. Lemah aku bila ditanya soalan jenis ni. Bila aku pikir-pikir balik, apa lagi yang tinggal untuk aku kat taiping sana? Nak kata rumah, heh! Rumah la sangat. Yang ada di kampung jelai nun, bukannya rumah pusaka pun. Nak kata ada keluarga kat taiping, ermm, keluarga ku kah mereka-mereka itu? Jadi apa yang tinggal untuk aku? Ya, hanya sebuah pusara.

Kalau ikutkan hati, aku memang nak balik dok kat taiping. Sewa bilik kat sini, aku boleh sewa sebijik rumah 3 bilik tidur 1 bilik air kat taiping sana. Tapi tu lah, kerja kat taiping, gajinya pon sangat la cukup-cukup nak hidup. Murah sungguh gajinya. Sebab tu kawan-kawan aku kat taiping banyak ulang alik kerja penang. Antara sanggup dengan tak je la kan.

Jadi untuk aku balik hidup di taiping, adalah jauh sama sekali. Aku cakap kat kawan aku tu, tak dak sebab kukuh untuk aku balik dok taiping lagi. Dan jawapan dia, "aku kan ada". Ha'ahhhhhh. Dia pon kerja penang balik taiping sebulan dua kali, aku pulak disuruhnya duduk taiping. Motip?

Wat masa ni, biarlah aku berkelana dulu kat negeri orang ni. Balik setaun 2 kali pon rasanya dah memadai la kot. Ziarah kubur, sambil memborong ikan masin, udang kering, dan sotong kering banyak-banyak kat merket taiping tu, sampai berbau tempat simpan luggage bas tu dengan bau-bauan hidupan masin. Keh keh keh.

Tapi kan, ini hajat aku. Nak kumpul duit beli rumah kat taiping. Sok-sok dah tua bangka, nak la duduk kat tempat asal kita kan. Yer lah, dah kita tahu kan macam mana aman dan tenangnya kehidupan di taiping sana. Tapi tak tau la kot 20 taun lagi taiping jadi macam keyhell kan. Lagipun, tak nak la duduk kat negeri orang sampai mati. Hehe. (Bajet dok obersi, ahakksssss)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 21 May 2013

#280 Kuih Keria Salah Tarikh!

Lepas buat mee rebus itu hari, balance ubi keledek ada lagi 3 ketul dalam peti sejuk tu ha. Dari haritu dok pikir apa nak dibuat. Patutnya masa buat karipap itu hari, nak guna la keledek tu, tapi last minit, tukar guna kentang.

Ahad itu hari, masa aku nak gi keje, nampak ada kuih keria kat kedai mamak/india yang harga makanan mencekik mahalnya tu. Tapi hati masih sakit ni, aku buat kering jer la. Arini, lepas bangun tidor tengahari tadi, dalam dok ting tong tu laju je aku mengopek kulit keledek tu rebus siap lenyek bagai semualah. Dengan harapan nak dibawak bekalan gi keje malam nanti. Lepas lenyek tu, sementara nak tunggu keledek tu sejuk, aku belek-belek la henpon, sekali tengok arini tarikh. 21hb daaaa.. Aku keje malamnye esokkkkkkkkkkkkkkkkk! Bukan arini. Adoyai.

Alang-alang dah buat tu, aku siapkan jugak la kuih keria tu. Tak baik buat keje separuh jalan yer dak. Dah siap, makan jer lah, yer dok. Bukan rugi pon. Heheh.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 18 May 2013

#279 Semalam Harga Lain Harini Harga Lain


Harini aku bekerja macam biasa. Memandangkan hari sabtu dan ahad adalah hari cuti, maka aku bebaslah membuat opis itu macam rumah aku yang punya. Siap boleh baring-baring lagi sambil ngadap laptop.

Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, seronok kan kerja tanpa pengawasan di hari cuti begini. Aku rasa tenang sangat, sebab tiada suara-suara yang memanggil untuk buat "kerja yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa". Tenang sungguh. Barulah semangat nak menyiapkan report syarikat kumbahan yang satu itu yang telah bertangguhan selama seminggu itu.

Tapi ku harap sejuk sampai ke malam, rupanya panas membahang di petang hari. Yer lah, petang-petang kan seronok pekena roti canai banjir. Ade pulak teh tarik segelas ke, koman-koman pon sky juice lah, bagi sedap tekak kata orang. Semalam, partner kerja aku kemain sedap makan roti canai banjir (tapau makan dalam opis). Harini aku nak la jugak makan macam tu. Sebab semalam time dia makan tu aku dok menyuap nasik dalam mulut.

So tak kira, petang ni nak jugak-jugak makan roti banjir. Nak 2 keping jugak. Time nak bayar tu, mapeley tu mintak RM2.60 uols! Terkezut aku. Apekehey lain pulak harganya ni? Sebab semalam aku beli roti tu 2 keping jugak untuk partner aku tu RM2.20 jer. Alih-alih harini dah lebih 40 sen. Bertekak pulak aku dengan mapeley kaunter tu. Rupa-rupanya roti canai dah naik harga kome weyhhhhhh! Semalam RM1 harini dah RM1.20.... Polisterin tu jangan cakap la memang dia dah caj 20sen punya.


Wah, sesedapnya dia kan naikkan harga? Apesal? Tepung naik hargakah? Minyak naik hargakah? Dhal dah naik hargakah? Eh tokey kedai tu warganegara malaysiakah yang menaikkan harga sesuka hati itu? Nak jugak aku tau status kewarganegaraannya.


Harga roti canai kat tempat korang berapa harga eh?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 16 May 2013

#278 Selamat Hari Guru


gambar ni ulang tayang jer sebenarnya.. taun lepas dah terbitkan gambar ni.

khas buat semua insan yang bergelar guru, selamat hari guru.

semoga terus memberi bakti buat anak-anak bangsa.

tanpa golongan cikgu ini, siapalah kami-kami ni. :)



Tadika Kemas Taman Sungai Mas (1995)
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aur (1996 - 1999)
Sekolah Kebangsaan King Edward VII (1) (2000 - 2001)
Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward (2002 - 2003)
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (2003 - 2006)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin (2007)
Politeknik Sultan Azlan Shah (2008 - 2010)

Monday, 13 May 2013

#277 Saya Mahu Tidor Semudah A B C

kalau lah nak tahu, aku amatlah jeles dengan orang yang senang gila nak tidor. jenis letak jer kepala terus lelap, tutup jer mata terus padam gitu kan. pelik aku. camne eh boleh sesenang itu?

tapi aku ni pulak, susah sungguh-sungguh nak lelapkan mata. kalau kata boleh lelap tu, syukur seribu rahmat sangat. dah la susah nak tidor 1 hal, dah tidor tu pulak sekejap sangat rasanya. kadang-kadang lebih menyakitkan hati bila kita tengah syiok tidor, terdengar bunyi-bunyian yang boleh membuatkan aku terjaga dari tidor. sebagai contoh, bunyi miskol lah kan. agak biadap yer miskol orang di kala jam  menunjukkan 2 pagi. bila kita call balik idok pulak dia jawab. harus la aku menyirap di pagi buta itu. aku ni pulak, dah terjaga ingat senang-senang nak sambung lena balik? tak semudah itu lah kan. silap-silap sampai ke siang aku berjaga dek kerana panggilan sekali dering itu!

aku tak nak la silent kan fon tu. takut pulak kot ada emergency tengah-tengah malam, orang call aku bagai nak gila, aku enak diulit mimpi sampai ke siang. bangun pagi dapat tau ada sedara mara dah meninggal. tak ke haru? kan?

sama la ceritanya dengan hari ni. semalam aku lenanya dah dalam pukul 1 camtu lah kot. aku bangun sahur pagi tadi jam 4.30 pagi. masak makan bagai golek-golek kejap. bajet lepas subuh nak la sambung tidor sampai kol 9. tapi haghammmm nak lelapnya. ni dah kat tempat kerja dok menguap sakan. harus la tengahari karang aku tidor bawah meja. ihiksssss!

sapa ada tips untuk tidor semudah A B C mohon dicadangkan :D


Friday, 10 May 2013

#276 Orang Tak Sihat Mengidam





Harini aku buat ketayap. Aku bosan dok rumah dok baring jer. Sebab baring tu lah dok teringin nak makan tu, teringin nak makan ni. Haih! Kalah orang mengandung. Makan tak la banyak mana pon, teringin lebih. Lepas makan uwek uwek balik.

Kulit ketayap ni tak berapa nak menjadi pulak harini. Banyak yang pecah/terkoyak. Ada yang terkurangkah? Musykil pulek. Rasanya semua bahan dah letak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 9 May 2013

#275 Makan Tengahari Hari Ini



Tengahari ni keluar makan dengan kawan. Orang tak sihat la katakan, memang suka mengidam bukan-bukan.

Tahap pengidaman harini adalah nak makan cendol denganm rojak. Kebetulannya kawan aku ni pon nak makan benda yang sama, jadi umpamanya orang ngantok disorongkan bantal peluk laa yer dok.

Cendol dengan rojak kat Taman Megah ni memang menjadi pooooojaan hati lah. Bagi tekak aku memang sedap. Tu bagi tekak aku tau. Lain tekak lain seleranya. Harga pon tak la mahal mana sangat. Lebih tak mahal kalau dibelanja kan. Keh keh keh.

Lokasi kat mana? Kalau korang lalu ikut LDP menghala ke damansara, akan nampak lori cendol ni kat tepi jalan sebelah kiri selepas dari LRT kelana jaya. ;)

Anda semua lunch ape harini?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 7 May 2013

#274 Bahana Lauk Semalam

pagi tadi, sebelom pi kerja, baguih punya dok pekena nasik dengan gulai lemak ayam.

gulai lemak tu masak malam semalam. tapi tak simpan dalam peti pon.

bangun pagi, bau macam ok, perangat balik.

kuah baik punya pekat likat, makan dengan nasik tak berapa panas, tambah kicap sikit.

best giler.

lepas lahap nasik, minom pulak air milo 1 mug.

ya, aku dah bersedia untuk pergi kerja!

jam 1.30 pm,

UWEKKKKKKKKKKKKKK

cantik punya muntah kaler kuning + koko.



aku syak kuah gulai lemak tu dah basi la......



Saturday, 4 May 2013

#273 Waktu-Waktu Kerja




 sebelum aku menokok tambah, dipersilakan baca dulu artiket di bawah ini.

 ********************************************************************* 

Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work)

Di bawah Seksyen 60 (A) (9) Akta Kerja 1955, “waktu-waktu kerja” (Hours Of Work) di definasikan sebagai:

jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri

the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements

Ini bermakna pada waktu-waktu kerja, pekerja adalah di bawah kawalan majikan dan tidak boleh berbuat sesuka hati atau tiada di tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan ini termasuklah tidak boleh lewat atau pulang awal dari kerja.

Bilakah Waktu-Waktu Kerja Ini?

Waktu-waktu kerja ini adalah mengikut waktu yang ditetapkan oleh majikan. Jika majikan mahukan pejabat beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, maka waktu-waktu kerja bagi pekerja adalah dari pukul 9 pagi hinggalah ke pukul 5 petang.

Adakah Had Atau Syarat-Syarat Bagi Waktu Kerja Mengikut Undang-Undang Buruh?

Ada dinyatakan yang di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, pekerja TIDAK BOLEH DIARAHKAN bekerja:-
  1. Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
  2. Lebih dari 8 jam sehari
  3. Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari.
  4. Lebih 48 jam seminggu
Itu adalah PRINSIP AMnya! Tetapi bagaimana jika:-

(A) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Selama 8 Jam Berturut-Turut TANPA rehat yang tidak kurang daripada 30 minit?


Prinsip amnya adalah TIDAK BOLEH! Akan tetapi jika pekerja itu:-
  1. terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan; dan
  2. memerlukan perhatiannya secara terus menerus;
maka, ia dibenarkan oleh Akta DENGAN SYARAT pekerja mempunyai tempoh masa tidak kurang dari 45 minit dalam aggregat untuk makan.

Contoh:
Abu bekerja di pusat rawatan air milik DLSL Sdn Bhd sebagai operator mesin. Kerjanya memerlukan dia bekerja secara beterusan dengan memberikan perhatian secara terus menerus bagi memastikan air yang disalurkan kepada orang awam nanti tidak tercemar atau tidak memenuhi piawaian.

Dia bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Untuk mamastikan kerjanya tidak terganggu dia berhenti makan sedikit-sedikit selama 7 minit setiap jam. Jumlah masa makannya adalah 7 minit x 8 = 56 minit.
Dalaam keadaan seperti di atas, ia adalah DIBENARKAN. [Seksyen 60 (A) (1) (iii) Akta Kerja 1955].

(B) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 8 Jam Sehari?

Sekali lagi prinsip am mengatakan tidak boleh. AKAN TETAPI, pekerja boleh diarahkan bekerja melebihi “waktu-waktu kerjanya” atau melebihi 8 jam jika perlu DENGAN SYARAT pekerja di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.

Namun, pekerja adalah TIDAK BOLEH diarahkan bekerja melebihi 12 jam sehari kecuali dalam situasi-situasi yang dibenarkan di bawah Seksyen 60 (A) (2) (a) – Rujuk juga Seksyen 60 (A) (7) Akta Kerja 1955.

Situasi-situasi yang dibolehkan pekerja bekerja melebihi 12 jam sehari:-

  • kemalangan, sebenar atau diancam, dalam atau berkaitan dengan tempat kerjanya;
  • kerja, perlaksanaannya adalah perlu kepada kehidupan masyarakat;
  • kerja yang perlu bagi pertahanan atau keselamatan Malaysia;
  • kerja segera yang harus dilakukan ke atas jentera atau loji;
  • suatu gangguan kerja yang tidak mungkin dapat ditelah; atau
  • kerja yang harus dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan yang perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967

(C) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi Tempoh Masa (Spread Over Period) 10 Jam Sehari

Untuk soalan di atas, keadaanya adalah sama dengan (B) iaitu prinsip am adalah tidak boleh, namun jika di minta juga, maka pekerja perlu di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.

Di bawah Seksyen 60 (A) (3) (b), kiraan kerja lebih masa bagi ‘spread over period‘ adalah selepas tamatnya tempoh masa kerja mengikut ‘spread over period‘ itu.

(D) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 48 Jam Seminggu

Pertama sekali, perlu di beri perhatian yang dalam artikel ini saya menggunakan perkataan “melebihi waktu-waktu kerja” atau melebihi 8 jam bila menyentuh soal kerja lebih masa (OT).
Ini kerana waktu-waktu kerja mungkin ada yang LEBIH dan ada yang KURANG dari 8 jam sehari. Jika waktu-waktu kerja ini di lampaui, maka bayaran upah hendaklah pada kadar yang ditetapkan untuk kerja lebih masa dan bukan pada kadar normal lagi.

Di bawah Seksyen 60 A (1) (iii) Akta Kerja 1955, majikan dan pekerja menerusi persetujuan/kontrak kerja boleh memilih agar pekerja berkerja lebih 8 jam sehari tetapi tidak melebihi 9 jam BAGI satu atau lebih hari dalam seminggu.

Lihat Jadual di bawah:




Majikan boleh meminta pekerja berkerja lebih dari 48 jam seminggu dengan syarat apabila waktu-waktu kerja dilangkaui, maka bayaran pada kadar kerja lebih masa mesti diberikan.


********************************************************************* 

kalau ikutkan, aku bekerja selama 12jam sehari selama 5 hari seminggu.
jadinya aku bekerja seminggu selama 60 jam.
melebihi dari jumpah waktu kerja yang sepatutnya iaitu 48 jam seminggu.

menurut polisi company yang aku kerja ni,
12 jam itu adalah dikira "waktu bekerja"
bukan 8 jam.
dan lebihan 4 jam lagi TIDAK dibayar.

aku cuba persoalkan hal ni pada supervisor aku.
jawapannya adalah;
"lain company lain polisi"
aku memang tak boleh nak puas hari dengan jawapan tu.
ini AKTA PEKERJA 1955 bro!

menurut polisi company ini juga
bayaran lain yang aku boleh dapat adalah RM200 sebulan yang mana ianya dianggap "hadiah" sekiranya dalam sebulan tiada MC / cuti.
sekiranya MC / cuti, RM 100 akan dipotong.
dan katanya "hadiah" ini menggantikan OT tersebut.

tetapi pada aku, OT adalah OT.
"hadiah" yang dicanang dan dibanggakan itu hanyalah umpan untuk kehadiran yang baik.
apa kena mengena dengan OT?
OT maknanya kami bekerja lebih masa.
kami membantu syarikat beroperasi dengan cara kerja lebih masa.
4 jam wey!
tapi tak boleh ke syarikat membantu pekerjanya dengan membayar OT yang memang layak kami terima.
ini bukan usul untuk dipertimbangkan, tapi kami LAYAK!

jadi, apa yang perlu kami lakukan?
laporkan?



**jawatan aku telah disahkan hari ini**


Wednesday, 1 May 2013

#272 Curry Puff / Karipap






Mari tuan puan dengar ini ceritaaaaaa

Heheh..

Kami buat karipap harini. Saja, nak menghabiskan masa terluang katanya.

Dulu aku pernah try buat karipap pusing. Kulit dah santek, inti dah shedappp, tapiiiiii teknik pengeliman adalah sangat gagal sekali. Hehe.

Kali ni buat karipap biasa-biasa sudeyhh. Dan takmo dah kelim guna tangan. Kita guna acu pulak. Puas hati.

"Dengan menggunakan acuan karipap ini, karipap saya lebih santekk, rapi, dan gojessssss"
Gittew.

Buat banyak-banyak, simpan dalam peti. Agak nak makan, dah boleh goreng. Tak payah nak beli lagi tiap-tiap hari kan :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.