Demi Masa

Tuesday, 30 April 2013

#271 Makanan Orang Takde Duit Versi Kami


ahad lepas, kakak aku bertanyakan soalan ini melalui facebook :
"bila kita nk masak yg nie plak??"
(seperti gambar di bawah)


dan jawapan pada "bila" itu adalah "semalam"
sehari selepas soalan diajukan.
heheh

ini adalah makanan orang takde duit

kalau korang nak tahu, kami ni, tiap hujung bulan memang suka teringin nak makan macam-macam.
padahal hujung bulan nih.
paham-paham la kan bila disebut HUJUNG BULAN tu ;)

kat mulut ni dok sebut;
"isyy duit tak dak ni"
tapi tetaplah lauk yang naik ke dapur tu ayam.
so, tang mana yang takdak duit tu?

sama lah macam kes yang ni.
hujung bulan,
poket wallet dah kempis,
tabung syiling dah tukar jadi duit kertas
tapi tetapppppp makannya ,
makaroni goreng bersama daging cencanggggg.



bersyukurlah bila rezeki sentiasa ada walaupun dalam kesempitan :)

Monday, 29 April 2013

#270 Menilai Tanpa Mengenali


"Amin mana boleh buat kerja lasak-lasak"
"Amin mana biasa kotor-kotor"
"Amin nak kerja opis jer, panas-panas tak nak"

Selama hari aku diam je bila orang cakap macam tu.
Walau hati ni memberontak nak balas balik,
"SAPA CAKAP AKU TAK BOLEH!?".

Kalaulah dia tahu aku pernah kerja dengan tangan diselaputi minyak hitam selama 12jam yang mana hanya waktu datang kerja, waktu makan dan waktu balik jer tangan aku bersih.

Kalaulah dia tahu yang aku pernah buat kerja panjat memanjat, wiring atas bawah tepi bangunan, pasang kipas / lampu kat siling guna tangga yang sungguh puaka, direnjat letrik, dan pernah bergayut atas palang sebab tangga puaka jatuh.

tangga ni tak cukup puaka lagi, ada yang lagi puaka

siling ni pecah sebab aku bergayut ala tarzan di palang itu sebab tangga jatuh

Kalaulah dia tahu aku pernah tolak kabel sebesar lengan atas padang sukan yang amat besar, di bawah terik mentari selama berhari-hari sampai kulit pun dah macam bontot kuali.

jangan sesiapa cakap menggolekkan kabel ini adalah mudah ye!


Manusia jenis ni sangat-sangat suka memandang rendah pada orang lain. Cara dia cakap macam lah dia berkepit dengan aku selama 24 tahun aku hidop di muka bumi ni.

Saborajelahhhhhhhh

Sunday, 28 April 2013

#269 Makan Malam Semalam





Ini lauk dinner malam semalam. Teringin betoi nak makan sayur lemak putih kobis dengan ikan kembung goreng.

Lauk gini teringin bila dok kat rumah je. Kalau pi makan kedai, memang tak pandang la ikan goreng / masak lemak putih ni.

Bukan eksyen, tapi kalau dah harga ikan goreng sama dengan ayam goreng, baik la makan ayam kan.

Nak bagitau tu je, kbai! :p


Saturday, 27 April 2013

#268 Ada Apa Dengan Mengundi

aku sepatutnya bercuti pada 4 & 5 May nanti.
SEPATUTNYA.
tapi memandangkan aku ni TAK mengundi, aku terpaksa awalkan cuti tu ke 27 & 28 April. (harini dan esok)
kenapa?
sebab, orang yang SEPATUTNYA kerja di hari 4 & 5 May tu NAK SANGAT balik mengundi.
jadi apa pilihan yang aku ada?
ya!
redhooooooooooooooooo
~gittew~
aku tak la marah yang nak balik mengundi tu.
cumaaaaaaa.............

kadang-kadang aku terasa mengundi ni adalah menyusahkan.
menyusahkan orang yang takde kenderaan nak balik kampung. terpaksa tempah tiket bas bagai. dah macam nak balik RAYA!
menyusahkan pemandu kereta bersesak-sesakan di jalan sebab nak RAYA lah katakan.
menyusahkan pokcik dan mokcik yang tak larat kena keluar pi mengundi (walaupun dikutip dari rumah)
menyusahkan orang yang TAK MENGUNDI macam aku ni menggantikan tempat orang yang NAK SANGAT-SANGAT BALIK MENGUNDI.

apa salahnya kalau MEREKA-MEREKA tu datang rumah kita, amek undi. kan bagus.
isytiharkan semua orang bercuti, dan duduk rumah tunggu orang datang jer.
khennnnn.
hey, you nak i undi u, i pulak nak bersusah-susah? oh pelissssssssss!

:p

Friday, 26 April 2013

#267 Secebis Ingatan



harini adalah hari lahir arwah mak aku.
seingat aku, hari jadi mak memang tak pernah disambut.
tapi kalau senyap-senyap arwah abah dengan arwah mak sambut idok ler aku tahu kan
kalaupun ada, mungkin pergi makan nasik goreng pataya kat restoran tomyam.
tiada acara potong-potong kek bagai.


26 APRIL 2005

kali pertama aku buat kek untuk mak.
kek butter jer.
time tu takde mesin buat kek, aku pukul butter dengan gula tu bagi kembang guna senduk kayu jer.
dan alhamdulillah, kek aku menjadi dengan gebunya.
mak yang memang tak boleh nak nampak kek aku masa tu, cuma boleh merasa kek yang aku buat.
aku suap sepotong kat mak,
mak senyum.
"sedap" katanya.

betapa aku merindui wanita ini


selamat hari lahir mak.....