Demi Masa

Sunday, 31 March 2013

#246 Masterchefnya Aku : My Dad's Mee Rebus


Hari cuti, perkara paling best nak dibuat adalah main masak memasak. Jadinya, moh kiter sarungkan apron masterchef!



Nama menu hari ini adalah My Dad's Mee Rebus. Tuuuu diah nama kan, memang nak lawan kedai Linda Onn punya My Mom's Chicken Rice gitu.




Ini adalah dari resepi arwah abah aku. Tak dak secret ingredient pun. Sama jer macam masak mee rebus yang lain.

Nak bagitau dan tunjuk tu jer. Hahahah!

Babai :p










Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 30 March 2013

#245 Harini Sepatutnya


kali terakhir kami berjumpa ramai-ramai,

adalah 2 tahun yang lepas, masa konvokesyen.

rasa macam belajar kat Hogwart lak pakai jubah gitu

lepas dari konvo, semua balik tempat masing-masing.

yang dok kerja utara balik utara,

yang dok kerja selatan balik selatan,

yang dok kerja di pusat bandar, balik ke keyhell,

yang masih belajar balik ke kampus masing-masing,

sepatutnya kan, hari ni adalah hari pertemuan semula antara rakan sekelas aku masa di politeknik dulu.


dah rancang dari bulan 1 lagi,
 
tapi, oleh kerana menunggu kawan aku yang pergi umrah haritu balik,

perjumpaan ini ditangguhkan untuk satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

nak buat kat tepi pantai katanya,

tidor chalet katanya,

nak bbq katanya

kat melaka katanya.

perjumpaan ni tak ramai pun, perjumpaan "kita-kita aje"

sekadar berkumpul untuk melepaskan kerinduan.

dan bergurau senda,

 jangan depa kata tak jadi sudah.

aku merajuk setaun tak mau tegor depa lagi!













Thursday, 28 March 2013

#244 Cobaan Entah Kali Ke Berapa



sekali lagi mencuba nasib.

kalau ada rezeki, ada lah.

kalau tak dak,

insyaallah taun depan mintak lagi.


Wednesday, 27 March 2013

#243 Yang Pernah Aku Guna



Nokia 3310

Nokia 3100

Nokia 3500 Classic



Sony Ericsson S500






Nokia C3


Blackberry Curve 8520



Blackberry Bold II

Samsung Corby II





Sony Xperia J 

Blackberry Curve 9220





Tuesday, 26 March 2013

#242 Hutang "Hantu"

beberapa minggu kebelakangan ini, hidup aku dibelenggu dari beberapa panggilan menuntut hutang. lebih menyakitkan hati, hutang tu pulak tak pernah wujud dalam senarai hutang yang aku ada.





hutang yang pertama adalah dari celcom. yang ni memang aku hangin la. sebab seorang kawan yang pernah jadi kawan baik aku dulu, telah menyalahgunakan nombor henpon aku dan nama serta ic aku sebagai "penjamin tidur"nya. dah banyak kali orang celcom call aku dok tanya pasal kawan aku ni. dah banyak kali jugak aku cakap kat dorang aku dah takde kaitan dengan kawan aku tu. takkkkkkkkkkkkkk paham-paham jugak dok call lagi lagi dan lagi.

hutang yang kedua adalah dari astro. dan kawan aku ni jugak tak bayar-bayar bill astro rumah sewa kitaorang yang dulu. err, 4 taun lepas punya cerita ni tau. alkesahnya dulu masa belajar, rumah sewa kitaorang ada pasang astro. bulan-bulan memang kitaorang bayar kat dia sebab dia yang beriya nak pasang astro. alih-alih dia tak bayar berbulan-bulan, dan terus melesapkan diri. bukan kata bill astro je, bil api dan air pon tak dibayarnya sampai meter air kat rumah tu kena potong.

jadinya sekarang astro dok cari aku dengan kerapnya sepanjang minggu lepas dan minggu ni, mintak aku bayar. aku cakap kat orang astro tuu masa daftar astro dulu aku tak pernah letak nama sebagai penama kedua atau penjamin atau apa sekalipun. macam mana dia boleh cari aku. cari la dia. check la kat jabatan pendaftaran, cari alamat dia, serbu rumah dia, tangkap, dan tuntut dia bayar hutang. kenapa cari aku. aku tak bersalah okay.

si kawan ni betul-betul buat aku marah sangat-sangat tau. panas je hati aku. lepas dari dia lesapkan diri dulu, aku tak pernah jumpak dia dan berhubung dengan dia. sebab lepas dia lesap, dia benti belajar. hutang aku pun tak dibayarnya jugak.

rasa nak je aku santaukan dia dari jauh! huh!

dan pagi tadi, AEON credit call untuk menambahkan hutang aku. boleh gitu? dorang offer pinjaman peribadi dengan interest yang rendah katanya. heyh! apeke gila aku nak menambah hutang? cukup-cukup la dulu dengan hutang yang sedia ada. sampai masa baru kita berhutang lagi. haih!


Monday, 25 March 2013

#241 Hari Sabtu Itu Hari

minggu lepas, iklan jawatan kosong di Malaysia Airport Holding Berhad telah pun di sebarkan di sepelusuk malaysia. aku perasan iklan tu pun bila aku nampak kat instagram. lepas tu di whatsapp juga kami antara rakan-rakan sekelas mengedarkan dari sorang ke sorang.


memula takde sapa pon yang respon kata nak pergi. aku? maleh la. aku ada urusan penting di hari sabtu tu sebenarnya.

sehari sebelumnya, ada sorang kawan ajak temankan dia pergi. aku yang memang sedia malas, menolak baik-baik. tapi yer lah, bila dah dipujuk rayu bagai, tewas la jugak kan. kesian sebenarnya, sebab dah keluar segala ayat-ayat mintak kesian. hajat di hati cuma nak teman kan aje la, tapi si dia pujuk alang-alang dah pergi, apa salahnya cuba. dok terpikir-pikir la jugak aku, nak try ke tidak malam tu.

hari sabtu pagi tu, pukul 7 aku dah keluar dari rumah, dan kutip kawan aku ni kat tepi jalan. gigih la hai berduaan naik motor pagi-pagi sejuk tu. dalam 7.30 pagi aku dah sampai sana. kemain laju bawak motor setengah jam dah sampai. parking motor kat perkarangan masjid klia tu dan aku tengok dah ramai yang beratur.

untuk menjimatkan ruang beratur, dua barisan dibuat, 1 barisan lelaki, 1 barisan perempuan. terpisahlah kami buat sementara. sepanjang aku beratur tu, dalam hati tak habis-habis menyumpah seranah orang sekeliling. kenapa?

bila dah beratur dengan jejanz-jejantanzzz  ni, paham-paham sajalah, apa lagi kalau bukan asap rokok. orang belakang aku dengan orang depan aku dok hembus asap rokok kemain lagi sampai naik lemas aku. nak jauhkan diri? silap-silap dorang potong line aku.

aku syak orang belakang aku adalah seorang fashion designer bagi retis. sebab setiap kali orang perempuan lalu, akan ada ayat mengkritik seperti:
  • kemain set rambut, ingat interview model ke apa?
  • baju macam tu dia pakai datang interview?
  • keding giler minah tu, tulang!
dalam hati aku, menggeletek nak bertanya, "dah audit diri"? ceh! ada hati nak kritik orang.

pastu ada jugak set-set yang baru datang, nampak kawan dia beratur, terus tumpang beratur sekali. apakah? seronok je dia potong Q orang lain. bulu kaki aku kemain meremang mintak dicabut supaya aku boleh jerit kat telinga orang tu. ewah, suka-suka hati jer! orang lain penat beratur panjang. melayu sangat tau!

lepas beratur panjang, dalam pukul 10 pagi macam tu baru turn aku dilepaskan dari masjid klia tu ke dalam bangunan MAHB.  sementara nak sampai turn aku, amboi kemain merembes peluh keluar dengan galaknya. yer lah, berdiri 2 jam setengah di bawah terik mentari pagi katanya kan.

sampai kat perkarangan MAHB, staff situ edarkan borang sorang satu. penuh khusyuk dan tawaduknya aku isi borang, lepas tu cepat-cepat aku pun pergi kaunter tunjuk borang aku untuk diimbas oleh staff MAHB sebelom boleh masuk dewan interview.



elok je dia dapat borang aku, satu perkataan keluar dari mulut dia. "DIPLOMA". tercengang aku. eh kenapa? dengan tenangnya akak tu cakap kat aku, interview ni dorang cuma focus pada yang ada spm dan sijil kemahiran sahaja. yang ada diploma dan ke atas, borang dan resume akan disimpan dan kalau ada kekosongan mereka akan panggil untuk ditemuduga di lain hari. boleh gitu?

terus la aku patah balik ke masjid klia tu. dan lalu balik kat tempat orang beratur tu. bayangkanlah sepanjang laluan yang dipenuhi orang beratur tu dok tengok-tengok dengan pandangan sinis. apahal kau? aku buat muka kering dan tak tau je. semat dalam hati, korang kenal ke aku? haha!

sampai kat motor, aku tengok kawan aku dah sedia menunggu sambil tersengih-sengih. aku paham sangat maksud sengihannya itu. terus aku cakap, "ni semua, hang punya pasal, penat ja!" sepanjang atas moto nak balik tu tak habeh-habeh mulut kawan aku tu dok marah-marah kat orang MAHB. aku rasa aku yang patut marah lebih kot sebab aku yang dipaksa bawak. yer dak! haih!

lepas aku tinggalkan kawan aku kat tempat aku kutip dia pagi tu, aku pun balik rumah dan cepat-cepat bersiap untuk ke majlis kenduri pulak.

perjalanan yang agak panjang di hari sabtu dan aku cuma mampu ceritakan separuh sahaja. banyak lagi drama swasta di hari sabtu haritu yang tak larat aku nak cerita.

Sunday, 24 March 2013

#240 Rembau Most Wanted VS Tangisan Hatiku Yang Derita

Aku dari pertama kali dengar lagu Rembau Most Wanted ni kan, aku dah terpikir-pikir.

Eh, lagu omputehkah? Macam pernah ku dengar muzik ni... Tapi di mana ya? **tak tau tajuk dan tak pernah dengar lagu ni secara sepenuhnya sebelum ni**



Pastu semalam aku tengok kat muzik-muzik, ada lagu ni. Alaahai, lagu loghat nogori sobonar eyhh....

Dan muziknya itu bagaikan menggigit-gigit sanubari aku mengatakan yang aku pernah dengar muzik ni, tapi bukan dengan lagu Rembau Most Wanted ni.

Malam semalam, dok dengar mp3 sambil layan novel, tetiba kan, keluar lagu yang satu nih.



Tangisan Hatiku Yang Derita

Laaaaaaaaaa!!! Lagu Khatijah Berahim la weyh.


Perasan tak muzik di permulaan lagu ni.. Sama kan? Kan?

Buleh depa ubahsuai muzik permulaan lagu ni jadi lagu rap nohhhh.. Pergh! Memang la seni itu indah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 23 March 2013

#239 Dari Tanjung Malim Ke KLCC




itu hari aku beriya-iya sangat nak membeli buku ni kan.

dan seronok, sebab dah ada dalam tangan buku ni.

aku cuma perlukan 2 hari je nak habiskan ini buku.

baca sehari separuh buku, 2 hari terus habis.

so aku cuma nak cerita jer la ye pasal buku ni,

secara keseluruhan buku ni memang sesuai sangat la untuk hilangkan tekanan.

sebab memang setiap chapter akan gelak punya.

cerita yang sangat mudah dihadam bila baca sebab bercorak kekeluargaan.

banyak cerita pasal diri dia, isteri, anak dan kenangan-kenangan masa kecik, serta perjalanan dia ulang alik dari tanjung malim ke kuala lumpur untuk bekerja.

buku ni bukan la novel, nak kata cerpen tu boleh la kot.

ekceli, setiap cerita dalam buku ni diambil dari blog dia yang bertajuk Sembang Kencang tau.

jadi kalau agak-agak nak berjimat duit, baca je lah dalam blog dia

sama jer isinya.




sini aku sediakan sikit sebanyak sedutan dari buku ni.

enjoy!










jangan terkejut sangat bila banyak unsur-unsur carutan muda mudi terselit dalam kebanyakan cerita dalam buku ni (^_^)



Friday, 22 March 2013

#238 Hak Sesama Muslim


saja nak kongsi di hari jumaat penghulu segala hari ni
 


renung-renungkan
(^_^)

Thursday, 21 March 2013

#237 Cara Makan Orang Melayu Di Kedai


masa keluar makan pada 1 hari tu, ni makan kedai melayu tau. jenis kedai jual lauk pauk 50-60 jenis punya kedai. dan pengunjungnya adalah majoriti orang melayu kita yang dahagakan lauk pauk kampung.

sumber gugel
masa tengah menyuap makanan ke mulut tu, aku perasan orang depan aku ni dah habis makan. dan dia membasuh tangannya itu dalam pinggan, menggunakan air mineral spritzer. sampai penuh pinggan tu berisi air. bagus, orang kata basuh tangan lepas makan dalam pinggan boleh menjadikan kita murah rezeki. semoga murah rezeki dia.

lepas dia basuh tangan, dia pun pergi lagi sekali bilas tangan dia tu kat sinki. aku peratiiiiiiiiiii je dia dari mula dia basuh tangan dalam pinggan sampai la dia habis membayar di kaunter.

lepas je dia blah, pekerja restoran tu pun datang mengutip pinggan mangkuk mamat tadi tu. sambil dia mengelap meja yang bersepah sambil mulut terkumat kamit. sama ada dia berzikir ataupun mencarut idok ler aku tau. tapi dari mimik muka, nampak macam marah jer. habis setel mengemas, dia berlalu masuk ke dapur dengan bermuka masam.

sumber gugel
so, pada pandangan aku tentang hal ni, aku paham niat kita yang jenis basuh tangan dalam pinggan ni. nak murah rezeki kan. tapi biar la kena pada tempat kot. kalau kat rumah sendiri nak buat macam tu, dialu-alukan dan digalakkan. sebab lepas makan kita sendiri yang angkat pinggan pi sinki basuh. tapi kalau kat rumah orang, kat restoran, ataupun kat mana-mana yang kita tidak sendiri mengangkat pinggan yang penuh berisi air tu, maka elakkanlah. kesian orang yang mengangkat pinggan tu. terpaksa berhati-hati bawak pelan-pelan takut tertumpah atau terpercik ke orang lain. kalau kat kenduri lain ceritalah sebab air dalam pinggan tu orang bentara simbah je kat tepi-tepi meja makan. apadehal kan. tapi ini kedai makan beb. paham-paham sendiri sudeyh.

oh ya, lagi satu. ade jugak perangai yang jenis makan makanan bertulang (ayam / ikan), dan tulang-temulang tu diletakkan kat atas meja tanpa berlapik tisu atau kertas. yang ni pun satu hal jugak. pemalas betul nak lapik dengan tisu. padahal ade je tisu depan mata. lapik la, bukan susah pun, habis makan, letak tisu berisi tulang tu dalam pinggan. setel.


*****aku pernah buat part time kedai makan masa belajar dulu. dan aku memang menyumpah sangat orang-orang camni (maafkan aku ye).
.


Wednesday, 20 March 2013

#236 Tamo Bayar Buleh?




Aku bukan lagi pekerja Freescale la!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 19 March 2013

#235 Dari Damansara Ke Subang Parade Mencari Dari Tanjung Malim Ke KLCC





Tengahari tadi aku dapat 1 panggilan tak hangit dari MPH, kata buku yang aku gedik-gedik nak sangat tu, dah ada kat MPH cawangan Subang Parade. Senyum sampai ke telinga lah aku kan.

Demi buku ni, ada seronok dan tak seronoknya yang berlaku hari ni.

Yang seronoknya, buku ini ditaja, yakni aku dapat pree! Hihihi. Sukanya bila orang belanja kan!

Yang tak seronoknya, melepas aku nak makan Beger Kaw Kaw! Hey buku, ini semua sebab kau la, taw!

Tak dapat beger kaw kaw, tapi diganti dengan beger spaisi ciken mek delux pon ok, syukur alhamdulillah. Murah rezeki orang yang belanja tu. Walaupun ada sedikit drama masa makan, hingga terputusnya selera, dan akhirnya balik macam tu jer, tetap nak ucap terima kasih pada si tukang belanja.

**tak seronok betol bila drama sebabak jadi time makan!**


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 18 March 2013

#234 Rindu Bertamu Di Komples SUKOM






Tengok tajuk, kemain over tak ingat kan. Heheh.

Harini sahabat di Freescale sinun ajak makan tengahari sama-sama. Semenjak hari terakhir aku tinggalkan Freescale dulu, ni kali pertama jumpak balik. Ala-ala mini reunion gitu walaupun dua orang sahajor.. Keh keh keh.

Tempat makan yang menjadi pilihan adalah Kompleks SUKOM Sg Way. Ini adalah kerana tempat makannya banyak pilihan lauk pauk, dan yang pasti, harganya murahssssss sangat-sangat.

Aku makan nasik putih, ayam goreng, sayur pucuk ubi masak lemak, air asam, dan sirap limau ais.

Alhamdulillah kenyang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 17 March 2013

#233 Tak Nak Cakap Banyak


Nasik puteh + kuah kari + telur sambal + sambal sotong =RM7.50
Tercekik tak?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 16 March 2013

#232 Segmen: Featured Me on Bubbly?



Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 

Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 

Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 

Syarat2?
  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 
Pemilihan Pemenang Segmen:
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 
Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better...




#231 Hey You, Pakcik!

beberapa hari lepas, aku pergi 1 kedai kat bawah rumah aku ni.

nak beli minyak ceritanya. tapi semua kedai takde jual minyak dalam botol. dalam paket pulak ada 1 kedai je yang jual. tapi aku gigih jugak nak tanya kat 1 kedai yang jarang-jarang orang masuk ni. kot-kot la ada kan.

setelah puas aku terokai kedai tu, sah tak de minyak. mulut pulak gatai pi tanya kat pakcik jaga kedai tu, "minyak ada dak?"... tau apa dia jawab?

"dah tengok takde kan? takde la!" **dia jawab dengan kekwat tau**

hambuih! aku tanya dengan sopan kot. geram punya pasal, dengan tak bersalahnya aku pun cakap "takkan tanya pun tak boleh, kot la simpan minyak kat tempat lain!" gituh kan biadapnya aku hari tu. terus aku blah. aku beli jer minyak dalam paket kat kedai lain.

tadi pagi, sebelum aku pegi kerja, aku gedik lagi singgah kedai tu, aku amek air kotak yang harga rm1.20. pastu aku bagi duit rm10. dengan yakinnya dia tanya aku balik, "doposen ada?"

hah! perangkap mengena.

aku jawab balik, "saya takde bagi doposen kan? tak de la!" terus aku blah.

air kotak tu? aku tinggal je.

hahahahahahahahahaa!

padan muka kau pakcik. orang nak beli elok-elok haritu kemain kasar bahasa. semoga melingkup kedai dia kalau dia terus kuang hajau begitu

hey you! nak meniaga, mulut kena manis, muka mesti ala senyiuuuuummmmmmm... tahu.

contoh senyum adalah seperti ini




Friday, 15 March 2013

#230 Misi Mencari "Dari Tanjung Malim Ke KLCC"





Aku masih bercuti hari ni. Dan hari aku dihabiskan untuk mencari sekeping buku bertajuk "Dari Tanjung Malim Ke KLCC".

Berdasarkan review-review yang aku baca dari 1 blog ke 1 blog, kebanyakannya kata buku ni best. Terus dalam hati berkata ala-ala Amy Mat Piah dalam filem RockOo!

"Ini yang buat aku semangat nih!"......

Memula aku terjah kat One Utama sana, masuk Popular. Cari punya cari tak jumpak. Aku tanya staff situ depan kata dah habeh. Kuchiwa ai tahu.

Pastu pergi pulak kat MPH kat dalam One Utama jugak. Aku tanya kat staff situ, dia cakap dalam stok tinggal sekeping jer lagi buku tu. Bila cari memang tak jumpak la kan kalau dah tinggal 1. Terselit mana-mana, ingat senang nak jumpak. Puas aku cari sama-sama dengan staff MPH tu. Tetap tak jumpak. Ok, pasrah!

Next, cepat-cepat merempit ke Popular kat Paradigm Mall pulak. Dari 1 rak ke 1 rak aku ukur punya nak cari buku nih. Hakikatnya, tetap takde stok. Ni nak marah nih!

Dipendekkan cerita, sampai ke Sunway Pyramid sana aku cari. Masih tak dak buku ni. Haih, laku sangat ke pon buku ni? Ke dorang yang amek stok 10 buku ke untuk 1 kedai? Grrr...

Maka ferlukah aku gigih menapak ke Kinokuniya di KLCC sana?

Kang tak pasal-pasal pulak aku yang buat buku "Dari Damansara Ke KLCC".. Haha! Gitew khennnn.....


*Kalau sesiapa ada terjumpak buku ni dijual di mana-mana, mohon beli untuk aku buleh dak? Keh keh keh**


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 14 March 2013

#229 MasterChefnya Aku : Kek Batik "Potong Kaki"



*******************************
mari tuan puan dengar ini cerita,

harini aku cuti, duduk rumah saja.

ada projek yang nak dibuatnya,

projek apa itu, 

lihatlah sajaaaaaaaaaaaaaaaaa

*******************************

tu diah tetiba keluar lagu ala-ala iklan axion kan!

hahahaha.

seperti yang tertera dalam lirik di atas sinun, ye aku cuti harini.

bahagia sungguh rasa bila bercuti di hari bukan sabtu dan ahad.

tengah malam semalam, kawan aku mintak tolong buatkan dia kek batik.

teringin, lama tak makan katanya.

demi sahabat, aku kesiankan dia.

aku pun buat lah untuk dia sebekas.

tapi aku buat dua bekas kek batik ni.

hey, aku pun nak jugak la kan!


so tersarunglah apron masterchef ni setelah lama tergantung tidak bertali.


bahan-bahan pun tak banyak mana guna



tanpa biskut meri, kek ni tak dinamakan kek batik yer




sila abaikan tompok-tompok hitam di kuali itu.

kata orang, makin hitam kuali, makin sedap!

bahahahahahah

**percaya tak?**




bila dah semua cair dan pekat melekat, cepat-cepat masuk biskut meri




gaul jangan tak gaul.

pastikan sekata.





taraaaaaaaaaaaaaa!

***aku musykil kenapa ia dinamakan kek batik. nak kata ada rupa batik, jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan corak yang ada pada kain batik mahupun baju batik.**


Wednesday, 13 March 2013

#228 Peneman Sepanjang Hari


harini, aku kerja sorang-sorang.

sepatutnya ada dua orang.

tapi partner aku yang sorang tu tak sihat.

mc.

dari semalam lagi dah nampak dia memang tak sihat.

so aku redha jer la buat kerja sorang-sorang.

 


memandangkan dia tak datang, jadi kerja dia aku kena buat.

kerja dia + kerja aku = kerja kuasa dua

kebetulan pulak, harini memang sebok sungguh-sungguh.

nak curi keluar sekejap beli makanan pun tak boleh.

nasib baik ada air mineral yang aku bawak dari rumah ni ada.

minom air jer la sepanjang hari.

tapi kan, pagi tadi aku dah mencekik nasik kerabu buat sarapan.

hahaha......

*******************************************

 aku tak kesah pun kena buat dua kerja.

selain memantapkan skill bekerja,

aku belajar erti kesabaran dan paham memahami antara rakan sekerja.

harini dia tak sihat,

esok lusa siapa yang tak sihat, manalah kita tahu yer dak.


 tapi......






aku laperrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......




**menunggu jam 10 untuk balik rumah dan makan**
 



Tuesday, 12 March 2013

#227 Syiling Lama Ke Baru


balik kerja semalam, tergerak hati nak kira duit dalam tabungan.


ok sila jangan cerca tabung aku ye.

orang kedekut tabung dia memang macam ni, cap Drinho!

dalam bekas ni aku cuma letak syiling sahaja.

hasil dari balance setiap kali pergi kedai beli barang.

walaupun harga barang RM1.20, aku tetap bayar RM2 sebab nak dapat syiling bernilai 80 sen itu.

padahal ade je 20 sen dalam poket.


setelah dikira-kira, eh banyak pulak duit 5 sen ni.

mana datang?

adakah aku main terima jer duit baki tanpa mengira?

ya, memang pun.

syiling kot, rajin pulak nak kira, nak nak pulak kalau 80 sen tu dia bagi semua duit seposen yer dak.

**************************************************

susah nak bezakan dua duit ni kalau tak diperhati betul-betul







*****aku lagi suka duit syiling yang lama punya*****