Demi Masa

Thursday, 28 February 2013

#213 Candy Crush Lagi



ingat?

haaaaaa ni nak habaq pi kat hangpa semua.



TADAAAAAAAAAAAA.........!!!

 
tu diah, kemain besaq nala punya aku tayang..

 
 nampak dak aku dah melepasi level 35.

vannga kemain! padahal orang lain dah level tinggi lagi khennn.......

gigih tau aku google macam mana nak lepas level ni..

siap tengok youtube bagai.

tapi kan, dah sampai level baru nih, tau apa syarat kelayakan dia?

kena connect dengan facebook, dan perlu ada tiket yang perlu disedekahkan secara belas ehsan dari kawan-kawan facebook yang main sama.


haih!

macam tu pon buleh nooh?

penat tau aku berusaha sampai ke tahap ni.

kawan yang main candy crush ni kat pesbuk sana macam la berkoyan-koyan.

kalau ada sesiapa yang main, mohon add facebook saya dan sedekahkan lah barang sekeping dua tiket.

pleaseeeeeeeeeee


**tak pasal-pasal jadi entri meminta bantuan**


Wednesday, 27 February 2013

#212 Tiga Hari Di Langkawi

Bila Papa Mifz seronok bercerita percutiannya di Langkawi sinun,

wah wah wah,

terbayang kenangan silam uols!

aku ikut program kelolaan unit bimbingan dan kaunseling.

masa ni baru tamat semester dua.

dua hari selepas tamatnya final exam, kami berangkat ke langkawi.

 Atas feri

 Sambil bergambar sambil melihat "sesuatu"

masa ni kan, ada amoi sedang bergambar, dan amoi tu pakai skirt.

haih!

tercemar pemandangan.

hari kedua, lepas kepala dah dipenuhi dengan pelbagai ceramah kaunseling, kami dibawa bersiar-siar.

 mereka bukan sesiapa

 bukti sampai kat kilang gamat

tongkat ape entah namanya

sempat amek gambar syok sendiri dalam bas ke makam mahsuri

gambar di makam mahsuri tak dapat dijejak.

so tak boleh nak tayang noh...

selepas selesai aktiviti di makam mahsuri, kami dibawa ke perkarangan gunung mat cincang.

hajat nak naik ke puncat tak kesampaian kerana kesuntukan masa.

 kat bawah gunung mat cincang.. ada mini zoo kat situ

berebut-rebut nak bergambar dengan abang fasilitator (bertopi)

hari ketiga, berangkat pulang ke rumah masing-masing.

semua agak sedih bila nak berpisah. padahal baru 3 hari jer pon bergaul mesra.
 
 sebelum berangkat pulang

atas feri lagi


banyak lagi gambar yang dah hilang..

itu semua penangan hilang henpon.

segala gambar dalam henpon tu sungguh berharga.

sayang tak pindahkan gambar tu dari memory card ke pendrive.

oh, semester seterusnya, adik-adik yang di program tu haghammmmmm menegur kat poli.

kekwat tau adik-adik tu.

setiap kali sebut pasal langkawi, memang aku akan teringat kenangan 3 hari kat langkawi ni.



Tuesday, 26 February 2013

#211 Segmen Blogwalking Oleh Eraz Fadli


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..






****first time join segmen sebegini :)

#210 Tengok Kak Ton, Comey Tak!








Ade pernah anda semua lihat iklan kakton tu?

Seriously, aku rasa nak gelak guling-guling bila tengok iklan tu.

"Produk kak ton memang berkesan, tengok kak ton.. Comey taaaakkkkkkkkkk"

Dan dengan penuh semangat yang lain pon menjawab;

"Comeyyyy kak tooonnnnnnnnnnnnn"

Sabor aje lah **urut dada**

Kat pesbuk siap ade page ok untuk tagline tuh! Tapi tak ramai lagi pun yang like.. Heheh..


Kat twitter jangan cakap lah, memang jadi bahan punya..



Kelas kak ton!

Memang tak dinafikan la, bagi umur orang macam kak ton tu, dia masih anggun.

Tapi kan, ori ke wajah tu kak ton oi? Keh keh keh :p



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 25 February 2013

#209 Jangan Baca Kalau Taknak Sakit Hati

ada sesetengah manusia memang suka menyelongkar hal peribadi orang lain kan. contohnya sembunyi-sembunyi baca mesej di henpon, curi-curi baca diari, ataupun apa sahaja bentuk yang membolehkan dia mengetahui sesuatu.

lebih menggembirakan, lepas dia baca kan, dia sentap nok!

siap tanya kita lagi, "apesal tak puas hati ngan ittew pergi cerita dekat owang hah?"

gittew!

nampak sangat dia "baca" sesuatu kan. agak kantoi di situ!

itulah sebab perlunya menghormati barang-barang peribadi orang lain. kalau si dia tak baca, mesti tak sakit hati. sendiri cari pasal, sendiri la tanggung kepedihannya.


akai ada, pikiaq!

Sunday, 24 February 2013

#208 Candy Crush




 aku sekarang ni dok melayan game Candy Crush

pencapaian sekarang adalah di tahap 33.

ini adalah tahap yang paling lama nak selesaikan setakat ini.

 
 dah dekat dua minggu, tapi masih tak boleh nak selesaikan.

 

ada sesiapa yang main jugak game ini?

level manakah anda?


semakin tinggi "level"nya, semakin susah cabaran. ada yang senang, bukan tak ada, cumanya yang lebih payah tu melebihi yang senang.



Saturday, 23 February 2013

#207 Beger Bakar Abang Bakar

Setelah hampir sebulan menyuarakan hasrat nak makan beger bakar, akhirnya malam semalam tertunailah hajat besarku itu.


  

Asyik dok dengar jer orang cerita sana sini kesedapan beger bakar tu, mana la aku tak teringin kan. Tipu la tak terdetik di hati "bila la aku nak dapat makan beger bakar tuhhhhh".

Terima kasih kepada abang ipar kerana sudi belanja adik iparmu yang satu ni. Aku tau korang baca blog aku. Hehe. Lain kali belanja lagi yer. **matilah muka tak malu meminta-minta**

I lap you lah! Muah muah muah!



lain kali nak beger yang kat damansara damai tu tau!


******sedikit tambahan******

klik gambar untuk tumbesaran
sumber dari uncle gugel


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 19 February 2013

#206 Rela Paksa



Okay, setelah bunyi batuk-batukan itu mula mengganggu suasana persekitaran terutamanya di waktu malam, hari ni aku ke klinik. **kesian jiran aku**

Hehe, demam batuk selsema bagai dah beberapa hari, tapi harini baru nak pi klinik. Kalau orang lain yang tak sehat, kemain nasihat orang suruh pi klinik cepat-cepat noh. Kena kat batang hidong sendiri, kemain liat nak pi jumpak doktor. Betoi kata orang kan, mudahnya nasihat orang lain, tapi sukar nak nasihatkan diri sendiri.

haritu batuk kering jer. la ni batuk dah berkahak. hingus pun galak merembes keluar. tidur malam pun terganggu. jadi molek benarlah aku ke klinik.

Boleh aku ulangtayang skrip doktor tu tak kat sini? Ok aku jawab. Mesti la boleh kan! Haha!

"Yes Mr Amin, apa sakittttttttt"
"Sudah dekat satu minggu baru mau datang check, dulu pun macam ini."

***Dulu doktor tu pernah marah aku sebab lambat datang check bila demam / batuk / selsema.***


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 17 February 2013

#205 Tak Dok Rejeki


seorang sahabat yang sedang melanjutkan pengajiannya di UTHM bertanyakan di pesbuk;



setelah disemak;




*******redho*******



Saturday, 16 February 2013

#204 DugaanNya


Semenjak dua hari ni, kemain gatal tekak ni ha...

Kalau buleh nak digaru-garu bagi hilang gatalnya.

Dah kering tu 1 hal la kan, buleh ler pulak datang dengan batuk yang sekali sekala.

Perit betoi rasanya.

Strepsil tu dah habis sekotak dalam masa 24 jam

Nak keluarkan suara pun dah rasa pedih-pedih.

Tak seronoknya!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 14 February 2013

#203 Air Asia Buat Hal Lagi



mengkome weyhhhhh........

ianya kembali lagi mengkome semue...

aje ngan gatei tangan ni haaa nak menerei lagi....

idak ker kome nak joinnnnnnnn

~ngeeeeeeee~

perjalanan sepanjang bulan April nanti..

pada yang berkenan, 12 tengah malam ni mohon tercongok di hadapan pc/lappy masing-masing.



agak-agak sempat ke kumpul duit..kih3

**mula pasang angan-angan**


Wednesday, 13 February 2013

#202 Salah Siapa Sebenarnya?

Untuk pengetahuan umum, aku sangat takutkan kucing.

Ye!

T . A . K . U . T

Kebanyakan kawan-kawan aku pun tahu hakikat dan kebenaran ini.

Satu hari, sedang aku melepak-lepak dengan kawan-kawan "terbaik" aku ni, tak semena-mena, melintaslah seekor kucing yang entah dari mana munculnya.

Aku faham niat manusia nak mengusik bergurau senda. Diacah-acahnya kucing tu ke arah aku. Ditolak-tolaknya kucing tu kat aku. Aku yang sedia ada geli geleman trauma bagai semua cukup dengan kucing ni, tolak la kucing tu dengan kaki. Yang sorang kawan ni pulak, entah syaiton mana menghasut, angkat kucing tu, dan lempar kat aku.

Tragedinya, aku terlebih sepak kucing tu sebab terkejut dan takut! Kucing tu pun terus lari.



Part yang bestnya pulak, dorang kata aku ni kejam. Takdak hati perut sebab sepak itu kucing.

"Kucing ni binatang kesayangan Nabi tau" kata "pak ostad jadian" tu lagi.



Persoalannya di sini, siapa yang kejam? Aku-kah? Mereka-kah? Kucing itu sendiri-kah?

Aku kejam? Ya! Sebab aku sepak kucing tu.

Tapi,

Mereka lebih dzolim sebab baling kucing tu kat aku. Mereka tahu aku takut kucing. Tapi tetap buat perkara tak semenggah tu. Kalau dibiar je kucing tu, mustahil la kaki aku ni nak menyentuh badan kucing tu.

Kan?

Dan kucing tu pulak mangsa keadaan kedzoliman mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 12 February 2013

#201 Dua-Dua Cerita Pun Best!



harini aku dengan kakak aku bermarathon di TGV Sunway Pyramid.

5.50 pm kami masuk ke cerita Die Hard dulu. disebabkan panggung biasa-biasa yang ada dah penuh, dan waktu tayangan yang tak sesuai, maka panggung luar biasa (IMAX) di TGV ni menjadi pilihan terakhir.

tengoklah harganya.

doplohnam hengget okay!
**keterpaksaan dan ketelanjoran**

lepas je habis cerita Die Hard tu, (ngam-ngam tamat 7.30pm) kami berkejaran pulak masuk ke panggung yang lain untuk layan Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit pulak.

nampak tak kegigihan di situ?

ini kali kedua aku tengok Husin, Mon, Dan Jin Pakai Toncit ni.


disebabkan haritu aku pergi tu tengok sorang-sorang, maka terpaksa tengok lagi sekali sebab kakak aku nak jugak tengok citernye.

begitulah caranya kami mengisi masa yang terluang
**tangan di dada, mata ke atas**





Sunday, 10 February 2013

#200 Terima Kasih Daun Keladi


diam tak diam, dah pun masuk ke entri yang ke 200.

dah setaun lebih tercampak di dunia blog.

gembira mengenali anda semua.

saya mengenali abang, adik, kakak, mak, ayah, makcik, pakcik dan selainnya.

mohon ukhwah ini berkekalan hendaknya.



terima kasih daun keladi
jangan serik menjengah blog ini lagi


Wednesday, 6 February 2013

#199 Pengajaran!

hari ni dah masuk hari ke dua aku di tempat kerja baru.

ya, aku sudah bekerja ye. bukan lagi penganggur! haha!

aku dapat panggilan bekerja ni masa di sabah itu hari. alhamdulillah, syukur pada Allah yang membuka mata mereka untuk ambik aku bekerja.

kebetulannya, hari ni company itu buat makan-makan di South Sea Seafood di area subang airport sana. sempena Chinese New Year katanya..

makanan memang vavavooommm gittew!

yee sang yang masih comel tidak bersentuh

yee sang yang sudah "barai" kata orang sebelah aku.

bersepah-sepah bertaburan sini sana

ada udang, ketam, sayuran, sotong, ikan besar gabak dan lain-lain

tapi kan, insiden ini takkan aku lupakan sampai bila-bila. ia akan aku jadikan pengajaran dan pedoman di hari yang akan mendatang. kenapa? apa yang terjadi?

"drunken prawn" katanya

lihatlah udang ittew.... menggiurkan bukan? ya sangat menghairahkan untuk ditelan. malangnya ianya beralkohol. itupun selepas ada sorang kakak sebelah aku tanya, "halal ke tidak nie?". bila ditanya kepada staff di situ, rupanya ada ditambah sedikit wain di dalam supnya.

gulp! wain?

**yang dah mengopek udang tu serta merta berhenti mengopek, yang mana terhirup kuahnya serta merta menolak mangkuk ke tepi**

setelah diketahui udang itu haram dimakan, semangkuk besar udang diorder lagi untuk kami para muslim muslimat yang ada. barulah boleh makan dengan hati yang tenang dan gembira.


habis makan, masing-masing tersandar kekenyangan.

syukur alhamdulillah.

lebih bersyukur, aku dapat ang pow! wahaha. suka sangat. baru masuk kerja dua hari, dah dapat ang pow. lepas la belanja seminggu dua. :D

pengajaran : bila kita makan di tempat yang menghidangkan alkohol, harus berhati-hati dengan apa yang dimasukkan dalam makanan yang mereka hidangkan. dan dalam menu juga kadang-kadang ada tertulis bahan-bahan yang digunakan. kalau masih rasa was-was, eloklah bertanya dahulu untuk kepastian. dalam kes ini, makanan yang dihidangkan tu diorder oleh seorang staff berbangsa cina. mungkin beliau terlupa yang nak makan makanan tu bukan dia seorang sahaja. dan mujur jugak kakak yang sorang tu sangat prihatin!



**harga semua makanan itu lebih kurang RM1300 sahaja dengar katanya....


Tuesday, 5 February 2013

#198 Kota Kinabalu (3)

ini last day aku kat KK. rasa cepat sangat masa berlalu. sungguh aku tak puas. kalau lah boleh dok lama lagi kan best. banyak tempat yang aku nak pergi tapi masa kan terhad. dapat tempat duduk free ni 1 pengalaman yang paaaaaaaaaaaaling indah dalam hidop. sape nak bagi? kau? kau? atau kau? tidak kan? haha!

awal pagi aku bangun siap-siap cari sarapan. aku beli nasik lemak jer. rupanya, dari perlis sampai ke sabah, menu untuk breakfast memang akan ada nasik lemak kan. hihi.

harganya RM 1.80 sebungkus

makan nasik lemak tepi laut

lepas habis makan, aku pusing-pusing dalam pasar kraftangan. tengok apa yang patut dibeli. dalam tu semua orang jual benda yang sama je. kiri kanan depan belakang semua sama. harga pun sama jugak. aku pun tak tahu nak beli apa. akhirnya aku beli gelang jer lah kt kakak-kakak aku tu. tak lupa jugak kerepek-kerepek bagai. yang penting kuih cincin harus dibeli. wajib untuk dibawak pulang katanya.


untuk kenangan diri sendiri

pukul 10 balik hotel, mandi lagi sekali, bersiap-siap kemas apa yang patut. lepas check out, aku suruh receptionist tu call teksi. 5 minit teksi dah sampai. cekap! kalau kata pergi airport je mesti teksi laju je sampai. kat kl pun sama. call public cab mintak teksi pergi KLIA ke LCCT ke, 5 minit teksi dah tertonggok depan mata. kalau mintak teksi pergi selain airport, siap kena call balik tanya bila teksi nak sampai. 20 minit lepas call tu baru la teksi pon sampai. ceh!

elok aku masuk dalam teksi jer kan, henpon aku digegarkan dengan email ini. aku bagi besar punya. senang sikit nampak.

kan? memang part yang paling aku suka dan tunggu sangat-sangat

lepas sampai airport, aku mati kutu. tak tau nak buat ape dah. nyaris-nyaris la terlelap. lepak kat KFC amek bau jer. nak makan rasa tak lalu sangat time tu. dah 12.40 camtu aku pun beratur la nak masuk boarding area. ramai pulak la orang. dah 1.10 aku tengok flight ke kl dah closed. muka cuak habes. turn aku tak sampai-sampai lagi. sekali ade cik adik air asia sorang tu bukak line sebelah aku beratur sambil pekik "AK5107 final call to kuala lumpur!" aku pun menyelit masuk line tu terus scan beg, check badan bagai lari-lari pergi kaunter imigresen. boleh pulak time tu cari permit masuk sabah tu tak jumpak. choiy! kenapa time tu pulak nak hilang. abang kaunter tu siap cakap "cari pelan-pelan dik"

last-last jumpak jugak terselit dalam wallet. gigih aku geledah beg aku tu padahal dekat bontot terletaknya. hampeh. bikin gabra. abang tu senyum je tengok perangai aku. setel kat imigresen tu berlari-larian aku kat gate. dia cakap flight aku hujung sekali. mak ai, punya la jauh aku berlari-lari. belakang aku ade sorang lagi brader dengan beg besar gabak dikendongnya berlari. berjemaah kami berlari sapa sampai dulu. boleh? haha!

aku bersyukur sebenarnya tukar seat semalam. tak sia-sia aku meng"eksplo race"kan diri cari cc. seat sebelah aku, kosong, kosong, kooooooosong! aircond yang ada semua aku konker. puas! sejuk! oh aku tak cerita kan betapa panasnya aircond masa flight dari kl ke kk aritu. masyaallah! azab! agaknya sebab tu la baby sebelah aku tu nanges agaknya.

pramugari flight ni tak cun-cun sangat. hehe

pulau manukan dari atas angin

 disebabkan aku kelaparan, aku pun beli la nasik ayam uncle chin ni. sebab tu je yang tinggal. tak sedap! aku masak lagi sedap. **cerewet kan aku. komplen-komplen-komplen**


kapal terbang berkocak-kocak sebab cuaca buruk. awan pun gelap.

meninggalkan perairan Laut China Selatan dan masuk kawasan darat

lepas je masuk kawasan darat, dalam 10 minit camtu, tiba-tiba kan, aku rasa flight tu makin slow dan enjinnya makin senyap sedikit dan makin menurun ke bawah. lepas tu rasa macam stop dan terapung kat atas awan tu sambil tergoyang-goyang. apehal ni? takkan dah nak landing? aku tengok jiran kerusi seberang muka dia lebih cuak dari muka aku sambil pandang kiri kanan depan belakang. aku yang musykil ni tertanya-tanya gak kenapa kan. aku toleh belakang tengok pramugari tu relax je sembang-sembang gelak-gelak. so aku anggap takde pape jer la walau hati dah dup dap dup dap.

lepas 15 minit, pramugari tu wat announcement kata dah nak mendarat. lega rasa. tetiba aku dengar orang belakang aku cakap "penerbangan ini akan mendarat sebentar lagi, sila pakai tali pinggang keledar dan mengucap". aku rasa nak je bangun tampar mulut dia. celupar sungguh!

1 kawasan di pahang agaknya

akhirnya flight tu pun mendarat dengan selamatnya. rasa macam nak sujud je kat tanah bila turun dari flight tu. scary! **padahal takde pape pon kan! over!**

dengan ini berakhirlah sudah perjalanan aku ke sabah. insyaallah aku nak ke sana lagi kalau ada peluang. nak ke kundasang, gunung kinabalu, nak snorkeling kat 4 pulau tu. untuk pengetahuan, sebenarnya ni kali pertama aku naik kapal terbang. harap jangan muntah dengan tahap kejakunan aku. hihihi.

sekian, terima kasih!