Demi Masa

Wednesday, 30 January 2013

#195 Hai Lah Gigi, Kenapa Kau Muncul?

dulu aku pernah mengadu betapa sakitnya gigi sebelom dicabut dan selepas dicabut di sini dan sini.

tapi kena aku bangkitkan kembali hal ni?

sebab di bawah ini!


nampak tak gigi yang seco'ot tu?

gigi tu baru tumbuh tau.

tumbuh senget lak tu.

nak kata rasa sakit tu tak la sangat.

tapi jadi tak selesa dibuatnya.

kadang-kadang rasa ngilu pun ada.

yang aku musykil tu kan..

kenapa masih ada gigi yang tumbuh?

setahu aku, lepas gigi susu dicabut, gigi kekal tumbuh.

lepas gigi kekal dicabut, jangan harap nak tumbuh gigi baru.

kan tak?

kan? kan?

adakah doktor gigi yang cabut gigi aku dulu tak cabut habis?

patah barangkali?


Monday, 28 January 2013

#194 Penjimatan Maksimum

semalam berjalan-jalan lagi ke One Utama.

aku pun pelik lah. entah kenapa rajin sangat ke OU tu tak tau.

padahal bukan la ada apa sangat pun.

pusing punya pusing, hujung-hujung tetap masuk kedai buku.

memang habit aku dengan kakak aku, pergi mana-mana mall pun, kedai buku wajib masuk.

tak kesah la MPH ke Popular ke, janji kedai buku. 

gittew.



kakak aku memang gila novel.

pantang kalau masuk kedai buku tak beli novel.

wajib!

aku?

haha!

selalu aku masuk dan baca je. belinya tak.

melainkan kalau buku tu sangat-sangat bagus, baru la aku beli.

hehe.

dasar kedekut berjimat.

antara contoh buku yang bagus untuk dibeli adalah seperti di bawah ini.


cita-cita nak masuk Masterchef katanya.

harus la ada buku resepi.

tapi kan,

buku ni kakak aku yang bayar jugak!

**aku menghilangkan diri di waktu pembayaran**

haha!

nampak tak betapa kedekut berjimatnya aku.

keh keh keh..

Friday, 25 January 2013

#193 Yang Katanya Best Tu

3 bintang jer lah.

Jalan citernye agak menarik... Lebih kepada persahabatan. Pergilah tengok kalau nak tahu. Tak pun tunggu dvd sajor.. Haha

Published with Blogger-droid v2.0.9

#192 Budak Flat Jalan Bayan, Realiti!

sempena maulidul rasul, tv9 harini menayangkan sebuah telemovie yang agak menarik untuk ditonton.


cerita ni sangat bagus. penuh sindiran terhadap masyarakat. puas tengok. lama sangat tak rasa feel macam ni bila tengok citer melayu. dan sebab cerita ni jugak aku abaikan citer Ruby. haha! cerita ni tertumpu pada watak Reza (Syafie Naswip) dengan bapaknya Agus (Namron). watak-watak lain tu sebagai penyedap rasa cerita ni.

tapi aku tertarik pada watak Hj. Junid(Razak Ahmad). seorang ostad yang feeling bagus. wahhhh kemain puaka mulut pak ostad ni bercakap. sesedap rasa je mengutuk orang. geram aku masa dia menegur sorang lelaki lembut yang kerja jadi mak andam. cara dia menegur tu amatlah tak kena dan tak sesuai dengan dirinya yang seorang ostad. hujung-hujung kena sekolah dengan sorang budak perempuan.

"Rasulullah berdakwah dengan mencontohi diri dia sendiri. tak pernah nak kutuk orang, maki orang. itu sebab dakwah dia berjaya"

"orang Palestin jauh-jauh kita nak tolong, jiran kita sendiri kita layan macam ni?"

bini pak ostad ni pun sepesen jugak. ala-ala ustajah gitu dressingnya. tapi mulut, laki bini sama je. sebok mengata anak orang, tapi anak sendiri punya salah sikit tak nampak. orang beragama ni, kuat agamanya, kuat jugaklah dugaannya.. yer dak?

dan sebab mulot puaka makcik ustajah ni jugaklah si Reza tu jadi benci balik kat bapak dia (walaupun asalnya memang dah benci tapi mula nak berbaik-baik). dikatanya Pak Agus membuntingkan anak orang. padahal dia tak tahu pun cerita sebenar. grrrrr!

penghujung cerita ni pulak sedikit emosi la. sedih aku dibuatnya bila Agus bapak si Reza tu kena tikam dengan pisau dari belakang sebab nak selamatkan anaknya si Reza tuh. tapi bapak dia tak mati la. sihat walafiat dan kembali berniaga.

pengajaran dari cerita ni, jangan kita jatuhkan hukum sesama manusia. orang yang tak baik, kalau dia nak berubah ke arah kebaikan sepatutnya diberi bimbingan dan galakan. jangan menilai seseorang dengan sejarah lalu, tapi nilailah siapa dia sekarang. dan sebagai orang yang beragama, jadilah sebagaimana orang beragama. nasihatilah orang secara berhikmah dan bukan main taram je apa nak cakap.

Thursday, 24 January 2013

#191 Juvana

Harini kat twitter penuh dengan twit-twit dari peminat Johan Asari. Semua pakat-pakat twit pasal citer Juvana nih.

Best dan terbaik katanya. Harini pun dah lambat sangat nak pergi tengok. Mesti ramai orang punya sebab hari cuti. Silap-silap dapat seat depan. Memanglah seat depan paling "best" kan!

Esok jer lah aku pergi tengok.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 23 January 2013

#190 Kau Mawarku : Masih Ingatkah Dengan Lagu Ini?


sila tonton hingga tamat
m(^_^)m





geli hati baca komen-komen pasal video nih
hihihihi















Monday, 21 January 2013

#189 Insomnia

Aku ada masalah yang tak berapa nak baru.

Dah seminggu, aku tak boleh tidur malam.

Aku hanya boleh tidur lepas subuh.

Macam-macam cara aku cuba nak paksa diri tidur.

Segala stok ubat yang boleh bagi aku mengantuk aku dah telan.

Tapi tak boleh-boleh jugak.

Masalah ni membuatkan aku jadi lemau di waktu siang.

Haih!





***arwah mak dulu pun tak boleh tidur malam bertahun-tahun lamanya. Ianya diwarisikah?***


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 18 January 2013

#188 Gigih Tak Mak?????

bosan-bosan kat rumah,
aku check la email...
sekali nampak kat Spam tu macam banyak jer..
saje klik..
kalau dah nama lagi SPAM email kan,
haruslah email yang mengarut-ngarut.
website terbaru la,
jantan gagah perkasa la,
lubuk duit la,
jana wang 20k seminggu la,

tetiba ade pulak email dari sorang makcik ni.
jauh dari hinglen sana.
kaya raya..
tapi kesian dia.
sakit cancer katanya.
hampir-hampir menemui ajal gamaknya.

gigihnya aku pun reply menyatakan simpati.
pastu dia pun reply balik.
nak suruh aku bantu dia jalankan kerja amal..
mengagihkan hartanya yang sebanyak £ 2,000,000.00
vah vah vahhhhhh

kalau aku bantu mesti aku kaya raya khen?
boleh la joli sakan...
shopping sana sini..
melancong ke satu dunia..
seronoknya!

tapi maaf lah,
mak tak berminat nok!


sila klik untuk tumbesaran



gigih kan aku melayan depa semua nih?
hahahaha!

penganggur la katakan....


Tuesday, 15 January 2013

#187 Hati Saya Mengatakan Ya

semua orang cakap aku amik keputusan melulu dan tak masuk akal dan drastik dan bodoh.

tapi aku yakin dengan keputusan aku melangkah pergi.

orang kata, ikut hati. sebab hati tak pernah menipu.

kata orang jugak, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

dua-dua aku terima.

sekarang waktu kemendungan aku.

insyaallah ada matahari yang menyinar nanti.

Monday, 14 January 2013

#186 Ad-Hoc

Pagi tadi, aku serahkan 1 surat kat boss aku.

Lepas dia baca, dia tengok aku.

"Awak nak ke mana?"

"Tak kemana. Duduk rumah. Ada rezeki saya sambung belajar. Kalau tak, saya cari kerja lain."

"Ada masaalah kat sini?"

"Saya tak rasa sini tempat untuk saya."

"Duduk.. Kenapa?"

"Saya.....bla bla bla............ Dan saya tak pasti saya mampu capai tahap yang dikehendaki. Jadi lebih baik saya undur diri."

"Awak tahu risiko notis macam ni?"

"Ye saya paham risikonya, dan saya bersedia."

"Ok...."

********************************
********************************

"Abang, harini saya last keje"

"Uih....apesal? Bila bagi notis?"

"Tadi."

"Sebab pindah ke PM ke?"
.
.
.
.
.
"Tak per lah.. Cari la peluang lain.. Ada rezeki kat mana-mana. Bagi nombor telefon nanti.."

********************************
********************************

"Ok kak..... Maaf kalau saya terlebih terkurang..."

********************************


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 13 January 2013

#185 Gara-Gara Tertidur

Semalam aku tak boleh tidur. Terganggu dek perangai jiran yang tak senonoh terpekik terlolong. Geram naoooo.....

Penyudahnya aku amek kesempatan "tidur sekejap" sebelum waktu lunch. Sedar-sedar dah pukul 3.15 kau! Haaaaaaa! Kelam kabut aku keluar pergi kafeteria.

Seperti yang dijangka, tiada saki baki makanan yang tertinggal. Buah jer ade. Buah pun buah lah. Janji perut terisi.......


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 12 January 2013

#184 Soalan Mintak Kaki

"Hang reja apa la ni?"

"Kerja kilang ja.."

"Belajaq tinggi-tinggi reja kilang ja???"





**sila hargai pekerja kilang**
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 11 January 2013

#183 Semalam Harini Esok

orang lain sebok marathon nak nengok adam & hawa bagai....

tapi aku?

haaaaaaaaaaaaa..

ni diaaaaaaaaaaaa!!


bermarathon semalam, harini, dan esok untuk menghabiskan 24 episode.

gigih sekali bukan?

Wednesday, 9 January 2013

#182 Terima Kasih Air Asia Sebab Bagi Tempat Duduk Percuma!



tahukah anda betapa gigihnya aku duduk depan pc mengadap website air asia sambil mencari-cari tarikh untuk mendapatkan "free seat" kononnya tu?

yer la,

semua orang kalut nak mencuba nasib kan.

aku pun taknak la melepaskan peluang.

den torai jugak.


haaaaaaaaaaaaaa murah kan.......??

sama harga dengan tiket bas balik taiping.

hahahaha!

yang penting, aku dah beli.

so hujung bulan ni, moh kiter!

walaupun tempat duduk free katanya, masih ada caj-caj lain yer.

itu pun tak termasuk luggage. sebab aku mungkin tak bawak banyak beg.

wah! tak sabar nak meronggeng!

sorang pon sorang lah kan.

pedulik hape.

janji hepi sudeyh...






nak menunggu kapal terbang cap WAU tu bagi free alamat kempunan la khen!

Monday, 7 January 2013

#181 Tolonglah!

Bila seseorang meminta pertolongan pada kita, mesti la kita akan tolong kan? (Kalau berkemampuan/berkesempatan)

Tapi masaalahnya, adalah sangat menyakitkan hati bila kita tak boleh nak menolong, si peminta tolong tu pulak EMO kat kita.

Hey, jangan la cakap kau ada sorang jer kawan dalam dunia ni untuk mintak tolong. Kalau sorang tak boleh tolong, cari lah orang lain yang boleh tolong.

Dan si peminta tolong jugak kena paham, bukan semua orang bebas dari masaalah. Kalau awak bermasaalah, orang lain mungkin seploh kali ganda masaalahnya dari awak.

Dah lah cara mintak tolong tu tak bertatasusila. Apa perasaan bila orang mintak tolong dengan cara mendesak?

Contoh mudah, dia nak pinjam duit, pastu suruh bank in la la tu jugak.

Contoh lain, dia mintak tolong ambik dia di sekian tempat, tapi nak kereta berenti depan-depan dia jugak. Tak nak berjalan barang seploh langkah sekalipun.

Boleh?

(Itu contoh jer la ye)

Dah mintak tolong buat la cara mintak tolong. Mintak baik-baik, dan ikut kesenangan orang yang nak menolong tu. Kalau orang tu tak senang nak menolong ketika itu, cari orang lain yang boleh menolong. Bukannya cakap, "takpelah, sorry susahkan kau" dalam cara yang sangat menjengkelkan.

Maaf termeroyan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 5 January 2013

#180 5 Tahun Lagi

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tarikh : 3 Januari 2013
Masa : 5.45 pagi
Lokasi : Lorong yang sunyi, sebelom memasuki LDP

"encik, lesen encik ni tamat tempoh hari ni tau", kata abang polis itu.

"eh? harini ke? bukan esok?", jawapku dengan terkejut.

"harini kena renew yer encik. kalau tak, esok kami buat roadblock lagi,
insyaallah saya bagi surat kat encik", katanya sambil tersenyum.

"terima kasih", memberi senyuman balas dan terus blah. dah lambat nak gi keje nih!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



selama ni aku dok perasan yang lesen aku tamat tempohnya 4 januari 2013. rupa-rupanya 3 januari 2013. terima kasih kepada abang polis yang menahan aku secara sengaja itu. cari makan ler tu.

tengaharinya aku dengan penuh keyakinan terus pergi ke pos office yang paling dekat. dah sampai post office, tengok punya la ramai orang dok menunggu giliran. majoriti memegang buku ASB masing-masing. lepas setengah jam, baru sampai giliran aku. selamber aku ke kaunter dan bagi lesen. 

"ni adik kena pergi JPJ kalau nak renew lesen ni. kat sini tak boleh", kata makcik kaunter itu.
"kenapa tak boleh?", aku terkejut lagi.
"adik lesen P. kat sini untuk renew lesen full dengan lesen L jer dik", makcik tu punya penerangan.
"pergi JPJ bawak sekeping gambar dengan lesen ni yer", sambung makcik tu lagi.

kelam kabut aku balik ke kilang dan cari boss aku. jam dah pukul 2 petang masa tu. aku terus terang kat boss aku, dia pun CUBA nak paham situasi aku, dan bagi aku half day hari tu. 1 masalah dah selesai. masalah besarnya, dimanakah lokasi JPJ yang terdekat. menaliponlah aku merata orang nak tanya kat mana JPJ. kawan kakak aku cakap kat padang jawa klang. tak pikir banyak, memecutlah aku ke situ.

sampai JPJ padang jawa tu dah dekat pukul 4. amek nombor giliran dan duduk. ada lebih 60 orang lagi sebelom sampai nombor aku. tetiba dapat 1 mesej dari kawan aku.

kat depan lrt taman jaya tu kan ade jpj. belakang mahkamah tuuuuuuuuuu

yer. baru aku perasan ada JPJ kat situ. kenapalah tak terpikir. ni akibat dari kegelabahan la ni kan. tapi dah sampai dah pun. nak kata apa.


akhirnya sampai giliran aku. akak kaunter tu tanya nak renew berapa tahun. aku jawab dengan yakin, 5 tahun! haaaaaaa kan? puas hati.

tunggu lagi 5 tahun. ingat ker tidak nak renew lesen time tu. haha!


Thursday, 3 January 2013

#179 Bulat Tekad

Beberapa hari yang lepas aku masih teragak-agak untuk melangkah pergi.

Harini, aku dah membulatkan tekad.

Aku harus pergi.

~sedang gigih mencari kerjaan baru.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 1 January 2013

#178 Berlagak Katanya




khennnnn?

mothip kata aku berlagak?

HELLo...

tegur pun tidak..

mesej pun tidak,

call jauh sekali la..

tiba-tiba aku dituduhnya berlagak?

ewah ewah ewah...

eh silap..

AMBOI AMBOI AMBOIIIIIIIIIIIIIIII



oh ya, ini adalah sebahagian dari perbualan aku dengan sepupu aku yang beza umur antara kami adalah 7 tahun. nampak tak penggunaan kata ganti diri "aku" tu. ya! ini adalah pertama kali percubaan beliau ber"aku" dengan aku. hurmmm.. rasa dah besar agaknya tu.

bilakah kali terakhir kami bersua muka yer? ENTAH, tak pernah aku ingat (kasar tak ayat?). eh, jangan salah sangka ya. aku tak bermusuh dengan sepupu sepapat sendiri. cumanya, kesan luka dulu masih terasa. dan aku memang agak dingin dengan mereka. mungkin sebab tu aku dikatanya berlagak. KOT?