Demi Masa

Monday, 31 December 2012

#177 Cerita Sepanjang 2012

2012 meninggalkan banyak cerita dalam hidup aku. banyak yang terjadi. nak buat karangan takut meleret-leret ceritanya. ringkaskan ajer lah yer. aku dah link kan sekali dengan entri yang berkaitan. kalau sudi baca la ;)

Januari

  • berjaya mengeluarkan sebijik motor untuk tunggangan persendirian. Yamaha Lagenda. syukur!

Mac


April


May


Jun


Ogos.


Oktober


November


December

Friday, 28 December 2012

#176 Nak Ke Mana?

 yeayy.. harini last kerja malam sudeyh..

dan cuti pulak sampai new year

yes!

dan ada plan nak jejalan...

tapi kemana?

batu ferringhi kah?
teluk batik kah?
port dickson kah?

atau melaka kah?

atau duduk rumah kah?



tungguuuuuuuuuuu.............


Thursday, 27 December 2012

#175 Dah Tak Kempunan Durian Crepe


setelah sekian lama kan,

dok nengok jer orang hapdet durian crepe sini sana..

sampai berjelejeh air liur menahan keteringinan..

akhirnya.....


sampai jugak hajat nak merasa makanan berbunyi krip krip ni kan...

untong sangat orang yang menjual mende ni.

4 ketol, seploh hengget.

seploh orang beli dah dapat seratus.

kayoooooooooooooooo!

Wednesday, 26 December 2012

#174 Tekanan Di Tempat Kerja

Harini entah hari ke berapa aku kat PM. Belum lagi aku jumpak sesuatu yang menarik di sini. Masih mencari-cari ikatan kimia yang boleh membuatkan aku bercantum sebati dengannya.

Seriously, kerja di PM sangat berbeza. Masing-masing buat kerja sendiri. Menolong sekadar perlu. Aku yang "budak baru" ni terkulat-kulat buat kerja. Dah lah bukan semua yang aku tahu. Mintak tunjuk ajar pun macam tak ikhlas je pakcik sorang tu.

Aku kat PM bagaikan budak sekolah rendah yang baru pandai matematik tahap satu. Setakat ilmu yang tahu hanyalah tambah, tolak, darab, dan bahagi. Kot terror sikit tahulah kuasa dua dengan punca kuasa dua. Tiba-tiba dapat soalan kalkulus, dan diberi rumus umum sahaja. Agak-agak, budak sekolah rendah tu boleh buat tak? (Kecuali set2 adik adiputra la, itu terkecuali)

Ada satu situasi yang aku baru alami; handler yang aku sedang siapkan, ada problem di bahagian dalamnya. Bersuhu -40 degree. Dengan selamber aku naikkan suhu ke 25 degree sebab nak repair bahagian dalam. Tup tup aku kena marah sebab naikkan suhu. Disuruhnya aku masukkan tangan dalam mesin bersuhu -40 degree tu. Kau tak pengsan dengarnya? Gila!

demi mengeluarkan 27 keping boat ni, aku gigihkan jua.

Aku paham dorang nak jimatkan masa, tapi agak-agak la sama. Aku memang pernah tengok dorang wat gitu tapi tak pernah lak terpikir aku akan kena wat benda yang sama. Dengan menggigilnya aku ikutkanlah jugak. Kalau nasib tak baik, boleh melecur sejuk tangan aku. Tapi sebab terlampau sejuk, aku pakai jer sarung tangan kain. Agak sukar jugak sebab tangan jadi besar bila bersarung tangan kain ni. Ruangnya pulak sempit. Tapi aku paksakan jugak diri. Dari terjadi benda yang lebih teruk, aku rela bersusah.

Lepas dah habis bersusah payah bagai, penyudahnya dia suruh panaskan jer handler tu. Ya Allah. Dugaan apakah ini. Sungguh teruji kesabaran aku. Ini buli namanya!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 24 December 2012

#173 Kronologinya

ini adalah sambungan kepada entri balik taiping semalam.....

nak cerita sikit sinopsisnya..


  1. bangun jam 5.30 pagi dan bersiap.
  2. sampai di stesen Puduraya jam 7.45 pagi. dapat tiket bas jam 8 pagi. nasib baik sempat.
  3. beli mee goreng untuk sarapan, tapi tak habis makan sebab rasa kapur yang tersangat hebat!
  4. bas berhenti di RNR Ladang Bikam selama 5 minit SAHAJA.
  5. sampai stesen bas Kamunting jam 12.05 tengahari.
  6. sampai ke kubur arwah mak di Kg Jelai, Batu Kurau jam 1 tengahari. selesai tanam batu nisan 30 minit kemudian. setelah 4 tahun baru tertunai hajat untuk meletakkan batu nisan di kubur arwah mak. 1 masa yang agak lama bukan?
  7. bergerak ke rumah mak da (isteri kedua abah) di Trong dan sempat menjamah makanan seperti nasik panas, gulai lemak nenas ikan talang, ikan kembung goreng, telur dadar, sambal tempoyak, ulam raja dan ais oren.
  8. bertolak ke stesen bas Kamunting jam 3.15 petang.
  9. sampai stesen bas Kamunting jam 4 petang. dapat tiket bas jam 5 petang.
  10. bas lewat selama 15 minit dari waktu perjalanan.
  11. selepas 10 minit perjalanan, bas rosak dan perlu tukar naik bas yang lain.
  12. bas berhenti di RNR Gua Tempurung selama 15 minit. beli beger dan jambu untuk mengalas perut.
  13. jalan mula sesak 1 KM dari RNR Tapah sehingga ke Rawang.
  14. sampai di Puduraya jam 10 malam. sejam lewat dari waktu yang sepatutnya.
  15. sampai di rumah jam 11 malam.

impian tak tertunai semasa di Taiping.
  1. makan durian di tepi taman tasik taiping sambil melihat pemandangan dan monyet-monyet bergayutan.
  2. memborong stok ikan masin di pasar besar Taiping.


Sunday, 23 December 2012

#172 Balik Taiping

Tiket jam 8 pagi.

Dijangka tiba jam 12 tengahari..

Dijangka pulang semula ke kuala lumpur jam 6 petang..

Sekian

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 21 December 2012

#171 Hari Pertama

Harini aku mula kerja di PM. Dengan rasminya aku menyandang gelaran "budak PM". Ceh! Siot jer kan gelaran tu. Haha

Memandangkan aku pernah training di PM dulu, briefingnya amatlah ringkas dorang bagi. Bajet aku ingat lagi letteww.. Walhal, 50% aku dah lupa.

First day, dorang dah bagi seketul handler. Sambung kerja orang kekdahnya. Memandangkan harini tak ramai orang kat PM, takdak sapa nak mai tolong aku. Terkulat-kulat aku buat kerja yang aku sendiri tak pernah buat. Haih!

Akhirnya, aku hanya siapkan 20% sahaja kerja. Hamek! Bagi lagi kan. Wahaha!


keadaan asal



setelah diseparuh bogelkan

34 step semuanya untuk diselesaikan


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#170 Senyum Pagi Jumaat

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 20 December 2012

#169 Imbas Kenangan Silam : Cita-Cita

soalan mengenai cita-cita ni memang sinonim dengan kanan-kanak. pantang dah masuk sekolah sikit, dah ditanya, "besar nanti nak jadi apa". dan bebudak, apa sangat la yang tahu erti cita-cita masa tu kan.

aku ingat dulu, masa sekolah rendah, ada 1 file kaler kuning teh ais. dalam file tu rekod pencapaian kita dari darjah 1-6. dalam tu jugak ada tertulis cita-cita setiap murid. kalau tak silap aku, setiap tahun cita-cita aku berubah. dari polis, cikgu, askar, kerani pun ada. motip nak jadi kerani? haha! ini adalah kerana perkataan "kerani" tu seringkali didengar.

dulu aku pernah bercita-cita nak jadi cikgu. sebab aku masa tu dalam kepala otak cuma pikir kerja cikgu senang, cuti sekolah hujung tahun boleh relax sebulan setengah kat rumah, dan gaji besau. yang best, jadi cikgu ade lagu tersendiri, "kami guru malaysia". kerja lain ade lagu? haha! tapi bila aku selalu tolong menolong cikgu-cikgu kat sekolah dulu, baru aku tersedar, sape cakap kerja cikgu senang!? susah! so tiada lagi impian menjadi cikgu.


lepas terkubur impian menjadi seorang cikgu, aku beralih nak jadi doktor pulak. well, kerja glamour, gaji besar, dipandang tinggi, sape tak nak yer dak. ini adalah disebabkan terpengaruhnya aku dengan cerita Grey's Anatomy ketika itu. sanggup mencalonkan diri dalam kelas sains tulen demi mengejar cita-cita untuk bergelar doktor. tapi hakikatnya, aku malas belajar biology masa tu. result pun ngam-ngam bernafas. oh aku kurang bijak subjek biology adalah kerana cikgunya ye. semua orang marah bila aku kata camtu. yer lah, kalau kita cemerlang, orang akan cakap, "ini semua hasil didikan cikgu". kalau gagal/kurang cemerlang? adilkah disalahkan murid semata-mata?**maaf ter emo**



akhirnya impian aku beralih lagi. nak jadi Chef katanya. masa aku sekolah dulu, aku adalah tukang masak rasmi di rumah yer. arwah mak aku masa tu dah tak boleh memasak sebab penyakit kencing manisnya yang telah menyebabkan kaki kirinya dipotong, dan matanya tak boleh melihat lagi. adik beradik lain semua dah tinggalkan rumah. so, kalau mak teringin nak makan apa-apa, dia suruh la aku masak. segala bahan dan ramuan dan cara memasak dia akan cerita satu per satu. sampai la aku boleh masak kari, gulai lemak, rendang, sweet sour, paprik, etc. tapi sedih, aku apply masuk UiTM untuk course seni kulinari tak diterima. entah di mana silapnya.



tapi itu semua dulu punya cerita. bidang yang aku lalui sekarang, bukanlah sesuatu yang dijangka. tak pernah terlintas di pikiran untuk aku pilih kejuruteraan. ianya seakan mimpi tak berapa nak ngeri. "once you're in, you're in" konsepnya. tak ada jalan untuk patah balik. nak tak nak kena jugak teruskan.

nampak kan?

perancangan manusia..

tak semua yang kita nak boleh kita dapat. tuhan lebih tahu dan lebih pandai mengatur segalanya. kita sebagai hamba ni cuma perlu menjalankannya sahaja.

seseorang pernah berkata kat aku, perjalanan hidup kita yang dah ditentukan, umpama manusia mencari jalan menggunakan GPS. lokasi dah ditentukan. cuma tinggal untuk pilih jalan mana untuk dilalui. jalan jauh, jalan dekat, jalan pintas, atau jalan mati. dan setiap jalan yang kita pilih, ada cabaran tersendiri.

sekarang, aku dah pilih jalannya. dan aku sedang menghadapi cabarannya.

cita-cita sekarang? aku sendiri kurang pasti. (-.-)

Tuesday, 18 December 2012

#168 Sudah Disahkan

Setelah dibuat meeting, telah disahkan bahawasanya aku bakal dihantar ke bahagian lain.

Preventive Maintenance (PM) namanya.

Keputusan itu dibuat sebab aku pernah training di PM selama sebulan setengah. Dan kebetulannya di PM tak cukup orang.

Aku cuba menerima ini sebagai cabaran dan dugaan. Andaikata aku tak serasi di situ, mungkin aku akan cuba cari kerja yang lain.

Tak mudah kerja di bahagian PM. Tekanan terlalu tinggi. Yang ada di PM tu semuanya otai-otai belaka. Anak-anak muda tak sanggup kerja di situ.

Tunggu dan lihat sajalah macam mana nanti.




***sedikit catatan tambahan.

Masa aku nak balik keje tepat jam 6 pagi tadi, hati terasa begitu sayu. Ini malam last aku dengan shift B. Aku akan masuk ke shift C lepas ni. Tengah dok kemas-kemas tool bag, notebook, dan segala-gala saki baki barang yang ada, terus feeling sambil nyanyi lagu Istana Menanti. Bleh? Sayu sungguh hati.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 17 December 2012

#167 Sempena Hari Lahir

19 December adalah hari jadi kakak aku. yakni hari rabu.
memandangkan hari rabu bukanlah hari yang sesuai untuk berkumpul,
maka aku, kakak sulung dengan abang ipar aku plan sambut harini jer.






habis selesai makan kek dan pizza, kami keluar pulak pergi makan durian.





dah puas makan-makan, kami pulang dengan hati yang gembira dan perut yang kenyang.

sampai rumah terus tidor.

Saturday, 15 December 2012

#166 Go Retro! Let The Memories Fly


sesekali dilihat balik, agak chantek sebenarnya livery malaysia airline yang dolu-dolu..... :)













sumber : google image

Friday, 14 December 2012

#165 Bakal Ditukar Lagi

ini adalah berita yang baru diterima.

menurut perkhabaran di angin lalu yang sepoi-sepoi bahasa, aku bakal ditukarkan ke bahagian lain lagi.

err... bukan sahaja bertukar kawasan jajahan, dengan boss sekali tukar.

aku bakal bernaung di bawah boss baru dengarnya.

mothipppppp?

"taknak ramai-ramai" katanya.

urut dada aku dengar.

ya Allah, kenapalah aku dikurniakan boss sebegini.

semoga ianya tidak terjadi ya Allah....


sekarang ni aku cuma nak tunggu pengesahan jer dari boss aku tu.

Thursday, 13 December 2012

#164 Pilihanraya Tertutup

Sekarang ni adalah musim pilihanraya bagi bos-bos kat tempat kerja aku.  Bahangnya sangatlah panas. Oh pilihanraya ni takde janji manismu ditepati bagai ye.

Masing-masing taknak mengalah. Portfolio macam-macam dikeluarkan. Semua nak promosikan diri sendiri. Takde pikir lain dah. Janji aku naik pangkat katanya. Gitteww!

Untuk department aku, memang kecoh pagi-pagi. Setiap pagi bos datang melawat. Macam-macam isu dibangkitkan. Nak cari penyelesaian katanya. Cakap operator dan technician taknak dengar langsung. Padahal operator dan technician lebih lama habiskan masa dating dengan masin-mesin tu semua.

Oh lupa. Mereka boss. Mereka berjawatan tinggi. Mereka ada kelulusan tinggi.

Yang menyampahnya, boss aku dulu pun technician asalnya. Takkan la dia tak paham. Takkan dia tak pernah lalui apa yang "anak anak buah" dia rasa. Atau dia dah lupa diri?  Sangat-sangat pentingkan diri sendiri betol. Pendapat technician memang takkan didengar.

Penyudahnya mangsa kepada keegoan keputusan yang mereka ambil adalah operator dan technician jugekk..

Nasib badanlah. Nak keje kilang sangatkan!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 11 December 2012

#163 Misi Mencari Cat

ceritanya bermula begini, aku bakal berpindah masuk ke rumah lain. sebab rumah yang aku duduk sekarang, ownernya dah bernekad untuk menjual rumah itu. owh, owner rumah tu kakak aku sebenarnya.

rumah baru yang bakal didiami adalah dalam bangunan yang sama, cuma berbeza aras jer. tingkat 1. we ols dah check rumah tu. banyak yang nak kena buat. dan biliknya adalah amatlah tak chantek. maksud aku dari segi warna catnya. haiyooo. tuan rumah baru tu cuma cat dinding hall sahaja. biliknya amatlah azab warnanya. comot dan berconteng-contengan di sini sana.

setelah berbincang banyak-banyak kali, we ols bersetuju untuk mengecat semula dinding bilik. bergeraklah kami ke ikea. ade kedai hardware yang jual cat kat situ. malangnya, atas sebab tertentu, tak jadi beli cat kat situ. cait! frust punya pasal, saje masuk ikea kejap. duduk -duduk atas kerusi, belek-belek almari, tengok-tengok katil. "tengok jer tak beli tak ape" konsepnya.

tapi bila keluar dari ikea tu, tetaplah awak balik dua benda ni. haih! tak beli tak ape konon kan.

laiva desk

not floor uplight reading lamp

destinasi seterusnya dalam misi mencari cat ini adalah ke one utama pulak. kat situ nasib baiklah ade. puas ku belek-belek catalog kat situ. mencari warna yang berkenan di hati.



akhirnya, keputusan muktamad, untuk bilik aku adalah warna seperti gambar ni bawah ini. spanish moss dari dulux.


hurm, sekarang tinggal nak mengecat pulak. entah bila la nak start mengecatnya. esok? lusa? tulat?

penat oooo nak pindah-pindah rumah nie......

Monday, 10 December 2012

#162 Apakah Itu?

petang petang yang indah begini, aku suka duduk tepi tingkap, tengok pemandangan...

sambil-sambil tu, aku amek ler gambar. nak try apps yang aku baru download utk camera.

jakun la katakan.

maka inilah hasilnya.







dan secara tak sengaja. aku termelatah. 

oh your mother! what the hell was that????????



lagi satu



adakah ianya disebabkan fon aku?

atau????



*******pitam*******

Sunday, 9 December 2012

#161 EntriSedikitRiak : Seronoknya Berbelanja.

harini aku dah start cuti sempena habis kerja malam. 
oleh itu, aku, kakak aku, abang aku, dengan kakak ipar aku berjimba-jimbana di Pusat Bandaraya Keyhell.

lepas kami makan-makan bersama, kami singgah masuk ke dalam SOGO.

WOW!!!!

merriessssssssssssssss....

tengok kiri, 50%.

tengok kanan, 60%.

tengok atas, 70%. 

so, kami BERPECAH! aku beli barang aku, kau beli barang kau. haha! gitu.

pusing punya pusing punya pusing, entah mengapa, aku TERbeli kasut ini.


pusing lagi pusing lagi dan pusing lagi, aku TERbeli yang ni pulak.


pusing lagi dan lagi dan lagi, naik tingkat satu tingkat ke satu tingkat,

"dah, jom balik!"


THANK GOD!!



shopping setahun sekali katanya




*******habis sudah bonus*******


Friday, 7 December 2012

#160 Hak Aku Hak Kau

Ada ketikanya aku sangat kurang gemar dengan perangai rakan sekerja aku. Tolak tepi hal lain, yang aku nak bangkitkan adalah bab pinjam meminjam.

Bukan pasal pinjam duit yer. Tapi harta benda. Kebiasaan aku memang tinggalkan charger henpon aku kat tempat kerja. Senang jak caj bateri henpon yang tak berapa nak tahan lama. Kebetulannya pulak charger henpon ni boleh digunapakai untuk samsung, blackberry, sony, dan nokia.

So dengan keserbagunaanya chargerku itu, ianya menjadi perhatian ramai. Err aku ni tak la berkira sangat. Demi menjaga hubungan baik, aku bagikan aje kalau ada yang nak meminjam. Hak aku hak kau konsepnya gituh! Bila dah konsepnya gitu, memang betul-betul dibuat hak sendiri tanpa rasa bersalah dalam diri. Pinjam lama-lama sampai bila aku nak guna aku sendiri kena mintak balik. Siap cakap "eh bateri aku tak penuh lagi". Eh, charger sapa sekarang ni? Kan?

Tapi harini punat kesabaran aku sekali lagi ditekan. Masa aku nak guna charger tadi, rupanya dah jahanam. Aduh sakitnya hati. Aku tak kesah kalau nak guna tapi jaga la elok-elok. Kalau dah terosakkan, bagitahu la. Jangan dah rosak pastu diamkan. Aku pun tak tahu sapa yang guna. Kalau bagitahu memang aku marah tapi aku marah sekejap jer la. Bukan sampai nak berparang disebabkan charger kelas 3 tu!

Akibatnya kat semua orang aku merungut. Nasib la. Sirap setitik rosak susu seperiuk. Aku dapat tahu sapa yang buat, akan ku santau. Boleh? Haha!

Published with Blogger-droid v2.0.9