Demi Masa

Friday, 30 November 2012

#156 Kepelikan

Agak-agak ape yang pelik agaknye ye?

Sepanjang hampir enam bulan aku keje kat kilang ni, tak pernah sekalipun boss aku senyum kat aku ye. Nak cakap baik-baik jugak x pernah. Sungguh kekwat gituh kan.

Tapi harini, dia senyum. Cakap pun ok jer. Eh, buang tabiatkah?

Kalau ikutkan baguslah yer dak. Tapi itulah, bila dah terbiasa dengan perangai buruk dia, tetiba jadi baik, agak kekok di situ.

Ke sebab semalam "dapat"? Haha. Tapi dia cina!

Tak kesahlah kan. Dia bahagia sebenarnya tu bonus dah masuk.. Keh keh keh...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 29 November 2012

#155 Yang Patah Tumbuh Hilang Berganti

Setelah kehilangan fon aritu, Aku telah memujuk hati sendiri dengan henpon baru.

Yeayyyyyy

Tak sampai 3 hari berkabung, terus sambar android kau. Haha!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 27 November 2012

#154 Sampai Di Sini Saja Jodoh Kita

harini telah terjadinya sesuatu yang membuatkan aku berasa sedih, sayu, kesal dan sebagainya. setelah insiden henpon blekberi aku membunuh diri di jalanan dulu, kini ia berulang kembali. apalah nasibku harini. kali ini, henpon blekberi aku telah menghilangkan diri tanpa jejak.

entah kenapa, harini aku beriya-iya sangat nak keluar. padahal hari dan nak hujan. gigih tunggu teksi sebab malas nak bawak moto. nak shopping kononnya. dalam hati dah terdetik "esok jer lah". tapi degil. nak jugak pergi harini. nak buat macam mana, sampai sini saja jodoh aku dengannya.

dah sampai ke tempat yang dituju, dah bayar tambang teksi, dah keluar dari teksi, dah berjalan nak masuk ke one utama itu, aku pun meraba poket. dimanakah henponku? aku check beg sandang yang tersangkut di bahu kanan, ku belek-belek, ku tenang-tenang, ku geledah-geledah, namun tidak ketemu. aku cuba call, tapi tak berangkat. aku syak mungkin tercicir dalam teksi tu. aku terus call dan call dan call sampai dah takdak lagi deringan. sama ada bateri habis atau henpon ditutup. apa nak dikata, sampai sini saja jodoh aku dengannya.

terus hilang mood aku nak shopping! aku duduk jer kat kerusi tepi jalan tu dekat setengah jam. mengenang nasi. mengenang kelalaian. mengenang segala-galanya. menyesal betul aku datang sini. menyesal betul aku beriya sangat nak keluar. kalau aku duduk rumah mesti tak hilang. tapi tu semua dah terlambat. dah ditentukan, sampai sini saja jodoh aku dengannya.

akhirnya aku balik jer rumah dengan perasaan penuh gundah gulana. rasa nak menangis. tapi dah tak ada gunanya lagi.

sampai di sini saja jodoh kita wahai blekberiku. walau kau selalu menyusahkan aku, aku tak pernah benci kau. aku tetap sayang kau. kembalilah!





**baru cakap nak beli tab dah merajuk hilangkan diri. sensitip betoi gajet-gajet sekarang nih!


("-_-)


#153 Hujung Bulan Tiba



seperti biasa, bila hujung bulan menghampiri, syarikat-syarikat pemungut hutang akan mula buat panggilan untuk mengingatkan para peminjamnya untuk membayar hutang-hutang mereka. dan aku tak terkecuali dari menerima panggilan tersebut.

gaji pon belom masok dah disuruh bayar. sabar la.

lagi satu geram sungguh aku dengan bank saka sotong yang satu nih.

lambat betul gaji nak masuk. kawan-kawan aku yang guna bank lain semua gaji dah masuk. haih!



Sunday, 25 November 2012

#152 Malaysia Tewas Lagi?

selepas menewaskan diri dengan BANGLAdesh, kini mereka tewas lagi dengan Singa seberang. err, aku dah agak sebenarnya. keh keh keh.

dan seperti biasa, kecohlah di facebook dengan kutukan, makian, cacian, cercaan dan yang sama waktu dengannya. kata-kata nista itu pulak bukan calang-calang punya makian. tahap paling tinggi punya!

itulah nasib bola sepak. kalau menang, disanjung. bila kalah, dihamun. umpamanya habis nasik polisterin dibuang.

bagi yang memaki hamun tu, kalaulah dia yang bermain, agak-agaknya menang tak? itu yang sering bermain di pikiran aku setiap kali aku baca  komen-komen hinaan sebegitu.

owh, sebenarnya aku tak tengok pun dorang lawan. aku bukannya peminat sukan bola sepak. kenapa aku tak suka? ada sejarahnya yang membuatkan aku benci bola sepak! biarlah kalau ada yang kata "tak lelaki kalau tak minat / main bola", ade aku kesah?

sekurangnya otak aku lebih bergeliga sikit dari mereka yang "konon handal" bermain bola sepak itu. pandai main bola, kurang pandai dalam pelajaran tak guna. penyudahnya, merekalah yang masih tercongok di ceruk kampung. apa nak jadi tak tau. mengutuk orang je pandai. haih!

eh termeroyan pulak!

Friday, 23 November 2012

#151 Kencing

harini aku dah start kerja malam. so macam biasa pukul 5.30 petang tu aku dah keluar dari rumah. tunggu lif kemain lagi lama. elok jer pintu lif terbukak, ya hampon! bau hancing yahamat! geram betul aku. terpikir lapanblaskali nak masok ke tidak nak masok ke tidak. disebabkan dah lambat, aku masuk la jugak.

sementara nak sampai ke ground floor dari tingkat lapan itu, hazab okay. giler busuk bau kencing. entah anak sapa la yang punya kerja. yang pasti, ini kerja budak lelaki. sama ada kecik atau dewasa, wallahualam. kalau budak perempuan, mustahil la rasanya.

ini la yang terjadi kalau anak-anak kecik dah terbiasa kencing merata. dan maap cakap, kalau takde yang mengajar budak tu berkelakuan sebegitu, rasanya budak tu takkan buat kerjaan sebegitu rupa. sudahnya, sampai ke besar akan terbiasa. oh ya, termasuklah jugak kencing berdiri yer.

aku pernah tegur seorang kawan mengenai kencing berdiri. dan dengan spontan dia jawab, "tak lelaki la kencing duduk." respon aku? whatever! kencing duduk tak menghilangkan sedikit pun jatidiri sebagai lelaki. malahan itu adalah amalan Rasulullah saw. so kepada mak bapak, sila didik anak supaya kencing dengan betul.

eh aku tak kata hukumnya haram yer.

mengenai hukum kencing berdiri boleh dibaca di sini yer.

renung-renungkan, dan selamat beramal.



Wednesday, 21 November 2012

#150 Aku dan Mereka?

aku dan mereka tak pernah kenal-mengenali.

aku dan mereka tak pernah bertegur sapa.

aku dan mereka jarang sekali mengukir senyuman.

aku dan mereka langsung tak pernah terpikir untuk lepak sama-sama.

aku dan mereka tiada apa-apa.

tapi, mereka masih boleh berkata-kata sesuatu yang buruk di belakang aku secara berjemaah.

terpikir jugak aku, apa aku ada buat salahkah pada mereka? adakah aku pernah menyakiti hati mereka? adakah aku pernah membuat mereka terguris luka?

tidak rasanya.

atau sebab aku tidak pernah bergaul dengan mereka???

inilah masalahnya. bergaul salah. tak bergaul salah.

menjarakkan diri daripada bergaul dengan mereka adalah pilihan aku. kalau inilah yang membuatkan aku rasa tenteram, apa salahnya? aku tak yakin dengan bergaul dengan mereka, tiada kata-kata nista yang akan keluar dari mulut mereka.

mulut orang lelaki, lebih tajam dari mulut orang perempuan. itu hakikat.


Monday, 19 November 2012

#149 Jalan-Jalan Ke Low Yatt Plaza


setelah memikirkan sekian lama, semalam aku telah menambahkan lagi bilangan "harta benda" aku. keh keh keh

mp3 player

aku beli menatang ni sebab tak nak membazirkan bateri henpon aku ketika waktu bekerja. almaklumlah, bateri henpon blekberi, mana la tahan lama. sedangkan tak guna apa-apa application pun bateri tahan sampai 5 jam, kalau aku dengar lagu, 2 jam dah habis bateri. grrrrrrrr......

memula aku gi terjah ke digital mall kat pj sana. rege murahsss! RM 129.00 SAHAJA! tapi, tak beli kat situ. konon nak usha kat low yatt pulak. gigih ni naik lrt dengan monorail bagai semata nak ke low yatt sana. sampai sana, nak mencari kedai yang jual menda alah ni susah yahamattt.... dah jumpak tu, regenye amatlah jauh berbeza dengan yang kat digital mall sana. RM 159.00 uolss! terduduk sekejap kat situ.

dah puas tawaf dari 1 tingkat sampai tingkat teratas, harganya sama saje. kecuali 1 kedai ni, setelah dibodek-bodek, dapat lah kurang ke RM 139.00. itu pun nanges nak membayarnya. yer la walau beza RM 10 dengan yang kat digital mall tu, besar nilainya, tahu? sebab aku malas nak patah balik je kat digital mall tu. aku belikanlah jugak...

dan 1 fenomena baru sepanjang-panjang aku ke low yatt, kebanyakannya dah menjual tablet pc yang buatan taiwan tu. meriah! boleh dikatakan 80% kedai jual semurah RM 199. dan semua kedai-kedai tu dikerumuni umat-umat manusia yang kepingin nak merasa pakai galaxy tab tapi tak mampu sebab harga mahal. yer lah. kalau ade yang murah, apa perlukah mencari yang mahal, yer dak?

janji android!

aku ade terpikir nak beli jugak, tapi bila tanya-tanya, ada yang tak boleh buat call dan sms. hanya boleh guna wifi sahaja. tapi kalau yang boleh call + sms tu harganya lebih kurang RM 500 jugak lah. aku lebih memilih kepada yang boleh buat call + sms tu sebabnya, kalau guna wifi sahaja, rugilah. kalau rumah ade wifi ok la jugak. kalau takde? pilihannya hanyalah dengan menggunakan dogle broadband yang boleh diconnectkan ke tablet pc tu, ayooo... tak mahulah aku.

tak per lah. biar ku kumpul-kumpul duit sikit, beli jer terus galaxy tab itu. sah-sah terjamin. kalau yang cap taiwan ni, risau pulak kot tahan 4-5 bulan jer. rugi. bukan la berlagak tak nak guna cap taiwan, tapi memikirkan untuk kegunaan jangka masa panjang. jangan salah erti yer.

Thursday, 15 November 2012

#148 Bila Terlebih Yakin



punya eksaited kopi dan pes, sampai tak terperasan salah bulan.

orang sekarang suka sebarkan ayat-ayat seperti yang terakhir itu.

"barangsiapa yang memperingatkan....bla bla bla.......maka api neraka diharamkan untuk dia menyentuh"

seronok kan. kononnya bila dia dah sebarkan ke seluruh dunia maya, maka terselamatlah beliau dari api neraka.

itu belum lagi yang ayatnya berbunyi "sesiapa yang puasa pada hari sekian-sekian, dapat pahala puasa setahun. sesiapa yang memperingati bakal peroleh pahala puasa 2 tahun".

kalau dah macam tu buat apa kita puasa kan? susah-susah menahan lapar, pahalanya setahun jer. baik sebarkan mesej sebegitu. free-free dapat pahala 2 tahun kekdahnya. 

tak gitu?

Wednesday, 14 November 2012

#147 Salam Maal Hijrah 1434H



Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman



selamat menyambut Maal Hijrah tahun baru masihi 1434

semoga kita menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik dari yang sebelumnya.


Tuesday, 13 November 2012

#146 Happy Diwali : Kita Mahu Dihormati, Adakah Kita Menghormati?

sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama, seharusnya kita menghormati antara satu sama lain. bila time kita raya, sakan main mercun, meriam buluh, meriam tanah, dan segala macam lagi yang boleh diletopkan.

oleh itu, tak perlu lah kita menghalang kaum lain untuk bermain mercun. yer dak?








kan? kita haruslah memahami satu sama lain dan bertoleransi. bila time kita raya, ada kita pikir kaum lain sakit telinga? ada pernah kita heran jiran nak tidor? kalau ada bagus lah. kalau tak pernah, tahun depan sila cuba pikirkan.

andai kata itulah yang kita baca ketika raya aidil fitri disambut, agak-agak apa akan terjadi yer?

pikirkanlah.

apa-apa pun, walau ada yang bertengkar sakan mengenai hukum mengucap selamat kepada perayaan kaum lain, aku tetap nak ucapkan selamat menyambut hari deepavali kepada seluruh kaum india beragama hindu. yang penting adalah niat kita mengucapkannya adalah untuk apa. keharmoniankah atau mengagungkan agamanya kah.


dan ingin aku memetik sedikit ayat dari satu soal jawab bersama Dr. Maza.

Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah (maksudnya); "Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiada menghitung tiap-tiap sesuatu" (Surah Al-Nisa, 86)

untuk bacaan seterusnya mengenai hukum ucapan selamat kepada perayaan agama lain, boleh klik sini.

Islam itu mudah, bukan begitu? (^_^)v


Monday, 12 November 2012

#145 Menonton Wayang Lagi : Istanbul Aku Datang

sejak dari mula aku tertengok trailer filem istanbul aku datang, perasaan membuak-buak nak tengok cerita tu dah tersemat dalam diri. konon nak tengok masa 1st day tayangan. tapi ada kekangan so tangguh ke hari ini.


perancangan awal nak tengok pukul 12 tengah hari punya tayangan, tapi sebab aku dah mengantuk sangat balik keje pukul 6 pagi, tak jadi lah. aku pilih pukul 2 petang punya tayangan. sempat la aku tidor dulu sekejap.


citer ni memang best, bagi aku la. bagi orang lain aku tak tahu. citarasa masing-masing kan. sweet je tengok lisa surihani dengan beto kusyairi. tomok dengan aizat tu boleh tahan la lakonannye. kelakar tengok lisa dengan beto gadoh-gadoh. dan memang geram betol aku tengok watak si tomok dalam citer ni. dia ada skandal dengan perempuan turkey tu takpe, tapi sesedap rasa jer maki lisa "jalang" dengan "rewang" lepas kantoi lisa dok serumah dengan lelaki lain secara terpaksa. penyudahnya, lisa kawen dengan beto. padan muka tomok. menyesal la konon. puih!**matitak emo terlebih**

hakikatnya gitu lah kan. bila perhubungan tu bermula dengan gadoh-gadoh, benci membenci, akhirnya jatuh hati. watak lisa ni mengingatkan aku pada watak joo yoo rin dalam citer korea my girl tu. comel.

dah habis tengok wayang, perut pun mula bergendang-gendang mengalunkan rentak klasik india. meriah berkruk krak kruk krak...sudahnya singgah jusco je nak beli roti  kononnya. tapi dah masuk dalam tu, hasutan syaitonirrojim pun dah meresap dalam diri, roti lah sangat  aku beli!


jadinya, tiada makan malam untuk aku harini. kenyang makan segala yang dibeli tu. wahahaha!!



**esok cuti lagi, apa yang nak dibuat agaknya???????


Saturday, 10 November 2012

#144 MasterChefnya Aku : Mari Memaprik!

semalam, butang mengidam aku telah ditekan oleh seseorang dengan mesej yang berbunyi sebegini ;

"kitaorang kat luar ni... makan-makan... ade daging paprik tau!"

motip mesej sebegitu dihantar? saje nak sakitkan hati orang yang tak boleh pergi. boleh?

maka dengan itu, hari ini aku pun sarungkan lah apron masterchef aku. haha! jangan main giler tahu.

bukan apron sebenar

haaaaa... ingat aku tak ikot aku kempunan la sampai berjelejeh air liur kan. sorry la sikit. aku tetap boleh makan. tak cakap banyak, terus beli daging segenggam, masaklah aku daging paprik. tengah-tengah dok feeling MasterChef memaprik daging tu, baru terperasan 1 bahan tak cukup. sos tiram! dimanakah? baru haritu nampak ade separuh lagi. takkan dah habis? aku geledah habis dapur masterchef yang sekangkang kera besar itu. cari punya cari punya cari, jumpak botol jer. rupanya dah expired. nasib baik tak guna.wahaha!

hasil pempaprikan daging

tak cukup dengan daging paprik, aku ekstrakan lagi makanan dengan sup sayur. untuk seimbangkan gitu kekdahnye. berbekalkan carrot, fishball, cendawan, suhun, pucuk dan ubi kentang, jadilah sup sayur yang tak seberapa ni. walau main campak-campak je bahan nak mengesupkan sayur-sayuran ini, penuh seperiuk yer. merasa makan sup sampai esok.

ada rasa ayam walaupun tak masukkan walau seinci daging ayam

dan ianya tidak berakhir di situ. bila masak je daging, wajib ada telur dadar. memang aku dah terbiasa dari dulu lagi. tapi kalau aku malas, memang takde la telur dadar nie. haha! lagipun semua orang pun selalu jer order telur dadar bila makan daging paprik / merah. kan? kan tak??

terlur dadar terlebih minyak (*-.-)


maka dengan itu, berakhirlah sudah sesi masterchef kita pada hari ini. sehingga berjumpa lagi di lain hari.

v(^_^)v

Friday, 9 November 2012

#143 Saya Sudah Memohon Ke UTHM




semalam, kawan aku yang kat UTHM sana ada bagi 1 link. dia suruh aku apply degree.


dan dengan lajunya, aku terus apply


ini yang aku impikan dari dulu. dari mula-mula aku terjebak dalam course engineering, bidang ini yang aku impikan. nak jadi doktor, tak layak mampu. so ini adalah pilihan keduanya. Elektronik Perubatan.



sebenarnya, aku takut nak sambung belajar sepenuh masa ni. semuanya disebabkan kewangan. nak harapkan duit pitiputipu PTPTN, rasanya memang tak cukup. aku pulak takde sapa nak diharapkan untuk support dari belakang andai kata kekurangan duit. adik beradik? aku tak yakin. nanti ada lagi adegan ungkit mengungkit. serik.

tapi bila pikirkan balik, aku mesti buat jugak. sampai bila aku nak jadi technician. aku nak jadi engineer. jadi aku nekadkan diri untuk apply. insyaallah duit yang mana ada akan aku gunakan sebaiknya.

semoga Allah permudahkan jalan.

amin.....

Thursday, 8 November 2012

#142 Keputusan Ini Menakutkan Saya

setelah mengalami kesakitan perut dan muntah-muntah di tempat kerja semalam, aku telah singgah ke klinik dalam kilang. mungkin sebab doktor tu nampak aku macam menderita, beliau mengambil keputusan untuk mengambil sampel darah aku untuk diuji.

harini, keputusan itu sudah keluar.

hasilnya amatlah tidak memberangsangkan

mengikut kata nurse yang aku jumpak tadi, keputusannya harus <10. tapi tengok la result hasil ujian darah aku tu. 39.6. itu dah melampau namanya.

esok pagi aku dah buat temujanji dengan doktor tu untuk discuss pasal keputusan ini.

sesungguhnya, aku tak tahu dan tak paham apa-apa pun apa yang tertulis di kertas itu. tunggu jer esok macam mana.

Sunday, 4 November 2012

#141 Setalah Tiga Bulan Kepemergian Abah

sedar tak sedar dah hampir 3 bulan arwah abah pergi meninggalkan kami 5 beradik.

hari ini, kami 5 beradik berkumpul disertai adik arwah abah merangkap ibu saudara kami yang agak rapat di sebelah abah. berkumpulnya kami adalah untuk bincang tentang duit pampasan insuran arwah abah dan sedikit harta pusaka.

benda ni lah amat aku takut sekali. dan benda yang aku takut tu, dah pun terjadi. seperti yang aku dah jangka, memang akan ada sedikit perbalahan. ada yang cuba meninggi suara. ada yang sedih. penuh dengan babak neng yatimah. ada yang pernah kata "aku tak kesah pasal harta" telah pun menjadi "bila boleh dapat?".

aku? aku hanya membatu sahaja memandangkan aku adalah anak bongsu. segala urusan aku serahkan pada abang dengan kakak aku. aku tak layak bersuara. sebab bila aku bersuara, akan dianggap kurang hajar mahupun biadab dengan orang tua.

duit pampasan akan dibahagikan sama rata kepada adik beradik dan isteri abah (mak tiri). dan harta peninggalan akan difaraidkan mengikut hukum. memang itulah yang sepatutnya.

isu hangat tadi lebih kepada kereta abah. ada yang nak jual. ada yang tak nak jual. yang pasti, kereta itu akan difaraidkan sebab ianya harta pusaka. apa yang aku tahu, arwah abah sangat sayangkan kereta tu. kebajikan kereta itu tak pernah diabaikan. kebersihan kereta itu sentiasa terjaga. makan pakai kereta itu cukup lengkap. kalau dijual, sayangnya.

ada yang mengusulkan, sapa nak kereta tu, sila beli. dan duitnya akan difaraidkan. persoalannya, siapa? macam tak de sapa yang nak ambik kereta tu. andai kata aku ambik, satu hari nanti aku akan beli kereta jugak. mustahil untuk aku pakai 2 kereta. kalau aku tak ambik, ianya akan menjadi kenangan sahaja. masa diberi seminggu untuk semua berfikir.

minggu depan, sekali lagi kami akan berkumpul semula. dan keputusan mengenai kereta itu harus dicapai. andai tiada yang mahu, jual. andai ada yang mahu, harga akan dirunding. harga adik beradiklah kiranya.

serabut aku pikirkan hal ni. hurmmmm

Saturday, 3 November 2012

#140 Menonton Skyfall Dan Zaiton Ceritaku

lepas balik kerja pagi tadi, aku tak tidur-tidur lagi sampai sekarang. sebabnya aku menekadkan diri untuk menonton wayang harini. yer lah. penat-penat bekerja. sesekali nak jugak rehatkan minda. belanja diri sendiri sudeyh la kan. dan aku telah menonton 2 filem harini. satu filem omputeh, satu filem melayu. yes, FILEM MELAYU yer.



walaupun  cerita melayu ni tak semenggah mana kadang tu, aku tetap la layan. tapi kalau cerita jenis gengster-gengster, gadoh-gadoh, pukul-pukul versi malaysia ni, memang aku tak hengen nak tengok. meluat! lebih menyampah bila ada member dengan tanpa rasa bersalah bekata bahawasanya beliau tak layan cerita melayu. layan cerita KOREA je. hek eleh, sebelom dia kenal ape itu cerita korea, dia layan cerita P.Ramlee dengan hindustan hokay! sungguh tak sedar diri.



ni filem pertama aku layan. tiket jam 12 tengahari. itu pun dapat seat yang memaksa aku mendongak lebih dari sepatutnya. sakit tengkok aku. terlupa pulak harini sabtu. memanglah ramai orang nak tengok citer ni. untuk pengetahuan, aku tak pernah tengok cerita-cerita james bond sebelom ni. so aku tak tahu menahu filem james bond yang mana yang lebih menarik. namun bagi pendapat aku, citer ni sumpah best giler.


untuk filem zaiton ceritaku ni pulak, memang aku dari dulu nak tengok. nak sangat. sebab aku minat kak eton! suara dia memang memukau. getaran suara beliau membuatkan aku bergetar sama. tapi kalau tak silap aku dulu pelakonnya mislina. tapi entah nape tukar ke nadia aqilah ni pulak. tak kesahlah.

aku eksaited nak tengok. tapi  bila wayang di skrin mula dinyalakan, sumpah aku nak tido rasanya. iklan dia kemain panjang. geram lak rasa. tapi bila cerita dah start, dah takde ngantok-ngantok. cerita ni banyak sedeyh daaaaa. nyaris-nyaris lelehan air mata menitis di pipi gitu. lebih sedih, yang tengok citer ni boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki. tak lebih dari itu. keseluruhan cerita ok, cuma ada sikit la ketidaklogikan dalam citer ni. citer zaman 80-an - 90-an, tapi guna kereta BMW yang baru okay. apa series idak ler aku tahu. sebab aku tak gemar "kereta MLM" ni. kalau guna kereta proton saga ke iswara ke mesti lebih real.


video
dalam filem ni banyak kali mainkan lagu "kabut serangkai mawar" ni. aku memang suka lagu ni.

aku rasa sungguh berbaloi membelanja diri sendiri harini. puas nengok wayang walaupun sorang-sorang.