Demi Masa

Wednesday, 31 October 2012

#139 Rumah Saya Takde Air, Saya Sungguh Marah

hari isnin haritu aku ada ternampak notis pemotongan bekalan air kat depan lif apartment. setahu aku bil penyelenggaraan dan air rumah tu dah lebih dari RM 200. kat sini, kalau bil dah tertunggak lebih dari RM 200 memang potong air punya taktik dorang. cepat-cepat aku pergi bank amek duit takut nanti air kena potong. dah susah seisi rumah. lepas bayar RM 200, aku tanya balance ade berapa lagi yang tertunggak. ada la dalam RM 130 ++ camtu kata kerani tu.

harini, lepas aku bangun tidur pukul 4.30 petang, nak mandi nak pegi keje la nih. masuk toilet dulu, duduk atas toilet seat, bukak air. sekali air takde! wtf? nasib tak meneran lagi. kalau tak harus la cari tisu. merasa jadi ca ya nun alip gitu kan.

aku geram, aku call terus pejabat maintenance. yang jawab adalah seorang lelaki. technician situ rasanya.

"assalamualaikum, saya dari rumah no ** tingkat **, kenapa rumah saya takde air ye?" tanya aku dengan sopannya.

"sekejap ye.. urmmmm.. hermmmmm... awak tak bayar duit maintenance so kami tutup bekalan air." kata lelaki itu tanpa menjawab salam.

"ape!!!??" sentap aku dia kata gitu.

ehsan gugel

"eh haritu saya baru bayar duit maintenance RM 200" aku menjawab dengan penuh kemusykilan.

"kat sini ade hutang lagi RM 300 ++", katanya lagi.

"balance yang tulis kat resit saya ni ade dalam RM 130 ++ jer. macamana boleh jadi RM 300 ++? tolong pass fon tu kat yang jaga kaunter bayaran tu saya nak cakap dengan dia." aku dah hangen. membuak-buak kemarahan aku.

elok je perempuan kaunter bayaran tu jawab terus aku bancuh cukup-cukup. last-last dia cakap;

"sorry encik saya lupa update dalam system"

boleh???

kepala hotak kau la minah hoi! kalau aku tak call sampai ke sudah dia tak hapdet agaknya. sakit sungguh hati aku. dah la time tu aku nak pergi keje. menunggu dorang nak bukak air tu balik, memang macam menunggu berak sembelit. tak pasal-pasal aku lambat pergi keje. nak suruh aku pergi keje dengan tak mandi? mintak mahap la. memang takkan. selewat mana pun aku, memang aku akan mandi dulu sebelum pergi keje. 12 jam keje weyh. mana boleh tak mandi!

lebih menyakitkan hati, si penjawab talipon tu sungguh tak beradab. cara cakap lelaki tu sungguh menginggung perasaan. seolah-olah aku ni pengemis merayu simpati supaya bukakkan air. bagi aku, setiap pekerja yang kerjanya menjawab panggilan-panggilan dari pelanggan harus diberikan kursus etika menjawab panggilan dengan betul. aku pun pernah kerja macam tu, tapi aku masih tahu membezakan cara jawab panggilan dari kawan sekerja dengan panggilan dari pelanggan. adab dan etika itu penting bila berurusan dengan pelanggan, tak kesah la walau kau kerja dengan kedai runcit ah kaw sekalipun.

lagi satu yang aku tak puas hati, kecekapan dorang wat kerja. aku rasa bukanlah setiap masa orang datang nak bayar bil kat situ. setiap kali aku pergi bayar, memang aku sorang je. ade la sekali dua aku tunggu giliran. tu pun sorang je. bukannya ramai. kalau ramai aku boleh terima dia terlupa nak update dalam system. mungkin penat sampai terlupa. tapi ni takde orang. pasang lagu sekuat-kuat hati dalam pejabat tu, main game lah, facebook lah. mengular banyak. sungguh aku tak boleh terima.



Tuesday, 30 October 2012

#138 Berita Tak Berapa Baik

harini aku kembali kerja malam. dengan perasaan berkobar-kobar nak bekerja, aku bergegas keluar dari rumah. dan hujan masih turun membasahi bumi tapi tidak la lebat mana.

sampai tempat kerja, rutin biasa adalah check email. khusyuk jer baca email, tiba-tiba, email dari boss aku telah membuatkan aku terkesima. owh! apakah!?

3 technician telah dikenalpasti untuk dipindahkan ke bahagian lain disebabkan 4 system yang sedia ada akan dishutdownkan. dan setiap seorang technician dari setiap shift telah dipilih. dan! untuk shift aku, akulah orangnya HAHAHAHA!!!!

amatlah tidak seronok yer. sebabnya di tempat itu, tiada keselesaan dan keistimewaan sepertimana yang aku alami sekarang. tiada lagi waktu tidur sesuka hati. tiada lagi waktu rehat yang lama. tiada lagi cuti umum untuk dicuti. dan banyak lagi "tiada lagi" yang amatlah aku suka. yang ada hanyalah OT yang akan menambahkan jumlah gaji. aku bukan jenis yang gilakan OT. bagi aku, hari cuti adalah hari yang amat bermakna untuk berehat. ishhh...

dan yang menyakitkan hatinya, dalam tempoh training di bahagian baru itu, aku kena berulang alik dari tempat yang sekarang dengan tempat yang baru. walaupun tak jauh mana (ada la 50 tapak), penatlah gini. lebih menyakitkan hati, boss aku tu takde pulak cakap pape kat aku walau berselisih bahu tadi. antara kami, rupanya hanyalah email sebagai perantara. cheh!!!

Sunday, 28 October 2012

#137 Sesi Membalas Dendam!




khennnnn??? pagi-pagi dan menayang gambar lontong! hahahaha. itu adalah sebahagian daripada sarapan aku pagi ni. lagi separuh? biarlah rahsia. sebenarnya aku terlalu lapar harini disebabkan ketidaklaluan memakan sebarang bentuk makanan semalam. yer lah, asyik ke tandas jer. so, harini, apa lagi!? membalas dendam lah kan. giler tak kebulor dari semalam tak makan.

elok pulak masa dok pilih-pilih apa nak dimakan, terpandang kuah kuning ni dari jauh. terus ambik tray kaut lontong ni dulu. almaklumlah, raya haji haritu tak merasa pun sebarang bentuk juadah di hari raya. nan hadolah ketupat ke, nasik himpit ke, randang ke bagai. makan nasik sejuk dengan ikan goreng sajor.. sangat jeles baca status orang kat fb. masak sup tulang lah, sup ekor lembu lah, sup gearbox lah, sup kepala lembu lah, otak lembu gorenglah, rendang lah, usus bakar bagai. sakit hati.

tapi takper lah. tak makan tu semua pun takpe. sebab aku mana makan sup ekor, sup gearbox, usus bakar tu semua. sungguh aku tak minat makanan yang pelik-pelik ni. nak-nak lagi organ dalaman. yeks!




=====> makanan di atas ini adalah sejenis penderhakaan kepada larangan memakan makanan pedas!


Saturday, 27 October 2012

#136 Macam-Macam Hal

harini aku kembali bekerja selepas 5 hari bercuti dari isnin sampai jumaat... kelassssss kan cuti sampai 5 hari?

ceritanya lepas habis shift malam aritu. aku cuti dari isnin sampai rabu. dan khamisnya shift aku keje pagi. tapi disebabkan rabu malam khamis tu tidor aku terganggu dek kesakitan yang tak ketahuan di perut tu, aku rembat je ubat yang mana ada dalam simpanan. sekali ubat yang aku makan tu ade kesan mengantuk daaa. sedar-sedar dah pukul 11.30 pagi. tu pun sebab bunyi talipon. tengok nombor macam tak dikenali. dengan komfiden aku pun jawab la.

"amin! you ada datang kerja ka tak ini hari!!!?" gituh kan soalannya.

umpama halilintar!!
aku yang bingung + biol ni terpana seketika. dalam hotak aku cuma ada 1 perkataan. MC!

"boss, i MC harini, sorry" dengan nada meminta simpati.

"you MC kenapa tak ada hantar sms bagitau? berapa kali i sudah cakap bukan? haiyaaaaaaaa!!!!"

petirrrrrrr lagi!
makanya pagi tu aku dapat syarahan free dari boss aku. sebenarnya memang dah terniat di hati nak bagitau. dan aku tak bajet pun tak nak datang kerja haritu. konon nak tidor sekejap, dan masuk kerja lewat la dalam pukul 8 gitu. sekali terbabas sampai pukul 11 lebih.

penangan ubat tahan sakit tu la!!

dan semalam pulak, memang sah-sah la aku cuti sebab Raya Haji kan. giler kalau tak cuti. harus aku buat sepanduk riot kat luar freescale ni.

hak bercuti hak kami!!!!!~ sumber gugel
khen? terus bercuti selamanya kalau wat gitu, tahu!

bajet cuti boleh la nak berjimba-jimba kononnya. elok lepas main masak-masak, makan-makan, dapat berita tak seronok. staff pakistan dengan india kat hotel tempat aku kerja dulu main pisau, sampai bertikam katanya. aku terus bersiap, pergi KJMC. sampai KJMC, aku pegi la kat mamat pakistan ni, tanya dia betul-betul apa jadi. rupanya toreh kat lengan sajorkkkkk!! cheh!

kata doktor tu, muscle dia dah tertoreh/terputus, so kena jahit bahagian dalam. tak boleh jahit bahagian atas jer. so, operation lah ceritanya. masa aku sampai tu dah pukul 12 tengahari, operationnya pukul 4.30 petang baru buat. 6.30 petang habis operation. malam aku datang melawat lagi dalam pukul 9.30 camtu. dia nampak dah ok la sikit berbanding masa aku datang tengahari tu. kesian dia.

dan lelaki india itu, sudah dihukum dengan dihantar pulang ke negara asal tanpa banyak soal. rasakan. orang bagi kerja elok-elok, gatai nak gaduh-gaduh dengan orang. padan muka! GRRRRRRRRR.....

Friday, 26 October 2012

#135 Selamat Menyambut Aidil Adha



gambar dicuri di rumah pakcik gugel

Indahnya langit kerana awan,
Indahnya laut kerana kebiruan,
Indahnya Aidil Fitri kerana kemaafan,
Indahnya Aidil Adha kerana pengorbanan


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Sunday, 21 October 2012

#134 Berdoalah Ketika Hujan Turun

aku start keje malam hari khamis aritu. dan sepanjang 4 hari aku keje malam, 4 hari jugak aku dibasahi hujan masa nak pegi keje. hohhhhhhhhhh!! nasib nasib nasibbb....

2 hari aku terpaksa patah balik rumah sebab pakaian dah habis basah lenjun. memang harus ditukar. kalau basah ala-ala jer tak per la jugak, ini basah dah macam baru terjun sungai. camne nak keje kalau baju seluar dah basah yer dak.

aku tak la merungut sebab hujan ni. iyer lah kang ade pulak yang kata aku ni kufur nikmat. "bagi hujan merungut, panas merungut", tak pun "1000 rahmat Allah bagi hujan, kalau Dia bagi kemarau?" khenn? aku bersyukur gituh diberikan hujan, nak-nak lagi kat selangor ni tak cukup air katanya. eh? yeke? haha.. lantaklah.

daripada kita merungut bila hujan, ada baiknya lah kita berdoa tatkala hujan tu turun. banyak faedahnya.

gambar hiasan ehsan gugel


tak gitu?



selamat beramal (^^,)

Saturday, 20 October 2012

#133 Jagalah Akaun Pesbuk Anda Sebaiknya

pernah tak bila tengah layan facebook, tiba-tiba ternampak orang hapdet status sebegini:


"aku rasa makin hensem"

"aku chantek"

"berak tadi keluar taik keras"

dan sebagainya lah.

lepas tu selang beberapa minit / jam, keluar lagi status dari beliau dengan mengatakan:


"kimak punye hosmet, hapdet status bukan-bukan"

"maaf itu bukan saya yang pos"

"sape la rajin sangat tolong hapdetkan status untuk sayeeeee"

"bongok punye kawan, pedajal aku!"

pernah kan? tipu kalau tak pernah. seriously, aku cukup meluat bila baca semua tu. yer lah, dah tahu kawan-kawan / hosmet kau tu set-set suka menghanjengkan orang, tak reti-reti nak jaga akaun sendiri? sia-sia mark zuckerberg cipta log out button kan? tapi tak reti nak guna button tu. sedeyh!

lepas tu meroyan mengutuk pulak kawan dia yang telah mendajalsucikan dirinya itu. hoho! harus la aku cakap padan muka pada empunya badan itu. rasakan!

Friday, 19 October 2012

#132 Langit Tak Selalunya Cerah

minggu ni agak memeritkan bagi aku. terlalu banyak benda yang terjadi dan ianya terlalu menyakitkan hati. mungkin emosi yang kurang stabil salah 1 punca dari masalah ini. dan yang aku tahu, bukan aku seorang yang bersalah. dan apa yang dah terjadi ni, sikit aku tak pernah menyesal. sebab aku tahu, tuhan tak kejam. Dia tahu apa yang terbaik. segalanya telah Dia rencanakan. aku percaya pada hikmah, walaupun aku belum pernah nampak banyak hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku pada aku.



tapi, aku terasa macam nak pergi ke tempat yang sunyi dan menjerit sekuat-kuat hati.....

gambar hiasan ehsan google

Monday, 15 October 2012

#131 Aku Mahu terbang

selalunya bila malam aku jarang tengok tv. tapi semalam entah macamana aku terjebak tengok citer Aku Mahu Terbang ni kat tv3. padahal citernye punya la dah lama tayang kat cerekarama. januari 2012 okay.. dan aku tercicir hampir setahun baru nak tengok citer ni. tu pun tertengok. keh keh keh.


mula-mula layan citer ni seronok jer. tapi dah tengah-tengah sampai hujung cerita, sedih woooooooo.... mana tak sedih, mula-mula hilang kawan terbaik yang dia ada masa kecik, lepas tu bila dah besar, dah dekat-dekat spm, mak dengan abang dia pulak meninggal sebab eksiden masa nak pegi melawat dia.



punya la kecewa sebab semua orang yang dia sayang dah pergi tinggalkan dia, tup-tup terjun sungai. bunuh diri kekdahnya. tapi kat hospital dikatanya dia pengsan sebab pikir terlalu banyak. huhuhu


hujung-hujung cerita dia amek gak spm dan dapat keputusan yang bagus. siap jadi pelajar terbaik lagi. 

dan ayer mataku jatuh menitis bila dia bagi ucapan sepatah dua kata yang panjang lerbar itu. lihatlah dunia, betapa cekalnya semangat ini anak. walaupun banyak onak duri yang terpaksa dilalui, akhirnya dia berjaya mencapai impian menjadi seorang bakal juruterbang.

dah habis cerita, tutup lampu tidor. habis sedih. hahaha. keji perangai khen!



~~~~teringat seseorang dari blog Menerjah Awan bila tengok cerita ni. semoga impian beliau juga tercapai :)

Sunday, 14 October 2012

#130 Air Tangan Ibu Tiada Bandingan

masakan seorang ibu memang tak pernah mengecewakan. betul tak?

walaupun bahan masakan tu kadang-kadang tak mencukupi, tapi makanan tu masih sedap. tak terasa kekurangannya. mungkin sebab kasih sayang dan keikhlasan ketika memasak telah melengkapkan rasa hidangan yang disediakan.

masa zaman kesusahan dulu- ketika arwah abah merantau jauh mencari rezeki, ketika saat-saat kehabisan duit belanja rumah dan menunggu duit kiriman dari arwah abah, arwah mak cuma menyediakan telur rebus, yang dibelah dua, dan dihias dengan sos cili di atas telur kuningnya. aku yang masa tu masih di sekolah rendah, balik sekolah dengan perut kelaparan, melahap dengan gelojohnya (bebudak la katakan). sungguh sedap. tapi bila sekarang ni, time hujung bulan, aku cuba buat menu sebegitu, takde kepuasan seperti mana telur yang arwah mak sediakan.

dan kini, aku sangat-sangat rindukan rasa masakan arwah mak.




#129 Kasihnya Ayah




arwah abah dulu seorang yang bekerja keras. tak sekalipun aku dengar dia merungut penatnya dia mencari rezeki. demi menyara 5 orang anak dan seorang isteri, abah sanggup merantau jauh demi mencari sesuap nasik. demi memenuhi keperluan harian rumah. demi memenuhi kehendak anak-anak.

sesekali, abah akan beli makanan dan bawak balik ke rumah untuk makan bersama-sama. dan sebagai anak-anak yang lahap, kadang-kadang terlupa nak menyimpan sedikit makanan untuk abah. walaupun selalu arwah mak pesan, makan jangan sampai lupa orang belakang. tapi abah tak pernah bersungut. yang selalu dengar, "makan jer lah, abah dah makan/kenyang" tak pun, "abah memang beli untuk anak-anak makan, makanlah". dan tak lama lepas tu, abah mula merendam megi dan makan depan tv.

~aku rindukan arwah abah~







Kasihnya ayah
sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya
berkorban nyawa
~lagu sharifah aini~

Saturday, 13 October 2012

#128 Anu Bengkak Pakai Gelang : 1 Tindakan Yang Kurang Bijak

ade baca metro harini?
haha!


berita ni berjaya membuatkan aku ketawa berdekah-dekah. bukan aku jer, operator-operator dan technician lain pun turut sama ketawa berjemaah. ya hampunnnnnnnnnn. tak de penyakit mintak penyakit. memang mendapat la kau kan. sakit dapat, malu dapat. sekarang, 1 malaysia dah tahu anu kau dah besar (sebab bengkak)

apa la yang ada dalam pemikiran dia masa dia ambik keputusan untuk menyarungkan nat besi tu?

tengok la peralatan yang bomba gunakan. andai katalah masa potong besi tu . . . . . . .



ish, ngeri nak bayangkan!


#127 MasterChefnya Aku : Kurma Sotong

heheh, kembali lagi sesi MasterChefnya Aku.

berani mati mengaku masterchef kan? padahal masak pun amek resepi kat Dapur Tanpa Sempadan ada hati nak mengaku masterchef. eh, peserta masterchef pon rujuk resepi jugak kan? kih kih kih

semalam kan, aku merajinkan diri memasak. almaklumlah, time cuti jer yang mampu nak main masak-masak ni. tu pun kalau rajin lah kan. oleh kerana semalam aku rajin luar biasa, maka aku gigih memasak.


sebelom-sebelom ni kalau masak sotong, aku akan buat masak kicap, kari tak pun sambal. tak pernah try sotong masak kurma. tapi godaan resepi tu sangat la kuat. sungguh tak ku sangka, rasanya amatlah sedap. (^^,)


Tuesday, 9 October 2012

#125 Facebook Dah Chantek (Ke?)

eh, eh?

sejak bilakah facebook berubah wajah?

siap ade gambar-gambar lagi?


yang chantek hanyalah log in page sahajorrrr.....

dalamnye tetap sama.

pape pun aku masih membencikan timeline ini.

suka fb yang dolu-dolu.....

Monday, 8 October 2012

#124 Keghairahan Itu Mula Hilang

sememangnya, aku dah tak de semangat nak teruskan keje kat sini.

setiap kali aku bangun tidor nak pegi kerja, perasaan berat tu mula menjalar. aku akan mengeluh setiap kali bangun dari tidur. pergerakan aku terasa lemah apabila nak mandi. tak macam mula-mula aku kerja kat sini dulu.

mungkin masa training suasananya berbeza. dan bila mula bekerja secara solo, terasa sangat kekosongan.

aku cuba mencari semangat yang dulu. bila mana aku bangun pagi dan terasa ghairah untuk memulakan hari baru.

adakah ini petanda bahawasanya kerjaan ini tak sesuai dengan aku?

adakah ini petanda bahawasanya aku perlu mencari kerja lain?


Thursday, 4 October 2012

#123 Pemandu Teksi

bila baca entri di blog Ben Ashaari mengenai pemandu teksi di malaysia, aku teringatkan beberapa kisah aku dengan pemandu teksi.

1. aku naik teksi dari rumah aku ke kelana jaya. kebiasaannya tambang dalam RM6.00 - RM 7.00. masa aku naik tu memang tambangnya cukup-cukup RM 7.00. so aku hulurkan la RM 10.00 kat dia. 



abang teksi : "dik abang takde duit kecik la dik"
aku : "duit kecik saya tak cukup ni bang, ni je yang ade"

setelah berkira-kira, aku nak bagi lagi RM 2.00 kat dia. maknanya dah RM 12.00 kan.

aku : "camtu saya bagi RM 12.00 abang bagi balik RM 5.00"
abang teksi : "RM 5.00 pun abang takde dik"
aku : "abes camne ni bang, saya nak cepat ni, abang bagi syiling pun saya amek bang"
abang teksi : "kira halal jer la dik RM 3.00 tu abang betul-betul takde duit kecik dik"
aku : "mana boleh bang!"
abang teksi : "kalau abang ade duit kecik abang bagi dik"

memandangkan aku dah lambat, dengan hati yang mendidih aku keluar dari teksi tu terus aku hempas pintu teksi dia sekuat hati. kalau macam ni dia buat kat 10 pelanggan, memang syiok la dia mengaut untung. dan silapnya aku masa tu aku tak ambik no teksi dia. kalau tak memang aku mengadu.



2. aku nak keluar makan dengan kawan-kawan aku lepas habis kerja. konon nak makan steamboat kat Flaming Steamboat kat sunway. naik teksi dari tempat kerja. pakcik teksi tu ikut jalan NKVE keluar kat subang. lepas tu pulak, kitaorang ingatkan dia nak lalu ikot subang, tapi dia belok masuk federal highway yang tengah jam tu.
dan aku ni pulak tergatal mulut bertanya.'

aku : "kenapa kita lalu ikut sini yer pakcik?
pakcik teksi : "habis awak nak lalu ikut mana lagi? ikut sini la kalau nak ke tempat awak nak pergi tu."
aku : "takde la saya rasa kalau ikut subang tu lagi dekat"
pakcik teksi : "awak ingat saya nak menipu ker? saja lalu ikut sini? kalau tak puas hati saya boleh hantar awak balik kat tempat saya ambik awak tadi tu. bla bla bla bla blaaaaaaaaa"~nada marah~
aku : "saya tanya jer"
pakcik teksi : "taklah cara awak tanya tu macam saya ni menipu! bla bla bla blaaaaaa" ~nada marah~

yang paling tak menahan adalah ayat ni; "dalam kl ni teksi saya ni dalam list top 10 tahu!? sepanjang 10 tahun tak pernah jatuh dari top 10!" ~matilehhhhh

inilah kesopanan pemandu teksi melayu. tu belum bangsa lain lagi.

apa pun lepas aku bayar tambang yang ala-ala cekik darah itu, tetap jugak aku cakap " terima kasih pakcik"....



nampak tak? ni baru sikit jer tahu? banyak lagi pengalaman naik teksi yang menyakitkan hati. kalau diceritakan, memang tak habis. inilah perangai kebanyakan pemandu teksi kat malaysia ni. kadang-kadang tu taknak guna meter pun. main letak jer harga. tambah-tambah kalau dah tengah malam. memanglah seronok dorang mencekik penumpang.

ade jugak pemandu teksi yang dah ubahsuai meter dorang tu. kalau perasan, meter tu bergerak tak cepat mana pun. tapi ade 1 teksi aku naik, meter dia memang cepat. tak sampai 8 saat dah naik seposen. 8 saat lagi naik seposen. memang kuanghajau. biasanya yang ubahsuai meter ni yang muda-muda. yang tua tu lebih kepada letak harga ikut sedap tekak sendiri.

pastu sekarang heboh nak mogok bila ada bas bagi perkhidmatan percuma. padan la muka!

Wednesday, 3 October 2012

#122 Budak 9 Tahun Dah Pandai Nak Membunuh





masyaallah...... sabar jer lah baca berita ni. tak padan dengan umur 9 tahun. berani mati belit leher kawan sendiri dengan tali pinggang, pastu siap pukul dengan kasut dan pembaris besi bagai. punca? sebab tak suka jer? **pitam** siap ugut bunuh lagi. dah tu pulak campak dalam hutan lagi. keji sungguh perangai.

aku dulu, masa umur budak-budak ni, memang dah pandai membenci orang. **benci bersebab** tapi tak la pernah terpikir nak buat macam tu sekali. mungkin masa tu takde pengaruh kot?


Tuesday, 2 October 2012

#121 Karoot Lagi Mengaroot

aku pelik sebenarnya. sebab ada sesetengah manusia yang begitu taksub dengan mimpi, dan bomoh. ada seorang manusia, aku gelarkan A sahaja beliau selalu yakin sangat yang mimpinya itu 1 petanda. walaupun mimpi bagi makan kucing. dan buku-buku tafsir mimpi merupakan suber rujukan utama di setiap pagi.

andai kata A bermimpikan seseorang secara kerap, maka keluarlah fakta orang tu ade buat tak baik kat dia. so kena berjaga-jaga. kalau kata A mimpi ada orang yang menimpa kecelakaan, maknanya orang tu dalam bahaya katanya.

dan lagi satu pulak, A jenis yang gigih jumpak bomoh sana sini. tak tahu lah jumpak bomoh tu untuk apa. lepas tu pulak percaya bulat-bulat apa bomoh tu cakap. kalau bomoh tu kata ada orang kat tempat kerja buat dajal kat dia,  memang A akan percaya. lepas tu keluarlah fakta "oh patut la rasa tak tenang je bila dok sebelah dia", patut la tu, patut la ini, macam-macam la. dan aku yang mendengar ni, naik muak dan menyampah.

dan sekarang ni pulak entah sapa yang bercerita kat A, "berhati-hati dengan B, sebab B lebih bahaya dari ular". dan macam biasa, A percaya. dan B pulak, aku kenal. baik dengan dia. sepanjang aku kenal B, tak pernah aku tengok B buat bukan-bukan kat orang lain. B cuma buat kerja dia. hanya orang yang dengki je akan cakap buruk tentang B sebab B berjawatan di situ.

lepas tu pulak, A membuat kenyataan,

"patut la ada mimpi B haritu".

"dah beberapa orang cakap macam tu suruh jauhkan diri dari B"

"patut la tak tenang jer hati sebab selalu kalau hati rasa tak tenang memang ada sesuatu"

nampak tak permainan dia? maksud aku kat sini, A terlalu taksub. bagi aku mimpi ni cuma mainan syaitonirojim untuk menyesatkan manusia. dah tu pulak kita percaya, dan yakin. seronok la syaiton tu. kalau kata mimpi tu pulak jadi kenyataan, mungkin kebetulan sahaja. kita ni manusia jer. bukan ade mukjizat apa-apa pun nak kata mimpi-mimpi kita tusebagai petunjuk. mengarutlah!

Monday, 1 October 2012

#120 CIMB Buat Perangai + Mak Bapak Comel Atau Anak?


1. semalam hari ahad kan? dan semalam aku keluar shopping barang-barang keperluan rumah kat giant. kenapa mesti ahad? sebab hari sabtu takde beg plastik! hahahaha. dan sebab ahad jugak lah, entah kenapa, CIMB buat perangai. dah elok amek barang sesedap rasa, bila time nak bayar, tiba-tiba debit card aku tak boleh pakai. ish! malu beb. orang ramai lagi beratur belakang. untunglah ade sikit cash money dalam wallet. tu pun aku separuh, kakak aku separuh. kalau takde cash money? alamatnya aku letak balik la barang-barang tu dan aku takkan kembali ke Giant tu lagi.~malu~

aku tak puas hati, aku pegi atm nak keluarkan duit. semua atm machine yang ada kat giant tu aku try. tapi tetap tak boleh nak keluarkan duit. cimbclicks pun sama jugak tak boleh nak log in. dan dengan gigihnya. aku call la cimb punya operator. tapi hampeh! tak de pun yang nak jawab. apakah? takde orang keje ke pun? melampau! bila aku usha-usha kat twitter dengan facebook cimb, nampaknya 1 malaysia mengalami masalah yang sama. bagus kan. dah la down lama-lama. pastu takde pulak notification yang dorang keluarkan. apa guna no talipon yang kita bagi kat bank masa nak bukak akaun dulu kan? dah petang sikit baru la ok balik. baru la aku boleh keluarkan duit. kalau tak ok, alamatnya miskin la aku!

2. aku seronok tengok member-member yang upload gambar anak-anak kecik dorang kat facebook. baby kan, harus la comel. dan aku suka comment kat gambar-gambar tu semua. dan yang paling menyampahnya pulak, lepas aku comment, maka keluarlah komen balas dari ibu / bapak si comel itu.

" tengok la sapa ibu / bapak dia "
" kuah kalau tak tumpah ke nasik ke mana lagi "

kan? konon-konon tanpa kecomelan mereka maka tak comel la anak mereka katanya. masalahnye sekarang aku puji anak kau yang comel. yang kau feeling lebih-lebih apahal. takde pulak aku nampak dorang tulis "syukur Allah bagi anak aku comel". tapi masing-masing nak mengaku comel. kalau betul comel takpe wey. sekali kau tengok muka dorang, ya hampunnnnnnnn.. paham-paham sajalah. tak perlu aku nyatakan. dan aku pun komen balik, "ermmmmmm ok."