Demi Masa

Friday, 28 September 2012

#119 Aku Tak Pandai Bergaul Dengan Orang

mengenang kembali di zaman kanak-kanak aku dulu

aku dulu memang tak ramai kawan. dari kecik lagi. sebab masa aku kecik-kecik, mak aku tak lah sihat mana. so mak aku tak bagi sangat main kat luar rumah. bukan mak aku tak bagi main. mainlah. tapi mengenangkan jiran tetangga masa tu amatlah jenis yang 'anak gaduh, mak bapak masuk campur'. jadinya mak aku taknaklah gaduh dengan jiran-jiran, makanya aku dengan kakak aku disuruh duduk dalam rumah jer.

masa sekolah rendah, kawan-kawan aku hanyalah kawan yang ada dalam kelas aku jer. selain budak-budak dalam kelas aku yang macam palesit tu, tak la ramai aku kenal. budak kelas jiran sebelah pun sorang dua jer lah yang boleh dibuat kawan. bukanlah apa, mungkin sebab aku dah terbiasa tak berkawan agaknya.

bila masuk sekolah menengah, dapatlah kawan baru. yang aku tak kenal langsung walau seorang. sebabnya aku berpisah dengan kawan-kawan yang 1 sekolah rendah dengan aku. dorang masuk sekolah lain, aku dapat masuk sekolah lain. dan budak-budak sekolah tu amatlah jahanam sekali perangainya. sekolah semua lelaki la katakan. ganas-ganas belaka. tak terlawanlah aku yang hanyalah insan yang lemah dan langsung tak reti melawan. so kena bulilah aku. dan akhirnya aku lebih suka menyendiri.

tahun 2003, aku pindah sekolah lain. dah tingkatan dua masa tu. aku pindah ke sekolah yang agak ceruk pedalaman sikit. sekolah campur. baik-baik budaknya. adalah sorang dua yang set-set pembuli ni. sampai ke tingkatan lima, aku tetap sama. berkawan dengan rakan sekelas, dan dari kelas lain cuma kenal-kenal gitu jer lah. tak rapat. budak-budak kelas lain suka ejek aku. so aku mengasingkan diri dari dorang. tak lah sakit hati aku. oh ya, bukan budak-budak sekolah tu jer. tapi cikgu-cikgu lelaki sekolah tu pun selalu ejek-ejek aku. nama jer pendidik. yes! cikgu-cikgu itu mendidik budak lain supaya pandai mengejek. terbaik kan?

habis sekolah menengah, aku masuk sambung belajar. dan aku tetap macam aku yang dulu. rakan sekelaslah yang jadi kawan-kawan yang paling baik. kat hostel masa semester 1, aku tak kenal pun sape jiran bilik aku. yang aku tau, sebelah bilik aku ade orang. nama? course? harammmmm.. tahu pun dah nak hujung-hujung semester. tu pun orang cerita. kalau orang tak cerita, gamaknya sampai la ni aku tak tau sapa depa..

bila dah kerja, aku tetap tak berubah. susah nak bergaul dengan orang.  masa kerja kat hotel dulu, mungkin staff tak ramai membuatkan aku rapat dengan semua staff kat situ. tapi bila dah kerja kat kilang ni, aku tak tau nak berkawan dengan sapa. ade lah beberapa orang yang baik. yang lain pun baik, cuma aku belom kenal sapa yang baik tu. kalau selisih pun, senyum-senyum jer. tu pun ade yang kekwat tak senyum balik ade aku kesah kau tak senyum balik?

dan yang menyakitkan hati, dari jauh lagi aku dah boleh tau ade yang sedang mengumpat. dari gerak mulut dan pandangan mata dorang tu, aku dah boleh agak yang aku dijadikan bahan penceritaan sesama mereka. biarlah. tak berkudis pun. tu tak kenal kan? kalau dah kenal? rasanya lagi banyaklah bahan untuk dorang umpat. depan-depan kita buat-buatlah baik. belakang? tuhan sajalah yang tahu.

kesimpulannya di sini, aku trauma sebenarnya nak bersosial. apa guna kalau kawan ade banyak, tapi kalau hampir semuanya menyakitkan hati? biarlah kawan aku seorang dua pun takpe. asalkan sorang dua tu ikhlas menerima aku sebagai kawan. yer dak?

adakah ini kesannya daripada tidak bersosial semasa zaman kanak-kanak? sampai aku takut nak mencari kawan? sampai aku tak reti nak bergaul dengan masyarakat sekeliling?


Wednesday, 26 September 2012

#118 Gabenor Bernama Aishah dan Duit Bunian?


tadi pagi sebelom tidor, sempat ler aku jalan-jalan kat facebook.
dan tiba-tiba dekat page RilekSantai ade la 1 teka-teki kononnya.

"Ape yang membezakan antara dua duit rm100 nie?LIKE jika jumpa perbezaan~~"
dan gambarnya adalah duit RM 100 di bawah. 
~desperate giler nak orang like~





maka keluarlah segala cerdik pandai meneka apa yang membezakan kedua-dua duit tersebut.

antaranya adalah:

1. tandatangan gabenor
2. muka agong tu 1 masam 1 senyum.
3. nombor RM100 tak selari.
4. tengkolok di gambar yang atas warnanya sedikit berbeza.

dan macam-macam lagi lah.

tapi yang menarik perhatian aku adalah, bila ada yang menjawab tandatangan bernama "Aishah" itu adalah milik bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah.













nampaknya masih ramai yang tak tahu,
Gabenor wanita pertama di Malaysia hanyalah
Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz.


dan pemilik tandatangan berbentuk "Aishah" itu adalah milik
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman

dan sebab tempoh perkhidmatan beliau tak lama, dari 1998-2000, makanya tak banyak la duit yang mempunyai tandatangan beliau.
sebab tu terhad nak dapat duit tu sekarang (",)



dan tiba-tiba muncul kisah ni.


alam bunian?
kononnya duit ni dipinjamkan oleh orang bunian sebab ekonomi masa tu tengah teruk.
yer lah, tiba-tiba ada signature "Aishah" kan, walhal mana ada gabenor wanita lagi masa tu kat Malaysia.

macam-macam betul.......
keh keh keh


sumber : boleh baca kat SINISINI dan SINI

Tuesday, 25 September 2012

#117 Shila Amzah, Suaramu Memukau!


sumber gugel jer

dia chantek
dia berbakat
dan sekarang
dia kaya!

aku agak teruja dengan Shila Amzah ni
seyes!
tak tipu.

masa dia baru lepas program OIAM dulu, aku tak la minat sangat.
tapi lepas keluar lagu Beribu Sesalan dengan Patah Seribu, aku jatuh hati pada suaranya.

dan masa di Asian Wave tu,
aku suka dengar dia nyanyi lagu Forever Love dengan Zheng Fu tu.
sumpah sedap.
bukan semua orang leh nyanyi lagu cina kan?
terpukau sekejap.
walau aku tak paham sebutir pun.
ade jugak gugel makna lirik lagu tu.
guna gugel translate.
so paham-paham la kan macamana terjemahannya.. keh keh keh





best kan?

masa juri-juri dok komen, muka dia nampak macam paham jer kan?
tapi aku rasa ade jurualih bahasa yang menterjemah komen-komen juri tu.
kan tak? kan? kan?
mesti punya lah!

apa-apa pun, tahniahlah buat Shila Amzah ni.
sebab berjaya mencipta nama di luar negara.
tak semua penyanyi dapat peluang macam ni.



**Shila makin comel bertudung. semoga ianya kekal :)

Saturday, 22 September 2012

#116 Hujan


hujannnnn yang turun bagaikan mutiara...........


harini aku tersedar jam 5.20 pagi. agak kelewatan la kiranya. itu pun rasanya lepas alarm fon aku berbunyi untuk kali yang ke berapa tak la aku ketahuinye kan pun. sedap giler lena malam semalam. rupa-rupanya malam semalam hujan. tapi lena mati la katakan, haram sedar bila masa hujan.

sedar-sedar pagi tadi dah hujan. lebat lak tu. dalam hati terdetik nak gi keje lambat. alasan, HUJAN BOSS! boleh? tapi aku totapppppp gagahkan kaki ni nak gi keje. WALAU hujan.

lepas mandi, siap bagai, aku terjenguk-jenguk la kat tingkap. usha keadaan hujan. bajet macam ok jer. aku pun turun la bawah rumah. sekali hujan lebat daaaaaaaaaa..........

tunggu barang 5 minit, nasib la hujan dah slow sikit. tak berlengah terus aku gerak gi keje. alhamdulillah, selamat aku sampai. aku takut nak bawak motor dalam keadaan hujan ni. dikhuatiri akan mengundang bala bencana. nak-nak pulak, mata aku ni bukan ler jelas mana pun kalau bawak motor gelap-gelap / samar-samar nih. apatah lagi kalau tutup visor helmet. memang "jelas" la sangat aku nampak. so bawak pon slow jer.

dan disebabkan hujan tadi,....................




brrrrrrrrrrrrrrr....... sejuk dowh!!!




dan jomlah kita layan lagu ni sempena meraikan kehujanan pagi nie......

layannnnnn......


Friday, 21 September 2012

#115 Blogger Bertukar Wajah

 seyes!

aku tak suka interface yang baru ni.

memandangkan aku adalah seorang yang sering berbelog menggunakan henpon, ianya amatlah menyulitkan bagi aku.

now terpaksa guna pc untuk hapdet!

aku tak suka tak suka tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



*****tambahan*****

 dashboard di permulaan


 masa nak compose




 nan hado dibenarkan.


KEJISSS KAN???



berpuluh kali aku coba, tapi semua cobaan itu adalah sia-sia.....

Wednesday, 19 September 2012

#114 MC Lagi

Harini aku ke klinik panel lagi.

Perut aku memang tak suka duduk diam. Asyik nak memerut je. Siap pakej muntah bagai. So tanpa berlengah, in-house clinic menjadi tumpuan aku. Lepas doc check apa yang patut, dia bagi aku MC sehari. Dan dia check blood pressure aku. Agak tinggi. Hurmmmm.....

Lepas aku bagi MC tu kat boss, terus aku blah. On the way nak balik, aku tergerak hati nak pegi hospital kerajaan. Nak check detail sikit la kononnye. Tapi sebelom ke hospital kerajaan ni, kena ada surat rujukan dari klinik panel. Makanya aku pun singgah la klinik panel kat SS2, PJ.

Lepas aku bagitau masalah aku kat doc tu, dia pun check perut aku. Ditekan-tekan, ditusuk-tusuk, dia cakap perut aku ok. Takde ketumbuhan. Tak perlu risau dan tak perlu jumpa pakar. Semua tu berpunca dari emosi dan tekanan. Apakah? Aku menderita sakit perut ni dah bertahun-tahun doc oiiiiiiiiiiiii!



Sabar jer la
(-_-")







Sila klik > Cerita Sakit Perut Yang Dulu


#113 Surirammmmmmm Suuuuuriramramram




mampoo??

Sunday, 16 September 2012

#112 Sesi Berumah Keterbukaan

Rumah terbuka siapa? Aku? Haha! Mimpilah aku nak berumah terbuka ni. Tak rajin aku nak menggulai rendang dan lontong bagai. Pergi jer rumah orang. Senang. Semua dah terhidang. Tinggal nak ngap sajork!

Namun kesahnya, hari ni aku dengan kakak dan abang ipar aku ke Klang meraikan rumah terbuka Cu aku. Pergi bukan pergi saja-saja hokay. Membantulah sedikit sebanyak yang terdaya dek badan ni ha.

Ayoooooo.... Penat sungguh-sungguh. Rasanya tahun lepas tak sepenat ni. Mungkin tahun lepas ramai "bentara" agaknya sebab tu tak rasa penat. Macam-macam kena buat. Dari potong tembikai, potong puding, potong nasik impit, potong lemang, potong bawang, potong timun, potong cili. Pendek kata, kerja memotong jer lah yang aku buat. Bab hidang menghidang, aku serah kontrak tu kat orang lain. Heheh. Seronok kerja memotong ni. 1 potong, 1 ngap, dan begitulah seterusnya. Syiok kan.

Dan sebab asyik mengunyah je sepanjang masa, rasanya berat aku memang bertambah punya. Berkilo-kilo kalori masuk. Makan yang berlemak jer banyak. Lemanglah, lontonglah, rendanglah. Mana la tak darah tinggi ken?

Sudahnya perut memulas.

Hamekkkkkkkkawww......

Nak sangat kannnn? Merasa!

Ha, ni makanan-makanan yang telah disumbat dalam perut aku. Saksikanlahhhhhhhhhhh..............................



starter katanya, nasik impit

feeling italian kekdahnya, spegeti

selera utara, laksa penang

bihun sup ayam

makanan rasmi, lemang €€dan rendang daging

jawa sikit kononnye, lontong

#111 Kecelaruan Minda

Sepanjang malam fikiran terganggu.

Segala-galanya berlehar-legar di fikiran.

Kebelakangan ni,

Terlalu banyak yang mengecewakan aku.

Terlalu banyak yang membuatkan aku tertekan.

Terlalu banyak yang menjadikan aku lemah.

Mengenang kembali,

Aku kecewa.

Sungguh kecewa.

Dengan diri sendiri.

Dengan manusia kanan dan kiri.

Terasa ingin lari.

Sejauh yang perlu.

Memulakan sesuatu.

Di tempat yang baru.

Tapi,

Apa yang aku ada untuk dibawa bersama?

Pengalaman?

Wang?

Tiada!

Lamunanku terhenti,

Aku tersedar.












**alarm berbunyi**

Eh dah 6 pagi daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Friday, 14 September 2012

#110 Ini Ke Simptom Gay & Lesbian?




- Tak laku la t-shirt kolar V lepas ni kan? Sapa-sapa yang pakai akan di cop GAY!

- Perempuan dah tak boleh keluar makan / hang out sama-sama lagi. nanti di cop LESBIAN







WHATEVERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR





Tuesday, 11 September 2012

#109 MasterChefnya Aku : Lempeng Kelapa

Semalam aku terbayangkan lempeng kelapa. Teringin. Kalau orang perempuan mengandung dah dikata mengidam dah ni. Tapi aku? Perut pun kedepan jugek. Tapi nan hadolah isinya ken. Tapi mengidam terlebih. Over sungguh.

Makanya berstatus la di pesbuk semalam nak makan tempek nyoq katanya



Tapi ditegur oleh seorang sahabat


Rupanya, di sesetengah tempat, "tempek" tu mempunyai maksud yang berbeza. Setahu aku tempek di dapat nama sebab adunan tepung dengan kelapa parut ti ditempek pada kuali. Tapi maksud yang disebut oleh sahabat aku tu rupanya "alat sulit wanita". Adeyh! Sabau jer lah ken!?

Apa-apa jer la.

Ha, apa lagi, menjamulah mata dengan lempeng kelapa ni. Sedap uols! **matilah puji diri sendiri**

Monday, 10 September 2012

#108 Hari Bodoh Saya!

ape kes la harini.

1. keje aku semua tak menjadi. repair machine pun takde yang ok sepenuhnya.

2. aku lupa password untuk locker. so tak boleh nak bukak. grrrrrr. **amnesia sekejap**

3. skru di tangan asyik terjatuh. **parkinson kah?**

4. tools bag aku lupa mana aku letak. **amnesia lagi**

5. terpijak tali kasut sendiri dan nyaris tersembam.

petanda apakah ini?

adoiiii sakit kepalaaaaaa

Monday, 3 September 2012

#107 Cara Orang Kita






Betul kan?

Orang kita memang macam ni kan?

Ada jer yang tak kena pada pandangan orang.

#106 Aku, Boss, Doktor, dan MC

Semalam aku tidor dengan lenanya disebabkan ubat yang doktor bagi semalam. Sedar-sedar dah pukul 8:30. How? Mujarab giler punya ubat kan?

So lepas bangun, mandi, dan bersiap, terus aku gerak pegi klinik tu balik. Lepas check tekanan darah, doktor cakap "verrrry gooooooooood". Tekanan darah dah kembali normal. Tapi aku masih rasa tak selesa bila bernafas. So aku bagitau jer la kan kat doktor tu. Dia cakap itu biasa. Aku cuma stress sebab tu rasa susah nak bernafas sikit katanya. Dia just bagi aku vitamin B complex dengan Oral Rehydration Salts untuk kasi tenaga. Itu jer.

Dalam tengahari gitu aku sambung la tidor balik mengenangkan nak masuk keje kol 6 petang katanya kan. Bila aku bangun dalam pukul 4 petang tu, aku tetap rasa tak selesa nak bernafas. Tak lancar macam biasa. Dengan berpikiran positifnya aku relax-relax dulu atas sofa, minom air suam, mandi bagai. Pukul 5 petang tetap sama jer so aku call boss aku bagitau aku still not in good condition untuk kerja. Tanpa belas kasihan, boss aku cakap kalau takde MC dia tolak annual leave aku. Kejis!

Dengan lemah gemalainya aku merangkak la pegi klinik tu lagi sekali. Sampai klinik, doktor lain pulak yang aku jumpak. So aku terangkan lagi sekali apa yang aku rasa. Dia check tekanan darah aku pun masih normal lagi. Dan dia jugak kata aku stress.

Doktor : "You okay. Takde masalah. So sekarang apa you nak I buat untuk you?"

Terkesima aku dengar kata-katanya itu.

Aku : "Just give me something yang boleh bagi I rasa selesa untuk bernafas. Kalau macam ni I memang rasa tak selesa doctor."

Doktor : "So you nak MC la?"

Aku : "Of course I perlukan MC. I tak boleh nak buat kerja dengan keadaan sekarang. I nak bergerak banyak pun rasa sesak dada."

Doktor : "Okay so I bagi you MC dan ubat untuk tenangkan you. Kasi relax sikit"

Grrrr

Geram tau aku dengan doktor tu. Dia buat aku macam peminta sedekah untuk dapatkan MC. Makin sesak dada dibuatnya! Dan ubat yang dia bagi tak mengurangkan sikit pun penderitaan yang aku alami. Nasib baik la klinik panel dan aku tak perlu keluar sesen pun.

Saturday, 1 September 2012

#105 Alaaaaaaaaaaa Sempooootttttttttt

Setahu aku, kali terakhir aku mengalami kesukaran bernafas akibat asma adalah time aku umur 3 tahun. Tu kata kakak aku la. Sumpah aku tak ingat.

Dan sepanjang dah besar gedabak ni kalaupun semput adalah disebabkan jogging. Almaklumla jogging setahun sekali, mana tak semput ken.

Tapi selain semput disebabkan jogging, aku ade jugak sesekali susah nak bernafas dan sakit di dada masa bernafas. Jarang berlaku, tapi seksa rasanya bila berlaku.

Semalam masa aku tengah bekerja, dah mula rasa sesak nak bernafas. Tapi bertahan lagi sebab ingat takde pape lah kunun. Bertahan dan bertahan sampai habis shift. Balik keje terus tidor.

Ingatkan harini dah ok la. Rupanya tak jugek. Sama je. Tapi lebih teruk sikit la dari semalam. Disebabkan tak tahan, aku pegi je in-house clinic. Doktor takde. Nurse je ade. Lepas bagitau masalah aku, dia check tekanan darah. 151/95. Tinggi katanya. Dia suruh aku duduk dalam bilik rawatan pastu bagi oksigen. Ade la dalam 15 minit.

Merasa la sedut oksigen puas-puas


Lepas tu nurse tu panggil sape ntah suruh bawak aku pegi klinik. Maka berceritalah aku ape yang aku buat sepanjang minggu ni dengan minggu lepas kat doktor tu. Sekali lagi doktor check tekanan darah. 149 / 95. Maka dari situ doktor mengatakan aku tak cukup rehat. Dibaginya aku ubat tidor ( sebijik kerat dua ) dengan mc sehari. Esok pagi aku kena pegi balik klinik tu untuk check balik tekanan darah.

Hurm.. Apalah nasib kan. Muda-muda dah kena darah tinggi. Mungkin jugak la aku tak cukup rehat. Lepas abah meninggal, memang aku kurang rehat. Pegi sana sini uruskan itu ini. Mana la tak penat kan. Runsing lagi dengan macam-macam hal. Mana tak tekanan darah naik?

Tapi aku musykil, ape kaitan sukar bernafas dengan tekanan darah tinggi?

#104 Entri Bergambar (Cameron Highland)

kakak sulung dan kakak nombor 4

menyelit lak dia

bruno mars sangat

makan malam merdeka


beli baju sama la kononnye


over khen


lepas 5 kali baru dapat amek gambar begini