Demi Masa

Thursday, 30 August 2012

#103 Kembali Ke Cameron

Assalamualaikum.

Harini bersiaran dari Tanah Rata, Cameron Highland. Setelah seminggu aku kembali lagi ke Cameron. Aku pegi dengan kakak aku dua orang dengan abang ipar.


Khenn, muka masing-masing ceria tanpa riak sedih. Apakah?

Letih. Sebab pegi naik bas dari Puduraya. Sungguh seram yer naik bas dan ikut jalan Tapah - Cameron. Seyes! Jalan yang sempit dan berbelok-belok, kecut perut sementara nak sampai.

Datang sini nak amek kereta arwah abah sebenarnya. Pastu ade la sikit urusan berkaitan gaji abah kat sini dengan barang-barang peribadi dia. Habis kemas barang kat bilik abah, boss tempat keje abah offer tidor kat hotel dia 1 malam. Asalnya nak terus balik jer. Tapi, keletihan dan loya-loya mengatasi segalanya. Kata sepakat diambil dan tidorlah kami kat Cameron malam ni.

Petang tadi sempat la jalan-jalan sikit, tengok ape yang patut, beli ape yang perlu. Tapi memandangkan duit masing-masing tengah tak banyak, maka beli baju jer la sorang sepasang sebab tak bawak baju salin barang sehelai pun (tak jangka nak tidor sini) dan strawberry sikit.

Esok jam 8 pagi gerak balik KL. Kakak aku dengan abang ipar aku naik kereta, aku dengan kakak sulung aku tumpang van persiaran boss arwah abah sampai KL.

Bertambah letihlah. Esok keje malam pulak. Hurm.

Friday, 24 August 2012

#101 Abah Sudah Kembali PadaNya

Tarikh : 23.08.2012
Masa : 0032 a.m
Lokasi : di tempat kerja

Aku terima panggilan dari nombor abah. Tapi bukan abah yang bercakap di talian.

"Ni amin ke?"
"Ye saya"
"Anak pak mat ke?"
"Ye saya anak pak mat"
"Macam ni, pak mat dah arwah, kemalangan. Langgar lori. Sekarang ada kat hospital cameron highland. Mintak datang secepat mungkin lah ye"

Aku terdiam lepas talian diputuskan. Lepas tu terus aku bergegas balik rumah. Nasib baik dengan bantuan mak dan ayah saudara, aku sampai Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highland jam 7 pagi. Arwah abah dah dimasukkan ke rumah mayat. Bila pintu peti simpanan mayat tu dibukak, aku tak dapat menahan sebak. Aku menangis. Aku sebak. Aku kesal. Dan macam-macam perasaan ada. Dan aku menggeletar.

Jam 9.30 pagi, jenazah abah dimandikan, dikapankan dan sisembahyangkan. Aku menolong sedikit sebanyak sepanjang proses memandikan dan mengapankan jenazah abah. Itulah bakti terakhir aku kepada arwah abah. Aku jugak turun berada dalam van jenazah sehingga sampai ke rumah kakak abah di Ipoh, Perak.

Di Ipoh, sekali lagi jenazah abah disembahyangkan. Lepas tu adik beradik yang ada sempat melihat wajah abah buat kali terakhir. Aku juga sempat mencium dahi abah sebelum wajahnya ditutup semula. Dahi abah sejuk.

Jam 3 petang, jenazah abah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh. Sekali lagi aku menangis semasa tanah ditimbus.

Mujur adik beradik sebelah abah banyak membantu. Bukan sedikit, tapi dari proses membawa balik jenazah sampai pengebumian. Terhutang budi aku pada mereka semua.

Kini, tanggungjawab abah di bahu aku. Berat sungguh rasanya. Aku kena tabah. Aku kena kuat. Aku memohon kepada Allah supaya memberi kekuatan pada aku untuk menjalankan tanggungjawab yang berat ini.

Semoga arwah abah tenang di alam sana.

"Hari raya abah kerja. Lepas raya abah nak cuti panjang. Jalan-jalan." - kata-kata terakhir abah.


Harian Metro, 24.08.12 mukasurat 37



Tuesday, 21 August 2012

#100 Entri Yang Ke - 100

 1Wah, sungguh tak ku sangka, ini adalah entri yang ke 100!!



Diam tak diam dah 8 bulan aku terjebak dalam dunia blog ini. Dulu aku tak pernah terjangka pun akan ada sebuah blog. Dan kini, blog Inilah A.R. Amin adalah sebahagian daripada harta yang aku ada., walaupun blog aku ni hanyalah blog yang tak tentu hala dan caca marba gituh kan.

Dan kepada pembaca blog aku yang serba kekurangan ini, terima kasih daun keladi kerana sudi menyinggah ke sini. Walaupun dari statistik, takde la ramai mana, tapi takpe lah. Bukan populariti yang aku kerjarkan dari blog ini.


sedih. sikit kan? kan?


Sekali lagi terima kasih aku ucapkan kepada anda yang telah membaca entri kali ini. Sudi-sudilah meninggalkan komen anda di ruangan komen yang disediakan.

Pecah kaca
Pecah gelas
Sudah baca
Harap balas

Sekian terima kasih ;)

Sunday, 19 August 2012

#099 KUL - TPG - KUL


Haaaa gituh kan tajuknya. Ala-ala naik kapal terbang je bunyi khen. Sebenornye, pagi semalam aku dengan kakak aku bergerak balik ke Taiping. Takde plan pape pun. Terasa nak balik, maka terus balik. Kerja gila. Sebab balik berdua naik moto. 5jam okay! Kematu bontot.

Gerak dari rumah semalam dah pukul 11:30 a.m. Yakin je aku bawak moto tu. Servis pun tidak. Bawak pun tak laju mana. 80km/j sahaja. Slow je kan? Kan? Kan? Huhuhu. Tapi kalau turun bukit dah cecah 110km/j. Sama laju dengan keter la agaknye yer dak?

Jalan pun agak banyak gak kereta semalam. Start dari Slim River, jalan dah sesak dah. Bawak pun slow jer. Mula-mula bahagia lah aku kan bawak moto ikut lorong kecemasan. Tapi bilamana ada pemandu kereta durjana telah menyalahgunakan lorong kecemasan itu, maka aku pun hanginlah kan. Terganggu perjalanan aku. Terus aku feeling naik motor berkuasa besar duduk lorong kanan. Haha! Kau mampoo? Naik Lagenda, bawak kat lorong kanan? Pastilah mampoo kan kalau jalan sesak! Ahaksss!
Aku cukup menyampah yer mereka-mereka ini. Pentingkan diri sendiri. Punyalah geram kan aku suruh cameraman aku amek gambar keter kat bawah ni. Siap la aku nak hantar kat METRO!




Dan kereta yang di bawah ini mungkin terperasan bahawasanya kegiatan beliau sedang dirakamkan, terus berganjak ke kanan masuk ke laluan biasa uols. Takot lettew! Jaga lah korang. Aku upload kat blog, pesbuk dengan kat Metro. Kalau post kat wall PDRM pun ok jugak yer dak? Rasakan.



Dan yang paling seram adalah aku nyaris menyumbang kepada jumlah kemalangan di hari raya. Masa tu kat Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara. Ade 1 vios hitam teragak-agak nak masuk ke tidak. Tapi takde bagi signal pape pun. Aku ikot belakang kereta tu nasib jarak jauh sikit. Tiba-tiba dia belok mengejut. Terus aplikasikan emergency brek masa belajar kat sekolah memandu dulu uols! Ketaq lutut taw. Tayar belakang pun dah bergerak kiri kanan. Kalau tak sempat brek la, nyaris la menginap kat Hospital Sungai Buloh. Ngeri!

Sampai Taiping dalam pukul 3p.m gitu lah. Letih yang teramat sangat. Kebas punggung. Turun moto pun dah mengengkang jalan. Tak cakap banyak, terus pegi kubur arwah mak kat Batu Kurau. Kasi bersih dan tambah tanah sikit kat kubur tu. Habis baca yasin dan berdoa, patah balik ke Terong. Tidor semalam kat sana. Nasib la ade rumah Makda ( bekas mak tiri ) untuk tumpang. Kalau tak memang gerak balik KL terus. Alhamdulillah, merasalah makan kuih raya, lemang, ketupat, nasik impit, dan rendang. Syukur!

8 a.m harini, aku dan kakak aku pun bergeraklah balik ke KL. Nasiblah jalan ke selatan tak ramai orang. So aku boleh bawak moto dengan tenang. Di sebabkan letih, aku berenti kat setiap hentian. Bukit Gantang, Sungai Perak ( isi minyak ), Simpang Pulai, Tapah ( isi minyak ), Behrang, Ulu Bernam ( isi minyak ), dan Rawang. Alhamdulillah jam 1 tengahari selamat sampai rumah. Syukur sangat tak jadi apa-apa sepanjang perjalanan.

*****Dah bertahun rasanya, raya tak memberi apa-apa makna pada diriku. Raya pun macam tak raya jer.


Saturday, 18 August 2012

#098 Selamat Hari Raya, Mari Bergembira

Buat insan yang pernah MENYAKITI ku,
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang saya rasakan...

Buat insan yang pernah SAYA SAKITI,
Maafkanlah kekhilafanku, saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan...

Khas buat SAHABAT ku,
Mungkin di antara kita memiliki banyak jurang perbezaan, namun tidak dapat dinafikan lagi kerna ku ingin melewati hari2 indahku bersamamu....

Untuk orang yang menganggapku SAUDARA,
Terima kasih kerana telah menyayangiku seikhlas hatimu, memberi kasih sayang dan perhatian kepada kehidupanku.

Maafkanlah saya...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin.

Sakan taw dorang bergendang di aidil fitri

Wednesday, 15 August 2012

#097 Banyak Persoalan Yang Berada Di Minda

Harini banyak sangat yang aku pikirkan. Serba tak kena jadinya.

Kesahnya aku disuruh buat kerja itu dan ini oleh seseorang. Aku tak kesah pun. Yer la, tak buat makanya tak belajar. Tak belajar makanya tak tahu yer dak. Dan kalau kerja yang disuruh tu aku tak tahu buat terus terang aku bagitau aku tak tahu. Tapi masalahnya, bila aku cakap tak tahu, kadang-kadang dia senyum, kadang-kadang dia geleng-geleng kepala sambil mengeluh. Dan bila dia geleng kepala sambil mengeluh tu, telah membuatkan aku rasa down. Bukan sikit tapi teramat-amat sangatlah down!

Itu kalau aku cakap tak tahu. Kalau aku buat keje yang disuruh, tak mencapai tahap piawaian dia bertambah teruk dia mengeluh. "Hurmmmm", "haihhhhh", "hadooooiiiiiiiiiihhh". 3 keluhan tu la yang selalu aku dengar. Ianya membuatkan aku rasa macam orang yang tak berguna dan tak tahu apa-apa.

Dan tadi, aku terpikir. Boleh ke aku buat kerja-kerja ni? Layakkah aku untuk buat kerja ni? Betul ke jalan yang aku pilih ni? Kenapa aku pilih kerja ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Monday, 13 August 2012

#096 Nak Like Ke Tidak?


Seriously, aku paling benci bila orang sebarkan gambar-gambar sebegini.


Dan yang pasti, aku tak pernah like pun benda sebegini. Sebabnya, aku yakin dengan kepercayaan aku pada Allah, bukannya bersandarkan pada gambar itu. Kalau aku tak klik like pun, tak bermakna aku terkeluar dari Islam. Kan?

Tapi kalau terlampau taksub dengan benda gini, apa hukumnya? Idok ler aku tahu.

Dan yang paling pasti, tak guna klik like, tapi perangai mengalahkan syaitonirojim!

#095 Siri Jelajah Jalan Tunku Abdul Rahman

Semalam aku telah melakukan siri jelajah ke Jalan Tunku Abdul Rahman secara berjemaah dengan kakak-kakak aku. Meriah uols. Penuh dengan umat manusia. Almaklumlah semalam kan hari minggu. Masa tu la semua yang bercuti nak amek kesempatan untuk shopping kan.

Dalam siri jelajah itu aku telah menyusuri jalan TAR sampai la ke SOGO. Punya la ramai orang. Nak berjalan sikit punya la seksa yang amat. Slow je bergerak. Langkah setapak, berhenti. Langkah lagi 2 tapak, berhenti lagi. Bayangkan la panjang mana jalan TAR tu kan. Sementara nak sampai SOGO tu ade la jugak 40minit berhimpit bersesak kat situ.



Semalam (12/08/2012)


Sampai kat SOGO, mak oiiiiiiii..... Pun ramai jugak orang. Selalu kan SOGO suka lambak-lambak barang-barang sale dorang kat bahagian bawah tu kan. Kat situ jugak la dah macam semut hurung gula. Nak memilih pun susah. Yer la semua dok berebut dah macam takde hari esok. Nak membayar pun sikit punya lama dan panjang beratur hokay. Padahal nak bayar seluar dengan baju sehelai je. Tapi beraturnya ada la dekat setengah jam.

Keluar je dari SOGO, sekali lagi tanpa mengenal erti penyesalan dan penat, aku gagahkan jugak diri nak lalu kat jalan TAR lagi sekali. Nak cari jeans dengan baju melayu lah kononnye. Dari 1 tempat ke 1 tempat aku singgah, semuanya takde stok untuk saiz 30 (**38**).. Menci taw! Kalaupun ada semua design yang tak lawa. Langsung tak menepati citarasa aku. Walaupun nak beli Levis / Guess / CK cap siam, tetap la cerewet kennnnnn?? Tapi demi nak menyedapkan hati, beli jugak la sehelai walau tak berkenan. Kang takde seluar pulak nak melaram yer dak.

Baju melayu pun sama. Dari awal tahun lepas aku dah nekad nak baju melayu kaler kelabu. Maka aku berkeras jugak hati nak cari kaler kelabu. Tapi nan hado! Yang hado pon semua takde saiz S (**XL**). Yang ade saiz pulak, aku langsung tak berkenan dengan corak atau kain dia. Cerewet sungguh aku yer. Payah orang nak bela aku kannn.. Hahahah! Kakak aku suruh amek kaler lain, tapi entah kenapa hati ini begitu keras untuk memilih kaler lain. Hujung-hujung langsung tak beli baju melayu. Hurmmm. Takpe lah. Raya pun kena kerja. Bila masa nak melaram baju melayu pun kan. Akan ku balas dendam tahun depan. Pasti!

Bila dah habis tak tahu nak beli apa, maka melangkah pulanglah aku. Jalan masih ramai bersesak-sesak. Dan waktu inilah, ketika perut begitu lapar dan cuaca panas, perasaan marah telah melanda diri. Kenapa? Sebab ade sorang perempuan telah berkata sesuatu dengan kuatnya, "ish jangan la tolak!". Grr aku rasa nak penyepak muka perempuan tu! Helo? Macam dia sorang je kena tolak kan. Kalau dah tak suka berhimpit-himpit, jangan la menyebokkan diri kat jalan TAR yang "lengang" ni. Pergi la kat shopping kat tempat yang sorang dua je lalu lalang. Orang lain pun bersesak jugak, tapi nak kata apa kan. Kalau sendiri dah sanggup untuk masuk jalan TAR, maka kena la sanggup untuk menghadapi akibatnya kan. Apa da!



Harini (13/08/2012)

Dan hari ni, siri jelajah itu kembali bersambung! Hadoih. Sakan kan? Semalam datang, harini datang lagi. Yer lah, kakak aku nak tukar seluar yang dia beli tu. Ketat sikit katanya. Nasib baiklah aku cuti lagi harini. Berat tau kaki ni nak melangkah. Tapi dah dipaksa, maka aku merelakan diri ni bergerak. Tapi nasib baiklah harini tak ramai orang. Lancar jer perjalanan. Mana tak lancar, pukul 11 dah ada kat jalan TAR tu. Kedai pun tak banyak yang bukak lagi. Sampai cari tak jumpak la kedai yang dia beli seluar tu. Rupanya tak bukak lagi. Pusing lagi sekali baru jumpak. Tu pun dorang baru nak bukak. Sabar jer lah kan! Haha.

Dan atas hasutan yang tidak didengari, aku beli lagi sehelai jeans cap siam. Haha. Tetiba rasa berkenan. Nasib baiklah ade saiz. Tapi harga yang dia tayang tu berbeza dengan harga yang dia bagi. Katanya, saiz besar, harga pun besar abang. Eh tercakap pulak saiz besar. Saiz kecik yer. Heheh. Tapi berkenan punya pasal, bayarkan ajelah. Malas nak bertekak. Wat kering tekak je yer dak. Setaun sekali kekdahnya membeli jeans. Takper la.

Time nak balik tu, mata aku ternampak kek coklat yang amatlah kelihatan sedap! Harga RM10 satu bekas. Haruslah aku sambar 2 bekas! Jalan lagi, nampak tempeyek. RM25 untuk 2 balang. Harus sambar lagi. Jalan lagi jalan lagi, nampak ketupat daun palas dengan rendang tok. Rendang tok tu RM4 untuk 100g. Aku beli 250g = RM10. Pastu ketupat daun palas 4bijik RM2. Aku beli 12 bijik = RM6. Jalan lagi jalan lagi jalan lagi, dah sampai hujung. ALHAMDULILLAH! Syukur. Kalau tak, alamatnya kempis balik la wallet aku nih!

Maka dengan itu, tamatlah perjalanan siri jelajah jalan TAR! Jumpak lagi tahun depan. Hehehehehehe

Menyelerakan! Pasti sedap!


Time berbuka nanti siap ketupat ni aku ngap!


Ni ja yang mampu pakai.. Lebais & CK cap siam!



Sunday, 12 August 2012

#094 People Will Never Stop Asking



When you're single, people ask about a girlfriend or boyfriend.

When you have one, they ask is there any future?

When you have a fiance, they ask about a wedding.

When you get married, they ask when will you two have a baby?

When you have 1 child, they ask when is the little brother or sister coming?

When you have another one they ask, why are you having all these children?

When you get divorced, they ask why?

If you moved on, they ask why so quickly?

People will NEVER STOP ASKING & TALKING...

Saturday, 11 August 2012

#093 MasterChefnya Haku : Kari Laksa Nyonya.

Harini aku masak Kari Laksa Nyonya yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Makanan ini terhasil dek kerana telah melihat rancangan masakan Chef Florence Tan di talibesen. Maka dengan itu, saya telah rasa keteringinan untuk merasanya. Seumur hidup asyik dok makan Laksa Utara ja kennn. Sesekali nak la merasa masakan Nyonya gitu.

Setelah mencari resepi-resepi yang "bajet", maka bergegaslah aku pergi ke kedai membeli bahan-bahan yang nak dimasukkan dalam kuah tu. Walaupun rasa macam "bajet" namun habis dalam RM20 jugak yer nak membeli bahan. Aku beli fillet ayam, tauhu, fishball, fishcake, telur, udang, santan, dan lain-lain. Mahal betul barang nak membuatnye. Yer la banyak barang dah dipaket siap-siap. So takde la nak boleh ambik barang ni 50sen barang tu 80sen. Tapi apakan daya, teringin punya pasal kan. So diam-diam sudeyh.

Dan yang paling penting, tanpa benda ni, semuanya takkan terjadi. Benda alah ni aku suruh kakak aku beli kat Cosway. Sebab kat Cosway ade jual benda-benda gini. Dan benda gini banyak stok kat rumah aku. Dari pes untuk masak sambal, tomyam, asam pedas, rendang, dan lain-lain. Boleh melawat ke stokis Cosway berhampiran untuk membeli kalau berminat ye puan-puan. **promote Cosway kejap**


Aku start masak tadi dalam jam 6 petang. Dengan feeling MasterChefnya aku pun sakan berklung-klang kat dapur tu. Setelah sejam bertarung, maka gambar di bawah ini adalah hasilnya.

Kari Laksa Nyonya

Saya bukanlah nak memuji diri sendiri pandai masak ke ape kan, tapi rasanya amatlah super sedap. **masuk bakul** Terima kasih Cosway kerana membekalkan saya pes-pes sebegini. Hahahaahahaaaa!

Tapi aku musykil, kenapa ia dipanggil "Laksa"? Padahal jelas sekali ia menggunakan mee. Aku syak, ini adalah Mee Kari. Tapi disebabkan Nyonya kompius antara laksa dengan mee makanya mereka menamakannya laksa. Masuk akal ke tidak? Huhuhu.

**esok nak buat kuih ketayap pulak! Ahakssss

Thursday, 9 August 2012

#092 Kalau Anda Mempunyai Masa Depan Yang Cerah, Bolehlah Merogol





Ape lah nak jadi kan? Gara-gara kerana mempunyai masa depan yang cerah, beliau terlepas dari hukuman penjara? Siapa dia ni? Terkenalkah? Aku tak kenal pun dia mahupun pernah dengar nama dia berkumandang. What the fish!

"Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaan antara dia dan gadis itu" - Sinar Harian

"Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama 5 tahun" - Berita Harian

See? Disuruhnya budak tu berkelakuan baik selama 5 tahun? Baik manakah beliau boleh jadi? Kalau dia pernah lakukan "perlakuan tanpa paksaan" tu dengan budak umur 13 tahun, tak mustahil dia boleh main dengan mana-mana perempuan pun. Percayalah.

Dan yang tak menahannya, TANPA PAKSAAN! Memang la dia romen dengan budak tu secara suka sama suka. Tapi, budak perempuan tu baru 13 tahun okay! Apakah? Masih di bawah umur. Budak 13 tahun, apa yang dia tau pasal sex? Mungkin la budak tu tau hanya seronoknya sex, bukannya akibat selepas berlakunya sex. Patutnya lelaki durjana ni dihukum sebat sampai terburai bontot dia lah wey!

So sekarang ni, sapa-sapa yang mempunyai masa depan yang gelap tak boleh merogol ye. Sapa-sapa yang pandai main bowling, atlit terkenal, dan yang mempunyai masa depan yang cerah bolehlah merogol. Alaaaaahhh, ape sangat kan, hukuman cuma berkelakuan baik jer, dan ikat jamin RM25k sahajork! Apa daaa.... Tak ambik kira ke masa depan gadis itu. Sekarang dia dah umur 16 tahun, masa depan dia macamana? Semua dah tahu budak tu dah tak de DARA untuk suaminya di masa depan, sedangkan lelaki durjana ini, pasti mahukan gadis yang ada DARA untuk malam pertamanya. Bukan begitu? Standard lelaki lah, untuk seronok-seronok lantaklah takde dara ke tak bertudung ke, takde agama ke pun. Tapi bila nak kawen, harus nak yang berDARA dan beragama katanya. Tolong jangan nafikan. Aku kenal ramai orang macam tu.

Tak kira la apa bentuk hukuman pun, tapi bagi aku hukuman ini amatlah tak berpatutan. Macamana kalau benda ni terjadi kat saudara mara hakim tu, aku yakin hukuman pasti akan dijatuhkan dengan setimpalnya. Bukan dengan membebaskan pelakunya sebegitu sahaja tanpa dihukum penjara dan sebat.

Noor Afizal perlu dihukum mengikut undang-undang supaya boleh mengingatkan kepada orang ramai bahawa perlakuan jahat amatlah tidak boleh diterima oleh masyarakat, tanpa mengira status atau kedudukan. Kalau inilah yang ditunjukkan oleh sistem kehakiman Malaysia, akan lahirlah ramai perogol profesional bagaikan cendawan selepas hujan gituh kan.

Semoga apa yang terjadi ni takkan berlaku pada ahli keluarga Noor Afizal di kemudian hari. Mana lah tahu, what goes around, come around. Kalau terjadi pada keluarganya, Noor Afizal perlu bersyukur kerana dia tidak keseorangan dalam mencipta sejarah kehakiman Malaysia.



"Rogol didefinisikan di bawah seksyen 375 sebagai perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan wanita tanpa keizinannya. Rogol berkanun berlaku dalam kes seorang lelaki memasukkan zakar ke dalam kemaluan seorang budak perempuan di bawah 16 tahun dengan atau tanpa kerelaannya. Pesalah yang disabitkan di bawah seksyen 375 akan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta juga boleh dikenakan sebatan rotan."

Sunday, 5 August 2012

#091 MasterChefnya Haku : Makaroni Goreng

Entah mengapa, bangun je pagi tadi terpikir nak makan makaroni. Apakah? Mengidam? Owh tidak. Bukan mengidam. Cuma teringin sahaja. Keh keh keh


Maka dengan itu, terhasillah apa yang dapat di lihat pada gambar di bawah ini. Aku tak taw nak masak ape dengan makaroni tu. So aku buat je style mee goreng dan tambah sikit serbuk kari dalam tu.

makaroni goreng berperasa kari bersama udang dan sosej bertaburan
 serta telur dadar diracik halus

Dan memandangkan aku masak di bulan puasa, maka rasanya adalah sedikit tawar dan sedikit masam. Almaklumlah, bulan puasa, takleh nak merasa yer dak? Tapi takpe, untuk sahur nanti aku tambah sedikit perasa. Repair balik yang mana patut. Keh keh keh. Repair balik katanya kan!

Saturday, 4 August 2012

#090 Senyum Siang Di Bulan Ramadhan

Mari kita senyum di pagi hari.

Baca ni (",)



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Seorang pendengar Radio Sinar fm Sedang menelefon Abang Jam di konti radio..

Pendengar : Hello Radio Sinar fm?
Abang Jam : Betul lah tu. Dengan siapa Abang Jam bercakap ni?
Pendengar : Saya Azmi, boleh request lagu ke tidak ?
Abang Jam : Boleh... Azmi nak request lagu apa ?
Pendengar : Tolong putarkan Azan Maghrib Abang Jam!! Dah lapar nih
Abang Jam : Heyyyyyyy *#:/".!?o+#

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Anda tersenyum tak bila membacanya? Senyum kan? Kih kih kih.

Friday, 3 August 2012

#089 Bikini Plastik



aku syak ni plastik jusco!




Janganlah sesekali kita membazirkan beg plastik yang ada. Lihat, andai anda pergi ke pantai secara mengejut, bolehlah ianya digunapakai. Keh keh keh.