Demi Masa

Saturday, 28 July 2012

#088 Sehari Selepas MC

Memandangkan hari Khamis haritu aku dah MC, maka semalam (Jumaat) aku telah menyerahkan surat MC tu kat boss (supervisor) aku.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::

Boss : Owh, MC? Apa pasal?

Aku : Perut ai sensitip boss. Sakit perut. Tak tahan sangat.

Boss : Perut sensitip? Apa makan?

Aku : Berbuka makan pedas sikit la semalam boss.

Boss : Yu haaa... Baru 2 bulan kerja sudah 2 kali MC. Ai seploh tahun kerja tak pernah MC woo.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::

See? Nampak tak? Seploh tahun kerja tak pernah MC katanya. Agak-agak aku nak kena percaya tak? Helo, ingat aku bodoh sangat ke wahai encik Boss? Kalau setahun aku boleh la terima. Ini sepuluh tahun! Sihat walafiat sangat kau ye.

Aku tak paham betul la. Kalaupun aku baru 2 bulan kerja, takkan aku tak boleh MC kan? Dulu aku MC sebab cabut gigi. Aritu aku MC sebab sakit perut. Bukan saja-saja aku nak gigih mengadap doctor untuk merayu dapatkan MC. Apa la!

Yang tak menahan dia boleh senyum! Senyuman itu amatlah menyakitkan hati, tahu!

Aku menyesal dapat bos cenggitu tapi dah takdir dia boss aku nak kata hape.

Friday, 27 July 2012

#087 Peniaga Melayulah Katakan

Alkesahhhhhhhhhh......

Aku membeli dan membelah di bazar Romadhon seperti biasa. Lauk biasa. Air pun biasa. Yang luar biasanya teringin nak makan kueyteow goreng la pulekk kenn.....

Maka terjenguk-jenguklah aku mencari gerai yang jual kueyteow goreng. Cari punya cari, maka muncullah gerai yang berseri-seri dengan kehadiran ramai sekali pembeli. Puasa hari ke-7, kalau ramai, maknanya sedap la kan. Kalau tak sedap takkan la seramai itu. Yang beli pulak bukan sebungkus tapi lebih dari satu. Sampai turn aku, dengan wajah yang ceria walaupun berpeluh sedikit di dahi, abang tu pun membungkus kueyteow tu untuk aku. Beli sebungkus jer la. Aku je yang nak makan pun.

Selesai membeli, aku pun membelah dari situ. Lepas azan, berbuka puasalah aku seorang diri di meja makan yang serba besar. Sedeyh! Selesai makan segala makanan yang sepatutnya, membukaklah aku bungkusan kueyteow goreng itu. Sesuap. Takde rasa. Suap lagi. Tak sedap. Suap lagi. Ludah balik. Heyyyyyyy..... Geram betol aku.



Ni lah orang melayu kan. Aku paham la ni bulan puasa. Tak boleh merasa. Tapi, kalau yang meniaga tu pro, dorang tak payah rasa dah boleh siapkan makanan yang lazat okay. Yang jadi tak sedap adalah disebabkan golongan amatur dalam dunia masakan. Baru try goreng kueyteow, mee, dan bihun sekali dua, dah feeling sedap terus nak bukak gerai kan.

Aku ni kalau masak nak bagi orang makan, aku akan rasa betul-betul makanan tu. Kalau menepati piawaian, aku akan suruh orang lain lak rasa sebelom menghidang. Kalau jenis masak yang banyak-banyak ni pulak, akan aku pastikan ramuannya betul-betul mengikut sukatan. Takde main campak-campak punya. Punya takut orang makan kalau tak sedap, malu dicerca. Tak gitu? Ini aku tengok dia goreng main campak-campak je. Gaya memang macam chef handalan. Namun, nan hado handalnya. Bukan la aku nak dorang rasa makanan tu. Aku yakin sebelom dorang meniaga, dorang akan try dulu masak benda tu. Kalau betul masa percubaan tu sedap, maka kekalkanlah sukatan ramuannya. Kalau dikekalkan, aku yakin ianya akan sedap. Tapi kalau dah campak-campak je bahan sambil mata meliar memandang sekeliling, memang tak sedap la jadinya!Peniaga melayulah katakan!

Yang aku pelik, apehal lak berduyun-duyun orang kerumun gerai dia? Aku syak dorang tu semua pun 1st time beli kat situ jugak agaknya. Lepas ni, akan aku blacklistkan gerai tu buat selama-lamanya. Takkan ku jejak lagi kaki ke situ. Huh!

Thursday, 26 July 2012

#086 Berbuka Puasa Hari ke-5



Memandangkan harini aku MC, maka aku merajinkan diri memasak. Heheh. Setelah 3 hari makan Nasik Ambeng yang dibeli di Bazar Ramadhan Kelana Jaya. 3 hari aku beli di 3 kedai yang berlainan. Dan gerai yang ke-3 itu adalah yang paling sedap.

Berbalik ke menu hari ni, aku masak kari udang campur telur rebus, dan aku buat agar-agar telur. Alhamdulillah agar-agar tu menjadi. Heheh. Nampak macam banyak kan. Sebab sardin sahur tadi ade lagi. Taknak membazir, panaskan je balik. Pastu tergedik tangan nak goreng nugget. Boleh? Haha

Selamat Berbuka Puasa

#085 Doktor Kompius Atau Aku Yang Bersalah?





>





Entah mengapa hari ni perut meragam. Sebenarnya perut aku hari-hari akan meragam. Tapi harini lain macam meragamnya. Maka aku amek keputusan tak gi keje and gi klinik untuk MC.

Masa kat klinik, aku bagitau la kat doc tu yang perut aku sakit sangat and muntah beberapa kali. Kalau ikut rekod aku kat klinik tu, memang history nya adalah berkaitan perut. Ada la 2 atau 3 kali berkaitan demam dan selsema. So aku tanya la doc tu kot ada kaitan sakit perut dengan usus. Tapi dia tak jawap pape. Grrrrr.

Lepas habis periksa ( yang tak sampai seminit setengah) dia pun tulis preskripsi untuk aku ubat gastrik dan angin. Buleh? Aku mana ada gastrik. Aku bukan sakit perut kalau tak makan. Aku sakit perut bila makan. Perut aku sangat sensitip doc oiiiiiii....... Walaupun aku makan kuih seketul, mampu membuatkan perut aku berasa begitu sakit ( kadang-kadang). Tu belum aku makan asam pedas atau masak lemak cili padi lagi. Lebih menggelegak la perut aku ni.

Aku pelik tol dengan doc ni tau. Adakah beliau memahami penerangan aku tentang sakit aku nih? Ke aku salah bagi information? Ke dia buat-buat tak paham? Mustahil la pengetahuan perubatan dia begitu lemah untuk menilai sakit aku ni macamana? Ke nak kaut keuntungan jer? Gastrik? Hadoihhhhhhhhh...........

Kawan aku pernah la bagitau hosmet beliau juga mengalami masalah yang sama macam aku. Sensitip perutnya. Bila gi check kat specialist rupa-rupanya sakit kat bahagian usus. Maka pembedahan telah menyelamatkan beliau. See? Seremmmm kan dengar? Ish. Perlukah aku pergi jumpak specialist? Bersediakah aku untuk dengar yang aku mengalami masalah usus? Pembedahan? Ewwwwwwwwww...........

**kalau ada kalangan doktor yang membaca ini harap dapat memberikan jawapan.

Monday, 23 July 2012

#083 Alkesah Kenangan Berbuka Bersama Hosmet (2)



tuan blog, ai pinjam ye pic kelawar yu (",)




Kembali mengenang kesah lama ketika berbuka bersama-sama hosmet di zaman belajar. Sesungguhnya ia terlalu manis dan sukar dilupakan. Kali ni nak cerita pasal berbuka dan kelawar.

Ruma sewa aku aka Villa Pink memang terkenal dengan kelawar. Sebabnya kat atas siling rumah tu adalah sarang kelawar. Mungkin la sebab dah bertahun takde orang duduk rumah tu, sebelom kami menyewa kat situ. Kat dalam bilik air tu, silingnya terbukak sikit. So dari situ la kelawar-kelawar tu keluar.

Kelawar ni pandai ke bodoh aku pun tak pasti. Bila time maghrib lepas azan, baru seekor kelawar akan keluar ke ruang tamu dan berlegar-legar. Yang mengongnye kelawar tu berpusing-pusing ikut arah kipas siling tu berpusing. So bila lepas azan maghrib, sure la kami dok berbuka secara berjemaah kat ruang tamu dalam keadaan berjaga-jaga. Walaupun rumah tu semua lelaki, tapi kebanyakannya takut dengan kelawar okay. Ade la 2 orang je yang berani.

Bila tengah-tengah makan tu, keluar la kelawar. Maka bersepah la jantan-jantan di rumah tu lari berkeliaran. Ade yang keluar rumah, ade yang lari masuk bilik, dan ade jugak yang lari selamatkan makanannya. Takot kena darah kelawar katanya. Mana tak berdarahnya, bila kelawar tu dok berpusing-pusing ikut arah kipas berpusing, penyudahnya mati dan terpelanting lah sebab terhiris dengan bilas kipas. Kalau nasib tak baik, kelawar tu jatuh betul-betul atas nasik. Tak ke menanges ko tengok nasik tu yang baru dijamah sesuap dua??

Dah lepas kelawar mati secara tragis kerana membunuh diri di kipas angin, baru la kami boleh makan dengan tenang. Tapi kadang tu pulak, lepas satu dah mati, elok sambung makan, datang lagi sekor. Caboooootttttttttt lagi lahhhhhhh....

So sepanjang 3 tahun dok kat Villa Pink tu, ramadhan kami dihantui dek kelawar. Bukan hantu-hantu jembalang. Kah kah kah.

**rindunya saat itu (^_^)

Sunday, 22 July 2012

#082 Alkesah Kenangan Berbuka Bersama Hosmet (1)




Dulu, zaman-zaman aku belajar, pergi bazar ramadhan tu adalah rutin wajib setiap petang bersama hosmet. Hujan pun gigih pergi gak. Segalanya demi untuk mencari bahan-bahan untuk dicekik sewaktu berbuka. Ade 3 tempat yang selalu pergi. Slim river, behrang, dan tanjung malim. Tapi selalunya pergi kat slim river je. Dekat!

Antara menu-menu yang wajib aku dibeli sepanjang 3 tahun itu adalah :-

1) Koayteow goreng (hari-hari wajib ada)
2) Nasik bungkus beraneka lauk
3) Murtabak
4) Kebab / Roti pita
5) Nasik kerabu
6) Nasik hujan panas
7) Air beraneka perisa dan warna (wajib 2bungkus air)
8) Kuih-muih

Makanan-makanan yang lain tu kalau teringin jer baru bali. Tapi yang 8 dalam list tu, boleh dikatakan kerap aku beli dalam bulan ramadhan. Kueyteow goreng tu memang hari-hari wajib aku beli. Aku pun tak tau kenapa. Nak kata sedap sangat tu tak la jugak. Huhu. Tapi aku suka.

Bila 10 minit sebelum waktu berbuka, masing-masing pun keluarkan la makanan. Bersusun kat ruang tamu. Meriah sangat. Azan jer, terus NGAPPPPPPPPPPP!!!!!!!!

Betapa aku merindui saat itu.

#081 Jom Terbang Bersama Ramadhan Air

Selamat datang ke pesawat Ramadhan Air dengan nombor penerbangan 1433H menuju ke Aidil Fitri.

Sesuai dengan peraturan Al-Quran kami ingin menyampaikan informasi penting untuk semua penumpang.

Kita akan terbang dalam jangka masa 30 hari di atas permukaan dahaga dan kelaparan. Sila pakai tali pinggang puasa, tegakkan sandaran solat, tutupkan meja dosa di depan anda dan buka penutup tingkap dengan amal dan taqwa. Pesawat ini mempunyai tiga pintu kecemasan, pintu pahala ada di depan anda, pintu keampunan ada di tengah dan pintu kebajikan ada di belakang anda. Di atas sebab-sebab keselamatan, diharap anda tidak mengaktifkan segala jenis hubungan propaganda dan segala rasa iri hati di dalamnya. Penerbangan ini dilarang asap perselisihan.

Selamat menikmati penerbangan anda, kami mengucapkan mohon maaf zahir dan batin.

Saturday, 21 July 2012

#080 Bersahur dan Berbuka

Semalam setelah bermusyawarah sesama ahli, bersetuju untuk masak sambal ikan sebagai lauk sahur. Makanya masing-masing pun menguncilah jam di henpon masing-masing.

4.00 a.m
Dengan mata yang masih kuyu, menggigihkan diri bangun nak masak. Nasib la ikan dah cuci dan potong siap-siap semalam. Takde la banyak keje kan. Masak nasik 2 1/2 pot, dan gorenglah ikan. Siap goreng ikan, nak la buat sambalnye. Takde sambal tak jadi la sambal ikan yer dak. Tahu ape jadi lepas tu? Gas habis. Okay? Menangessssssss..... Makan la nasik dengan ikan goreng cicah kicap. Sedeyh!
**disebabkan itu tiada gambar disertakan**

4.00 p.m
Semangat yer masak awal-awal. Eksaited nak berbuka katanya. Pegi kedai beli gas, ayam, sayur bagai. Balik umah terus masak. Ayam masak kicap dengan tumis sayur cendawan dengan kobis sahajor. Kol 5 petang semua dah tersedia. Konon nak masak rendang. Tapi kat kedai tu tak cukup lak bahannye. So gunalah plan B. Ayam kicap pun ayam kicap lah. Janji buleh makan. Yer dak.

7.00 p.m
Siap hidang atas meja. Bancuh air mangga. Tapi waktu berbuka jam 7.30 p.m. Adeyh.. Setengah jam lagi. Hurmmmmmmmm..... Sementara tunggu waktu berbuka sempat hapdate blog lagi. Keh3

Selamat berbuka


Friday, 20 July 2012

#079 Indah Khabar Dari Rupa Burung Kayangan Di Atas Langit



Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. Beberapa bulan kebelakangan ni aku begitu tertekan dengan Maxis punya servis untuk Blackberry. Bila time siang hari tu line amatlah memberangsangkan. Teruja je nak guna. Tapi bila kala malam menjelma, ya amponnnnn.... Harus la meroyan dan menyumpah seranah walaupun orang-orang kat Maxis tu tak tahu. Keimanan tu memang akan teruji ye.

Maka dek kerana tak sanggup nak menahan derita, aku pun bertukar la guna BIS Celcom. Menurut kata sahabat yang bekerja di Celcom tu, semuanya BAGUS belaka. Seolah-olah takde kekurangan langsung. Speed laju dan boleh tengok youtube lagi (kalau guna BIS Maxis tak boleh tengok youtube) katanya. Haruslah aku suka. Tak payah nak menahan kesabaran. Semalam aku pun langgan lah. Tahu ape jadi? Lembab selembab lembabnya!! Lebih lembab dari Maxis. Apakejadahnya semua ini?

Tengok jer la pic kat atas tu. Kemain kan siap 3G bagai. Bila bukak je internet, CONNECTION FAILED. Itu la yang terjadi sepanjang hari ni. Nasib la BIS untuk Maxis tu masih berbaki beberapa hari lagi. Terus aku tukar balik ke Maxis tu. Rugi je RM25 tahu. Gebang jer lebih tapi haprak! Ptuihhhhh!

Thursday, 19 July 2012

#078 Ramadhan Qareem




sumber : facebook

  

Entah mengapa dan secara tiba-tiba, gambar ni begitu pemes di segenap pelusuk FB... Mentang-mentang la nak menyambut Romadhon kan..

Malam ni tengok anak bulan. Harini lak hujan sepanjang hari. Aku rasa puasa akan bermula pada hari Sabtu.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

Wednesday, 18 July 2012

#077 Polis Trafik




Sape-sape penonton setia TV2 mesti rajin nengok drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur kan? Ngaku cepat! Aku tak minat langsung. Cumanya pernah la tengok dua tiga kali. Tu pun secara terpaksa.

Kalau mengikut drama bersiri tersebut, polis-polis trafik tu bila berkerja sangat la bersemangat dan berdisiplin. Nampak terlatih sangat. Teruja kejap bila tengok. Bila dorang kawal lalulintas tu gerakan tangan dorang bagaikan tak tahu penat walaupun di tengahari rembang.

Tapi realitinya begitukah? Nan hado! Tiap-tiap pagi aku tersangkut dalam trafik jem disebabkan polis trafik ni tau. Nampak sangat tak efisyen. Sampaikan dua kali lampu hijau pun, aku masih tak boleh jalan lagi. Punya la lama kan dia dok bagi laluan kat setiap jalan. Ko bayangkan kalau satu jalan tu dia amek masa 2 minit. Nak sampai ke turn aku haruslah pada minit ke 6. Tu pun kalau dia guna jam randik untuk dapatkan bacaan yang tepat.

Itu satu hal la. Yang aku perhatikan sepanjang 6 minit menunggu tu, polis trafik tu nampak sangat pemalasnya. Angkat tangan pun macam tak larat jer. Padahal baru pukul 7:50 a.m kot! Pastu siap tangan boleh reply mesej lagi yer masa dok jaga lalulintas tu. Mulut haruslah dok tiup wisel sepanjang masa walau tangan dan mata kat henpon. Kalau sebelah tangan ke henpon aku boleh la anggap dia check jam ke ape kan. Tapi kalau dah dua-dua tangan pegang henpon, sah-sah la dia reply mesej kan. Apa daaaa....

Dan disebabkan polis trafik ni jugak la rekod kedatangan aku selalu "merah". GRRRRR.. Sakit hati okay. Aku berdendam dengan mereka! Huh!

Tuesday, 17 July 2012

#076 Menutup Aurat Katanya







Tudia......
Bersopan kan bila bertudung? Menutup aurat gituh. Gampang sangat. Hahahahaa

Kilang tempat aku keje dah mewajibkan setiap pekerjanya untuk memakai headgear nih bermula semalam (Isnin, 16.7.2012). Tapi aku baru dapat harini. So semalam adalah hari terakhir aku ber"free hair" kat kilang ni. Rimas okay pakai menatang ni. Ianya melitupi keseluruhan kepala kecuali muka sahaja. Sejibik macam wanita bertudung.

Ni semua gara-gara wanita-wanita yang telah menjatuhkan keronsangnya ke dalam mesin. Dashat kan. Nila setitik, rosak 1 kilang susu. Maka dengan berat hati aku telahpun menyarungkannya selama 8jam bekerja. Panas. Rimas. Berkuap. Sekarang aku mengerti perasaan wanita bertudung.

Dan yang menyakitkan hati aku, bila ada sorang makcik yang bermulut lebar telah berkata sesuatu kat aku.

"Kan manis bertudung. Menutup aurat........."

Kepala hotak hang makcik oiiiiiii......!!

Sunday, 15 July 2012

#075 Media, Nenek dan Ubi

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan." ... ...

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Maskulin : Lelaki bawa beca selamatkan ubi adalah ciri lelaki sejati~

Sinar Harian : Nenek dilanggar Beca Rempit!

Nona: Nenek awet muda kini tiada lagi.

Remaja : remaja gagal selamatkan ubi... nenek meninggal...

Hot.fm : ceritakan kisah menyedihkn anda bersama nenek dan ubi...

Sinar.fm : Keluhan seorang penarik beca apabila nenek maut dihempap ubi.

999 : dimanakah peranan pemandu beca, sehingga tergamak melanggar nenek dan ubi...

Bersamamu: liku2 terakhir nenek tua bersama ubi dan beca usang...

Aduan Rakyat : Disebabkan sambil lewa pembeca, nenek terbunuh disamping ubinya...

Edisi Khas : Seorang nenek tua pon adohai, telah di langgar
 ari kannye pon...telah mati dtempat kejadiannye adoiiinyeee!!!!

BANG BANG BOOM!! : akibat diacah2 untuk dilanggar dengan beca, nenek tua mati mengejut bersama ubi di tangan....

Upin dan Ipin: BETUL, BETUL, BETUL..........

Motif = jangan terus percaya dengan apa yang Media Massa @ Media Cetak terbitkan . Siasat dulu.. Ni tak.. Kita rujuk satu sumber je.. kalau sumber tu salah, salah r kita.. tapi kalau kita rujuk banyak sumber.. kta akan tahu yg mana salah dan yg mana betul..






Wednesday, 11 July 2012

#074 Blackberry P'9981 ( Porsche Design )

Aku dah berkecimpung dalam dunia blackberry dah setahun lebih. Dan dalam setahun aku dah guna 2 bijik buah beri hitam nih. Yang pertama Curve 8520. Lepas kejadian malang yang menimpa itu, aku beli pulak Bold 9700 (beli dalam keadaan terpaksa).

Tapi kan, ade 1 blackberry ni yang agak menarik. Blackberry Porsche Design. Gah kan nama! Harganya nak tahu berapa? RM6K++ okay!! Mampu? Harus lah tidak. Amatlah tidak berbaloi. Sebab henpon jenis buah beri hitam ni selalu hang. Bateri pulak cepat jer habis. Aku caj bateri full, baru pukul 2 petang, dah tinggal 40%. Pastu tup tup dah jatuh 10%! Grrrrrr

Bayangkan la eh, dah habis bergolok bergadai semata-mata nak membeli buah beri porsche ni, tapi hasilnya amatlah menyakitkan hati. Baiklah beli henpon lain. Tapi kan, rupa bentuknya amatlah santek! Huhuhu (^_^)v





Monday, 9 July 2012

#073 Amukan Samurai Di Perkarangan Jabatan Perdana Menteri

 


Dipetik daripada Utusan Online:-

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan cermin sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.



** Lelaki tersebut dikatakan telahpun meninggal dunia.

** Laki bini ni nak menggulingkan kerajaan? Bercita-cita tinggi sungguh! Macam-macam betul la.




Sunday, 8 July 2012

#072 Tungku Dapur Hilang!




sakit hati den ni ha, tahu!?
ado orang gilo tolah monyombunyikan tungku dapor ni.
camano den nak masak?
















den pun bayar sewa tahu?

Wednesday, 4 July 2012

#071 Yang Tak Ramai Peduli


tahukah anda?





#070 Iye Ker?



 


Hahahaaaa
Gampang ke tidak? 
Tiba-tiba keluar poster kuntilanak kan?

Harini aku perasan kat facebook 4-5 orang dok share gambar ni. Naik bosan lak aku yang melihat. Yang post tu pulak biasa la tak lain dan tak bukan set-set Pak Lebai. Gigih kan dorang ni. Sebok betoi dengan aurat kaum wanita. Aurat sendiri ntah terjaga ke tidak, wallahualam! Ade aku kesah? Enggak!

Tapi yang aku kesahkan ni bukan pasal set-set Pak Lebai tu. Tapi yang dikatakan "pakaian kuntilanak lebih sopan". 

Pakaian? Apa benarkah kuntilanak berpakaian sebegitu? Yang share tu pulak kompiden je macam penah face to face dengan itu kuntilanak taw.

Dari kecik kalau tengok citer pontianak memang gitu la pemakaian dia kan. Ala-ala baju kelawar yang makcik-makcik kampung dok beli kat Rantau Panjang tu. Cumanya baju cap Rantau Panjang tu bercorak batik, tapi kuntilanak ni kaler putih sajor!

Agak-agak betol ker kuntilanak pakai gini eh? Musykil lak.

Sunday, 1 July 2012

#069 Aktiviti Hujung Minggu; MasterChefnye Aku!

Harini aku merajinkan diri wat Moist Chocolate Cake. Bosan la katakan. Takde ape yang nak dibuat. Kek ni aku buat guna tepung kek jenama D'Rosni. Mudah jer buatnye.

Yg diperlukan hanyalah:

3 bijik telur
3/4 cawan susu krimer pekat
3/4 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1 pek tepung D'Rosni

Mula-mula pukul jer telur tu dengan garpu. Lepas tu campak je bahan-bahan lain tu dalam 1 bekas. Adunkan sebati, tuang dalam loyang. Bakar pada suhu 175℃ selama 45 minit.

Yang bestnye tepung kek ni, dia bagi skali topping coklatnye. Tambahkan aje serbuk coklat tu dengan 1/2 cawan susu krimer pekat dan minyak 1/4 cawan. Masuk dalam 1 bekas pastu bekas tu letak dalam air yg dipanaskan. Kacau sampai berkilat, tuang jer atas kek tu. ;)

MasterChef tak aku? Hahahahahahaa!