Demi Masa

Thursday, 28 June 2012

#068 Pengamal Perubatan Islam

Aku tak tau nak mulakan cerita ni dari mana sebenarnye.

Kakak aku beberapa bulan kebelakangan ni ade berubat dengan "ahli pengamal perubatan Islam" dek kerana perbuatan khianat lelaki durjana yang kononnya "cinta" dan "sayang" kakak aku, tapi bomohkan kakak aku sampai sakit. Boleh? Kononnye taknak kakak aku lepas kat lelaki lain yang lebih mulia dan 1000 kali lebih baik darinya. Sanggup dia bayar mahal-mahal kat bomoh tu untuk wat keje terkutuk lagi keji itu.

Meh nak citer sikit pasal lelaki durjana itu. Beliau seorang polis yang sering ke London mengeskot kerabat Di-Raja yang sering berulang alik ke London sana. Dah kejenye gitu, maka masa untuk dia kat Malaysia ni tak la lama mana. Camtu ke nak kawen dengan kakak aku? Lepas kawen dia kat London, kakak aku kat Malaysia. Konsep dia? Sayangkan bini tinggal-tinggalkan? Gitu-kah? Shit!

Tapi yang aku nak citer ni bukan la pasal jantan itu. Tapi si "pengamal perubatan Islam" itu. Kalau dah nama perubatan Islam, haruslah cara pengubatannya berlandaskan keIslaman kan? Bermula dari dua orang je yang datang rumah ni untuk mengubat. Tiap kali dorang datang, gigih ni mintak izin nak pinjam bilik air nak amek air semayang katanya. Bila dah amek air semayang, haruslah dorang menjaga pergerakan agar tidak terbatal air semayang itu. Tapi dari ape yang aku tengok, tak sampai lima minit dan sentuh tangan kakak aku lah, tengkok lah, dan kaki. TANPA BERLAPIK! Maknanya? Batal la air semayang tu kan? Aku musykil? Ape motip dorang amek air semayang? Dan adakah ini upacara pembatalan air semayang bak pengantin baru selepas diijabkabul?

Itu satu hal. Yang paling tak menahan tu bila shaitonirrojim tu dah meresap masuk dalam badan kakak aku. Bermula la dialog-dialog dan drama yang dapat dilihat. Bila dorang dok bersembang dengan "makhluk neraka jahanam" tu, macam-macam soalan pelik dorang tanya. Apesal tak terus je tangkap shaiton tu terus? Yang gigih nak menyembang tu pehal? Siap buat lawak bagai. Aku yang tengok ni tak terasa nak gelak okay! Rasa nak penyepak pulak dorang tu. Sangat tipikal "pengamal perubatan Islam". Nape aku cakap tipikal? Sebab aku dulu pernah la berpengalaman ikot kawan aku yang pandai mengubat ni pi mengubat orang. So kaedahnya sama je. Sebelom nak tangkap tu suka dok menyembang dulu dengan shaiton tu. Dok la tanya "nak keluar ke x?" berulang-ulang kali. Tangkap jer la! Kan senang? Tak membazir masa tahu!

Mula-mula dorang datang tu berdua jer. Tapi sekarang ni aku tengok dah bertambah sorang lagi. Rasa semak je bila ramai-ramai datang rumah ni. Itu pun aku ade dengar dorang bersembang-sembang, si A cakap kat si B "tu la, kita ajak tadi tak nak ikot". Maknanya? Nak menambah lagi la bilangan orang kan? Tipikal tipikal tipikal. Dorang ni memang suka mengajak kawan-kawan. Konon nak jadi saksi la sorang buleh berkomunikasi dengan makhluk ghaib! Tu tak termasuk ajak kawan-kawan yang seangkatan (yang pandai mengubat jugak) dengan dorang lagi tuh. Silap hari bulan, 2-3 bijik keter datang. Boleh la aku wat makan-makan minom-minom sambil dorang dok mengubat yer dak? Cukup la 2 orang je yang datang. Ianya sangat memalukan okay bila seorang perempuan yang dirasuk, dan disaksikan oleh lelaki-lelaki lain. Ingat sarkis ker hape?

Dan tiap kali dorang ni datang, tak paling awal akan balik pukul 2pagi. Paling lewat setakat ni kol 3pagi. Tak ke gilo kalau keje kau dok menunggu je? Kalau ikotkan aku nak je aku biarkan kakak aku tu dengan dorang. Nak buat ape buat lah. Tak kowser aku nak layan. Tak tahu ker aku ni nak kena bangun awal nak gi keje? Tapi, sebagai adik lelaki, rasanya takkan la aku nak wat gitu kan. Setidak-tidaknye kena ade sorang yang memerhati ape yang dorang buat. Yer la. Lelaki kan. Dah la kakak aku tak sedar diri bila time dorang dok mengubat tu. Kang ntah hape-hape dorang buat kat kakak aku tu. Hey zaman sekarang ni macam-macam buleh jadi tahu. Walau orang tu bersongkok mahupun berserban sakan, tetap aku tak percaya.

Sekarang ni dah masuk bulan kedua kakak aku berubat. Tapi ntah la. Ape ke liat benor shaiton-shaiton tu nak keluar dari badan kakak aku. Aku dengar orang-orang lain berubat 2-3 kali dah baik. Bapak shaiton ke pun sampai makan masa berbulan-bulan? Aku ni dah naik rimas bila dorang datang rumah. Meletihkan aku sebenarnye sebab kena berjaga sampai kol 3pagi. Sape larat? Tapi kan, orang la cakap bukan aku cakap pun, kalau kita rimas bila ade pengamal perubatan Islam datang rumah atau mendekati kita, maknanya kita pun ade "sesuatu". Eh? Yeke? Alamak? Tidakkkkkkkkkkk! ! ! ! ! ! ! !!

Wednesday, 27 June 2012

#067 Sesi Luahan Perasaan

1) Aku ade masalah dengan seseorang. Kadang-kadang aku rasa dia ni agak menyusahkan jugak la. Kenapa? Bayangkan eh, bila dia balik keje, sebelom dia tekan butang lif untuk naik ke tingkat 8 dan masuk ke rumah bernombor **-**, dia akan lalu kat depan kedai runcit. Tapi entah kenapa, dia sengaja atau tak sengaja, masuk rumah dan dengan rasa tak bersalah suruh aku pegi beli telur. Apakah? Ape la salahnye dia beli jer telur tu siap-siap masa lalu depan kedai runcit tu? Kenapa mesti nak menyusahkan orang lain? Kalau sekali dua kali aku takde masalah la kan. Tapi kalau dah selalu sangat, sape tak hangin kan. Harus la aku buat kering jer. Buat-buat tak dengar dan terus berlalu masuk dalam bilik walaupun time tu tengah dok tayang MasterChef Selebriti Malaysia. Haihhhh!

2) Kadang-kadang tu pulak, dekat-dekat kedai nak tutup, sebok dok BBM mintak tolong beli itu beli ini kat kedai tu konon dia tak sempat nak beli takot kedai tutup bila sampai. Walaupun tak kena berjalan banyak, bila tahap kemalasan itu terlalu tinggi, rajin sangat la kan nak pegi? Bila aku reply balik kata tak larat ke hape, bukan main banyak dia reply perkataan "pleaseeeeeeeee" tu. Kalau dia bagitau petang-petang ke mungkin la aku rajin sikit nak bergerak. Tapi kalau pukul 10 malam? Gigih la sangat kan!

3) Satu lagi masalah dengan dia ni kan, selalu sangat bila balik jer rumah, mengadu lapar. Balik je mengadu lapar. Jarang aku dengar bila balik tu tak lapar. Padahal dok bercerita ni dari pagi tadi makan itu, tengahari makan ini, petang makan ntah hape-hape lagi. Tu tak termasuk dalam perjalanan balik ke rumah dok mengunyah makanan lagi. Makan kemain banyak, balik mengadu lapar. Tak ke sakit hati?

4) Aku cukup tak suka bila seseorang tu ade masalah peribadi, lepaskan kemarahan tu kat orang lain. Walaupun tak cakap direct kat depan mata, tapi perlakuan tu amatlah menjelaskan segala-galanya. Kita yang melihat ni sakit hati okay. Rasa kalau boleh nak blah je dok jauh-jauh. Kau ade masalah kau punya pasal la. Jangan la dok kacau ketenteraman orang lain. Bayangkan tengah sedap-sedap kita dok tengok tv tiba-tiba dia lalu, pastu sepak-sepak barang konon barang tu mengganggu jalan dia. Tak ke sentap bila kau tengok? Walau tak banyak, tapi harus sentap sikit. Kan?

Tuesday, 26 June 2012

#066 Tak Kenal Maka Tak Cinta

Dah masuk minggu ke tiga aku keje kat tempat baru. Alhamdulillah segala berjalan dengan sempurna. Walau ade cacat celanya sikit di sini dan sana, tapi masih sempurna.

Untung lah aku masa hari first tu dah dapat kawan. Sebab dorang pun first day macam aku jugak. Dan nasib baik jugak ade yang 1 department dengan aku. Tak la aku terkontang kanting terkapai-kapai keseorangan.

Minggu ke tiga ni, aku dah jumpak semua staff shift A, B, dan C. Dalam tiga kelompok shift ni, aku paling suka keje dengan staff dari shift A dengan B. Sebab dorang ni suka mengajar. Dan dorang jugak tak biarkan budak-budak baru macam aku dok saje-saje. Ade je input yang aku dapat dari dorang. Kalau shift C, bosan weyhhh. Budak-budak baru macam aku ni pandang nak tak nak je.

Semalam, bertembung lagi dengan shift C. Macam aku cakap, dorang wat tak reti jer la. Penyudahnye semalam dari pagi sampai petang kejenye menganyam ketupat. Lelaki menganyam ketupat? Haha! Mampu? Ade sorang brader ni, D******** namanya (baru tahu nama dia tadi). Muka dia sepanjang masa ketat jer. Tak pernah aku tengok dia senyum. Angkat kening pun tidak. Maka beliaulah mangsa utama bahan umpatan semalam. Macam-macam dia kena kutuk. Nasib la kan. Sape suruh kekwat sangat.

Arini, sesi menganyam ketupat tu masih berlangsung. Tapi, salah sorang dari team budak baru ni (4 orang jer pun budak baru) kena tolong si D******** tu sampai lunch time. Harus la yang menolong tu jadi bahan umpatan sama kan. Haha! Selalunya, budak yang menolong tu la yang paling kaw-kaw mengutuk, tapi dia diam je. Aku mengesyaki sesuatu di situ. Apakah yang sudah terjadi?

Lepas lunch, aku teruskan keje macam biasa. Dekat kol 3 gitu, aku pi la usha si D******** dengan kawan aku tu. Elok ler pulak dorang menyembang nampaknye. Maka aku pun tumpang ler sekaki mendengar. Rupanya, dia mengajar kawan aku tu hokay! No wonder la budak tu senyap tak mengutuk. Tak baik kutuk guru konsepye kan! So aku pun terus terduduk di situ dan menumpang belajar sekaki. Dan si D******** tu pun tak menolak untuk ajar aku sekali. Tak banyak sikit pun, ade ilmu yang aku terima dari dia (toce sifu!)

Pengajarannye di sini, janganlah kita membenci seseorang itu tanpa mengenalinya. Si D******** tu tak la sepoyo yang disangka. Aku menyesal gila mengutuk dia. Seyez! Tak pasal dapat dosa kering. Haha! Sebelom balik tadi aku siap bersalam dan berterima kasih sebab bagi ilmu yang tak begitu banyak kat aku.

Sunday, 17 June 2012

#065 Melawat Tok Bi Balik Umrah

Harini aku melawat Tok aku kat Klang. Minggu lepas dia baru balik Umrah. Alhamdulillah, lepas dah hajat dia nak pi Tanah Suci. Biarpun bukan pegi Haji, tapi dah sampai sana tu, kira bersyukur sangat lah kan. Tapi, elok ja balik dari Umrah, orang Tabung Haji offer Tok aku untuk pegi Haji tahun ni. Rezeki sangat kan. Mungkin faktor usia agaknya.

Tok aku pegi disponsor sepenuhnya oleh Cu aku. Tok sangat bernasib baik. Dapat anak yang mampu hantar dia pegi Umrah. Aku tumpang gembira. Seronok aku dengar dia bercerita pengalaman dia kat Mekah dengan Madinah. Terasa teringin aku nak ke sana jugak bila dengar Tok aku bercerita tu. Sambil dok dengar dia dok cerita, tangan aku tak berenti menyuap kurma dengan segala kekacang yang ada masuk mulut. Keh keh keh.

Sebelom balik, Tok dengan Cu aku pun keluarkan la buah tangan yang depa beli kat sana. Aku dapat la jubah sehelai dengan minyak wangi. Ke minyak attar ntah. Aku pun tak tau. Heheheee. Sejadah pun dapat jugak. Untuk kakak aku ada la jubah hitam sorang sehelai dengan minyak wangi @ attar sorang sebotol kecik tu. Alhamdulillah.

Seronok kan dengar pengalaman orang yang pegi Umrah dengan Haji ni. Membuatkan aku jadi berkobar-kobar nak simpan duit, bawah abah aku pegi Umrah / Haji. Aku harap sempat la kumpul duit sementara abah aku masih hidup. Orang kata, hati ikhlas, pasti berbalas. Yer dak? Insyaallah, semoga niat suci murni aku ni akan termakbul. :)

Wednesday, 13 June 2012

#064 Gigi Dah Cabut, Gusi Pulak Bengkak

Orang cakap, kalau sakit gigi, cabut! Selesai masalah. Dek kerana percayakan kata-kata orang, maka aku pun cabut la gigi geraham aku yang sakit itu.

Harini, dah hari ketiga. Still sakit okay. Elok je kesan ubat bius tu habis, memang rasa nak meraong sakitnye. Sekarang gusi aku dah bengkak yer. Sebab tu sakitnye melampau-lampau.

Aku pun tak gi keje arini sebab nak pi klinik tu balik. Sampai klinik, macam biasa la. Kena tunggu sebab takde appointment. Bila nama aku doctor tu panggil, aku pun dengan lemah longlai masuk bilik rawatan. Benda pertama doctor tu buat, dia bius aku kat tempat bengkak tu. Memang rasa nak meraong sekuat-kuat alam. Sakit oooooooo. Kebas punya pasal, bila kumur tu, tak boleh nak rapatkan bibir, bersembur keluar air. Malu sial!

Lepas tu, doctor tu start korek-korek balik lubang kat gusi tu. Nak kasi bersih la kot arera tu dari kuman. Habis cuci, dia tempek ubat ape ntah, dalam lubang tu. Rasa ubat tu memang meloyakan tahu. Rasa nak termuntah bila telan air liur tu. Buat tu jer, dah kena caj RM30. Hurm.. Nasib baik dia bagi MC sekali. Kalau tak, aku bius ponggong doctor tu. Keh keh keh..

Balik rumah, aku rasa macam orang stroke jer. Hahah. Mana taknye, rasa macam bibir herot sebelah, walhal bibir tu sikit tak berubah. Lepas 8jam, alhamdulillah, bengkak tu dah surut sikit. Sakit pun dah kurang. Yayyyyyy!!!!




Cerita pasal cabut gigi ade gak kat blog akak nie ;)

http://grandecaffelatte.blogspot.com/2011/10/tips-selepas-cabut-gigi.html?m=1

Monday, 11 June 2012

#063 Sakit Gigi? Cabut Ler..

Harini 1st day aku start keje kat Freescale Semiconductor. Aku begitu mengharapkan hari pertama aku berlangsung dengan sempurna. Tapi malang sekali.....

Aku sakit gigi!

Kol 4.30 pagi semalam aku terjaga. Sakitnye teramatlah sangat. Agak rasa nak meraong jugak la kan. Aku gosok gigi sampai keluar darah, kumur dengan air garam, totap sakit. So dengan penuh kesakitan, aku gigihkan diri pi keja. Konon-konon nak la tangguh ke 1 hari lagi, dengan alasan nak pi klinik gigi. Tapi aku tak berkesempatan nak meluahkan hasrat aku tu. Aku tetap bertahan sampai balik keje kol 5.30 petang.

Bayangkan lah betapa terseksanya aku menahan kesakitan. Nak makan pun tak boleh, nak minom pun seksa, nak rapatkan gigi pun tak boleh. Sampaikan aku menahan dari menitisnya air mata sebab sakitnya gigi tu yang seumpama menggigit-gigit gusi.

Elok je habis time keje, aku terus pi cari klinik gigi yang bukak lagi kat area rumah aku. Cari punya cari alhamdulillah masih ada yang bukak. Masa tu dah pukul 6.10 petang. Masa aku sampai doc tu tengah dok memproses gigi pesakit lain. Pukul 7 baru habis. Lepas nama aku dia panggil, doc tu pun tanya nak selamatkan gigi atau nak cabut. Dengan lajunya aku menjawab nak cabut. Tak sanggup nak menahan kesakitan lagi.

Macam biasalah, kalau nak cabut, mesti kena bius dulu. Mengikut pengalaman aku cabut gigi 10 tahun yang lepas, time bius tu la yang paling sakit. Sebab gusi aku bengkak sikit. Kali ni pun sama, gusi bengkak sikit, bila bius tu aku genggam je penumbuk. Lepas 5 minit, dah rasa bibir aku macam orang negro, walau pada hakikatnya bibir aku tak berubah pun. Cuma kesan bius tu je yang mengebaskan kawasan bibir dengan gigi yang sakit tu.

Bila doc tu pegang playar nak cabut gigi tu, aku terus pejam mata. Lepas doc kepit gigi aku dengan playar dia, pembantu doc tu pun start goyang-goyangkan kepala aku. Teknik baru kot. Kalau 10 tahun yang dulu, doc yang cabut gigi aku tu dengan bersungguh-sungguh mencabut gigi aku tanpa ada orang yang pegang kepala aku. Kaedahnya sama macam nak mencabut paku daru kayu dengan menggunakan playar okay!

Alhamdulillah, aku tak rasa sakit pun. Walau agak payah nak mencabut sebab akar gigi tu panjang. Aku tengok pun terkejut. Selesai bayar, aku pun balik dengan perasaan seperti Angelina Jolie sebab feeling bibir tebal. Hahahaa.

**time ni, aku masih rasa sakit lagi kat gusi tu. Iskkkkk!

Saturday, 9 June 2012

#062 Selamat Tinggal Media Hotel

diam tak diam, malam ni malam terakhir aku kerja kat Media Hotel. setelah setahun 3 bulan kerja kat sini, harini rasa sebak sikit.

tadi bos aku call dari Australia, terkejut dia bila aku bagitau harini aku last keje. maka keluarlah kata-kata nasihat daripada mulut beliau sebagai seorang ibu. bila aku dengar kata-kata dia tu, seolah-olah itu ayat terakhir yang aku akan dengar. sangat sedih okay.

dan bila dia tanya "why lah u berenti amin, im gonna miss u lah!", aku terkedu. tak terkeluar kata-kata. sebak lagi.

bukanlah saja-saja aku berenti. kalau tak kerana masa depan, aku akan kerja sini selagi hotel ni hidup. mereka berdua adalah bos aku yang paling terbaik pernah aku dapat setakat ni. tapi, sampai bila kan aku nak terus kerja kat sini. sia-sia lah aku bertarung otak kat poli untuk diploma engineering. maka haruslah aku cari kerja berkaitan engineering jugak.

motif utama aku mintak kerja kilang tu pun sebab aku nak sambung degree part-time. mana tau habis degree nanti jadi engineer kat kilang tu, yer dak. aku dah plan masa depan aku. setidak-tidaknya untuk jangka masa 5 tahun akan datang, aku dah ade plan. cuma berharap plan tu akan berhasil. kalau tak berhasil pun, tak pe lah.

di permulaan kerjaya

pape pun, yang pasti, aku akan rindukan tempat ni. bos yang baik, rakan sekerja yang baik, suasana kerja yang baik. segalanya terbaik di sini. insyaallah akan aku melawat hotel ni di kemudian hari.






mengenai Media Hotel : http://www.mediahotel.com.my/
telefon : 03-78858440
fax : 03-78858441

Friday, 8 June 2012

#061 MasterChefnya Haku : Nasik Tomato

Setelah begitu lama mengidam, harini aku dapat jugak makan nasik tomato. Dah lama rancang nak buat, tapi dek kerana masa yang tak mencukupi, tanguh dari hari ke hari la jawapnye.

Harini, dengan gigihnya, aku wat jugak nasik tomato. Ni 1st time buat. Teringin la katakan. Sanggup la camne pun kan.

Aku amek resepi Nasik Tomato ni bulat-bulat dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Takde yang kurang dan takde yang lebih. Agak menjadi la jugak nasiknye walau sedikit lembik. Mungkin air terlebih sikit gamaknye. Tapi yang penting, MENJADI!

Untuk lauk pulak, aku buat ayam masak merah. Yang ni lagi punya pemalas. Aku beli jer perencah Ayam Masak Merah Maggi. Campak-campak je. Bancuh dengan air, tuang dalam kuali, masuk susu cair, campak ayak dalam kuali, campak bawang dengan tomato, siap!



Gambar? Keh keh keh. Tak sempat nak amek, semua dah licin.
(-.-")

Thursday, 7 June 2012

#060 Nak Kawen Dengan Amoi Katanya

Aku tak pasti dengan orang lain. Tapi aku rasa cukup meluat bila 2 (atau lebih) orang manusia bercerita hal-hal yang menyampahkan orang yang mendengar kat kaunter perkhidmatan. Tak boleh nak tunggu ke sampai selesai urusan, pastu berceritalah kau sampai ke subuh pun takde sape nak heran.

Semalam, masa aku sebok kat kaunter reception, datanglah segerombolan anak beranak dari Penang. Mak bapaknye ye sangat berpikiran terbuka. Boleh bersembang ape je dengan anak-anak. Bagus lah kan. Tapi yang menyampahnye, anak jantan dia sorang tu, rasanya baru 16tahun, tanya kat mak dia depan-depan aku dengan nada yang cukup untuk membuatkan sesiapa yg mendengarnya jadi meluat.

Anak Jantan : "Mom, what if ai married with chinese girl?"
Mak : "up to yu la. As long as dia nak convert ke Islam, jangan yu pulak yang convert ke agama dia"
Anak Jantan : "seyezzzzzzzz...?????" **dengan mata bersinar-sinar**

Haasaaaaaaa gitulah dialognye lebih kurang. Aku yang memasang telinga ni rasa nak termuntah dengar okay. Sekolah pun tak habis lagi, gigih nak kawen dengan amoi. Dialog tu mungkin kelihatan biasa, tapi bila dibicarakan dengan nada yang ala-ala kucing menyendeng-nyendeng, sabau jer lah.

Walaupun itu hak dia nak bertanya kat mak dia, tapi tak boleh ke tanya kat tempat yang sesuai? Dalam bilik ker, kat meja makan ker, dalam kereta ke? Yang hanya mereka-mereka anak beranak je dengar. Perlu ke tanya depan-depan khalayak? Nak tarik perhatian? Kononnye mak bapak kau sporting? Uurrghhhh...... Dan kalau kau dah layak berkahwin, takpe la jugak kan. Sekolah pun tak habes, verangan! Kalau nak bagi dengar sangat, nape tak guna healer jer kan? Biar seluruh kawasan dengar.

Wednesday, 6 June 2012

#059 Kapal Terbang ( 1 )

Aku ni seorang yang minat dengan kapal terbang. Bukan minat jer, tapi teruja. Kalau masa kecik-kecik dulu, bila dengar je bunyi kapal terbang, kelam kabut tengok kat langit. Tengok kapal terbang yang tinggi melangit sampai hilang dari pandangan mata.

Dah besar-besar ni pun aku masih jakun macam dulu jugak. Malam-malam bila bosan aku dok tepi tingkap, tengok langit, cari kerlipan-kerlipan lampu kapal terbang. Bila jumpak, aku ralik dok tenung kerlipan lampu kapal terbang itu.

Disebabkan minat tu jugak, banyak kali aku apply keje untuk dekat dengan kapal terbang. Bukan la pramugara. Tak layak la yang tu. Tapi aku apply la untuk bahagian bagasi. Namun, haremmmmm dapat. Dah bertaun aku try mintak. Sampai ke JB aku pi interview. Mungkin bukan rezeki aku agaknye. Yer dak?

Ni kat bawah ni pic airlines yang aku suka tengok. Tak tau kenapa, tapi aku suka la!







 

Monday, 4 June 2012

#058 Sudahlah Kau

Sekarang ni memang panas sangat kan. Kat tempat keje walau dikelilingi penghawa dingin, tetap terasa bahangnya. Kalau cerita kat kawan-kawan pun tentang kepanasan yang terlampau ni, maka masing-masing mula memakai ketayap / selendang dab berkata bahawasanya "baru panas dunia, belom panas padang masyar", "banyak sangat dosa kot". Boleh?

Sejak dari aku kecik, boleh mendengar, dan memahami setiap butiran percakapan manusia, ayat tu la yang akan aku dengar bila disebut bab panas. Dan cara dia cakap tu pulak seolah-olah aku ni banyak sangat dosa sebab tu selalu panas walaupun banyak angin. Tak ke sakit hati bila didengar? Macam lah dia maksum sangat dan tak pernah buat setitik dosa dalam hidop. Nak-nak pulak yang bercakap tu kita tahu perjalanan hidup dia macamana.

Tak paham betul aku.

Dia tak pernah rasa panas langsung ker pun? Tak pernah ke walau sekali merungut pasal kepanasan? Tipu lah! Jangan nak bedaah dengan aku lahhhh...

Saturday, 2 June 2012

#057 Penjenamaan Semula Katanya

hahaha....

harini dah ubah nama blog aku ni.

kalau dulu aku guna " perjalananaramin.blogspot.com " sekarang dah diubah ke " inilaharamin.blogspot.com ".

sebab ape aku tukar?

entah la.

aku pun tak pasti.

penjenamaan semula lah agaknye kot.

tapi sekarang aku dah hadapi sikit masalah dengan iklan nuffnang.

kenapa ye iklan tu tak keluar.

yang hado hanyalah ayat seperti di bawah ini :-

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (http://inilaharamin.blogspot.com/)

pening aku memikirkannya lah!

Friday, 1 June 2012

#056 Alahai "International Colleague" ku

Harini nak bercerita pasal one of my international colleague yang agak begitu annoying. Mengapakah aku katakan beliau annoying? Sebab memang dia annoying lah.

Sejak hari Isnin haritu ade sorang lelaki India start keje untuk gantikan tempat aku bila aku berenti nanti. Bagi aku, budak tu masih baru, dan 1st time kerja. Haruslah diberi peluang untuk belajar segala sistem yang ada. Walaupun memang slow giler dia nak tangkap, tapi takpe la. Pelan-pelan kayuh kata orang kan. Budak lagi pun. Baru 18 tahun.

Berbalik pada "international colleague" aku yang sorang ni, dia orang Pakistan okay. Harini dia kerja dengan budak baru tu. Aku tak tau sama ada dia ajar ke tidak budak baru tu. Tapi ape yang aku dapat tau, dia dengan kurang sopannya terlah bertanyakan soalan berbunyi "what is your qualification?" kat itu budak lah. Mungkin keupayaan bahasa Inggeris budak tu agak kurang, maka dia tak boleh nak jawab soalan tu. Sebelum budak tu masuk keja dulu, si Pakistan ni pernah cakap dia tak nak orang India. Tak tau lah apa dia punya sebab musababnya. Racist gila okay. So bila budak tu tak boleh jawab, si Pakistan ni dah claimed budak tu tak taw English. Kenapa ambik dia kerja kalau tak boleh cakap English.

Hanya kerana bahasa Inggerisnya baik sedikit, kenapa dia nak pertikaikan keupayaan orang lain? Tak per la kalau tak boleh pun, lama-lama mesti dia boleh punya. Yang sebok nak persoalkan qualification budak tu apehal? Sekurang-kurangnya dia masih ada SPM. Kau sendiri pun buat degree tak habis, sebok nak pertikai hal orang lain. Dan kami boleh terima dia yang berbangsa Pakistan kat sini, kenapa harus dia menolak budak tu semata-mata dia Indian? Haish!