Demi Masa

Wednesday, 30 May 2012

#055 Senyuman Itu Bersedekah. Kan?

Harini aku keje pagi. Secara terpaksa dan bukannya sukarela. Sepatutnya aku masuk pukul 11 tapi aku dikejutkan seawal 6 pagi dengan panggilan yang sungguh menyakitkan hati.

Anyway, lupakan semua itu. Yang aku nak cerita adalah mengenai 1 keluarga yang agak dot dot dot. Memandangkan aku duduk di kaunter reception tadi, ade 1 pasangan lelaki dan perempuan ala-ala mak aji dan pak aji mintak tolong bukakkan pintu bilik anak dorang. Nampak muka pak aji mak aji, tapi speaking okay. Tetap taknak kalah. Melihatkan muka mereka berdua, nampak sungguh suci dan aku yakin dorang baik hati. **walau tak senyum langsung**

Lepas tu pulak, sejam kemudian, ade 1 pasangan lelaki dan perempuan bawak turun barang-barang nak dimasukkan dalam keter. Laki tu pakai short pant dan perempuan tu pakai skirt pendek hitam di atas lutut. Dengan senyuman yang manis dilemparkan, aku pun balas dengan senyuman paling menawan di dunia **kononnye** kat pasangan itu.

Dan, turunlah pasangan mak aji pak aji tadi. Tanpa diduga, mereka adalah 1 keluarga uolssssss........... Haruslah aku terkesima sebentar kan. Manakan tidak, anak mak aji pak aji berpakaian sebegitu rupa?? Apakah? Tak de rasa bersalahkah pak aji tu melihat anaknya memakai skirt pendek atas paras lutut? Ish ish.. Sesungguhnya iman itu memang tak dapat diwarisi. Kan?

Tapi itu bukan la persoalannya. Yang aku lebih herankan, anaknya yang seperti itu lebih mudah memberikan senyuman, berbanding mak aji dan pak aji tu tadi. Apa mahal sangat ke nak memberikan senyuman? Mak aji? Pak aji? Bersedekah itu kan mulia. :)

Sunday, 27 May 2012

#054 MasterChef Selebriti Malaysia


Whoaaaa..... Bahang MasterChef Selebriti Malaysia dah bermula... Menampilkan 16 selebriti untuk merebut gelaran juara demi badan kebajikan yang mereka wakili. Mari kita lihat selebriti kita diuji dengan skill masakan mereka. Aku cukup minat tengok MasterChef. Sebab aku suatu masa dulu pernah minat seni kulinari ni. Tapi hajat tak kesampaian..



So ini adalah peserta-peserta bagi MasterChef Selebriti Malaysia untuk kali ni.



 

Menarik kan. Selebriti pilihan aku adalah Serina, Dato Fazley, Mejar Dr Faiz, Juliza, dan Lousia Chong. Berpotensi. Tapi aku cukup tak berkenan dengan SELEBETRITI yang sorang ni. Ayooooo mulut dia, cukup menyampah bila dia bercakap.



Tadi, siap sebut pasal nenek moyang bagai, apakah? Untuk kebajikan, tak boleh ke bersopan sikit bahasa tu? Lepas tu siap aku nampak bulu-bulu ape entah dia pegang. Bukan ke sebagai chef, kebersihan itu yang perlu diutamakan? Bulu-bulu yang dia pegang tu, BERSIHkah? 1st episode dia dah spoiled kan mood orang yang menonton. Masa nama dia dengan Raja Azmi disebut tadi, aku suka gila. Dengan harapan dia tersingkir. Tapi biasa la, untuk permulaan, jarang la akan ada penyingkiran. Propa jer lebih.

Malam ni para selebriti telah mempersembahkan hidangan masing-masing dengan plating yang tersendiri. Ade yang okay, ade yang kurang okay.

Azwan Ali : Rendang Mak Tom Istana Bahagia
Louisa Chong : Bubur Ingatan Baik Hati Mak
Salamiah Hassan : Hidangan Asia
Karl Shafek : Apam Baghdad
Soo Wincci : Ayam Bakar Berperisa Kopi dengan Sos Coklat
Jehan Miskin : Lasagna Ayam Tiga Tingkat
Mejar Dr Faiz : Spaghetti Asia
Tomok : Rendang Berlari Bersama Ketupat
Dato' Fazley : Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Puteri Mandi
Juliza Adlizan : Gulai Tempoyak Ikan Patin dengan Petai dan Kerabu Pegaga
Thanuja : Udang Sambal "Fun & Spicy"
Raja Azmi : Tauchu "Black Widow"
Angah : Nasi Goreng Sinaran Waktu Pagi
Farouk : Puding Roti "Chikaboom ke Bebeh!"
Sarah Raisuddin : Cocktail Cinta
Serina : Dendeng Belado Minang dan Masak Lemak Pucuk Manis

****pic boleh tengok kat facebook MasterChef Malaysia

Agak kelakar bila turn Angah dengan Farouk bawak makanan nak persembahkan kat juri. Siap menyanyi-nyanyi lagi dorang. Siyes kelakar tengok.
So sekarang ni malam-malam aku akan terisi dengan menonton MasterChef Selebriti Malaysia. Kalau tak, aku tak tau nak tengok citer ape kat TV bila waktu malam.

Saturday, 26 May 2012

#053 Bil Terakhir Kita Seorang Muslim

Meh kita renungkan sesuatu...........

BIL TERAKHIR KITA :
~ Kain kafan, RM300
~ Mandi, RM300
~ Gali Kubur , RM300
~ Van Jenazah, RM200
~ Papan Liang, RM150
~ Talkin, RM50
~ Kapas, RM21
~ Kapur Barus, RM5
~ Cendana, RM2
~ Air Mawar , RM2
Keseluruhan : RM 1,330.
Tak terfikir pulak bil yg ini kan? Kita dok kalut ke bil TNB je!!!


**nak mati sekarang ni kena ada duit okay. Takde duit jangan mati dulu (ayo matilehhh)

Friday, 25 May 2012

#052 Aku Dapat Singapore Dollar, Kau Ade?


Owhmaigowdddddd........
I dapat Singapore Dollar **ayoo jakun sangat**

Tadi masa aku busy gila dengan keje yang ntah hape hape, datang la 1 pasangan Mat Salleh mintak pertolongan. Dorang sesat sebenarnya. Sesat sebab guna GPS. Boleh? GPS tu tak boleh bawak dorang gi ke Tropicana Medical Center.

Makanya aku dengan berbesar hati menolong la sama-sama cari direction kat GPS dorang tu. Tapi tak jugak dapat. Aku nak tunjuk arah guna tangan, dorang bukannya orang Malaysia pun kan. So aku suruh dorang tunggu aku print jer map dari Google Map. Hahahaaaa. Bijak kan aku :p


 
Bersungguh-sungguh dorang ucap terima kasih kat aku. Bangga seyh dapat membantu. Mat Salleh lagi kan. Lepas 1 minit dorang keluar, wife dia datang balik bagi 4 keping Singapore Dollar kat aku. Kalau convert duit Malaysia, ade la dalam RM16 camtu. Sekali lagi dia ucap terima kasih. Sekeping aku kasi kat guard yang jaga malam ni. Sebab dia mintak. Buat koleksi katanya. Hehe..











**untong kan boleh berbahasa Inggeris (~_^)v

**tajuk entry tu sangat bongkak bunyinye kan. hihihihi.

Thursday, 24 May 2012

#051 Kerabu Taugeh

Harini atas permintaan kakak aku yang sulung tu mintak buat kerabu taugeh? Heh? Apekejadah mintak kerabu taugeh? Selalu kerabu taugeh hanya diidam-idamkan bila bulan Ramadhon ja. Tiba-tiba mintak lak.

Maka untuk tidak menghampakan harapan kakak aku yang sorang tu, aku pun merajinkan la diri ni membuatnye. Nasib la tak banyak barang nak kena beli. Kalau banyak, harus aku tangguh ke hujung minggu.

Meh nak bagi resepi camne nak buat kerabu taugeh ni. Barang-barang yang diperlukan adalah :-

Taugeh (RM1.00)
Kelapa parut
1/2 cawan santan pekat
1 sudu air asam jawa
4 bijik bawang besar
1 paket kecik udang kering
3 bijik cili merah
10 bijik cili padi
Belacan
Garam seenak rasa

Camne nak buat? Senang sajor. Meh nak citer.

1) Basuh itu taugeh, pastu celur sekejap dalam air panas. Jangan lama-lama sangat sebab nanti taugeh tu lembik. Tak sedap okay kalau lembik.

2) Tumbuk bawang besar, cili merah, cili padi, udang kering, belacan, sampai lumat.

3) Tumbuk kelapa parut. Jangan lama-lama sangat tumbul. Tumbuk-tumbuk manja jer dalam lesung tu yer.

4) Campurkan semua bahan dalam 1 bekas. Gaul sampai sebati. Masukkan garam, air asam jawa dan santan pekat tu.

Mudah kan? sekejap jer dah siap buat.

Tadaaaaaaaaaaaa


Wednesday, 23 May 2012

#050 Oh My English

Ramai pulak yang menulis pasal Oh My English sejak bermenjak-menjak ni.. So aku pun nak amek kesempatan la tulis sesuatu pasal English gak.

Sebenarnya kita ni dah belajar Bahasa Inggeris ni dah lama kan? Sejak dari tadika, sampai la tamat tingkatan 5. Nak-nak pulak kalau yang sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Sepatutnya kita dah mampu menguasai bahasa dunia itu. Tapi yer la, bila kita ni belajar pun nak tak nak je, hasilnya pun nak tak nak la jugak.

Kelakar kan bila tengok iklan-iklan Oh My English tu. Penggunaan perkataan yang betul amatlah perlu demi mengelakkan ianya disalahertikan. Sebagai contoh, "please chop my paper" di mana yang sepatutnya "please stamp my paper". Chop? Ha merasalah paper tu dikaratekan. Begitu jugak bila mana kita rasa English tu tak penting. Bila sampai masa yang tertentu, kita akan menyesal sebab tak boleh nak berkomunikasi dengan betul.

Macam aku dulu, masa kat sekolah, subjek English ni bukan la subjek kegemaran pun. Tambah pulak bila cikgu tu jenis speaking dari start masuk kelas sampai habis waktu kelas. Tapi dalam tak berapa minat tu aku gigihkan diri jugak untuk belajar dan mencuba untuk menanam minat. Masa tu tahap keyakinan aku jugak amatlah berkurangan. Tiap kali oral presentation atau oral test, aku akan terkelu lidah untuk berkata-kata secara spontan, tapi kalau hafal skrip, aku memang terror.

Lepas habis SPM aku sambung ke Tingkatan6. Masa tu semua pelajar Tingkatan6 kena amek Malaysian University English Test (MUET). MUET ni wajib untuk semua student yang nak sambung 1st Degree. Masa kelas ni la aku agak lebih cenderung untuk berbahasa Inggeris walaupun berhabuk. Sebab nak sambung Degree la katakan. Dalam kelas ni jugak aku jadi Kamus Bergerak sebab budak-budak yang lain tak begitu mahir dalam Bahasa Inggeris.

Tapi aku tak habiskan Tingkatan6 sebab aku pilih nak sambung Diploma kat Politeknik. Masa kat Politeknik, cabaran lebih tinggi menggunung sebab aku bukan lagi dalam kalangan budak kampung yang tak mahir berbahasa Inggeris. Rata-rata kawan sekelas aku agak boleh tahan jugak la. Kat sini lebih cenderung untuk belajar English sebab Lecturer English aku semuanya sempoi. Oleh kerana itu, untuk MUET aku dapat Band 3. Rasanya aku je yang dapat Band 3 sebab kawan-kawan aku banyak yang dapat Band 2. Keh3. Walau tak begitu membanggakan, aku berpuas hati. Sebab aku yakin kalau aku masih di Tingkatan6, mungkin skor untuk MUET aku tak dapat Band 3.

Sekarang ni bila aku dah "berkerjaya" dalam bidang perhotelan, bahasa perantaranya boleh dikatakan 60 peratus adalah English. Mula-mula dulu aku gelabah jugak. Tapi lama-lama aku dah mula yakin dengan diri untuk berbahasa Inggeris. Kalau bercakap dengan Mat Saleh pun takde masalah. Walaupun ade sikit berhabuk kan.

Sebenarnya untuk berbahasa Inggeris ni, tak kesah la kau fasih ke tidak. Perlu yakin jer. Memang ade yang akan perlekehkan kita. Sebab itu yang aku alami dulu. Tapi kalau tak cuba, kita takkan dapat lihat hasilnya. Mereka yang tak tahu berbahasa Inggeris ni aku yakin sebenarnya bukan dorang tak nak, tapi takut. Takut orang cerca. Nak-nak pulak dapat kawan-kawan yang bukan nak membantu, tapi mengutuk padahal diri sendiri pun sama tak pandai. Tapi, masih belum terlambat untuk belajar. Asalkan ade kemahuan.

Tak rugi sebenarnya belajar bahasa Inggeris ni. Banyak faedahnya. Mana la tau kot-kot ade Mat Saleh nak tanya jalan ke ape ke, tak la malu kan. Jangan pulak kata, "kami orang Malaysia, kami tak tahu Bahasa Inggeris". Kan? 

------»Nak lagi menarik boleh tengok kat website Oh My English

------»Atau pun boleh tengok 1 video yang menarik kat blog Hanis Zalikha pasal Oh My English ni. Sangat menarik okay ;)

Monday, 21 May 2012

#049 Tandas Lelakikah Tandas Perempuankah?

Tandas?
Huhuhu benda paling orang tak lalu nak bercerita selalunya bab tandas la kan. Nak-nak lagi bila time makan. Sampaikan terbayang-bayang iklan tandas yang ade muka Osman Kering tu. Oooowhhh tandas, berkualiti.. Owhhhh hidupp, berkualiti.. **ayooo matilah**

Itu kesah lagunye. Yang sekarang ni pulak, kesah tandas kat tempat keje aku. Selalunya tandas opis ni banyak disediakan berasingan. Tandas laki dengan tandas perempuan. So ceritanya begini, tadi tengahari aku makan nasik dengan kari ayam. Lepas makan rehat-rehat kejap, pastu sakit perut. So dengan senang hatinya aku pegi la tandas. Tengah aku sedang khusyuk lagi tawaduq dalam tandas tu, dengan gigihnya sorang rakan sekerja lelaki ni mengetuk pintu. Suruh cepat-cepat keluar. Hey, ape ke gila kacau orang memerut. Cepat-cepat aku selesaikan ape yang patut dan keluar. Bila aku keluar kan, aku tengok tandas perempuan tu elok jer takde orang. Ok fine.

Lepas dia selesai dalam toilet tu dengan penuh tatasusila aku bertanya nape dia tak guna tandas perempuan tu? Dia jawab, itu ladies punya. Lelaki mana boleh masuk. Ya hampunnnnnn..... Sampai begitu sekali. Kalau gamak kau dah tak tahan, masuk jer la. Bukan public toilet pun kau nak kena hempuk sebab masuk tandas perempuan. Sama-sama rakan sekerja takde hal la. Aku pun masuk jer kalau dah tak menahan sangat. Kalau perempuan taknak masuk tandas laki aku paham la sebab baunye yang semerbak tu kan. Tapi kau sampai gigih mengetuk pintu time orang lain memerut, amatlah kurang sopan okay.

Adakah dengan masuk ke tandas perempuan tu menjatuhkan maruah sang lelaki? Rasa terhinakah?

Sunday, 20 May 2012

#048 Facebook Punya Cherita

Kat facebook sekarang ni memang dah macam tak selamat kan. Segala apa yang kita komen orang lain pun boleh tengok sesetengah tu. Memang tak best sangat. Dulu-dulu punya facebook syiok jer layan. Senang je nak privasikan apa-apa yang kita komen.

Tapi, memandangkan kita pun boleh tengok ape yang kawan-kawan kita dok komen tu, ade sesuatu yang menarik perhatian aku. Seorang sahabat ni, dia ni memang suka sangat la dok post mahupun share berkenaan aurat-aurat wanita ni. Dan ade la jugak berkenaan keagamaan yang lain. Bagus kan dia. Owh dia lelaki yer. But at the same time, dia dok pi komen kat pic awek berpakaian seksi.. Komennya pulak, bukanlah berunsurkan nasihat, tapi, "wow chantik body u......", "perghhhh, nice..", "geramnyeeeee". BOLEH gitu?

Tak ke ko rasa nak pengsan? Dok pung pang pung pang keliling fb konon itu maksiat ini maksiat, itu haram ini haram, selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat selangkah jua ayahnya hampir ke neraka, bab jahil dan jahiliah, dok salin dan tempek segala surah dan hadis, sekali dia dok pi komen gambar-gambar gitu. Tak ke akan mengubah persepsi masyarakat fb sekeliling? Ayooooooo.......

Lagi 1, aku rasa maksiat tu tak semestinya berdua-duaan antara lelaki dan perempuan sahaja. Tapi anggota-anggota badan yang lain jugak boleh membuat maksiat. Melihat benda yang bukan-bukan yang tak sepatutnya dilihat, itu maksiat mata. Dok mendengar orang menganyam ketupat sampai berbakul-bakul, itu maksiat telinga. Dok bercakap benda-benda yang tak senonoh, mengumpat, dan seangkatan dengannya , itu maksiat mulut. So sahabat aku ni pun, bermaksiat matalah agaknye kan?

Bab haram mengharam pun sama la jugak kan. Agaknye taksub sangat dengan Ustaz yang sorang tu, sampai setiap apa yang dikatanya ditempek di segenap pelusuk fb. Agaknye setiap kali dia bukak fb, dia akan bukak 2 tab. Satu tab dia punya profile. Satu tab lagi page Ustaz yang sorang tu dan menunggu ape lagi yang haram. Kan? Yang terbaru pasal hari ibu la kan. Dikatanya haram sebab menyambut hari mother of church. Eh, selama aku hidup, takde pulak masyarakat melayu kita dok sambut hari ibu kat gereja sambil buat pemujaan bagai? Niat kita cumalah menghargai ibu-ibu yang ada di dunia terutama sekali ibu kita sendiri. Dan berkatalah mereka bahawa nak ingat ibu tak perlu ada hari tapi kena hari-hari. Memang la cik jah oiiii. Nak ingat ibu memang kena hari-hari. Sape suruh kau ingat mak kau hari isnin, rabu, jumaat dengan ahad je. Tapi apalah salahnya hari ibu tu menjadi satu hari yang bermakna bila mana semua ibu-ibu sama-sama rasa gembira bila diraikan atau disambut oleh anak mereka.

Dah lah. Kelaut sangat aku melalut harini. Ade banyak lagi yang aku nak luahkan tapi takpe la. Biarlah ku pendam sajor.... Oh ye, sebut pasal haram, teringat aku pasal citer Oh Haram yang main kat slot Cerekarama tu. Keh3. Lawak siot! Nak layan citer tu? Klin je SINI okay. ;)

Saturday, 19 May 2012

#047 Ribaibaru ( Revival )

Dah lama aku tak dengar lagu ni. Dulu-dulu masa zaman aku kecik pernah aku dengar. Lepas tu lama sangat-sangat tak pernah aku dengar.

Tetiba bulan lepas masa aku tengah syiok layan sinarfm aku dengar balik lagu ni. Jatuh hati pulak dengan irama muzik dia yang begitu syahdu. Jenuh gak la nak mencari lagu ni.

Pastu tadi petang di kala senja nan merah, sebelom aku berangkat gi keje, terdengar lagi lagu ni. Kat sinarfm jugak. Aku duduk depan radio tu dekat-dekat dengan harapan, deejay yang bertugas masa tu sebut la nama penyanyi tu. Sekali lepas dah abes lagu tu, deejay tu takde cakap pun. Sedeyh sungguh. Punah harapan.

Punya minat punya pasal ni, aku pun capai la henpon teros gugel " lagu jepun di sinar fm ". Pap!!!!!!! Terus dapat. Hahahahahahaha..... Bangganya aku memiliki henpon pinter lagi canggih manggih ni. Cargas!

Ni ade lirik lagu tu aku sertakan sekali. Walau aku tak paham, tapi tetap aku nak listkan lagu ni sebagai one of my peberet song..




Furishikiru ame no naka o
Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi
Aaaaahhhh…
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh…
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari
Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namida gumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuite ita
Aaaaahhhh…
Arehodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozametari ribaribaru
Aaaaahhhh….
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Aaaaahhhh…
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh…
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Aaaaahhhh…
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh….
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

**boleh jugak gunakan gugel translate kalau nak memahami isi lagu ni (^_^)v

Wednesday, 16 May 2012

#046 Selamat Hari Guru


Sesungguhnya aku sangat berhutang budi pada semua guru-guru aku sejak dari tadika, sampai la habis poli. Jasa mereka tersangat bernilai buat aku. Tanpa didikan mereka, apa mungkinkah aku jadi seperti apa adanya aku sekarang ini?

Terima kasih cikgu.

Tadika Kemas Taman Sungai Mas (1995)
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aur (1996 - 1999)
Sekolah Kebangsaan King Edward VII (1) (2000 - 2001)
Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward (2002 - 2003)
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (2003 - 2006)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin (2007)
Politeknik Sultan Azlan Shah (2008 - 2010)

Tuesday, 15 May 2012

#045 Selesai Sudah. Selamat Pengantin Baru Nadia & Fendi

6 mei 2012 haritu majlis perkahwinan kakak aku yang no 4. sebenarnye aku simpan gambar ni dah lama. asalnye lepas majlis haritu lagi nak update. tapi maklumla manusia tak berlaptop ni susah sikit nak update bila bergambar-gambar ni.

saksikanlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........


malam berinai. aku la tukang menginai tue....

hantaran pihak perempuan. pihak laki tak sempat amek da licin!

sebelum majlis akad nikah.

pengantin.

abahku yang mengakadnikahkan mereka. secara mengejut okayy....

penyarungan cincin.

cium jangan tak cium itu tangan.

sebok jer kameraman belakang tu. rosak gambar aku!

dua-dua belah pihak pengantin. 
**tiba-tiba ada tok kadi sekali. apakah???

selepas majlis akad nikah selesai.


majlis akad nikah tu dijalankan serentak dengan 1 lagi pasangan pengantin yang lain. aku pun terkejut tetiba tengok ade pengantin lain kat dalam masjid damansara damai tu. lepas selesai akad nikah kakak aku tu baru la tok kadi tu proceed dengan pengantin yang satu lagi.

tapi kan ade 1 tragedi yang agak menggelikan hati aku. sekali baju melayu aku sama kaler dengan itu pengantin perempuan daaaaaa... adeyhhhh ntah camne la boleh jadi kebetulan camtu.

kebetulan yang melampau!

akhirnya tanggungjawab aku sebagai adik lelaki dah selesai. alhamdulillah.

#044 Buah Melaka

semalam aku agak kerajinan tatkala dok kat rumah sepanjang hari. maka dengan itu, secara tiba-tiba aku terasa nak makan kuih buah melaka. padahal tak tahu nak buat pun. nak beli rasa macam tak puas.

dengan kerajinan yang dipaksa oleh diri sendiri, aku pun gigih pegi kedai membeli barang-barang yang diperlukan untuk membuat kuih buah melaka itu.

resepinya aku amek sepenuhnya dari sini.

ini adalah campuran tepung gandum dan tepung pulut.

setelah dicampur air dan pewarna hijau dan diuli uli uli sehingga tak melekit.

seterusnya dibola-bolakan sebesar ini dan masukkan gula melaka di tengah.

rebuskan dalam air panas sehingga ia timbul di permukaan air.

akhir sekali golek-golekkan dalam kelapa parut dan siap untuk di hidang.

begitulah ceritanya apa yang berlaku semalam.. hehehehe

Saturday, 12 May 2012

#043 Nak Berhenti Keje

Siang tadi aku dah hantar surat berhenti keje...... Sebulan notis punya. Makna kata, bulan depan aku tak lagi akan bekerja di sini..... Aku dah dapat kerja baru. Kat Freescale Semiconductor.

Sungguh aku tak sangka, dalam keadaan dah berputus asa itu, masih ada sinar yang belum muncul. Dan tiba-tiba haritu, orang HR kat Freescale tu call aku cakap dorang nak amek aku bekerja. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Aku akan start keje kat situ 11hb June. Aku last keje kat sini lak sepatutnya 10hb. Dan memandangkan 10hb itu adalah ahad, makanya hari last aku harus la 9hb kan ;)

Aku harap dengan keje baru ni nanti akan dapat memberikan sesuatu yang baru dan baik buat aku. Sekurang-kurangnya pendapatan aku akan bertambah. Dapat la nak bayar hutang PTPTN yang bertunggak itu. Dan harapnye dapat la menyimpan sikit untuk masa depan. Insyaallah.. Aminnnnn

Tuesday, 8 May 2012

#042 Aku dan Rakan Sekerja

Waddahellllll.........................
Alahai, apalah nasib aku ni kan..... Teraniaya dan dianiaya setiap kali..

Actually setiap hari selasa, syif aku adalah 7am-5pm. Tapi untuk minggu ke-2 sahaja atas persetujuan bersama, aku dengan sorang kelig aku ni akan tukar syif. Maknakata, beliau akan masuk keje pukul 7am-5pm, dan aku lak masuk keje pukul 11am-9pm. Walaupun dah mencapai kata sepakat, tapi aku tetap akan kompomkan balik dengan dia takut kalau2 ade perubahan.

So semalam, sebelum aku habis syif pun aku dah kompomkan dengan dia. and owhh lupa nak bagitau,she was absent without notice yesterday okay. Makanya dengan hati yang senang lenang aku pun tidor la lambat.

Dan secara tiba-tibanya, aku dapat call dari sorang lagi kelig syif malam. Dengan mamainya aku menjawab itu panggilan. Dan ayat pertama yang aku dengar adalah;
" She cannot come today. Can you come 7o'clock? She will come 11o'clock "
Hati aku pun panas dengan tidak semena-mena. Jam dah pukul 6 pagi. Lahanat sangat okay. Terus la aku ni bangun mandi bersiap dan melangkah ke tempat keje. Dalam hati masih menyumpah seranah tanpa henti.

Aku tak kesah la kalau dia cakap awal-awal dia tak boleh datang pukul 7 sebab syif aku memang pukul 7 sepatutnya. Tapi jangan la sejam sebelum syif nak start bagitau. Tak ke gila namanya tu?? Jangan la mengharapkan orang lain boleh standby anytime untuk you. Suka-suka hati you nak masuk keje pukul berapa kan. I ni dah cukup baik yer nak tukar syif dengan you. Tolong la hargai. And this will be the last time la kan. Next time kalau ade call lagi pagi-pagi buta, jangan harap aku nak angkat. Lantaklah. Pedulikan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.