Demi Masa

Friday, 27 April 2012

#041 Alkesah Polis

Harini keje malam. Huish! Macam tak best je rasanya...

Dan hakikatnya memang tak best la. Kat sebelah hotel ni ade la 1 tempat yang mana di situ ade kuil, kolam udang dan tempat makan-makan. Dan yang ada kat situ, adalah orang i*d*a. Malam-malam memang meriah la. Dengan gendang dari kuilnya lagi, muzik-muzik yang ntah hape-hape lagi, sungguh membingitkan. Harini pulak, ntah ape mimpi dorang kat situ mainkan muzik sekuat alam. Pukul 2 pagi okay!

Bila dah bising-bising camtu, haruslah guest-guest ni tak buleh nak tidor. Makanya aku la jadi mangsa panggilan tak henti-henti. Ramai yang mengadu. Siap paksa aku suruh depa stop muzik tu. Aku ni kalau tempat i*d*a memang la aku tak berani. Apa sangat la dayaku ini sebagai insan yang lemah mampu lakukan **peluk tiang**

Lepas 20 minit sorang guest dari China ni tak tahan sangat agaknya turun bawah, suruh aku wat report polis. Aku pun tercari-cari la no balai polis yang jauhnya hanya selang beberapa unit dari hotel ni. Dah jumpak nombor balai tu, maka jari jemari aku ni lajulah mendail kan. Mula-mula line busy, kali kedua masih busy, yang ketiga berdering tapi takde yang jawab. Sampai la 8 kali aku call totappppp takdo yang jawab. Haihhhhhh! Tidoq ka apa depa nieh!

Hujung-hujung, aku pun menapak la ke balai tu **siap sinsing lengan baju bersedia untuk menyerang**. Elok aku sampai, takde orang pun kat kaunter polis tu. Dengan gigihnya aku mengetuk pintu kaca itu sampai sakit jari aku nih. Tiba-tiba, datanglah 1 kereta parking depan balai. Maka keluarlah seorang abang polis yang kacak bergaya lagi bonzai dari lereta itu.

Depan balai tu jugak aku cakap dengan nada yang sikit tinggi,
"boleh tolong suruh dorang tu stopkan muzik tak? I punya guest semua komplen tak boleh tidor".
Dan beliau menjawab,
"Kejap saya suruh peronda pegi situ"
Dengan kekwatnya aku pun berlalu pergi. Tak sampai 2 langkah, aku toleh belakang dan tanya lagi,
"Memang takde orang yer dalam balai ni?"
Sambil tersengih-sengih dia jawab ape taw?
"Keluar makan tadi,hehehehe"
Makan????????? Apakah ini?

Patut la naik lenguh jari aku mendail takde sape yang jawab. Keluar makan rupanya. Kepala hangguk punya polis. Andai la kata masa aku call tu ade orang datang nak membunuh atau merompak **mintak simpangggggg**, sia-sia jer la aku call kan? Sempat la aku kena bunuh dulu baru mayat aku nak buleh call balai tu mintak tolong. Itu pun kalai dorang dah balik makan la kan. Ape punya polis la. Lagi satu, takkan la dia sorang je yang keje malam? Aku yakin sangat partner dia tu tengah terbongkang dalam balai tu..

Dan selepas 5 minit, muzik-muzik tu dah takde. Senyap dan sunyi. Dalam hati aku, bagus polis ni. Cekap!

Dan 10 minit lepas tu, aku dengan bunyi siren kereta peronda polis. Aik? Dah senyap pun bersiren bagai nih?

Maka aku pun merisik khabar la dengan guard yang lalu lalang kat depan hotel ni. Alkesahnya penduduk-penduduk flat kat belakang ni dah baling batu dari tingkap rumah kat kawasan tu rupanyaaaaaaa... Sebab tu la depa kasi tutup itu muzik! Siap maki hamun dan menjerit-jerit lagi suruh tutup muzik. Hurmmmmm, nyesal puji polis-polis tu. Kan?

Friday, 20 April 2012

#040 Interview Lagi

Harini aku dipanggil untuk interbiu kat kilang Freescale Semiconductor. Jawatan technician. Dalam email yang dorang hantar tu time dia kol 10 pagi. Dan dia suruh datang 15 minutes earlier to fill up application form. 

Aku sampai depan post guard tu 9:40a.m. Aku bagi surat kat pak guard tu, and cakap ade interview kol 10. Dengan bersungguh-sungguhnya itu pak guard baca invitation letter tu (x pasti dia paham ke tidak sebab in english), pastu dia cakap, " tunggu sini " sambil sibuk menekal suis macam door bell tu.

Aku meletakkan 100% kepercayaan kat pak guard tu okay. Lepas kol 10, aku masih " tunggu sini " lagi. Apakah? Guard tu takde pulak bagitaw pape dah. Hujung-hujung aku gi kaunter, aku cakap ade interview dengan Miss ******* kat Talent Hub. Then dia suruh masuk dalam 1 bilik menunggu sementara dia call orang HR. Dalam hati aku dok menyumpah pak guard kat depan tu sebab biarkan aku menunggu sambil berdiri. Terasa diperbodohkan. Grrrrr.

Agak dalam 10:40 camtu, sorang mamat HR datang menjemput aku ke Talent Hub tu. Dalam perjalanan dia bagitau orang-orang besar kat sana tengah meeting. Kemungkinan interview tu ditangguhkan ke petang.. Lepas ke aku siap isi application form yang dia bagi, dia call orang yang nak interview aku tu. Dah kol 11:15 dia suruh aku balik dulu, datang petang. Dengan hampanya, aku berlalu pulang.

Tepat jam 3:00 petang aku datang balik. Lalu kat depan post guard tu, pak guard yang sama tegur aku, " awat dek, interview lagi kaaaaaaaa ". Dalam hati aku dok cakap, " ramah la pulak, tadi perbodohkan aku bagai! ". Dengan ramahnya aku pun jawab, " a'a, tadi pagi depa meeting, tangguh ke petang. " Harus menjawab dengan sopan yer walau hati panasssss.

Orang yang interview aku tu lelaki chinese. Ramah jugak. Tak la rasa janggal sangat. Boleh bergelak ketawa lagi. Macam-macam dia tanya. Dari soalan yang aku boleh jawab, sampai soalan yang membuatkan aku terdiam ( diam sambil tersenyum ). Siap suruh aku melukis-lukis kat whiteboard rupa bentuk Get Logic yang aku tau. Lepas lukis dia tanya lagi itu dan ini sampai aku terdiam lagi.

Lepas habis segala sesi soal jawab dia pulak suruh aku tanya dia. Aku tanya pasak job scope kat situ. Dia cakap aku akan dioffer ke bahagian final test. Setiap komponen aku kena test sebelom disahkan untuk dihantar ke pelanggan. Kalau mesin rosak, kena buat sikit maintenance. Kurangkan breakdown, tingkatkan output. Lebih kurang gitu la katanya. Waktu bekerja, 12jam. 6 pagi sampai 6 petang, atau 6 petang sampau 6 pagi. Keje 4 hari, 2 hari cuti. Basic salary untuk fresh graduate, no experience, RM 1.5K katanya. Menarik jugak la. Terakhir aku tanya pasal pemakaian dan rambut. Since rambut aku agak panjang, dia cakap takde masalah, tapi pastikan kemas dan tak serabai. Takde uniform, bebas pakai apa sahaja yang bersesuaian. **bahagianya**

Rasanya dalam 40 minit gak la sesi interview tadi (aku sorang je pun candidatenye petang tadi). Pape dorang akan call balik bagitaw sama ada diterima atau tak. Kalau dapat, kena training dulu, baru diserapkan masuk. Tak kesah la camne pun, aku harap dapat keje ni ( mata bersinar-sinar )

Fakta:
1) Button yang pak guard tu tekan, adalah button untuk membukak pintu palang rupanya (-.-'!)
2) Aku masih marah kat pak guard tu sampai sekarang.

Wednesday, 18 April 2012

#039 Korea Ssssssangatttttt

"Aku mana layan citer Melayu ni. Aku layan citer Korea jer."

Bangsat sangat orang yang cakap gini. Hey, sebelom kau kenal apa itu citer Korea, kau tengok citer P. Ramlee dulu kan? Verangan Korea sangat la tu kan. Dalam FB siap letak bandar asal tu Jeju Island lagi. Apakah? Padahal duduk kawasan ceruk bukit. Malu ke nak mengaku awak tu rakyat Malaysia? Huh!

Tuesday, 17 April 2012

#038 Alkesah PTPTN

Kecoh benar sekarang ni pasal isu PTPTN ni kan. Kemain lagi. Kat fb tu dah jemu tengok ke post yang di"share" oleh puak2 yang malas bayar hutang. Tanda sokongan katanya.

Tak kesah la sama ada kalau mansuh tu kerajaan bankrap ke, menguntungkan rakyat ke sebab pendidikan percuma, aku tetap tak sokong. Mengapakah?

Aku yakin sangat andaikata la PTPTN dimansuhkan, semua orang akan masuk universiti. Mak bapak akan begitu bangga tak terkira sampai buat kenduri doa kesyukuran sebab anak masuk universiti. PERCUMA lagi. Anak-anak pulak dah tak sabar-sabar nak menerjah ke alam universiti. Membayangkan RM15000 untuk peringkat Diploma akan digenggam.

Yang mana didikannye bagus, alhamdulillah budak itu akan menamatkan pengajian dengan sempurna dan menjadi insan yang berjaya. NAMUN, kalau yang masuk tu budak-budak yang tak ketahuan, semester 1 dah hancus. CGPA cukup2 makan. Semester 2 makin hancus, sebab dah tak duduk asrama. Duit PTPTN dah habis beli henpon baru dan canggih. Yang lelaki dihabiskan ke motor, awek mahupun ******. Penyudahnya gagal berhenti. Ape nak dikesahkan, pendidikan percuma. Berhenti pun berhenti la. Bukan kena bayar balik pun. KAN? Tak banyak sikit, pasti ini akan terjadi.

Dan yang dah habis belajar ni pulak, dah terima duit bagai, dengar je pihak situ kata nak mansuhkan PTPTN, terus tanpa memikirkan yang dia dah telan duit PTPTipu (katanya) tu, menyalak menyokong. Dengan harapan, duit yang dah dia guna tu tak payah dibayar. Banyak chantek muka engkau! Hey, kalau dah berhutang tu, silalah bayar yer. Kalau taknak berhutang, jangan belajar. Bagi peluang untuk mereka yang betul-betul nak.

Kalau rasa taknak bayar, bagi la CGPA tu 4flat! Ini pointer pun ala-ala jer, dah berangan tak nak bayar. Duit PTPTN lambat masuk kemain lagi bising, dah habis digunakan, salahkan PTPTN sebab dok sebok kutip hutang. Hutang tetap hutang. Kau taknak bayar kat dunia, kau bayar la kat akhirat nanti. Kalau rasa tak mampu lagi nak bayar lepas 6bulan tempoh tamat pengajian tu, tulislah surat, mohon kat PTPTN untuk penangguhan. Ini usaha tidak, melalak kat tepi-tepi jalan. GRRRRRRRR.......

Makin malaslah rakyat malaysia lepas ni. semuanya disogokkan. hrmmmm


**Aku pun x start bayar lagi. Ape nak jadi ni? Haih!

Monday, 9 April 2012

#037 Bencana Pergi - Bencana Datang

Berita Gembira

Harini genap 112 hari "tetamu kehormat" berbangsa iran yang brengset itu berada di hotel ini. Dan hari ini mereka telahpun berambus! Hahhaaahah ** harap jangan datang lagi **

Aku begitu gembira sekali bila depa dah blah. Bersyukur gitu kan. **menadah tangan**. Mana tak nye, 2 bulan aku menanggung dendam dan rasa benci kat depa ni. Dah berbakul2 dosa aku mengumpat, mengeji, mencari dan memaki depa sekeluarga.

Berita Buruk

Petang tadi boss aku suda buat 1 meeting. Beberapa masalah dibangkitkan dan soal siasat dijalankan. Dan seperti biasa, banyak yang menuju ke arah aku. Apakah? Ptuih!

Seperti yang dijangka, kemungkinan besar pekerja akan dikurangkan. Sama ada seorang, 2 orang ataupun berorang-orang-orang. Dan semestinya yang masih tinggal itu, akan dikurangkan pulak gajinya.

Huh, aku ni tak dapat-dapat lagi keje lain. Sebelom depa buang aku ade baiknya aku berenti sendiri. Kurang la sikit kesakitan di hati kan. (-.-")

Hadoiiiiii...... Bencana pergi dan datang........ Serabut perut haihhhhhh

Sunday, 8 April 2012

#036 TM Career & Education Fair 2012

Esok pagi aku nak pegi interview kat telekom ni. Hanya berbekalkan semangat tanpa banyak pengetahuan, aku cekalkan jiwa jugak lah. Mana tau kan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mengenangkan aku yang berat ni, harapnya aku dapat untung sabut dan bukannya untung batu. Memandangkan kita semua tahu bahawasanya batu itu sememangnya berat dan akan tenggelam jika dilepaskan ke dalam air.

Ya Allah, permudahkanlah segalanya esok. (-.-)

Saturday, 7 April 2012

#035 Alkesah Menabung

i
Kata orang, jika nak kaya, menabunglah. Kata orang itu lagi, jika nak beli benda yang kita suka, tapi tak cukup duit, menabunglah. Kata orang itu lagi selepas dia berkata yang dia kata tadi, dia dah pun dapat beli barang yang dia suka dengan menabung.

ii
Aku juga ada barang yang aku suka.At the same time, aku pula tidak punyai duit yang cukup untuk membeli barang itu. Terhasut dengan nasihat kata orang tadi, aku akan mulai menabung.

iii
Untuk menabung, perlu ada tabung. Dan, sekarang, aku mulai menabung....untuk beli tabung.

iv
sekian, terima kasih.

Wednesday, 4 April 2012

#034 SUNLIGHT, Bukan Sekadar Pencuci Pinggan


memperkenalkan sabun terbaru keluaran syarikat terkenal, UNILEVER. bukan sekadar mencuci pinggan mangkuk setinggi gunung, ia juga sesuai digunakan sebagai body shampoo mahupun shampoo rambut.
"Membersih Hingga Berkilat!"

Tuesday, 3 April 2012

#033 Baru 3HB April Kowttttttt

Hari ni dah masuk 3 April. So dengan rajinnye aku pun log in la ke maybank2u. Harus la check kan berapa yang ada. Dan hasilnya amatlah menyentapkan.

Sedeyhhhhhh sangat bila melihatkan saki baki yang tinggal tu. Lebih dari separuh gaji aku dah ditolak untuk bayar itu bayar ini. Baki ni pun tak termasuk dengan barang-barang rumah yang nak kena beli. Lepaskah sampai ke hujung bulan nih??

Makanya haruslah aku berjimat cermat untuk bulan ni. Sabooorrrrr jer lah!

Monday, 2 April 2012

#032 Kenanga Wholesale Center

ahad semalam aku dengan kakak-kakak aku keluar berjalan-jalan ke Kenanga Wholesale Center, KL. besar tempatnye. lebih dari 800 kedai ade kat situ. rasanya ade la dekat 7-8 tingkat kot.

barang-barang dalam tu harganya boleh la tahan. kalau sesape rasa nak bukak kedai baju, boleh la datang memborong pakaian kat sini. sebab motip pusat ni dibukakkan pun adalah untuk menjual secara borong. motif aku nak gi situ sebenarnye sebab nak cari baju melayu. bila masuk tengok signboard baju melayu ada kat tingkat 5 & 6. so dengan bahagianya aku pun pi la tingkat 5. pusing punya pusing, tak jugak jumpak. naik pulak ke tingkat 6. pusing lagi. tak jugak jumpak. puas la aku tawaf dalam tu senang citer, sepasang baju melayu pun aku tak nampak bayang. huh!

setelah penat bertawaf dalam tu, wajib la gi makan kan. aku lupa pulak ape nama kedai tu. tapi makanannye boleh tahan la sedapnye.

asam laksa

pencuci mulut : ais kacang

3 in 1 katanya. campuran sirap, susu, cincau. senang citer bandung cincau!




Sunday, 1 April 2012

#031 April Fool Kawan-kawan

April Fool? Ingat aku selebret lettew...... Hahahaha. Tapi maap la kalau seploh tahun dulu yer aku gila dok kenakan orang merata. Tapi sejak kenal apa itu otak, aku tak lagi sambut.

Tapi ni bukan nak cerita pasal aku mengaprilfoolkan orang, tapi alkesahnye orang lain. Ada la serang hamba Allah kat fb ni, kalau tengok post2 beliau sebelom2 ni, boleh nampak banyak benor post berkaitan halal haram. Itu haram, ini haram, sana haram, sini haram, pendek kata segala apa yang haram ni dia penah post la kat wall dia.

Tapi tadi aku nampak dia post something kat wall keramat dia tu. Konon-konon dapat offer "something" dari "something" untuk "something". Maka dengan itu sahabat2 rakan2 taulan beliau pun memberikan kata2 tahniah bagai lah. Yer la sape tak hepi kalau kawan kita dapat sesuatu yang bagus yer dak **tapi aku jeles bila membacanya**. Setelah berpuluh2 komen dan beratus2 like **bajet status retis** diberikan, beliau pun post 1 lagi status yang baru mengatakan bahawasanya dengan ini mengumumkan, semua itu auta belaka. "April Fool......!!!!!!" katanya. Siap mintak mahap andai kata ada tersalah silap.

Wah, memang sakit hati lah membacanya. Berani mati kau memperbodohkan kawan2 yang memberi kata semangat, yang gigih mengelike setiap post dan komen yang kau berikan? Hey, dalam 10 yang like tu, belom tentu yang sepuluh tu terhibur dengan pengaprilfoolan kau tu yer. Apatah lagi kalau yang mengomen dan mengelike tu mencecah ratusan umat facebook tegar. Memang merasa la orang mencerca kau di dalam hati **nak komen kat wall takut gaduh,dalam hati sudeyhhhhh**

Yang aku herannye ** walau tak berapa nak heran**, yang kau mengaprilfoolkan orang tu, boleh pulak yer. Walhal kita semua sebagai rakyat malaysia dah tahu bahawasanya menyambut april fool itu haremmmmm. Mesti kau tak pernah post kat fb pasal april fool ni haram kan sebab tu kau dengan bahagianya mengaprilfoolkan sahabat2 kau. Mana perginya sifat ustaz jadi-jadian kau sebelom ini? Mana? Mana!!???? Grrrrrrrrrr.......

Lagi pulak, takkan kau tak tahu yang menipu itu pun dah berdosa? Dan Rasulullah SAW pun pernah bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Ha, kau. Kan dah aku dah berjangkit penyakit  copy paste hadis. Sah-sah larangan menipu itu sudah termaktub dalam al-Quran dan Hadis.

Meh aku nak citer sikit pasal April Fool ni. Menurut cerita zaman dulu kala, ianya disambut setelah jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol. Runtuh akibat daripada serangan orang kristian. Makanya saki baki umat Islam yang tinggal akibat serangan itu haruslah berselindung dalam rumah diam-diam untuk menyelamatkan diri. So askar kristian pun tak puas hati lah. Dengan taktik kotor mereka telah memperdayakan umat Islam di situ mengatakan mereka boleh keluar dari sepanyol dengan selamat menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Dan pada 1 April itulah, umat Islam di sepanyol mengemas barang-barang dan berangkat menuju ke pelabuhan. Makanya askar kristian ini telah membakar rumah2 penduduk Islam itu. Dan umat Islam disitu jugak tidak dapat menaiki kapal di pelabuhan tersebut kerana kapal itu telahpun dibakar. Lantas pihak kristian ini membunuh semua yang ada tak kira lelaki wanita mahupun kanak-kanak. Dan mereka meraikan kejayaan itu dengan gembiranya. Sejak itu, seluruh dunia menyambut April Fool setiap tahun demi meraikan peristiwa berdarah ini.

Haaaaa dah taw kan alkesahnya? So tak payah la kita bersusah payah nak mencari idea nak mengenakan orang dengan menyambut April Fool ni. Gigih sangat memerah idea semata2 untuk mencapai kepuasan maksima dengan melihat rakan-rakan kita terperdaya. Dengan harapan kawan-kawan kita ni akan gelak ketawa bersama-sama tanpa ada sedikitpun rasa kecewa dalam diri. Hello, sikit sebanyak pun mesti sakit hati okay! Fikirkan.