Demi Masa

Saturday, 31 March 2012

#030 Keluarga Iran Yang Jahanam

Aku masih lagi tak habis masalah dengan 1 keluarga Iran yang tak reti-reti nak beramb dari hotel ni. Sesungguhnya merekalah pemberi masalah yang paling besar di sini. Sebelum dorang datang kat sini takde masalah yang sebegini rupa timbul di sini. Aku akan nyatakan apakah masalah yang telah ditimbulkan oleh 1 keluarga jahanam ini.

1. Duit.
Kononnya mereka adalah dari keluarga yang berada (namun nan hado). Mak bapak dok london gituh! **katanya** Sebelom ni dorang dok hotel kat India dengan harga USD $65 semalam berbanding bilik yang dorang duduk sekarang lebih kurang USD $40. Ada bisnes bagai siap ade manager lagi. Tapi bila bab nk membayar konon merekalah manusia yang paling asnaf di muka bumi ini. Sampai nak bergolok gadai barang kemas kalau we ols keep asking for the money. And dorang takde kad kredit. Apakah? Susah sangat nak jumpak businessman yang takde kat kredit. Bila datang bab nak collect duit je macam-macam alasan dorang bagi. Manager tak masuk duit lagi la, ade perang bank tutup la, Iran sambut new year bank tutup seminggu la. Macam-macam alasan yang pelik boleh didengar. Tak ke kau rasa nak bagi sepakan maut kat muka dia? Yang paling best bila manager dia dah sampai malaysia and will pay all of the money katanya. Siap bagitaw manager dia dok kat hotel 5 bintang kat KLCC. Ingat aku heran? Manager kau dok kat hotel 5 bintang, kau merempat duduk kat bilik harga RM149.50 semalam? Banggakah?

2. Penggunaan Business Center.
Yang ni lagi aku hangin. Dulu bos aku penah bagitaw dorang boleh guna PC kat business center tu anytime yang dorang suka. Yes anytime. But not all the time la kan. Bayangkan kejap-kejap guna, kejap-kejap guna, sampaikan seolah-olah tiada manusia lain yang berhak menggunakan tempat itu lagi. Sampaikan entah ape yang dorang buat, now the pc sudah rosak lah. And they keep asking bila nak repair bila nak repair. Fedap beb! Bila we ols cakap jangan guna lama-lama pc tu dorang siap cakap aku pun dok guna pc tu lama-lama. WTF?? Nak salahkan aku pulak? Hey, aku guna lama pun lepas dorang guna. Aku kena restart lebih dari sepuluh kali agaknya then only aku boleh guna dengan tenangnya. Kita bukan la nak cakap itu totally their fault. But bagi kerjasama la kan. And actually the business center pun bukan la untuk guna lama-lama. Kita sediakannya untuk kemudahan penghuni-penghuni hotel ni. Untuk check email ke, hantar document ke, and of course berfb lah. Itu pun untuk sejam dua jam boleh diterima la kan. Bukan sampai 4-5 jam dalam tu siap letak kaki atas meja. Apakah????

3. Si Anak Yang Celaka
Anak dorang pun 1 disaster jugak kat sini. Okay dulu aku penah teruja dengan budak kecik ni sebab kechomelan dia. Tapi sekarang nak tengok muka dia pun naik meluat. Rasa nak kaki-kakikan jer. This girl ade 1 habit. Semua yang dia nak mesti kena dapat. Bayangkan dia mintak kertas kosong, tapi aku tak bagi **disebabkan terlalu benci, aku tak bagi**. Pastu dia menangis. Sampai aku bagi. Sakit pulakkkkkk hati kiter ni dibuatnye!! Dulu masa mula-mula datang baik jer. Dah lama-lama, pandai pulak dia mengarah kita. Cam sial! Dan sekarang dia dah pandai keluar masuk sesuka hati. Main entah merata-rata. Bayangkan kalau kena culik, tak ke naya. Mak bapak dia macam tak kesah jer. Bajet aku nak jadi babysitter anak dorang? Mintak mahapp! Aku harap budak tu kena culik, padan muka! **astaghfirullahalazimmmmmmmmmmmmm**.

4. Biadab
Kenapa aku tulis biadab? Sebab dorang takde adab. Adab yang mana satu ni? Aku pun tak pasti. Dorang selalu beli makanan kat luar. Pastu mintak sudu garpu pinggan mangkuk bagai. Ok lah. Takde masaalah. Boleh bagi semua tu. Tapi lepas dorang makan, dorang bawak turun balik pinggan mangkuk periuk belanga tu, letak atas kaunter reception! Pastu blah tanpa sepatah perkataan mahupun rasa bersalah dalam diri. Wah! Kurang hajar sangat namanya tu okay! Sumpah aku terasa macam kuli batak dia. Memang keje aku untuk bagi perkhidmatan pada setiap guest dalam hotel ni but not to angkat pinggan mangkuk dorang okay. **grrrrrrrrrrrrrrr**

Sebenornye ade banyak lagi nak tulis ni tapi cukup la takat ni je. Nak mengarang luahan dan cetusan hati untuk entry ni pun makan masa berhari-hari nak siap. Cukup is cukup. **gituh**

Tuesday, 27 March 2012

#029 Surat Chenta - kah?


tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dia..................
amek kau sekali dapat surat chenta daaa. inilah akibatnya bila asyik datang lambat. tapi lambat selalunya bersebab la bukan la saje-saje datang lambat kan. asalnya cuma sorang dan akhirnya merebak. ini adalah wabak yang kita tidak mahu! **tepuk meja**

tapi biasalah, sape yang tak pernah datang keje lambat kan. selalunya lambat pun ada la dapat 5 - 10 minit camtu jer la. tapi aku penah gak datang lambat dekat sejam. tu pun sebab bangun lambat. sampai orang opis call la tanya datang keje ke tidak. kalau tak call alamatnya sampai ke petang aku tidor lagi.. (-.-")

so sekarang ni aku sangatlah cuak nak datang lambat barang seminit dua. gigih kunci jam awal gila punya takut lambat. nak nak lagi kalau masuk keje pukul 7 pagi, pukul 6 aku dan bangun. yer la kang tak pasal-pasal kena potong gaji. gaji dah la tak banyak mana, kalau dipotong potong potong dan potong, dan tinggal berape je yer dak?

-----------> tapi bulan ni gaji aku kena potong jugak sebab tak datang 2 hari. walaupun rekod kedatangan bulan ni bersih (-.-")

Saturday, 24 March 2012

#028 Karnival Cegah Jenayah Apartment Permai


harini berlangsungnya hari pertama karnival sifar jenayah kat tempat aku, apartment permai. dari atas rumah aku tu nampak macam meriah la kan majlis ni walau aku x de dengar pun ceramah berkaitan sifar jenayah tu **mungkin masa aku tidor kot**

pagi-pagi lagi dorang dah pasang lagu kuat-kuat. siap lagu poco-poco bagai. lepas abes lagu poco-poco keluar lagu k-pop! boleh?? **pengsan sekejap** tapi aku yang baru balik keje pepagi ni haruslah tidor. takde masa nak layan sume benda-benda ni. aku bangun tidor pun dah kol 2 petang camtu. bangun tidor lapar pulak. mandi, pakai baju, spray perfume bagai terus turun bawah start moto g beli makanan. baik punya la renungan orang sekeliling bila aku start enjin moto nak keluar tu. **inilah nasib bila x begitu mesra alam, dipandang serong gituh**

dalam pukul 4 petang camtu start la pertandingan karaoke. meriah uolsssss! macam-macam jenis suara keluar. ade yang sedap, ade yang ala-ala sedap, ade yang feeling sedap. bagi aku suara yang perempuan tu ok la sikit berbanding suara pakcik-pakcik yang dah meniti hari bersama anak cucu itew.**ooppsss maap kasar** kalau dah tau itu pertandingan karaoke, persiapkan la diri tu minom air asam jawa ke hape ke bagi sedap kan. ini main taram sajor. yang terseksanya adalah manusia-manusia sekeliling yang mendengarnya. yang bersorak tu ingat menyokong ker? rasanya tidakkkkk...... menjaga hati jer tue. percayalah!

aku perasan ade 2 orang perempuan nyanyi lagu ella. kalau tak silap la. agak sedap suara dorang. tapi tak begitu mengujakan aku sebagai pendengar la. hehe. dekat hujung-hujung sesi tu ade la pulak sorang pakcik nyanyi lagu "aku anak kampung" yang telah dipopularkan semula oleh kumpulan zero dalam raja lawak 6 tu. aku yakin yang nyanyi tu orang sabah. dia punya tempo macam amir raja lawak 3 beb! membingitkan.. hahahah lagi berani mati nak nyanyi lagu tu. yang mana tak pernah dengar lagu aku anak kampung tu boleh dengar kat sini yer.

lagi satu yang aku begitu hangin bila ade sorang hamba allah yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki atau perempuan sebab suaranya agak sukar untuk dikatakan lelaki ataupun perempuan. dia nyanyi lagu sharifah aini yer. kau pergi tanpa pesan tajuknye. aku ni salah seorang peminat sharifah aini so bila ade yang merosakkan lagu tu agak menyebalkan jugak la kan. baru feeling nak nyanyi sekali. sekali dia nyanyi macam membaca dan tergagap-gagap. aku syak ade something wrong somewhere dengan penyanyi itu. adakah beliau tak tau lagu tu, atau dia ada 1 penyakit?**oppppssss maap kasar lagi**
nak dengar lagu kau pergi tanpa pesan tu boleh klik sini.

dan esok ade lagi sambungan karaoke tu untuk peringkat akhir pulak. tadi aku ingat ujian saringan ke ape. rupanya dorang nak memanaskan badan jer dulu. kasi prektis katanya. juri jemputan kalau tak silap aku datuk malik ridzuan. siapakah beliau? nama macam familiar tapi betul sumpah aku tak kenal. hihihi.. -.-"

pape pun aku rasa program ni memang program yang baik. mengeratkan silaturrahim sesama penduduk. walaupun aku tak bergaul dengan masyarakat kat apartment ni tapi ape yang baik tu aku sokong sangat-sangat. memang nampak kerjasama terjalin antara penduduk. suka aku tengok. aku teringin sebenarnya nak join dorang tapi disebabkan penyakit keseganan ni terlalu tinggi, maka aku lupakan saja niat suci murni itu.

Tuesday, 20 March 2012

#027 Aku Terperangkap!

9:30a.m
dalam pada aku dok sedap tido pagi tadi aku dikejutkan leh seseorang...

Aminnnnn aminnnnnn.....pintu tak buleh bukakkkkkk.....

Dengan sentapnye aku pun bangun dengan perasaan yang kurang percaya. Bila aku pulas tombol pintu tu,elok je berpusing... Tapi tak bleh bukak jugekkkkk..... Hangen la aku kan... Nak masuk keje kol 11 kowttttt....

Lantas aku ambik henpon dan call kakak aku bagitaw pasal pintu tu.. Dia cuma cakap buat la macamana pun asalkan jangan jahanam itu pintu....

10:45a.m
Datanglah seseorang kat umah aku untuk membantu... Akhirnya pintu pun terbukak dan terkopak sikit. aku dah separuh mati. sebab aku taw matilah aku nak menahan maki hamun sebab pintu umah dah sikit jahanam. dalam hti aku dah cakap nyesal panggil itu orang.

11:30a.m
Tombol pintu yang baru tu x boleh nak pasang.. ade sikit kerosakan teknikal. musykil betul aku.. time gini la nak jadi semua ni. dah la duit tengah kering. GRRRRRRRRR......

12:30p.m
aku keluar gi beli tombol baru.. melilau la mencari yang murah.. tengah kering ni barang yang murah amatlah menjadi pilihan. akhirnya dapat jugaklah yang regenye hanya RM28.00.

1.00p.m
start operasi menukar tombol baru. memandangkan aku tak pernah tukar tombol, aku bingung la jadinye.. jenuh memikirkan camne nak pasang. so ape guna buah berry hitam tu kalau tak guna kan. aku pun search kat encik google camne nak pasang tombol. dan aku jumpak 1 website yang boleh membantu aku. ianya di SINI.

2.00p.m
berjaya! sejam kowt nak  boleh.... -.-"


moralnya, kita kena belajar melakukan maintenance di rumah sendiri. kalau asyik upah orang jer, sampai bila pun kena bergantung harap pada orang. keh keh keh!

Friday, 16 March 2012

#026 Blackberry 9700

Harini aku beli fon baru memandangkan aku tak bleh hidup tanpa buah beri hitam sekarang ni.....
Banyak kegunaannye bagi aku. terutamanya di masa-masa bosan macam tengah takde keje ke, dalam lrt ke, kat kedai makan ke. bila-bila masa boleh online kan...

Tengah dok survey bagai tadi macam-macam fon aku belek... Jenuh gak la aku nak tawar menawar dengan tokey kedai tu kan.. Ujung-ujung aku pilih blackberry 9700.

Setakat ni aku puas hati la guna fon ni. harapnye takde la esok lusa bagi masalah kat aku. tapi kalau dah namanya teknologi, sikit sebanyak mesti de masalah di kemudian hari yer dak.

Wednesday, 14 March 2012

#025 Blackbery, Aku Sayang Padamu

malam semalam kakak-kakak aku mengadu kelaparan. dan aku hanya wat tak tau je bila dorang cakap lapar. lepas tu depa dok suruh aku pi beli makanan. nak pulak bukan dekat-dekat. nak kat kedai yang memerlukan aku membonceng motorsikal untuk sampai ke situ. sebab nasik banyak katanya! sebab kesiankan dorang yang macam tak cukup makan ni aku pun beralah la pegi gak beli. sampai kat pintu lif aku terlupa nak amek henpon, patah la balik bukak kunci pintu bagai semata-mata nak amek henpon yang tak seberapa tu. gigih kan.

sampai aku kat kedai tu lantas aku panggil mamak tu untuk order. nasik goreng ayam kunyit 2 bungkus nasik goreng pataya 1. lepas order aku pun duduk kat kerusi. raba poket nak amek blackberry kesayangan aku tu. nak bbm la katakan. tapi aku pelik, sebab poket aku rasa flat je. apekah? raba punya raba punya raba punya raba dari depan sampai belakang tak jugak jumpak aduhhhhhhh!!! sah terjatuh.

aku pegi start balik motor, terus balik umah. tengok kat tempat parking moto takde pun. tapi tempat aku parking moto sebelom gi kedai tadi dah diambik alih oleh motor yang lain. aku pun ikot balik jalan ke kedai makan yang jauh tu pelan-pelan sambil menoleh ke kiri ke kanan. dua kali aku pusing jalan tu tak jugak jumpak. aku redha. pegi kedai tu bayar duit makan, balik.

sampai rumah aku mengadu la kat adik beradik aku yang telah menyebabkan aku pegi ke kedai malam semalam! dengan rasa simpati kakak aku yang sorang ni ajak g tengok lagi sekali kot-kot terjumpak. aku pun pegi dengan dia lagi sekali. dengan penuh khusyuk da tawaduk aku tengok kat jalan. sampai kat satu kawasan yang gelap kakak aku terperasan henpon aku tu.emergency brek la ape lagi kan. hangen je kereta belakang tu siap hon lagi.

dah kutip segala sisa-sisa yang tinggal dari henpon aku tu, balik rumah aku dengan segera membelek-belek henpon tu dengan harapa boleh digunakan lagi. tapi sayang seribu kali sayang, total loss. memori kad aku pun jahanam. nasib baik la sim kad tu boleh pakai lagi. memang x lalu aku nak makan malam semalam. citer lawak ke der kat astro tu pun x mampu membuat aku tersenyum kembali. sepanjang malam aku terasa nak menangis. sebab aku sayang sangat-sangat henpon ni. dah macam nyawa aku.

kalau la aku berkeras malam semalam, mesti henpon aku pun x jahanam. kalau aku biarkan je henpon kat rumah mesti boleh pakai lagi. nape la gigih sangat aku patah balik pi amek henpon tu.

wahai blackberry kesayanganku, aku mintak maaf sangat atas kecuaianku.

sumpah menyesal.

Saturday, 10 March 2012

#024 Villa Pink

Villa Pink??
hahahahahhaha
pelik kan nama.... tapi tu la nama yang aku bagi kat umah sewa aku masa belajar kat PSAS dulu......
sebab rumah tu adalah berwarna pink walau x berapa nak pink gitu kan....

Ilustrasi Villa Pink

kat rumah ni penuh dengan kenangan2 yang manis, pahit, sedih, gembira,  takut, dan macam-macam perasaan lagi. aku nak citer sikit rentetan peristiwa sepanjang aku dok kat villa pink ni.

aku dengan kawan2 aku mula check in kat rumah ni bulan 7 taun 2008. masa tu dah sem 2. baru nak belajar menyewa rumah kata orang kan. 5 orang je masa tu. aku, fizi, nazri, syimir dengan wan. aku sangat bahagia dok dengan 5 orang hosmet aku ni. sewa yang paling murah, RM 250 sekali dengan api dan air. taun 2008 jugak perkara malang terjadi kat aku dengan hosmet2 aku ni. rumah kena rompak. aku dipukau, aku bagi 2 laptop, 4 henpon kat perompak tu. sumpah aku ikot je ape yang perompak tu suruh. -.-"

semester 3, dah ramai yang check in rumah ni. aku, syimir, fizi, wan, nazri, alip, panjang, baok, akim, bob, ganu, dengan jie. memang sardin giler umah nie. sebab dah ramai, bil pun melambung. tuan rumah dah suruh bayar bil api dan air sendiri. kalau aku jadi tuan rumah tu pun aku akan wat benda yang sama..hahahaha..... macam2 jugak tragedi masa semester ni. ade yang gaduh, kena kacau hantu, dan macam2 lagi la.

semester 4, yang tinggal cuma aku, syimir, ganu. semester ni semester latihan industri atau dalam erti kata lain praktikal. so pakat2 la yang lain balik kampung masing2. yang bertiga ni je yang setia menunggu rumah ni. tapi dah tak best sebab mamat ganu ni dah bawak masuk 4 orang kawan dia. syuk, odey, bocet, dengan kecik. sumpah aku benci kawan2 dia. bukan la tak suka langsung tapi lebih kepada menyampah. dan semester ni aku tarik amry masuk dok dengan aku. (amry adalah seorang senior yang tua 2 taun dari aku). dan sekali lagi semester ni villa pink dirompak. kecik dengan ganu punya komputer kena rembat. -.-"

semester 5, semua rakyat villa pink kembali lagi. aku, syimir, fizi, wan, nazri, ganu, jie, dan panjang. sem ni pisang check in dok sekali. amry dah pindah dok dengan budak kelas dia kat behrang. tapi ganu dengan jie tak lama dok villa pink kali nie. ok fine! aku pun ok. semester kali ni villa pink diserang ulat bulu.. hahaahah... gampang sangat ulat-ulat bulu tu. kalau dikenangkan balik memang menyeramkan dan menggelikan. fuhhhhhh!!!!!

semester 6, semester terakhir kami kat villa pink. yang ade kat rumah ni aku, syimir, nazri, fizi, wan, pisang dan panjang. semester 6 ni berlalu dengan tenangnye tanpa ada banyak masalah. dan di hari terakhir aku kat villa pink, sumpah sebak wey.. masa bersalam-salam dan berpeluk-pelukan dengan hosmet aku, nak menitik air mata rasanya. sehari sebelom masing-masing balik kampung, sempat la buat bbq, makan-makan, minom-minom..

antara yang ada di hari terakhir

aku memang takkan lupa setiap kenangan kat villa pink ni. terlalu banyak yang terjadi. sumpah aku rindu!

---------> sebenarnya villa pink ni berhantu. sebab tu ade jembalang kat pokok dalam gambar tu! v(^_^)v



Wednesday, 7 March 2012

#023 Happy Birthday Ava

harini anak dara pelancong Iran yang tak reti-reti nak beram tu menyambut hari lahirnya yang ke 5 tahun..
bos aku talipon dari Australia suruh belikan kek untuk dia.
apekah?????
aku musykil betol..............

ini birthday cake beliau

1 happy family katanya -.-"

birthday girl!

Tuesday, 6 March 2012

#022 Karipap Episod 2

heheehhehe......
memandangkan hari ahad haritu aku begitu free yang teramat sangat, dengan penuh kerajinan aku pun membuatlah karipap yang x begitu chantek rupa parasnya, namun rasanya amatlah memuaskan. **wink**

ini adalah bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat intinya.. udang tu aku potong halus sikit sebab nak bagi banyak..(kedekut la katakan beli udang pon sikit).... kentang harus banyak sebab tanpa kentang x sempurnalah karipap itu....

doh ni pulak kena buat 2 jenis..
yang pertama tu adalah doh yang dicampur dengan planta.... yang ni nak bagi rangup kot pastri karipap tu..**agak-agak je**
doh yang kedua pulak hanyalah campuran tepung, minyak masak, garam dan air sahajor.....
amatlah tak susah nak membuat doh ni :)

resepi dan kaedah nak membuat karipap ni boleh la diambik di SINI sebab aku memang ikot sepenuhnya dari situ tanpa ada sebarang pengurangan mahupun penambahan.

dan hasilnya beginilah......
**fokuslah pada karipapnya sahaja dan bukan "supermodel"nya
~berangan!~


haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
so menjadi la kiranya kan...
boleh la aku kumpul duit buat modal bukak kafe karipap!hahahahaha..........

Sunday, 4 March 2012

#021 Karipap Episod 1

ehsan google

haaaaaaaaaaaaaa
aku memang sukakan karipap.dulu masa kecik-kecik selalu tolong mak meniaga nasik lemak dengan pelbagai aneka kuih dan muih. dan antara kuih yang aku selalu curi-curi makan adalah karipap. yang selalu aku bedal karipap sayur. baik untuk kesihatan katanya sebab makan sayur kan. keh keh keh (baik sangat perangai kan). kesian kat mak aku terpaksa menanggung kerugian disebabkan perangai anak dia yang sorang ni suka amek makan curi-curi. tapi untuk anak-anak makan ape la sangat yer dak? **matilahhhhh**

harini lepas aku sebok dok google bagai gatal tangan pulak mencari karipap. sebaik sahaja aku baca di SINI dan SINI, aku jadi teringin sangat-sangat nak makan karipap....
woahhhhhhhhhhhhh...

lantas aku pun terus print resipi!
hahahahahaha!

persoalannya :-

adakah aku akan membuat karipap ini sendiri?

adakah aku akan mintak tolong jiran buatkan berdasarkan resepi yang diberi?

atau adakah aku akan beli sahajor?

nantikan episod seterusnya......

Saturday, 3 March 2012

#020 Wallet

aku ade 1 habit yang dah lama diamalkan iaitu meninggalkan wallet di merata tempat... terutamanya kat rumah la... lepas tu bila nak cari kat mana letaknya wallet aku tu, mula la gelabah sebab lupa letak kat mana... tau2 je kat bawah bantal la, bawah tilam la, tepi kerusi la......

dan harini aku dengan penuh kompiden tahap maksima ni pegi keje tak bawak wallet... merasa la aku jadi pendatang asing sekejap sebab tak de kad pengenalan.. so bila dah tengah malam perut aku pun dah terasa lapar... hajat di hati dah berangan nak makan nasik goreng ayam kononnye... raba2 poket sekali wallet tak de... kelam la kejap mencari dalam beg bagai... tak jugekkk jumpak...

makanya aku andaikan aku tertinggal wallet dalam poket seluar yang aku pakai sebelom gi keje tadi..... harap2 esok aku balik umah ade la wallet tu dalam seluar... kalau hilang wallet tu, matilehhhhh!!



----> merasa la kebulur sebab tak buleh nak makan tengah malam!