Lepas buat mee rebus itu hari, balance ubi keledek ada lagi 3 ketul dalam peti sejuk tu ha. Dari haritu dok pikir apa nak dibuat. Patutnya masa buat karipap itu hari, nak guna la keledek tu, tapi last minit, tukar guna kentang.
Ahad itu hari, masa aku nak gi keje, nampak ada kuih keria kat kedai mamak/india yang harga makanan mencekik mahalnya tu. Tapi hati masih sakit ni, aku buat kering jer la. Arini, lepas bangun tidor tengahari tadi, dalam dok ting tong tu laju je aku mengopek kulit keledek tu rebus siap lenyek bagai semualah. Dengan harapan nak dibawak bekalan gi keje malam nanti. Lepas lenyek tu, sementara nak tunggu keledek tu sejuk, aku belek-belek la henpon, sekali tengok arini tarikh. 21hb daaaa.. Aku keje malamnye esokkkkkkkkkkkkkkkkk! Bukan arini. Adoyai.
Alang-alang dah buat tu, aku siapkan jugak la kuih keria tu. Tak baik buat keje separuh jalan yer dak. Dah siap, makan jer lah, yer dok. Bukan rugi pon. Heheh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, 21 May 2013
Saturday, 18 May 2013
#279 Semalam Harga Lain Harini Harga Lain
Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, seronok kan kerja tanpa pengawasan di hari cuti begini. Aku rasa tenang sangat, sebab tiada suara-suara yang memanggil untuk buat "kerja yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa". Tenang sungguh. Barulah semangat nak menyiapkan report syarikat kumbahan yang satu itu yang telah bertangguhan selama seminggu itu.
Tapi ku harap sejuk sampai ke malam, rupanya panas membahang di petang hari. Yer lah, petang-petang kan seronok pekena roti canai banjir. Ade pulak teh tarik segelas ke, koman-koman pon sky juice lah, bagi sedap tekak kata orang. Semalam, partner kerja aku kemain sedap makan roti canai banjir (tapau makan dalam opis). Harini aku nak la jugak makan macam tu. Sebab semalam time dia makan tu aku dok menyuap nasik dalam mulut.
So tak kira, petang ni nak jugak-jugak makan roti banjir. Nak 2 keping jugak. Time nak bayar tu, mapeley tu mintak RM2.60 uols! Terkezut aku. Apekehey lain pulak harganya ni? Sebab semalam aku beli roti tu 2 keping jugak untuk partner aku tu RM2.20 jer. Alih-alih harini dah lebih 40 sen. Bertekak pulak aku dengan mapeley kaunter tu. Rupa-rupanya roti canai dah naik harga kome weyhhhhhh! Semalam RM1 harini dah RM1.20.... Polisterin tu jangan cakap la memang dia dah caj 20sen punya.
Wah, sesedapnya dia kan naikkan harga? Apesal? Tepung naik hargakah? Minyak naik hargakah? Dhal dah naik hargakah? Eh tokey kedai tu warganegara malaysiakah yang menaikkan harga sesuka hati itu? Nak jugak aku tau status kewarganegaraannya.
Harga roti canai kat tempat korang berapa harga eh?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, 16 May 2013
#278 Selamat Hari Guru
gambar ni ulang tayang jer sebenarnya.. taun lepas dah terbitkan gambar ni.
khas buat semua insan yang bergelar guru, selamat hari guru.
semoga terus memberi bakti buat anak-anak bangsa.
tanpa golongan cikgu ini, siapalah kami-kami ni. :)
Tadika Kemas Taman Sungai Mas (1995)
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aur (1996 - 1999)
Sekolah Kebangsaan King Edward VII (1) (2000 - 2001)
Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward (2002 - 2003)
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (2003 - 2006)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin (2007)
Politeknik Sultan Azlan Shah (2008 - 2010)
Monday, 13 May 2013
#277 Saya Mahu Tidor Semudah A B C
kalau lah nak tahu, aku amatlah jeles dengan orang yang senang gila nak tidor. jenis letak jer kepala terus lelap, tutup jer mata terus padam gitu kan. pelik aku. camne eh boleh sesenang itu?
tapi aku ni pulak, susah sungguh-sungguh nak lelapkan mata. kalau kata boleh lelap tu, syukur seribu rahmat sangat. dah la susah nak tidor 1 hal, dah tidor tu pulak sekejap sangat rasanya. kadang-kadang lebih menyakitkan hati bila kita tengah syiok tidor, terdengar bunyi-bunyian yang boleh membuatkan aku terjaga dari tidor. sebagai contoh, bunyi miskol lah kan. agak biadap yer miskol orang di kala jam menunjukkan 2 pagi. bila kita call balik idok pulak dia jawab. harus la aku menyirap di pagi buta itu. aku ni pulak, dah terjaga ingat senang-senang nak sambung lena balik? tak semudah itu lah kan. silap-silap sampai ke siang aku berjaga dek kerana panggilan sekali dering itu!
aku tak nak la silent kan fon tu. takut pulak kot ada emergency tengah-tengah malam, orang call aku bagai nak gila, aku enak diulit mimpi sampai ke siang. bangun pagi dapat tau ada sedara mara dah meninggal. tak ke haru? kan?
sama la ceritanya dengan hari ni. semalam aku lenanya dah dalam pukul 1 camtu lah kot. aku bangun sahur pagi tadi jam 4.30 pagi. masak makan bagai golek-golek kejap. bajet lepas subuh nak la sambung tidor sampai kol 9. tapi haghammmm nak lelapnya. ni dah kat tempat kerja dok menguap sakan. harus la tengahari karang aku tidor bawah meja. ihiksssss!
sapa ada tips untuk tidor semudah A B C mohon dicadangkan :D

Subscribe to:
Posts (Atom)